PELAJARAN 20
ALAM
SEKITAR
PENENANG
MINDA
NAMA
NUR ALIYYAH UMAIRAH BINTI MOHAMAD HISAM
KELAS
5 AL-ALUSI
SEKOLAH
SMK TUN HABAB
Alam sekitar
Pengenalan
Alam sekitar ialah segala benda hidup dan bukan hidup
yang terdapat disekeliling manusia
Spektrum Ilmu
Hari alam sekitar disambut pada 21 hingga 27 Oktober setiap
tahun selama seminggu bagi meningkatkan
kesedaran tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
Sentiasa Sentiasa Sentiasa
berhemah dan mengekalkan memelihara dan
tidak membazir memulihara alam
menggunakan ekosistem sekitar dengan tidak
kehidupan flora melakukan sebarang
sumber dan fauna agar
air. tidak terancam kerosakan
seperti penanaman
dan pupus.
semula
Adab Menjaga pokok bakau.
Alam Sekitar
Sentiasa Sentiasa
mengamalkan berusaha
cara hidup yang mengekalkan
mesra alam keceriaan dan
seperti amalan kebersihan alam
kitar semula. sekitar seperti
bergotong
Sentiasa menjaga -royong.
kelestarian alam
seperti menjaga
kebersihan
sungai.
HikAmdaabhMenjaga
Alam Sekitar
Melahirkan insan yang mencintai alam
sekitar kerana menyedari tanggungjawab
yang diamanahkan.
Melapangkan fikiran dan menenangkan
jiwa kerana melihat keindahan alam.
Menikmati persekitaran yang bersih dan bebas
daripada wabak penyakit kerana pembudayaan cinta
akan alam sekitar.
Melestarikan alam sekitar yang indah untuk
dimanfaatkan kepada generasi akan datang.
Meningkatkan pendapat kerana
melaksanakan aktiviti eko-pelancongan.
AKTIVITI
1.Hasilkan poster bertemakan
amalan hijau. Kemudian, pamerkan
bahan tersebut disudut keceriaan
kelas.
2.Hasilkan satu infografik tentang
punca pencemaran alam sekitar
dan pamerkannya didalam kelas.
3.Laksanakan kajian kepustakaan
tentang perkara berikut:
- Pemanasan global
AMALAN HIJAU
Kurangkan penggunaan
plastik
Mengelakkan pembaziran Menanam semula pokok
tenaga elektrik, air dan
makanan
Kitar semula
Punca
Pencemaran
Alam Sekitar
Sifat manusia yang
tamak dalam
mengejar kekayaan
Sikap suka
mengambil mudah
terhadap sesuatu
Menganggap
menjaga alam sekitar
tanggungjawab pihak
berkuasa sahaja
Sikap manusia yang
mementingkan diri
sendiri
Kurang kesedaran
tentang kepentingan
alam sekitar
Impak Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar| 1
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Impak Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar| 2
Pendahuluan
Pada abad ke-21 ini, isu pemanasan global adalah antara topik permasalahan yang besar
dibincangkandi peringkat dunia. Perubahan suhu global terkini telah melebihi 1.2 °C berbanding
zaman pra-industri pada tahun 1850-an. Dalam pada itu, 2020 juga direkodkan sebagai salah
satu tahun yang terpanas. Peningkatan suhu bumi berlaku kesan daripada aktiviti manusia yang
tidak terkawal terutama pelepasan gas rumah hijau.
Definisi pemanasan global adalah satu fenomena peningkatan suhu bumi yang melebihi paras
normal. Fenomena ini telah membentuk satu ketidakseimbangan ekosistem di muka bumi
apabila peningkatan suhu berlaku dan terasa lebih panas dari biasa
Punca Pemanasan Global
1. Kesan rumah hijau adalah proses semula
jadi yang berperanan dalam mengekalkan
suhu bumi agar lebih sesuai untuk hidupan.
Sekiranya kesan rumah hijau tidak wujud,
maka bumi akan menjadi beku dan tidak
boleh dihuni.
2. Walau bagaimanapun, pelepasangas rumah
hijau yang meningkat ekoran aktiviti manusia
telah meningkatkan kesan semula jadi rumah
hijau yang menyebabkan pemanasan global
berlaku.
3. Sejak tahun 1800-an lagi pemanasan global Rajah 2: Pelepasan gas rumah hijau global
mula berlaku dan aktiviti manusia yang (Sumber: IPCC, 2014
menghasilkan gas rumah hijau merupakan
penyebabutama fenomena ini berlaku.
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Impak Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar| 3
Impak pemanasan global
1. Pencairan ais kutub, kenaikan paras air laut
2. Ekosistem Terganggu
3. Cuaca kering yang berpanjangan
4. Pembakaran hutan
5. Perubahan iklim
Penutup
1. Tuntasnya, pemanasan global memberi kesan yang begitu banyak kepada persekitaran
kehidupan sama ada manusia mahupun alam semula jadi. Bahkan juga, kesan-kesan daripada
pemanasan global boleh menjejaskan politik, ekonomi dan sosial negara sekiranya tiada
tindakan yang proaktif dilaksanakan oleh negara-negara besar.
2. Pemanasan global merupakan masalah besar dan polemik isu ini sering diperdebatkan di
dunia. Pengurangan kesan-kesan pemanasan global boleh dilakukan sekiranya mengehadkan
pembalakan hutan simpan, meningkatkan aktiviti penanaman semula pokok,meningkatkan
penggunaan tenaga diperbaharui dan mengamalkan budaya kitar semula serta mengurangkan
kebergantungan penggunaan kenderaan persendirian tetapi lebih mengamalkan
pengangkutan awam.
3. Ironinya, kesedaran mengenai hal ini dalam kalangan masyarakat amat kurang dan tidak hairan
ada dalam kalangan masyarakat, langsung tidak tahu mengenai isu pemanasan global. Oleh itu,
semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan impak negatif
pemanasan global dapat dikurangkan.
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
Impak Pemanasan Global Terhadap Alam Sekitar| 4