The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F3 BAHIAH BINTI RAMLAN, NUR SALWANA BINTI ABDULL MUTALIB & NURUL NABILAH BINTI SARWANI (PEMBENTANGAN )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by F3 NUR SALWANA BINTI ABDULL MUTALIB, 2020-10-30 02:15:54

F3 BAHIAH BINTI RAMLAN, NUR SALWANA BINTI ABDULL MUTALIB & NURUL NABILAH BINTI SARWANI (PEMBENTANGAN )

F3 BAHIAH BINTI RAMLAN, NUR SALWANA BINTI ABDULL MUTALIB & NURUL NABILAH BINTI SARWANI (PEMBENTANGAN )

ELMK3023
TEORI ETIKA MORAL

NAMA AHLI KUMPULAN:

BAHIAH BINTI RAMLAN
NUR SALWANA BINTI ABDULL MUTALIB

NURUL NABILAH BINTI SARWANI

HUBUNGKAIT ANTARA INSAN BERMORAL DENGAN
PERKEMBANGAN MORAL INDIVIDU BERDASARKAN

SATU CONTOH SITUASI DALAM KEHIDUPAN
SEHARIAN

Link pembentangan:

Isi kandungan

01 02

Pengenalan Insan bermoral

03 04

Perkembangan Hubungkait
moral individu berserta contoh

05 06

Kesimpulan Rujukan

PENGENALAN  Perkembangan moral ini bukan sahaja
penting kepada seorang guru, malah
Insan bermoral sangat kepada setiap individu.
berkait rapat dengan
perkembangan moral  Insan yang memiliki moral yang tinggi
seseorang individu. akan dihormati malah dipandang tinggi
oleh masyarakat sekitar.
Setiap guru perlulah
mempunyai ciri-ciri insan  Perkembangan moral dalam diri setiap
guru ini penting dan sangat utama kerana
yang bermoral kerana ibu bapa mengharapkan tingkah laku anak
seorang guru merupakan yang baik dari cerminan seorang guru.
role model kepada pelajar.

KONSEP INSAN BERMORAL

Insan: Bermoral:

Manusia, makhluk Berakhlak,
yang dicipta oleh mempunyai ajaran
Allah SWT yang tentang baik buruk
sesuatu perbuatan
tidak terlepas dan kelakuan (Kamus
daripada kesilapan Dewan Edisi Keempat,

dan sering 2005).
melakukannya.

Insan bermoral adalah Memberi tumpuan
individu yang kepada nilai normatif
yang dianggap baik,
mengamalkan ketiga-tiga benar, betul dan patut
dimensi moral iaitu
dilakukan.
pemikiran, perasaan dan
perlakuan moral.

Sifat-sifat yang dimiliki

oleh insan yang bermoral
iaitu autonomi, keadilan

dan alturisme.

Perkembangan Moral Individu Teori perkembangan
moral yang terkenal telah
Perkembangan moral
merupakan suatu bentuk diasaskan oleh Lawren
Kohlberg dan juga Piaget.
perubahan yang
melibatkan pemikiran, Ia turut mempunyai dimensi
perasaan dan tingkah laku intrapersonal yang melibatkan
terhadap nilai kebenaran
regulasi dalaman seseorang
atau kesilapan individu dan dimensi

interpersonal yang melibatkan
interaksi sosial dengan orang

di persekitaran.

CIRI-CIRI INSAN BERMORAL

Keadilan Alturisme

Apabila konsep keadilan ini Individu akan menjauhi
dipegang oleh individu, ia kejahatan dan sikap
akan berfikiran rasional
dalam semua keadaan. mementingkan diri sendiri.

Keadilan Alturisme Autonomi

Satu piawai yang penting Amalan yang Sesuatu pertimbangan
dalam penilaian moral dan mengutamakan orang yang bebas tanpa
prinsip ini amat berkaitan
lain berbanding diri melibatkan emosi (boleh
dengan pemikiran atau sendiri. ikut kemahuan sendiri
penaakulan. atau secara paksaan)

Contoh berdasarkan kehidupan harian

Cikgu Noraini merupakan seorang guru Pendidikan Moral di Sekolah Kebangsaan Teluk Delima. Beliau merupakan
seorang guru yang penyayang namun tegas dalam mendidik anak murid-muridnya. Cikgu Noraini juga merupakan
guru kelas bagi kelas 5 Inovatif, jadi murid dari kelas tersebut yang mengalami masalah boleh berjumpa atau
berkongsi dengannya. Disebabkan Cikgu Noraini mengajar di sekolah yang berada di kawasan desa, jadi setiap tahun
hanya mempunyai satu kelas sahaja. Hal ini juga bermaksud semua murid tidak kiralah dari mereka yang bijak
sehingga mempunyai masalah dalam pembelajaran akan ditempatkan di dalam satu kelas jika umur mereka sama.
Walaupun kelas cikgu Noraini terdiri daripada murid yang mempunyai tahap intelektual yang berbeza, namun
layanan cikgu Noraini terhadap mereka adalah sama rata.

Beliau mendidik anak-anak muridnya dengan adil tanpa mempunyai sikap pilih kasih dan berat
sebelah. Disebabkan terdapat sesetengah murid yang kurang menguasai tentang tajuk yang diajar, beliau akan
mengadakan kelas tambahan pada setiap hujung minggu. Hal ini telah menyebabkan waktu rehatnya berkurang
berbanding guru yang lain. Namun, beliau tidak peduli asalkan murid-muridnya mampu menguasai tentang topik
pembelajaran itu. Dalam suatu mesyuarat PIBG, perbincangan tentang murid yang layak untuk menerima
Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah dilakukan. Lalu, beliau mendapati bahawa murid daripada kelasnya yang
terdiri daripada keluarga yang kurang kemampuan namun tidak tersenarai dalam senarai penerima bantuan
tersebut. Beliau yang menyedari situasi tersebut telah menyuarakan persoalan tentang situasi tersebut. Beliau juga
turut memberikan alasan dan bukti yang kukuh tentang situasi tersebut termasuklah menunjukkan bukti
pendapatan keluarga pelajar tersebut. Akhirnya, murid tersebut turut tersenarai dalam rancangan bantuan
tersebut.

Hubungkait antara Insan Bermoral
dengan perkembangan moral individu

Prinsip keadilan

Berdasarkan situasi yang dinyatakan, prinsip keadilan dapat dilihat apabila Cikgu Noraini melayan
anak muridnya dengan sama rata walaupun muridnya terdiri daripada tahap intelektual yang
berbeza. Beliau juga tidak melayan anak muridnya dengan sikap pilih kasih dan berat sebelah.

Hal ini secara tidak langsung menonjolkan prinisp keadilan yang
merupakan antara prinsip Insan Bermoral.

Prinsip autonomi

Prinsip ini pula dapat dilihat dalam diri Cikgu Noraini apabila beliau telah
menyuarakan pandangan beliau mengenai seorang murid dari kelas 5 Inovatif
yang seharusnya layak menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) namun
namanya tidak tersenarai. Jadi, beliau memberikan alasan yang kukuh tanpa
dipengaruhi emosi untuk memastikan bahawa nama murid itu tersenarai.

Situasi ini mempunyai perkaitan insan bermoral dengan perkembangan moral
apabila perlakuan Cikgu Noraini telah menonjolkan sisi dirinya yang terdiri
daripada prinsip autonomi.

Prinsip alturisme

Prinsip ini pula dapat dilihat apabila Cikgu Noraini mengorbankan waktu
rehatnya semasa cuti hujung minggu dengan membuat kelas tambahan
kepada anak muridnya yang mengalami masalah dalam memahami
topik pembelajaran yang diajarnya. Walaupun beliau boleh rehat sahaja
dan meluangkan masa di rumah, namun beliau tetap memilih untuk
mengutamakan pelajarnya berbanding waktu rehat yang boleh dinikmati.

Guru tersebut sanggup melakukan sesuatu
perbuatan bukan untuk dirinya tetapi untuk
pelajar-pelajarnya.

Sekian, terima kasih!

Kamus Dewan (Edisi Keempat). (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Rahman Md. Arooff. (2008). Teori etika dan amalan moral. Universiti
Putra Malaysia.

Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuib, Mazlan Aris, Mohd Fu'ad Sam & Roslina
Suratnu. (2016). Pengantar pendidikan moral IPTA,IPTS, IPG & Kolej. Sasbadi Sdn
Bhd.

Badriyatun Kamar & Faridah Nazir. (2017). Pengenalan kepada konsep
moral. Sasbadi Sdn Bhd.


Click to View FlipBook Version