Khas Kepada
______________________________________________
______________________________________________
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Daripada
Sidang Redaksi Paradigma
SMK Seri Selayang, Jln Sg. Tua, 68100 Batu Caves,
Selangor.
Majalah Paradigma
1
MENTERI KANAN PENDIDIKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Murid, guru, ibu bapa, warga sekolah dan saudara-saudari yang dikasihi,
Tahun 2020 akan tersemat dalam memori kita sebagai satu tempoh yang amat mencabar
khususnya bagi sector Pendidikan. Kita semua cukup terkesan dengan pendemik COVID-19. Pada bulan
Mac 2020, semua sekolah terpaksa ditutup kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di
seluruh negara. Sejumlah lebih 5 juta orang murid tidak dapat ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran
secara bersemuka. Selain itu, lebih 500,000 orang guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan bagi
memastikan murid tidak ketinggalan dan dapat terus mengikuti pembelajaran dengan selamat di rumah.
Sekolah telah dibuka semula secara berperingkat mulai 24 Jun 2020. Sudah tentu murid gembira
dapat kembali ke sekolah untuk mengikuti pembelajaran secara bersemuka dengan guru. Namun, situasi
ini tidak berpanjangan. Kemunculan gelombangketiga pandemic COVID-19 membawa satu cabaran yang
jauh lebih besar. Keadaan ini menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil
keputusan yang berat untuk menutup semua sekolah bermula 9 November 2020 sehingga tamat sesi
persekolahan 2020. Langkah ini adalah sebagai usaha membantu Kerajaan mengekang penularan wabak
COVID-19, terutamanya dalam kalangan warga sekolah. Walaupun sekolah ditutup, sesi pengajaran dan
pembelajaran masih diteruskan melalui kaedah Home-based learning mengikut kesesuaian guru dan
murid.
Segala usaha dilaksanakan dalam tempoh yang mencabar ini jelas menunjukkan bahawa semua
pihak begitu komitmed dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan
murid dalam terus mengikuti pembelajaran. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada murid, guru, ibu bapa dan seluruh warga sekolah atas kesabaran, sokongan dan dokongan
demi Pendidikan untuk anak-anak kita.
Dalam mendepani situasi yang sukar ini, saya yakin bahawa segala cabaran yang dihadapi tidak
akan melunturkan semangat murid untuk terus berguru demi menuntut ilmu dalam apa jua keadaan. Rasa
kecintaan kepada penerokaan ilmu yang bermanfaat akan membentuk insan dan generasi baharu yang
bijaksana serta mampu bersaing di persada dunia. Murid yang mendalami ilmu dengan penuh keikhlasan
akan terus beruasaha meningkatkan kefahaman terhadap ilmu tersebut dan juga meneroka bidang ilmu
baharu. Dengan ini lahirlah ilmuwan yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang
memberi manfaat kepada masyarakat. Haluan kecemerlangan masa depan negara bergantung kepada
tahap penguasaan ilmu oleh generasi muda yang ada pada hari ini. Ketinggian ilmu yang digabungkan
dengan kemuliaan akhlak adalah resipi kegemilangan sebuah negara.
Banir tanjung selisih jati
Jati berbalam dinsinggahi helang
Ilmu dijunjung setulus hati
Akhlas menyulam gemilang
Dalam aspek penerbitan majalah sekolah, tentunya edisi menerbitan tahun ini mempunyai makna
yang begitu mendalam dan berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Selain memaparkan latar
belakang, aktiviti dan pencapaian sekolah serta memahat memori persekolahan, majalah tahun ini
memanifestasikan cabaran besar yang dihadapi oleh sektor Pendidikan dalam mendepani pandemic
COVID-19. Apa yang berlaku pada masa ini adalah sesuatu yang di luar daripada kebiasaan.
Bagi penerbitan majalah sekolah yang berkualiti, pastinya ia terhasil daripada penggabungan
idea, inovasi, kreativiti serta kerjasama antara guru dan murid. Proses penerbitan majalah ini telah
Berjaya meningkatkan kemahiran dan mengilap bakat serta potensi murid ke aras yang lebih cemerlang.
Oleh hal yang demikian, setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah
di atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah bagi tahun 2020.
Akhir kata, diharap kejayaan yang dikongsikan dalam majalah ini akan menjadi aspirasi dan
dorongan untuk pencapaian yang lebih baik pada masa akan datang.
Selamat maju jaya
“BERGURU DEMIL ILMU, BINA GENERASI BAHARU”
DR. RADZI JIDIN
2
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Terima kasih kepada warga sekolah keran sudi memberi ruang kepada saya untuk
menyampaikan kata alu-aluan dalam majalah sekolah pada kali ini. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada warga sekolah khususnya siding redaksi majalah atas kejayaan
menerbitkan majalah sekolah yang sungguh bermakna ini. Semoga majalah sekolah ini
dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan semnagat cinta terhadap sekolah serta
meneruskan budayah dalam kalangan warga sekolah.
Saya yakin, aspirasi system dan aspirasi murid yang digariskan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan sentiasa menjadi focus utama untuk
semua pihak. Fokus dan gerak kerja KPM untuk tahun 2020 akan tertumpu kepada kualiti
pembelajaran murid dan kualiti guru serta pemimpin sekolah. Pembelajaran murid di
sekolah akan lebih berkesan apabila dipacu dengan pengajaran yang berkualiti oleh guru
serta disokongg oleh kepimpinan Pengetua/Guru Besar. Justeru, akauntibiliti perlu ada
pada semua pihak bagi menjamin pembelajaran murid diutamakan. Akauntibiliti adalah
seperti pelekat yang dapat mengikat dan menyatukan komitmen kita kea rah keberhasilan.
Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat semua warga sekolah serta terus
Bersama-sama menjayakan agenda Pendidikan negara demi melahirkan generasi
masyarakat Malaysia yang cemerlang dan gemilang.
BERSAMA-SAMA MELANGKAH LEBIH JAUH!
DR. HABIBAH BINTI ABDUL HALIM
3
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
Bismillahirahmaniirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana sudi memberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan
sepatah dua kata dalam majalah sekolah pada kali ini.
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah
Paradigma, SMK Seri Selayang kerana berjaya menerbitkan majalah bagi tahun 2020.
Penerbitan majalah sekolah merupakan usaha murni yang harus dicontohi kerana dapat
merakamkan segala peristiwa dan pencapaian sekolah sepanjang tahun. Majalah sekolah
ini juga akan menjadi sumber rujukan dan kenangan sepanjang hayat buat semua warga
sekolah.
Tahun 2020 merupakan tahun persekolahan yang paling mencabar buat kita semua.
Ancaman pandemic COVID-19 menyebabkan sesi persekolahan tidak dapat dilaksanakan
dengan sempurna. Ketika menghadapi cabaran dan masalah ini, kita sebagai warga
pendidik janganlah mudah berputus asa, sebaliknya kita perlu memiliki kesabaran,
kekuatan akidah dan iltizam yang tinggi bagi memastikan tangunggjawab kita dapat
dilakasanakan. Inilah banteng utama yang perlu dibudayakan dan ditanam dalam jiwa dan
sanubari seorang pendidik. Semoga usaha bakti yang kita sumbangkan selama ini diberkati
oleh Allah S.W.T.
Harapan saya agar kita semua sama-sama bergerak seiring dalam menangani apa
jua cabaran dan halangan dalam usaha membentuk kemenjadian anak murid yang mampu
mendepani segala cabaran pada masa hadapan. Akhir kata, saya mewakili Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor mendoakan agar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SERI SELAYANG terus menggapai kegemilangan dan merealisasikan slogan JPN Selangor
Terbilang.
Sekian, terima kasih.
TUAN HAJI IZMI BIN ISMAIL
4
KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH GOMBAK
Assalamualaikum Warahamatuilahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana taufik dan inayah-Nya, saya diberi
kesempatan menitipkan kata alu-aluan untuk Majalah PARADIGMA edisi ke 24 bagi tahun 2020.
Ucapan syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi lantaran terlaksananya
penerbitan majalah sekolah. Kejayaan ini merupakan legasi tradisi sekolah yang signifikan.
Menerusinya, kita dapat merakamkan pelbagai memori suka duka dan pahit manis warga sekolah
sepanjang tahun. Saya penuh yakin keutuhan semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat
melahirkan generasi yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun sahsiah.
Kecemerlangan yang telah dicapai oleh SMK Seri Selayang (SMKSES) dalam semua bidang
perlu diperkasakan agar visi yang dijana mampu direalisasikan secara holistic tanpa sebarangg
keraguan. Visi ini akan terlaksana sekiranya ada usaha penyatuan hati segenap lapisan dalam
menggarap kejituan matlamat bersandarkan kegigihan dan solidarity dalam kalangan warga
sekolah. Saya berasa bangga dengan peningkatan pencapaian semasa sekolah setakat ini dan
berharap agar semua pihak dapat berusaha untuk terus mencapai kecemerlangan pada masa akan
datang.
Sekolah merupakan satu institusi ampuh dalam membentuk modal insan cemerlang dan
berketerampilan, kreativiti, inovasi dan potensi murid serta warga sekolah hendaklah sentiasa dijana
agar kecemerlangan dalam semua bidang tercapai. Kemenjadian murid yang unggul berdasarkan
kompetensi individu dan bersahsiah mulia berupaya melahirkan modal insan berpekerti mulia yang
bersifat holistik.
Perubahan dan penambahbaikan dalam dasar Pendidikan negara seperti Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), PAK 21 dan Sarana Ibu Bapa
yang menjadi inti pati pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
menuntut warga Pendidikan berfikir di luar kotak untuk terus berdaya saing dan dihormati. Saya
mengucapkan tahniah kepada warga sekolah dan ibu bapa kerana berjaya memanfaatkan peluang
dan bekerjasama bagi melancarkan pengurusan sekolah dan pencapaian murid dengan lebih cekap
dan berkesan. Mudah-mudahan sumbangan dan kesungguhan tuan puan bakal memacu arena
Pendidikan ke persada kecemerlangan yang dihajati.
Akhir kata, saya yakin dan percaya warga SMK Seri Selayang akan terus berjuang
bersungguh-sungguh untuk melahirkan murid yang berpendidikan, kukuh jati diri, dan bersemnagat
kental demi memastikan SMK Seri Selayang sentiasa berada pada tahap cemerlang.
Sekian, terima kasih.
‘GOMBAK ON TOP’
HAJI SAJOLI BIN MASDOR
5
PENGETUA
SMK SERI SELAYANG
Bismillahirahmanirrahim
Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT dengan anugerah-Nya kita
dipanjangkan usia dan kesihatan yang baik bagi meneruskan agenda pendidikan Negara
dalam Norma Baharu sepanjang ujian pandemik Covid19. Menelusuri Gelombang 3 (2021-
2025) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), warga SMK Seri Selayang
(SMEKSES) akan bersama kementerian melangkah ke hadapan dalam menganjak ke arah
kecemerlangan melalui peningkatan tadbir-urus kendiri. Semoga hasrat ini mampu
mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi melalui budaya
kepimpinan rakan setugas. Segala usaha digembeling bersesuaian dengan meningkatkan
keluwesan operasi untuk semai budaya pemimpin rakan sebaya, menggerakkan pengurusan
berasaskan sekolah dan menambah model inovasi pengajaran yang berjaya.
Saya berdoa agar seluruh warga SMK Seri Selayang akan berganding bahu meningkatkan
kemenjadian murid dalam zaman globalisasi dengan keperluan kemahiran Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT); sentiasa berada dalam semangat dan kesihatan yang
cemerlang untuk mencapai Hala Tuju SMEKSES pada empat Petunjuk Prestasi Utama
Tahun 2021 iaitu meningkatkan kemenjadian murid dalam pencapaian SPM, meningkatkan
peratus kehadiran murid, meningkatkan pencapaian PAJSK dan meningkatkan
kecemerlangan Murid Berkeperluan Khas (MBK) .
Sekian, terima kasih
MADZNAH BINTI BACHOK
6
YANG DIPERTUA PIBG
SMK SERI SELAYANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, bersama kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana telah memudahkan usaha kita menerbitkan majalah sekolah pada tahun 2020 ini.
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi Paradigma edisi ke-
24 kerana telah bertungkus lumus menghasilkan majalah sekolah kebanggaan bersama ini.
Majalah sekolah bukan sahaja amat penting bagi pihak sekolah untuk merekod dan
melaporkan perkara-perkara penting perkembangan semasa sekolah bahkan juga menjadi
dokumen rujukan masyarakat luar khususnya ibu bapa. Majalah sekolah ini juga mustahak
bagi warga sekolah, iaitu pelajar-pelajar dan guru-guru untuk mengasah potensi berkarya
masing-masing. Memandangkan peri pentingnya majalah sekolah ini kepada semua pihak
maka saya menyeru ibu bapa untuk membaca dan meneliti kandungan majalah sekolah ini
untuk mengetahui perkembangan sekolah secara langsung seperti program-program yang
telah dijalankan dan pencapaian sekolah dalam pelbagai aspek. Dengan cara ini ibu bapa
akan lebih memahami peranan sekolah dalam usaha mendidik anak-anak menjadi goiongan
terpelajar dan berakhlak mulia.
Pada masa akan datang, ibu bapa juga digalakkan menyumbang karya bagi
dimuatkan di dalam majalah sekolah seperti ini. Penglibatan warga sekolah dan ibu bapa
dalam menghasilkan majalah sekolah ini akan menjadikan majalah ini semakin penting
lagi bermakna untuk dibanggakan bersama.
Saya berharap ibu bapa sentiasa menyokong penuh program-program sekolah dan
sama-sama turun padang untuk memastikan anak-anak kita sentiasa terpelihara
akhlaknya, berdisiplin terpuji, mengamalkan budaya mencintai ilmu, berhemah tinggi dan
berprestasi cemerlang. Permuafakatan antara ibu bapa dengan guru akan membawa berkat
ke arah melahirkan sekolah cemerlang dan anak gemilang. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih.
AZMAN BIN HUSSEIN
7
KETUA PENGAWAS
SMK SERI SELAYANG
Salam sejahtera dan salam perpaduan
Sekalung tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada sidang redaksi kerana bertungkus
lumus menerbitkan majalah Paradigma SMK Seri Selayang Jilid ke-24 pada tahun ini dengan
jayanya walaupun kita berdepan dengan gejala COVID-19 ini serta memberi peluang kepada
saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam ruangan majalah kebanggaan kita ini .Sidang
rakan rakan dan adik adik sekalian ,sesungguhnya penghasilan majalah ini mampu membawa
seribu erti untuk meraikan seribu satu kenangan kita bersama pada tahun 2020 ini . Sepanjang
tempoh ini, pelbagai cabaran, dugaan dan perubahan telah berlaku sama ada dari segi fizikal
atau mental. Walau apa keadaan sekalipun, kita haruslah berasa bangga kerana menjadi salah
seorang pelajar daripada sekolah ini. Di samping itu, kita haruslah membantu usaha guru guru
kita untuk terus memajukan sekolah kita ini.
Mengalas tanggungjawab sebagai ketua pengawas bukanlah satu tugas yang mudah.
Tugas yang diamanahkan ini merupakan tanggungjawab besar yang memerlukan pelbagai
pengorbanan dan komitmen tinggi. Namun dalam keadaan pandemik covid 19 ini pelbagai
tugasan dan impian saya untuk membantu usaha sekolah dalam meningkatkan disiplin murid
tergantung. Namun besarlah harapan saya untuk generasi yang akan datang untuk membantu
guru disiplin serta guru- guru lain sekolah kita untuk mengawal disiplin murid - murid. Pada
kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru - guru dan rakan
rakan pengawas yang memberikan seribu satu kepercayaan kepada saya untuk menjalankan
amanah dan tanggungjawab sebagai ketua pengawas. Tidak terlupa akan barisan ahli
jawatankuasa pengawas (AJK) yang banyak membantu dan memberi komitmen untuk membantu
saya menjalankan tugas ini.
Saya mewakili seluruh pelajar SMK SERI SELAYANG 2020 ingin menyusun 10 jari
memohon kemaafan seandainya terdapat kesalahan dan sesilapan kami sepanjang kami
menuntut ilmu di sekolah ini sama ada secara bersemuka mahupun secara dalam talian. Terima
kasih juga saya ucapkan kepada semua guru yang tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar dalam
mendidik kami walaupun dalam keadaan yang sukar ini.
Oleh itu, sebagai pelajar janganlah kita mensia-siakan usia muda kita dengan aktiviti
atau agenda yang tidak berfaedah, kerana kelak diri kita yang akan merana. Hormati guru dan
dengarlah nasihat serta bimbingan mereka. Sesungguhnya, tanpa guru siapalah kita. Sebagai
Ketua Pelajar sekolah ini, sukalah saya mengungkapkan “Marilah kita semua berganding bahu,
bergengaman tangan, bangun dan maju, sederap, mara sepakat mengukuhkan tekad dan azam
demi menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dalam usaha mengangkat martabat sekolah
keperingkat yang lebih tinggi”
Akhir kata, semoga warga SMK SERI SELAYANG terus cemerlang dalam apa jua bidang
yang diceburi sama ada dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Saya doakan
agar rakan rakan dan adik adik semua berjaya dalam semua bidang yang diceburi.
Selamat Maju Jaya & Selamat Belajar,
Sekian, terima kasih
CALEB AMOS DASS
Majalah Paradigma
8
CINTAKAN ILMU, CITAKAN BERSAMA
KECEMERLANGAN MEREALISASIKAN
PENDIDIKAN BERKUALITI WAWASAN
INSAN TERDIDIK NEGARA "MELESTARIKAN SISTEM
SEJAHTERA PENDIDIKAN YANG
BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI
INDIVIDU BAGI MEMENUHI
INSPIRASI NEGARA"
LAMBANG KEBERANIAN MENGHADAPI APA-APA JUA RINTANGAN MENUJU
KECEMERLANGAN
BERGANDING TANGAN MEMBENTUK PERPADUAN DALAM KALANGAN WARGA
SMEKSES
MENJANJIKAN MASA DEPAN YANG CERAH DALAM APA-APA JUA BIDANG YANG
DICEBURI
MELAMBANGKAN SMEKSES BERGERAK MAJU KE HADAPAN SEIRING DENGAN
PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
‘’
HARAPAN SMEKSES AKAN KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KEGEMILANGAN
SEKOLAH MENUJU KE ARAH PENDIDIKAN TINGGI
SEMANGAT KESUKANAN YANG MEMBARA
INSTITUSI SMEKSES YANG TEGUH
“TRANSFORMASI POTENSI DIRI DAN ORGANISASI DEMI KECEMERLANGAN
SEKOLAH”
9
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang telah Akan mendapat pendidikan terbaik dengan pencapaian antara
ditubuhkan pada 1 Disember 1994 dengan nama Sekolah sekolah harian terbaik di negeri Selangor khususnya dan
Menengah Kebangsaan Taman Selayang 2. Pada Malaysia amnya, berlandaskan nilai-nilai keagamaan dan
peringkat awal penubuhannya sekolah ini telah moral. Tiada murid yang tercicir dan tiada murid yang
menumpang di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman terpinggir.
Selayang 1 sebelum berpindah ke bangunan sekarang
pada 15 April 1995. Bangunan baru ini dibina Akan mendapat kemudahan dan kelengkapan terbaik bagi
bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan melicinkan proses kerja dan peluang mengembangkan kapasiti
Taman Selayang 1 dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Taman Selayang 2 yang terletak di jalan Sungai Tua, diri sendiri.
Batu Caves, Selangor.
Akan memperoleh layanan mesra dalam segala urusan dalam
Pada 9 April 2000 nama sekolah ini telah ditukar tempoh tidak lebih daripada setengah jam.
kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Selayang,
yang telah dirasmikan pengenggunaan nama baru
tersebut oleh Menteri Besar Selangor, Dato'Seri Abu
Hassan bin Omar.
Akan menerima insan yang mempunyai jati diri dan
bertanggungjawab untuk memenuhi aspirasi negara
Majalah Paradigma
10
11
12
Majalah Paradigma
13
Majalah Paradigma
14
BIL NAMA KELAS
1 PAVITRA A/P RADHAKRISHNAN 5 PERAKAUNAN
2 NUR IZZATUL KHAIRIN BINTI KAMARUL 5 SAINS
ARIFFIN 5 PERAKAUNAN
3 NURHAZWANI BINTI SUDIRIA 5 PERAKAUNAN
4 DANISHA A/P THEEVAHERAN
5 NUR NAILI BALQIS BINTI MUHAMAD RIZUAN 5 SAINS
6 CHEN YEUNG JEAN 5 PERAKAUNAN
7 AZRIE NUR HAQIM BIN KHAIRUNNAS 5 PERAKAUNAN
8 DEVA SMITHA A/P MANIAM
9 DENESWARAN A/L RAVICHANDRAN 5 SAINS
5 PERAKAUNAN
BIL NAMA MURID KELAS MATA PELAJARAN
1 NURHAZWANI BINTI SUDIRIA 5 PERAKAUNAN TERBAIK
5 PERAKAUNAN
2 PAVITRA A/P RADHAKRISHNAN BAHASA MELAYU
5 SAINS PENDIDIKAN ISLAM
3 NUR IZZATUL KHAIRIN BINTI
KAMARUL ARIFFIN MATEMATIK
BAHASA TAMIL
4 NUR NAILI BALQIS BINTI MUHAMAD
RIZUAN BAHASA MELAYU
5 NUR IZZAH MAISARAH BINTI MAT 5 SAINS BAHASA MELAYU
YUSOFF
5 PERAKAUNAN BAHASA MELAYU
6 NURUL QALIS BINTI JASNI
5 PERNIAGAAN BAHASA MELAYU
7 MUHAMMAD ZARIF BIN MUSTAFFA
5 PERAKAUNAN MATEMATIK
8 ANNE SYAKILA BINTI MOHD
NULANOOR 5 SAINS PENDIDIKAN SENI
5 PERAKAUNAN VISUAL
9 TEH SZE HAO
10 DANISHA A/P THEEVAHERAN PRINSIP PERAKAUNAN
5 PERAKAUNAN BAHASA TAMIL
5.68 15 78.5
4.99 90.1
100
7.27 90 64.5
6.70 80 76.8
4.72 70 85.7
4.06 60 89.5
6.75 50
5.77 40 2019 57.3
6.63 68.8
5.60 2018 70.2
6.88 78.7
6.15 30
6.13 20 55.8
5.31 10 66.1
75.9
7.04 8 86.2
6.90 71.4
5.214 78.0
5.24 100.0
2019 100.0
7.812018
7.63 52.8
5.242 52.5
4.57
7.20 97.4
6.76 93.1
6.35 88.1
6.64 90.6
5.16 78.3
5.46 84.5
5.53
5.23 100.0
5.58 100.0
5.71 100.0
5.77 94.2
5.56 100.0
2.41 97.1
3.25 100.0
3.67 100.0
4.17 100.0
100.0
100.0
100.0
Majalah Paradigma
16
17
18
19
Majalah Paradigma
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
Majalah Paradigma
35
36
37