The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrqlhrosli, 2025-03-17 12:25:45

TUGASAN 2

TUGASAN 2

STRATIFIKASI SOSIAL DI SEKOLAH


PENGHARGAAN Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah dan kurniaan-Nya kerana telah memberikan kekuatan dan kesihatan yang baik kepada saya bagi menyempurnakan tugasan pentaksiran berterusan Sosiologi dalam Pendidikan. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Rubaaiah binti Sidek selaku pensyarah Sosiologi dalam Pendidikan yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta berkongsi maklumat dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberikan sokongan moral dan galakan sepanjang proses menyiapkan tugasan. Tidak lupa juga, saya turut ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana banyak memberi pendapat dan peringatan terhadap setiap apa yang telah saya alpa sepanjang tugasan pentaksiran berterusan ini disiapkan. Mereka juga telah membantu saya dalam menjawab setiap pernyataan yang saya utarakan kepada mereka.


isi kandungan 1.0 PENGENALAN 2.0 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH 2.1 SOSIOEKONOMI 2.2 PENGASINGAN KELAS 2.3 PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN 3.0 CARA-CARA UNTUK MEMANIPULASI IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH BAGI MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH 3.1 MENYEDIAKAN SOKONGAN AKADEMIK YANG ADIL 3.2 MEWUJUDKAN PROGRAM MENTORMENTEE 3.3 MENGGALAKKAN PENGLIBATAN IBU BAPA SECARA MENYELURUH RUJUKAN


Menurut Rizqon Halal Syah Aji (2015), stratifikasi sosial merujuk kepada pembahagian masyarakat ke dalam tingkatan tertentu berdasarkan status atau tahap sosial mereka.Sebagai contoh, dalam komuniti ini terdapat strata tinggi, strata sederhana dan strata rendah. Perbezaan ini adalah berdasarkan sosial, ekonomi, politik, undang-undang, budaya atau masyarakat. Stratifikasi sosial lazimnya ditemui dalam kehidupan bermasyarakat. Pembahagian dalam masyarakat kebiasaannya berlaku disebabkan peranan setiap masyarakat yang berbeza. Stratifikasi sosial ini adalah sesuatu yang diterima umum oleh masyarakat. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa pembahagian atau perbezaan ini wujud secara semulajadi kerana masyarakat lebih cenderung untuk bergaul dengan golongan yang mempunyai peranan yang sama dengan mereka yang membentuk kelompok atau golongan tertentu. 1.0 PENGENALAN STRATIFIKASI SOSIAL


INSTITUSI SOSIAL APAKAH INSTITUSI SOSIAL? Sulaiman Saat (2013) ,menyatakan institusi sosial merupakan pola- pola tingkah laku kelompok sesebuah masyarakat yang telah dipersetujui seperti undaang- undang. Malahan, institusi sosial sebagai satu cara yang standard diwujudkan, khususnya untuk mengatasi pelbagai masalah masyarakat seperti menguruskna kematian, pengagihan makanan, kuasa dan sebagainya. INSTITUSI SOSIAL Institusi sosial merupakan suatu sistem yang menunjukkan peranan sosial dan norma sosial saling berkait dan telah disusun untuk memuaskan sesuatu kehendak atau fungsi sosial. Merujuk kepada sesuatu yang telah terasas dalam masyarakat, contohnya, institusi agama, institusi perkahwinan dan kekeluargaan, institusi ekonomi, institusi politik dan lain-lain. Menurut Sulaiman Saat (2013), pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam institusi sosial dan mempunyal kepentingan dalam setiap institusi seperti politik, ekonomi, pentadbiran, agama dan sebagainya. Oleh itu, semakin tinggi prestasi akademik, semakin besar peluang untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang pentadbiran. Masyarakat juga menganggap orang yang berpendidikan tinggi sebagai golongan pemikir, cendekiawan dihormat. dan perlu Oleh itu, mereka selalu menjadl penasihat dalam masyarakat dan institusi tertentu.


2.0 IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH


1.SOSIO EKONOMI DI Malaysia, terdapat stratifikasi sosial yang berdasarkan sosioekonomi iaitu golongan B40, M40 dan T20. Impak daripada hal ini adalah ketaksamaan layanan yang diberikan kepada murid. Menurut Nida Nur'azizzah dan Anggita Maharani (2023), ketidaksamaan sosial sering berlaku di sekolah apabila pelajar dari keluarga yang berada diberi perhatian yang lebih dari pihak sekolah. Sebagai contoh, murid yang lebih kaya mampu membantu sekolah dari aspek kewangan, infrastruktur dan sumbangan dana jika dibandingkan dengan keluarga miskin yang tidak mampu membantu pihak sekolah. Justeru, murid yang berkelas atas ini akan diberikan fokus utama dan akan mendapat layanan yang lebih dari pihak sekolah. Permintaan mereka akan dituruti manakala golongan pendapatan rendah akan disisihkan dan dinafikan hak mereka. Pelajar dari T20 dan M40 kurang menghadapi masalah: mendapat akses pendidkan menghadiri kelas bimbingan dengan bayaran Mendapat perhatian dan dorongan daripada ibu bapa. Kesannya, peluang mendapatkan pendidikan lebih luas berbanding mereka berada dalam lingkungan taraf sosioekonomi rendah. Pelajar golongan B40 mungkin menghadapi masalah: kurang mendapat perhatian ibu bapa atas sebab kesibukan mencari rezeki kurang kelengkapan untuk belajar


2.PENGASINGAN KELAS Pembahagian kelas berdasarkan prestasi akademik telah menjadi topik perbincangan yang berterusan dalam sistem pendidikan. Sistem ini melibatkan pengkelasan murid dengan mengasingkan murid yang mempunyai tahap penguasaan akademik yang sama dan meletakkannya dalam satu kelas yang serupa (Mohd Syaubari Othman, 2022). Walaupun sistem ini memberi manfaat kepada guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif, ia hakikatnya akan memberi kesan psikologi terhadap murid-murid sekolah. Hal ini kerana, adalah terlalu awal untuk melabel murid mengikut kategori tertentu kerana pada peringkat sekolah rendah, mereka baru sahaja bermula untuk mengenali potensi diri masing-masing'. Malahan, motivasi murid adalah sangat penting dan boleh mempengaruhi prestasi akademik mereka. Oleh itu, pihak sekolah wajarlah mempertimbangkan kesan jangka panjang terhadap murid, termasuk keyakinan, emosi, mental, dan sahsiah diri mereka (Husnizam Hosin, 2021). Kesan kepada murid kelas hadapan: ✅ Tekanan Akademik – Beban kerja dan harapan tinggi boleh menyebabkan tekanan. ✅ Persaingan Sengit – Persaingan dalam kalangan murid boleh menimbulkan tekanan emosi. ✅ Lebih Banyak Peluang – Kerap diberi keutamaan dalam program akademik dan kokurikulum. Kesan kepada murid kelas belakang: ❌ Kurang Motivasi – Rasa tidak dihargai dan kurang keyakinan terhadap kebolehan diri. ❌ Stigma Negatif – Dilabel sebagai murid lemah boleh menyebabkan rasa rendah diri. ❌ Persepsi Buruk terhadap Pendidikan – Hilang minat belajar kerana beranggapan mereka tidak berpotensi.


3.PERSEPSI IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN Ibu bapa daripada golongan bekerjaya dan berpelajaran cenderung untuk melibatkan diri dengan aktiviti sekolah kerana melihat kepentingan pendidikan kepada anak-anak mereka. Contohnya, golongan ibu bapa yang berpendidikan cenderung untuk menghantar anak mereka ke sekolah berprestasi tinggi atau sekolah kluster kecemerlangan agar anak mereka dapat mengikut jejak langkah mereka. Sekolah-sekolah seperti ini kebiasaannya mempunyai penglibatan ibu bapa yang aktif dalam Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG). Hal ini berbeza dengan kawasan di mana kebanyakan ibu bapa tidak mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan bekerja sendiri contohnya kawasan orang asli. Menurut M. Al MuzZammil Bin Yasin & Moong Sow Kuan (2011) , lebih 10 peratus anak orang asli keciciran sekolah. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan kerana berpendapat bahawa mereka juga dapat menjana pendapatan tanpa pendidikan yang tinggi sekali gus tidak dapat membentuk budaya penglibatan ibu bapa yang aktif dengan aktiviti sekolah. ✅ Kesan Positif (Jika Ibu Bapa Terlibat) Meningkatkan pencapaian akademik kerana ibu bapa lebih cakna dengan perkembangan anak. Mewujudkan budaya pembelajaran yang sihat dengan komunikasi aktif antara ibu bapa dan guru. Mengurangkan masalah disiplin murid kerana ibu bapa lebih mengambil tahu perkembangan mereka di sekolah. ❌ Kesan Negatif (Jika Ibu Bapa Kurang Terlibat) Murid kurang bermotivasi kerana tidak mendapat sokongan moral dalam pendidikan. Masalah disiplin meningkat akibat kurang pemantauan dan penglibatan ibu bapa. Kurang interaksi sekolah dan komuniti menyebabkan sekolah kekurangan sokongan luar bagi meningkatkan kualiti pendidikan.


3.0 CARA-CARA UNTUK MEMANIPULASI IMPAK STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA SEKOLAH BAGI MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH


MENYEDIAKAN SOKONGAN AKADEMIK YANG ADIL Sokongan akademik yang adil memastikan semua murid mendapat peluang yang sama dalam pembelajaran tanpa mengira latar belakang mereka. Salah satu langkah utama ialah memberi kelas tambahan percuma kepada murid yang memerlukan bimbingan dalam akademik. Kelas ini boleh dijalankan selepas waktu sekolah atau pada hujung minggu bagi membantu murid memahami subjek dengan lebih baik tanpa perlu bergantung kepada kelas tuisyen berbayar. Guru juga perlu mewujudkan kaedah pengajaran yang lebih pelbagai untuk memenuhi keperluan murid dengan tahap pemahaman yang berbeza. Pendekatan seperti pembelajaran berasaskan projek, simulasi, penggunaan multimedia, dan teknik interaktif boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami. Dengan adanya strategi pengajaran yang fleksibel, murid akan lebih bermotivasi untuk belajar dan dapat menguasai ilmu dengan lebih berkesan. Selain itu, sekolah perlu menyediakan bahan pembelajaran yang boleh diakses oleh semua murid. Bahan seperti nota digital, rakaman video, dan sistem pinjaman buku boleh membantu murid yang tidak mampu mendapatkan sumber tambahan. Ini memastikan mereka mempunyai akses kepada maklumat yang mencukupi untuk mengulangkaji pelajaran secara kendiri.


MEWUJUDKAN PROGRAM MENTOR-MENTEE Program mentor-mentee merupakan salah satu inisiatif yang berkesan dalam membentuk budaya sekolah yang positif dan inklusif. Melalui program ini, murid yang lebih cemerlang dalam akademik akan berperanan sebagai mentor bagi membantu rakan sebaya yang memerlukan bimbingan. Bimbingan ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk, seperti sesi ulang kaji berkumpulan, kelas tutor kecil, atau perbincangan santai selepas waktu sekolah. Malahan, program ini juga membentuk budaya saling membantu dalam kalangan murid dan mengurangkan jurang pencapaian akademik. Murid yang lemah tidak akan berasa ketinggalan kerana mereka mempunyai rakan yang sedia membantu, manakala murid yang cemerlang dapat mengukuhkan pemahaman mereka dengan mengajar orang lain. Kajian menunjukkan bahawa proses mengajar membantu seseorang memahami sesuatu konsep dengan lebih mendalam. Selain itu, program mentor-mentee dapat meningkatkan keyakinan diri dan semangat kerjasama dalam kalangan murid. Murid yang menjadi mentor akan berasa lebih dihargai kerana dapat berkongsi ilmu dan kemahiran mereka dengan rakan lain, sementara mentee akan lebih berani bertanya dan mendapatkan bantuan tanpa rasa rendah diri. Interaksi antara murid daripada latar belakang yang berbeza juga dapat diperkukuh, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih harmoni dan saling menyokong. Ini dapat membantu mengurangkan sikap prejudis atau jurang sosial antara murid.


MENGGALAKKAN PENGLIBATAN IBU BAPA SECARA MENYELURUH Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak sangat penting dalam membentuk budaya sekolah yang positif. Salah satu cara untuk memastikan penglibatan yang lebih menyeluruh ialah dengan mengadakan sesi perkongsian ilmu antara ibu bapa dari pelbagai latar belakang. Melalui sesi ini, ibu bapa yang lebih berpengalaman atau berpendidikan boleh berkongsi maklumat dan strategi dalam membantu perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak mereka. Ini dapat mewujudkan komuniti ibu bapa yang saling menyokong, sekali gus mengurangkan jurang kesedaran pendidikan antara mereka. Selain itu, pihak sekolah boleh menyediakan program bimbingan ibu bapa bagi meningkatkan kefahaman mereka tentang kepentingan pendidikan. Program ini boleh merangkumi ceramah, bengkel keibubapaan, dan sesi kaunseling bagi membantu ibu bapa memahami peranan mereka dalam menyokong pembelajaran anak-anak di rumah. Program ini amat bermanfaat khususnya bagi ibu bapa yang kurang terdedah kepada sistem pendidikan moden atau yang mempunyai persepsi bahawa pendidikan bukan satu keutamaan. Selain itu, ibu bapa perlu digalakkan untuk terlibat secara aktif dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tanpa mengira taraf sosial. PIBG bukan sahaja berperanan dalam membantu sekolah dari segi kewangan, tetapi juga sebagai platform untuk ibu bapa memberikan pandangan dan cadangan dalam meningkatkan mutu pendidikan. Untuk memastikan keterlibatan lebih menyeluruh, pihak sekolah boleh mewujudkan pelbagai jawatankuasa kecil dalam PIBG yang membolehkan ibu bapa menyumbang mengikut keupayaan masing-masing. Sebagai contoh, ibu bapa yang mahir dalam bidang tertentu boleh membantu dalam bengkel kemahiran, manakala yang lain boleh menyokong aktiviti sosial dan kebajikan sekolah.


4.0 PENUTUP Kesimpulannya, jelas bahawa stratifikasi sosial memberikan impak yang besar dalam membentuk dinamika budaya sesebuah sekolah. Oleh itu, peranan guru sebagai agen sosialisasi amat penting dalam mengurus dan memanfaatkan impak tersebut bagi mewujudkan budaya sekolah yang positif. Hal ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang menerima pendidikan berkualiti serta seimbang dari segi kognitif, kemahiran, akhlak, dan rohani. Akhir sekali, usaha membentuk budaya positif ini bukanlah tanggungjawab guru semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama dan sokongan berterusan daripada pihak sekolah, ibu bapa, serta masyarakat agar dapat bergerak seiring dengan usaha yang dilaksanakan.


RUJUKAN Aji, R. H. S. (2015). Stratifikasi sosial dan kesadaran kelas. Husnizam Hosin. (2021). Mansuh Pengasingan Kelas Wajar Dikekalkan. Berita Harian. Mohd Syaubari Othman. (2022). Tahap Kepandaian Berbeza Tingkatkan Motivasi Belajar. Berita Harian. Mukmin, T. (2018). Hubungan pendidikan dan stratifikasi sosial. El-Ghiroh: Jurnal Studi Keislaman, 15(2), 27-42. Nur'azizzah, N., & Maharani, A. (2023). Pengaruh Latar Belakang Sosial Ekonomi Terhadap Hasil Belajar Matemetika Siswa. AdMathEduSt: Jurnal Ilmiah Mahasiswa Pendidikan Matematika, 10(2), 41-49. Saat, S. (2013). Pendidikan Sebagai Institusi Sosial. Lentera Pendidikan: Jurnal Ilmu Tarbiyah dan Keguruan, 16(2), 178-187. Yasin, M. A. M. Z., & Kuan, M. S. (2011). Peranan ibu bapa Dalam Persatuan Ibubapa Dan Guru-Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kulai, Johor (Vol. 8).


Click to View FlipBook Version