EDISI KHAS 2021
PENGAJIAN ISLAM
MPU23012
PEMBANGUNAN ALAM
SEKITAR
KEINDAHAN ALAM ADALAH BUKTI CINTA
DARI ALLAH
KEPENTINGAN ALAM SEKITAR
LANGKAG-LANGKAH MENJAGA ALAM SEKITAR
"MELIHAT JAUH KE DALAM
ALAM , DAN KEMUDIAN ANDA
AKAN LEBIH MENGERTI
SEGALA SESUATU YANG LEBIH
BAIK"
ALBERT EISTEN
ALAM SEKITAR
merupakan segala benda hidup dan
bukan hidup yang wujud secara semula
jadi di permukaan bumi , atau sebahagian
daripadanya . ia juga boleh dipanggil
sebagai flora da fauna.
SIDANG EDITOR
PENULIS
1.ILYANA PUTERI BINTI ZURAIMI 23DBS20F2019
2.NUR AINNATUL FATIHAH BINTI MOHD NIZAM
23DBS20F2032
EDITOR MAJALAH
1.NUR RAIMIYRA BINTI ROSLAN 23DBS20F2013
2.AQILA NATASYA BINTI MOHD AMIN 23DBS20F2021
TEL: 03 - 12345678
FAX: 03 - 12345678
HAK CIPTA (C) 2021 - POLITEKNIK NILAI, NEGERI
SEMBILAN
CETAKAN PERTAMA : 2021
HAK CIPTA TERPELIHARA TIDAK DIBENARKAN
MENGGUNAKAN ISI KANDUNGAN DAN JUGA KONSEP BUKU
INI DALAM APA JUA CETAKAN DAN ELEKTRONIK.
ISI KANDUNGAN
KATA - KATA ALBERT EISTEN 2
ALAM SEKITAR 3
SIDANG EDITOR 4
PENGHARGAAN 5
PENGENALAN 6-7
KENAL PASTI MASALAH 8
LANGKAH - LANGKAH MENJAGA
ALAM SEKITAR 9 - 10
KEPENTINGAN
ALAM SEKITAR 11 - 12
KESIMPULAN 13
RUJUKAN 14
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya,
dapat kami menyiapkan serta menjayakan tugasan e-folio bagi
subjek Pengajian Islam (MPU23012) dalam tempoh yang
ditetapkan.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Mastura Binti
Mamat selaku pensyarah bagi subjek Pengajian islam kerana
telah membimbing dan memberi tunjuk ajar serta meletakkan
sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan
tugasan yang diberikan.
Ucapan ini juga ditujukan kepada semua rakan seperjuangan
serta ahli keluarga yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami
hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
Terima kasih yang tidak terhingga, terutama buat ahli kumpulan
kami sendiri yang sangat banyak membantu satu sama lain
dalam memberi idea baru, pandangan, kerjasama dan memberi
sepenuh komitmen ketika menyiapkan tugasan e-folio ini
bersama.
Akhir kata, segala jasa dan budi baik kalian amat dihargai dan
hanya tuhan yang dapat membalas jasa kalian.
Bubur selasih ubi keladi,
Lemak manis santan kelapa,
Terima kasih jasa dan budi,
Selalu tersemat tiada lupa.
PENGENALAN
Manusia merupakan makhluk yang Allah ciptakan dalam bentuk
yang sangat sempurna. kesempurnaan manusia adalah yang paling
sempurna jika dibandingkan dengan makhluk yang lainnya.
Manusia memiliki fisik, perasaan, nafsu dan juga akal yang
membuatkan manusia berbeza dengan makhluk lain seperti
malaikat dan haiwan dimana malaikat hanya mempunyai akal dan
haiwan hanya mempunyai unsur nafsu akan tetapi manusia
dikurniakan kedua dua unsur tersebut.
Dengan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT , manusia
dapat membuat pertimbangan sebelum melakukan sebarang
Tindakan dan selepas itu barulah dapat menggerakkan unsur nafsu
bagi mencapai kearah keinginan tersebut
Walaupun begitu , terdapat juga wujudnya perkara yang negatif
terhadap unsur akal dan nafsu dalam jiwa manusia. Kesannya , jika
tindak tanduk manusia menggunakan akal dengan membangunkan
bandar yang pesat. Oleh itu, timbul kesan negatif kepada alam
sekitar
Islam menuntut keseimbangan dalam setiap daya usaha. Pada
masa yang sama , islam juga menuntut agar setiap kegiatan
manusia tidak memberi kesan buruk terhadap kualiti kehidupannya
dan masyarakat
Perkara itu dijelaskan melalui firman Allah yang
bermaksud: ‘Dan carilah pada apa yang telah
dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan)
negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan
bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi
dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti
Allah telah berbuat baik, kepadamu dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka)
bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang yang berbuat kerosakan.”
(surah al-Qasas, ayat 77)
Walaubagaimanapun , tidak menjadi satu kesalahan
jika melaksanakan pembangunan akan tetapi ia
perlulah dilakukan dalam keadaan yang terkawal.
Hal ini supaya rencana pembangunan yang
dijalankan lebih terperinci serta memberi banyak
manfaat kepada manusia dan alam sekitar.
Etika berkaitan penjagaan alam sekitar ada
digariskan dalam islam. Sebagai contoh , ketika
peperangan, Nabi Muhammad saw melarang
umatnya memotong pokok ataupun membakar
tanaman kecuali keadaan benar benar memaksa
suapaya berbuat demikian
KENAL PASTI MASALAH
Antara punca yang telah dapat dikenalli pasti yang
membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini
ialah masalah sikap individu dan organisasi yang tidak
bertanggungjawab atas yang dilakukan .Sikap ini
haruslah tidak disimpan dalam diri seseorang yang boleh
mendatangkan masalah terhadap alam sekitar.Hal ini
jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka
untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah
individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang
sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan
persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah
perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau
makanan di tepi jalan. Sebagai contoh, perbuangan
sampah ditepi jalan yang boleh menyebabkan
permandagan sangat buruk apabila para pelancong
datang untuk melancong ke negara .
Mereka boleh menghebahkan hal ini di laman
sosial dan memburukan serta menjatuhkan
imej negara kita iaitu Malaysia. Negara kita
juga dapat dipandang rendah oleh negara-
negara lain. Hal ini demikian, ada beratus ribu
orang pengguna yang bersikap sedemikian
sudah semestinya jalan raya akan menjadi
kotor dan akan dipenuhi sampah sarap. Jika
tiada pekerja yang hendak membersihkan,
kotoran di jalan raya akan juga menjadi lebih
banyak dan menyebabkan jalan raya tidak
boleh digunakan.
LANGKAH - LANSGEKKAITHAMRENJAGA ALAM
1. Menguatkuasakan undang-undang
Kerajaan hendaklah menguatkuasakan akta dan peraturan iaitu
Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dengan mengenakan denda,
kompaun, penjara dan lain-lain kepada mana-mana individu atau
syarikat yang mencemarkan alam sekitar.
2. Kempen kesedaran
Memberikan kesedaran dan kefahaman kepada pelajar (sekolah,
ipta dll) dan masyarakat tentang pentingnya menjaga alam
sekitar. kempen boleh dilaksanakan melalui pengedaran risalah,
iklan melalui televisyen dan sebagainya
3. Mengamalkan aktiviti gotong-
royong membersihkan kawasan
sekitar rumah, longkang dan
sungai. membersihkan sungai
dapat mengatasi masalah
pencemaran air kerana apabila air
tercemar hidupan air juga
menerima kesan buruk. air juga
digunakan sebagai minuman dan
apabila tercemar ia akan
mengandungi bakteria yang boleh
menjejaskan kesihatan. oleh itu, air
tersebut tidak selamat untuk
diminum.
4. selain itu, amalan kitar semula
Dalam pada itu, kitar semula yang
diperkenalkan oleh kerajaan perlu
diambil perhatian kerana mampu
menjaga alam sekitar. Bahan-
bahan buangan boleh diproses
semula untuk digunakan sekali lagi
dan kita boleh mengklasifikasikan
bahan-bahan yang tidak diperlukan
di dalam tong-tong kitar semula
yang telah disediakan. Sebagai
contoh, bahan buangan boleh
diproseskan menjadi baja nutrien
bagi menghindarkan pembaziran
dan surat khabar boleh dijadikan
sebagai tisu. Melalui cara ini,
sumber manusia dan negara dapat
menjimatkan kos mereka mahupun
kebersihan alam sekitar.
KEPENTINGAN ALAM
SEKITAR
Persekitaran memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan
seharian kita. Persekitaran yang tidak tercemar akan memberikan kita
suasana yang lebih selesa dan nyaman. Selain itu ia dapat memberi
keselesaan kepada kita. Bagi manusia, jika alam sekitar tidak dijaga
dengan baik, ia juga akan menjejaskan aktiviti pembangunan negara
sedikit sebanyak. Dalam usaha kita mengejar kemajuan negara, kita tidak
boleh mengabaikan kepentingan alam sekitar kepada kehidupan kita.
Faedahnya termasuk:
1. Tarikan pelancong:
Persekitaran yang cantik dapat membantu negara dalam memajukan
sektor pelancongan, hal ini kerana persekitaran yang cantik dapat
menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Ini seterusnya boleh
menjadikan negara sebagai destinasi baharu untuk pelancongan global.
Pertambahan pelancong dalam dan luar negara akan meningkatkan
pendapatan negara dan kerajaan dapat menyediakan dan membuka
banyak peluang pekerjaan kepada golongan yang tidak bekerja. Di negara
maju, terdapat banyak tempat yang menjadikan keindahan alam sekitar
sebagai produk pelancongan. Contohnya, Paris di Perancis, Venice di Itali
dan Seoul di Korea Selatan. Oleh itu, selain peranan kerajaan, kita sebagai
rakyat juga harus menjaga alam sekitar. Majulah negara ini dan biarkan
keindahan alam sekitar membawa pulangan juga kepada negara kita.
2. Pembekalan udara segar:
Manusia memerlukan udara segar untuk hidup dalam persekitaran yang
selesa. Selain itu, bekalan udara segar akan membawa ketenangan dan
keceriaan kepada masyarakat. Disamping itu, bekalan udara segar juga
dapat mencegah pelbagai penyakit seperti sakit jantung dan batuk-batuk.
Secara saintifiknya, bekalan udara segar akan terhalang Sekiranya
berlaku pencemaran udara, pencemaran udara akan berlaku apabila
terdapat objek asing dalam kepekatan udara.Benda asing ini adalah
dalam bentuk habuk, asap, dan gas seperti karbon monoksida dan
nitrogen oksida. Jangan lupa bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu,
persekitaran yang cantik dan bersih amat penting kepada kita agar kita
dapat terus menghirup udara segar.
3. Ekosistem yang stabil:
Ekosistem yang stabil adalah sangat penting kepada manusia, alam
sekitar dan planet ini. Kini, dengan kesan pencemaran alam sekitar,
pelbagai masalah global telah berlaku. Ini termasuklah pemanasan global.
Sebagai tambahan, Dikatakan bahawa suhu global akan menyebabkan
perubahan lain, seperti kenaikan paras laut dan fenomena cuaca ekstrem.
Akibat pemanasan global maka berlakulah kemerosotan dalam
pengeluaran pertanian dan kehilangan glazier dan kepupusan pelbagai
haiwan. Oleh itu, kita mesti menjaga alam sekitar agar dapat mewujudkan
ekosistem yang stabil.
4. Habitat hidupan air dan darat terpelihara:
Hidupan air dan darat memerlukan persekitaran yang bersih dan bebas
pencemaran untuk meneruskan kehidupan. Sememangnya kita
dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam sekitar ini supaya
dilindungi. Hutan dan persekitaran lain adalah habitat penting untuk
haiwan akuatik dan darat. Alam sekitar seperti hutan merupakan tempat
tinggal bagi hidupan darat seperti gajah, harimau dan lain-lain. Didalam
hutan itulah haiwan-haiwan ini mencari makanan dan tempat mereka
bermain.Oleh itu,sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik dan
berlaku pencemaran seperti kebakaran hutan, haiwan-haiwan ini akan
mengalami kepupusan. Begitu juga dengan hidupan di air,sekiranya
pencemaran air berlaku, hidupan airini akan mati dan seterusnya akan
mengalami kepupusan.Oleh itu, alam sekitar yang tidak tercemar sangat
penting kepada hidupan darat dan hidupan air agar hidupan ini
terpelihara.
5. Mengelakkan kepupusan:
Alam sekitar sangat penting kepada flora dan fauna. Jadi alam sekitar
yang tidak tercemar dapat mengelakkan kepupusan kepada seluruh
spesies flora dan fauna. Namun begitu, sedih untuk kami katakan bahawa
telah wujud pencemaran yang menyebabkan kepupusan kepada pelbagai
spesies flora dan fauna serta haiwan. Di Malaysia, aktiviti perindustrian
serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun
makhluk perosak, pencemaran-organik serta peningkatan keledak dalam
air. la merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan
akuatik. Selain itu, aktiviti penebangan hutan secara tidak terancang
menyebabkan kepupusan hidupan di sana .Justeru itu, setiap orang
memainkan peranan penting dalam menjaga alam sekitar dengan baik.
KESIMPULAN
Tuntasnya, pemuliharaan dan pemeliharaan alam
sekitar adalah tanggungjawab bersama. Maka, kita
mestilah sedar akan kepentingan memelihara alam
sekitar yang masih ada pada hari ini.
Agensi-agensi alam sekitar mestilah bekerjasama
dengan rakyat Malaysia untuk membangunkan
alam sekitar. Mereka haruslah mengambil inisiatif
untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik
dalam kalangan masyarakat seperti kempen
kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi belia,
seminar, bengkel dan pameran alam sekitar.
Hal ini demikian kerana,
aktiviti tersebut akan meningkatkan
pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang
ramai bagi memulihara dan memelihara alam
sekitar. Jadi, marilah kita bersama-sama
memulihara dan memelihara alam sekitar untuk
memberikan manfaat kepada generasi yang
akan datang.
RUJUKAN
https://slidepengajiamalaysia.weebly.com/kesim
pulan.html
http://ailinaira.blogspot.com/2016/12/langkah-
penjagaan-alam-sekitar.html
https://cikgufarha.com/menjaga-kebersihan-
alam-sekitar/