The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sarrah011002, 2021-12-22 02:46:40

TRAGEDI 13 MEI (E-FOLIO)

TRAGEDI 13 MEI (E-FOLIO)

TRAGEDI 13 MEI (PUNCA DAN PENGAJARAN)

NUR MAISARAH BINTI MUHAMAD SUHAILI (33DPC19F1102)
MUHAMMAD RAZIQ BIN ZAINURIN (33DPC19F1122)
NURFARADEEBA BINTI MOHD FARID (33DPC19F1110)
IQBAL LUQMAN BIN MOHD ISMAIL (33DPC19F1112)

MUHAMMAD SHAHRIZAL EFENDI BIN SUPRI (33DPC19F1123

ISU KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

1.KATA ALU-ALUAN
2.PENGENALAN
3.OBJEKTIF
4.KRONOLOGI
5.PUNCA-PUNCA
6.PENGAJARAN
7.KESIMPULAN
8.REFLEKSI

KATA ALU-ALUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dengan keizinan-Nya kami berjaya menyiapkan E-majalah
yang bertajuk "Punca dan pengajaran peristiwa tragedi 13 mei 1969"
.Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima
kasih kepada kepada pensyarah kami iaitu Tuan Mohd Syahnan Bin Md
Zain kerana banyak memberi tunjuk ajar dan teguran kepada kami
untuk menghasilkan E-majalah ini.

Isi yang kami perolehi semasa proses pembuatan E-majalah ini ialah
betapa pentingnya untuk kita membina jalinan yang kuat dalam
perpaduan di antara kaum yang terdapat di Malaysia, supaya peristiwa
13 mei ini tidak berulang Kembali

Akhir kata, kami sekumpulan ingin memohon maaf sekiranya terdapat
Kekurangan di dalam E-majalah kami ini dan kami berharap agar semua
pembaca mendapat mesej utama yang kami ingin sampaikan menerusi
E-majalah kami.

PENGENALAN

Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah
yang banyak meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial
masyarakat Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu
peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba atau kerana sebab sebab yang
spontan tetapi ianya merupakan suatu rentetan kepada sebab sebab
atau peristiwa yang telah berlaku sebelumnya.. Tragedi ini telah
mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai
kaitan rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969"yang merupakan satu
sejarah negara Malaysia

OBJEKTIF

1) Mengetahui maksud sebenar tragedi 13 MEI 1969.

2) Mengetahui kronologi tragedi 13 MEI 1969.

3) Mengkaji dan mengenalpasti punca - punca dan faktor yang
menyebabkan peristiwa 13 MEI 1969.

4) Mengenalpasti pengajaran dan iktibar - iktibar yang diperolehi
daripada tragedi 13 MEI 1969.

KRONOLOGI

1- Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
mempunyai kaitan rapat tragedi 13 Mei ini. Semasa
kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya
serta ahli-ahli politik dari kalangan parti
pembangkang, telah membangkitkan soal-soal
Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa
orang Melayu sebagai (Bumiputra) dan hak
kerakyatan orang bukan Melayu, Hal ini telah
memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang
ingin mendapatkan faedah dalam pilihanraya.

2- Pada pilihanraya umum 1969 Parti prikatan yang dianggotai oleh
(UMNO 0-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen,
walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang
besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat(parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.

3- Parti Gerakan Rakyat Malaysia
(Gerakan), Parti Tindakkan
mokratik * (DAP) dan Parti
Progresif Rakyat (PPP) menang 25
buah kerusi dalam Dewan Rakyat
manakala PAS menang 12 kerusi.

Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya
telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969. Perarakan tersebut
sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Malah terdapat
segelintir pengikut perarakan.(identiti mereka tidak dapat diketahui) telah
mengeluarkan slogan slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan
turut dijalankan pada 12 Mei 1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan
Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.

4- Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari
"Democratic Action Party" dan Gerakan yang menang, mendapatkan permit polis
bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan yang ditetapkan dan melalui
kawasan Melayu Kampung Baru, menyorak penduduk di situ. Sesetengah
penunjuk perasaan membawa penyapu. kemudiannya dikatakan sebagai simbol
menyapu keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak
slogan mengenai tengelamnya kapal Perikatan- - t * h * e * c * o * a logo.Ia
berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan
kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong mereka.

5- Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah mengumumkan
bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan dijalankan
pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969 Pergaduhan dan rusuhan tercetus
dan bantuan tentera terpaksa terpaksa dipanggil apabila polis gagal
mengawal keadaan Rusuhan kaum berlaku di kawasan tertentu dan
jangka masa yang terhad Rusuhan tercetus di kawasan Kuala Lumpur
dan sekeliling sahaja (selangor).

6- Jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor adalah seramai
172 sehingga 196 orang Jumlah ini kemungkinan lebih kerana ramai
yang tidak merekodkan kecederaan mereka Para pemimpin mula
memikirkan agar rusuhan ini dapat dielakkan daripada berlaku lagi.
Antara tindak balas yang diambil ialah penangkapan tokoh-tokoh yang
mendolong rusuhan, perintah berkurung, mengawal berita-berita, radio
dan trievisyen, menapis penerbitan akhbar, mengharamkan jurnal yang
diterbitkan oleh parti-parti politik, dan mengharamkan kempen pilihan
raya ketika ini Sabah dan Sarawak belum melaksanakan pilihan raya y
peringkat negeri)

PUNCA-PUNCA

Punca-Punca Yang Membawa kepada Peristiwa 13 Mei 1969 Peristiwa 13, Mei 1969
merupakan rusuhan kaum yang paling tragis dalam sejarah di negara ini iaitu antara

orang Melayu dan orang Cina. Antara punca tragedy berdarah ini berlaku ialah:

1. Layanan Berat Sebelah Oleh Tentera Jepun
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk
oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini
berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar
dalam ingatan Layanan berat sebelah ini telah menyemal perasaan permusuhan
antara orang-orang Melayu dan Cina.
2. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu
PAP telah secara lantang menyuarakah rasa tidak puashab terhadap apa yang
disebut sebagai hak istimewa arang Melayu dalam perlembagaan, Mereka
mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah
tersih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya

"Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia", isu
sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati
terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan
taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina.

Keratan akhbar yang menyatakan untuk menhapuskan Hak istimewa orang
melayu

3. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

• Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor
kepada peristiwa 13 Mei, Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu
1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun merdeka
kerajaan akan mengkaj semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan
tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa
Melayu sahaja yang diktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu,
pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu

4. Perbezaan agama dan budaya

- Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama
Buddha, Lao-Tza, Taoisme, Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di
samping itu terdapat j beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai
kebudayaan juga yang yang tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula
disebabkan agama lain tetapi akibat dari sikap jahil terhadap agama-agama lain
hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung
emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13
Mel 1969.

Perarakan protes yang dilkukan kaum cina terhadap orang melayu

5. Masalah ekonomi

• Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan berbeza
antara kaum dan menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi
secara tidak sihat Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap kaum saling
mencemburui satu sama lain. Orang melayu mencemburul kemewahan dan
kejayaan orang cina manakala orang cina dan india
mencemburui kelebihian orang melayu yang
mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor
pentadbiran.

Perhimpunan orang melayu yang mengadu
tentang masalah ekonomi negara di kawasan

terbuka

6. Dasar Pecah & Perintah Penjajah Inggeris

Kejadian ini disebabkan oleh dasar "pecah dan perintah yang diamalkan oleh
British yang mengaitkannya dengan beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris
yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang
berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari
sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal
di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan
lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang
tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang orang Melayu
tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India
kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada
hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak
sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat
bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.

PENGAJARAN

Pergaduhan kaum antara melayu dan orang cina tercetus pada 13 Mei 1969
merupakan kemuncak semangat perkauman yang kuat dan tidak dapat
dibendungkan lagi.Tragedi tersebut berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan
raya tahum 1969 selesai diumumkan 13 Mei 1969 tidak akan berulang lagi
kerana membahayakan keamanan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia.
Antara lima (5) pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh rakyat Malaysia
lalah::

1.Kehilangan nyawa dan harta benda

Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah ke
pada berlakunya perpecahan dan perbalahan yang telah berlaku di antara kaum
melayu dan kaum cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar
malah yang paling malang ialah nyawa yang telah terkorban akibat kejadian
seperti ini yang meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir
kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat datam tragedi 13 Mei
1969.

2-Perintah berkurung

• Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.Kerajaan terpaksa mengeluarkan
perintah berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara
kaum. Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan
kestabilan negara Ketika itu.Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana
persekitaran dan persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antarakaum
kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan
seperti menjalankan perniagaan,susah berinteraksi dan saling berhubungan.

3.Keuntungan kepada musuh-musuh negara

Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh musuh negara
yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecahbelahkan
rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan
negaranya.Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah
keadaan Negara yang menjadi tidak aman,huru-hara dan rakyat yang berbilang
kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan isu-isu
yang sensitif terutama isu perkauman antara kaum dan segala aktiviti
masyarakat tersekat.

4.Perpaduan Nasional

Tragedi peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan
telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling
untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi
menjalankan hidup secara aman sentiasa bersifat bersangka baik antara satu
sama lain.kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat,bertolak-
ansur,bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki,beriri
hati dan menanam sifat curiga di antara kaum.Dengan terdapat pelbagai jenis
kaum,agama,budaya dan pegangan agama di Malaysia mak peristiwa 13 Mei
1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang
timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum melayu yang merupakan
penduduk asal bagi negara ini.

5.Keadilan ekonomi

Tragedi 13 Mei juga menunjukan bahawa matlamat perpaduan masyarakat
sukar dicapai jikamasyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih
sukar majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum
sahaja.Keadaan ekonomi dandemografi penduduk Malaysia menunjukkan
bahawa majoriti penduduk bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah
berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu di dalam
masyarakat Malaysia,khususnya masyarakat bumiputra Untuk mencapai
keharmonian hidup adalah sukar. Oleh itu selepas 13 Mei, satu dasar pragmatic
dasar ekonomi baharu (DEB) telah digubal oleh kerajaan Dasar ini merupakan
satu dasar jangka Panjang yang mempunyai dua objektif utama iaitu membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan Menyusun semula masyarakat

KESIMPULAN

Tragedi 13 Mei juga menunjukan bahawa matlamat perpaduan
masyarakat sukar dicapai jikamasyarakat Malaysia dalam kemiskinan
ianya menjadi lebih sukar majoriti kadar kemiskinan penduduk itu
hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dandemografi
penduduk Malaysia menunjukkan bahawa majoriti penduduk
bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan
rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu di dalam
masyarakat Malaysia,khususnya masyarakat bumiputra Untuk
mencapai keharmonian hidup adalah sukar. Oleh itu selepas 13 Mei,
satu dasar pragmatic dasar ekonomi baharu (DEB) telah digubal oleh
kerajaan Dasar ini merupakan satu dasar jangka Panjang yang
mempunyai dua objektif utama iaitu membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum dan Menyusun semula masyarakat.

REFLEKSI

Tugasan yang telah diberikan kepada kami merupakan e-majalah.
Kami telah Berjaya menghasilkan e-majalah yang perlu disiapkan
selama empat minggu.Sepanjang menyiapkan e-majalah ini apa yang
kami sekumpulan dapat ialah :

1. Mengetahui cara penghasilan e-majalah yang berjudul Peristiwa 13
Mei 1969 yang menggunakan pelbagai perisian seperti Microsoft
PowerPoint dan anyflip. Majalah kami ini mempunyai 15 muka surat,
susun atur gambar yang menarik dan juga dengan info-info penting
punca dan pengajaran Tragedi 13 Mei 1969.

2. Kami juga tahu kepentingan untuk menyatakan atau menitikberatkan
sumber rujukan untuk mengelakkan gejala plagiat. Antara sumber
rujukan kami ialah melalui buku sejarah, jurnal tragedi 13 mei 1969 dan
juga google untuk mencari maklumat tentang tajuk kami. Kami juga
sentiasa memastikan kesahihan sumber dengan menggunakkan ayat
sendiri merujuk kepada sumber seperti yang disebutkan tadi.

3. Seterusnya kami mengetahui penting untuk bekerjasama dalam
kumpulan bagi melaksanakan tugasan ini iaitu sebagai contoh kami
telah membahagikan tugas pada setiap orang dalam kumpulan seperti
Intan mencari maklumat punca Tragedi 13 Mei berlaku dan Raziq
mencari maklumat pengajaran kejadian Tragedi 13 Mei dan Aiman pula
dari segi kesimpulan dan penulisan dan itulah yang membuat kumpulan
kami tahu apa itu erti kerjasama.

Antara komen-komen konstruktif serta cadangan bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran di masa akan datang untuk tugasan ini:

1. Kami mencadangkan supaya tugasan ini boleh disampaikan melalui
video seperti berita agar maklumat dapat disampaikan dengan lebih
jelas.
2. Kami juga mencadangkan agar tugasan ini boleh dilakukan dengan
lebih ramai ahli kumpulan. 3. Kami juga mencadangkan agar bilangan
muka surat dapat ditambah lagi dan tiada hadnya agar maklumat dapat
disampaikan dengan labih banyak.

Semoga majalah yang kami hasilkan ini mampu memberikan manfaat
dan fahaman terhadap sejarah kepada para pembaca SEKIAN TERIMA
KASIH....


Click to View FlipBook Version