Tarikh Kemas kini: 16 November 2024 Taraf Deskripsi Kriteria Baik Mampu memanfaatkan kekuatan dan sumber bagi mengurus penyampaian dan pencapaian pendidikan. Berupaya menghadapi cabaran dan mengatasi kekurangan dengan kaedah sesuai. Pencapaian sekolah seimbang dengan kekuatan. Sekolah diurus dengan efisien dan efektif dalam semua bidang meliputi pengurusan organisasi, kurikulum, kokurikulum, dan hal ehwal murid dengan memanfaatkan segala sumber yang ada dan Kemenjadian Murid, Pencapaian Guru dan Sekolah adalah 70.00% - 84.00% (SM), 75.00% - 89.00% (SR); ATAU Sekolah diurus dengan efisien dan efektif dalam semua bidang meliputi pengurusan organisasi, kurikulum, kokurikulum, dan hal ehwal murid dengan memanfaatkan segala sumber yang ada dan Kemenjadian Murid adalah 50.00% dan ke atas dengan peningkatan melonjak 5% dan ke atas berbanding tahun sebelumnya. ATAU Sekolah diurus dengan efisien dan efektif dalam semua bidang meliputi pengurusan organisasi, kurikulum, kokurikulum, dan hal ehwal murid dengan memanfaatkan segala sumber yang ada dan Kemenjadian Murid adalah 50.00% dan ke atas dengan trend menaik *2 tahun berturut-turut. Taraf Deskripsi Kriteria Sederhana Mempunyai kekuatan dan sumber tetapi belum dimanfaatkan sepenuhnya. Pencapaian sekolah tidak seimbang dengan kekuatan yang ada. Perlu sokongan untuk mengatasi kekurangan. Sekolah belum sepenuhnya diurus dengan efisien dan efektif dalam semua bidang meliputi pengurusan organisasi, kurikulum, kokurikulum, dan hal ehwal murid. Memerlukan bantuan dan sokongan bagi membuat perubahan transformatif untuk meningkat. dan Kemenjadian Murid, Pencapaian Guru dan Sekolah adalah antara 50.00% - 69.00% (SM), 55.00% - 74.00% (SR); 49
Tarikh Kemas kini: 16 November 2024 Taraf Deskripsi Kriteria Perlu Tindakan Segera Mempunyai sumber dan kekuatan tetapi tidak dimanfaatkan dan menyebabkan sekolah tidak dapat beroperasi dengan lancar. Sekolah memerlukan perubahan segera dan drastik. Sekolah tidak diurus dengan efisien dan efektif dalam semua bidang meliputi pengurusan organisasi, kurikulum, kokurikulum, dan hal ehwal murid dengan memanfaatkan segala sumber yang ada. Memerlukan perubahan budaya dan kepimpinan yang drastik serta pelbagai bantuan perlu diberikan untuk membuat perubahan. dan Kemenjadian Murid, Pencapaian Guru dan Sekolah adalah di bawah 50.00% (SM), 55.00% (SR) 50