The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-14016656, 2021-04-26 23:37:39

TOKOH ONN JAAFAR 2

TOKOH ONN JAAFAR 2

TOKOH
PEMIMPIN

JOHOR

DATO’ONN BIN DATO’JAAFAR

BIADOTA PESERTA

Mya Qistina Binti Khairul Abidin
6 Mutiara

Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood 1
Jalan Sekolah, 86000 Kluang
Johor Darul Takzim
[email protected]

ISI KANDUNGAN

 Pendahuluan
 Biadota Dato Onn Jaafar
 Pendidikan Dato Onn Jaafar
 Kerjaya Dato Onn Jaafar
 Sumbangan Dato Onn Jaafar
 Nilai Kepimpinan yang boleh dicontohi

oleh generasi sekarang
 Penutup / Kesimpulan
 Sumber Rujukan

PENGENALAN

Yang Dipertua pertama UMNO, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah
dimartabatkan sebagai Pengasas Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah
kemerdekaan negara. Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor mahu
Allahyarham dirujuk demikian setelah mengambil kira sumbangannya
menyatupadukan penduduk negara ini, termasuk ketika memulakan langkah

tersusun menentang Malayan Union.
Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato’ Onn Jaafar dalam
menentukan hala tuju bangsa Melayu dizaman sebelum kemerdekaan Tanah
Melayu patut dikenang dan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia dan dijadikan
sebagai pembakar semangat bangsa Melayu agar dihormati di mata dunia
sebagai bangsa yang berani, setia dan bersemangat waja dalam menuntut hak

berkerajaaan sendiri dan dipimpin oleh bangsa sendiri.

BIADOTA

Dato’ Onn Jaafar dilahirkan pada 12 Februari 1895 di Bukit Gambir,
Johor Bahru. Keluarga Dato’ Onn Jaafar merupakan antara keluarga yang
paling berpengaruh di Johor semenjak lewat abad ke 19 dan sehinggalah

ke hari ini. Ayahanda beliau, Allahyarham Dato’ Jaafar Haji Mohamed
(1838-1919) merupakan Menteri Besar Johor pertama dan pengasas sistem
pentadbiran Kerajaan Johor, seperti mana yang wujud sehingga hari ini.
Ayahanda beliau berbangsa Melayu dari keturunan Bugis dan berasal dari Daik.
Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Teluk Belanga, Singapura dan mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu dan Inggeris. Beliau adalah berketurunan

Bendahara Paduka Raja Johor dan Bendahara Kerajaan Melaka.
Ibu Dato’ Onn Jaafar bernama Hanim Rogayah seorang wanita Timor Dekat

berketurunan Turki.
Dato’ Onn Jaafar telah dipelihara oleh Sultan Ibrahim sejah daripada kecil lagi.
Beliau merupakan anak angkat kepada sultan. Beliau telah diasuh oleh seorang

wanita Inggeris di Johor Bahru sebelum melanjutkkan pelajaran ke England
bersama-sama 3 orang putera Sultan Ibrahim iaitu Tunku Mahkota Ismail,

Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad.

PENDIDIKAN

Dato’ Onn Jaafar mendapat pendidikan Melayu sebelum melanjutkan
pelajarannya di England. Beliau belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris

yang menjaga beliau ketika menjadi anak angkat Sultan Ibrahim.
Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Alderbury
Lodge di Suffolk, England. Dato’ Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah

pulang ke tanah air pada (1910-1911) di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan

kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di Pejabat Perkhidmatan Pos.

KERJAYA AWAL

Dato’ Onn Jaafar mula berjinak-jinak dengan dunia kewartawanan bermula
daripada minat dan kebolehan beliau dalam bidang penulisan. Beliau

mengambil peluang baik ini apabila beliau diberi kepercayaan menyumbangkan
sebuah rencana oleh sebuah syarikat akhbar iaitu Syarikat Akhbar Pencetakan

Singapura dan akhirnya ditawarkan sebagai penulis tetap pada tahun 1930
ketika beliau berusia 35 tahun.

Dato’ Onn Jaafar menggunakan sepenuhnya kesempatan ini untuk
mencurahkan isi hati dan ketidakpuasan beliau terhadap Sultan Johor. Beliau
menganggap Sultan Johor tidak memperdulikan nasib rakyat jelata. Beliau juga

pernah mengkritik Sultan Johor kerana memaksa Askar Timbalan Setia
membuat kerja-kerja buruh seperti memaksa untuk kepentingan perladangan

milik peribadi Sultan.
Kelancangan dan keberanian beliau mendapat liputan meluas dari
akhbar-akhbar lain. Dato’ Onn mula dikenali dan popular dengan cepat. Latar
belakang beliau juga diketahui dan banyak penulis serta masyarakat pembaca
Melayu menyukai tulisan yang berani seperti tulisan Dato’ Onn. Di samping
itu, beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa
zaman Pendudukan Jepun, Dato’ Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan

Makanan Negeri Johor.

SUMBANGAN-SUMBANGAN
DATO’ONN

Sumbangan-sumbangan Dato’Onn Jaafar
sepanjang kerjaya beliau ialah :

Menyeru orang Melayu bersatu dan menumpaskan Malayan Union

Cadangan penubuhan sebuah parti politik untuk menentang Malayan
Union
Berjaya menganjurkan Kongres Melayu pada tahun 1946 di Kuala Lumpur

Menjelajah seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan bantahan orang melayu
terhadap Malayan Union
Berjaya memujuk Raja-raja Melayu memulaukan upacara perlantikan
Sir Edward Gent
Menjadi Ahli Jawatankuasa menggubal perlembagaan UMNO pada
tahun 1949

SUMBANGAN-SUMBANGAN
DATO’ONN

Secebis sejarah Dato’ Onn Jaafar

Sejarah ringkas penubuhan Parti UMNO

Sejarah ringkas penubuhan Parti UMNO

Penentangan terhadap Malayan Union

Ahli Kongres Melayu 1946 yang bersatu
Menentang Malayan Union

NILAI KEPIMPINAN
YANG BOLEH DICONTOHI

GENERASI SEKARANG

Nilai muni yang boleh dicontohi oleh generasi sekarang melalui sikap
Dato’ Onn Jaafar adalah seperti berikut :-

Seorang yang merendah diri

Tidak mengharapkan habuan atau pujian atas tugasan
yang dilaksanakan
Sangat tegas dan berdisiplin

Seorang yang tetap pendirian

Justeru itu, pengajaran yang dapat diambil
adalah kita perlulah sentiasa merendah diri
walau setinggi manapun kedudukan kita.

PENUTUP

Jasa Dato Onn Jaafar tidak akan dilupa zaman. Laungan perjuangan
“HIDUP MELAYU” yang dicetuskan oleh Dato Onn Jaafar tidak sekadar
slogan tetapi terhimpun dengan perjuangan bangsa Melayu, membela
kedudukan Raja-raja, agama, bahasa, kebudayaan, pendidikan, ekonomi dan
hak-hak istimewa Orang Melayu. Walaupun dalam sejarah poltiknya beliau
keluar dari UMNO, pernah menubuhkan 2 parti lain, menjadi pembangkang
dalam dewan perwakilan tetapi jangan dilupa warisan perjuangannya menjadi
teras sebagai paksi yang menentukan arah serta hala tuju perjuangan bangsa
Melayu.

Selain itu, Dato Onn telah menaja RIDA (sekarang dikenali sebagai
MARA) untuk membuka peluang perdagangan dan perusahaan orang Melayu
yang tertutup semasa Tanah Melayu dikuasai oleh pihak penjajah. Walaupun
beliau menyedari kelemahan orang Melayu dalam ekonomi, tetapi beliau tetap
yakin sepenuhnya bahawa orang Melayu boleh bangkit dan berjaya dalam
bidang ekonomi. Hal ini kerana, ekonomi memainkan peranan yang penting
dalam sebuah negara merdeka yang moden. Seterusnya, Dato Onn Jaafar
berjaya menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
Kebangsaan. Ini merupakan salah satu sumbangan yang paling besar beliau
berikan kepada negara.

Akhir sekali, dapat dirumuskan bahawa banyak sumbangan yang telah
beliau berikan dan korbankan bagi membebaskan negara kita dari kuasa
penjajah. Selain itu, beliau turut berjaya menyatupadukan rakyat yang
berbilang bangsa dengan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan dan membantu Orang Melayu untk bangkit dalam bidang ekonomi
dengan memperkenalkan RIDA. Oleh itu kita sebagai generasi sekarang dan
pewaris akan datang haruslah sentiasa menghargai pengorbanan dan jasa yang
telah diberikan oleh para pemimpin kita ini dengan cara sentiasa sematkan
semangat patriotik dan cinta akan negara dalam diri kita.

RUJUKAN

http://mrf79.design.officelive.com/Documents/Etnik%20Complete.pdf

Kelahiran Dato Onn Jaafar (2018) Diperolehi pada 16 April 2021 daripada
https://pekhabar.com/kelahiran-dato-onn-jaafar/.

Pergerakan Melayu (1946, Mei 25) Utusan Melayu online.
Diperoleh pada 16 April 2021 daripada
https://upnih.pnm.gov.my/myrepo-public/welcome/content/browse-
content/full-metadata/33964.

Ramlah Adam, Abdul Hakim Samuri dan Muslimin Fadzil (2018). Buku
Teks Sejarah Tingkatan 3. Kementerian Pendidikan Malaysia : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version