Intervensi Minda Sihat
Tangani Stress Dengan 10 B
Bertenang Beribadat Berurut
Bernafas Bercakap Beriadah
dengan dalam dengan
seseorang Bersenam
Berkata Berehat dan
`relakslah’/ tak mendengar Berfikiran
mengapa muzik positif
Bertenang.
Setiap kali anda berasa stres atau berasa ketegangan, bawalah bertenang.
Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada
peringkat permulaan.
Bernafas dengan dalam.
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida
dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.
Berkata,`Relakslah’.
Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, 'Tak mengapa' atau 'Tak apalah',
'Oklah tu', 'Bawalah bersabar'. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan
dan mengurangkan stres.
Beribadat.
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan
sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan
boleh melegakan perasan seseorang.
Berkongsi perasaan dengan seseorang
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat
memahami perasaan anda. Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat
mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang
sayang dan ambil berat tentang diri anda.
Berurut.
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang.
Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan
melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.
Berehat dan mendengar muzik.
Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat
membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula
relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang.
Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
Beriadah.
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga
atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan
membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
Bersenam.
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Bersenam dapat
meningkatkan pengeluaran hormon endorfin yang membuatkan anda akan berasa lega.
Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenamrobik.
Berfikiran positif.
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi.
Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam
mana-mana situasi yang bersifat negatif. Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri
sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres
dengan lebih berkesan.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah,
rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon
adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.
Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal,
emosi dan minda.
Punca stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk
mencari jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan
kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.
Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera
Sumber: http://www.myhealth.gov.my