The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-14016656, 2021-04-27 09:33:48

TOKOH PEMIMPIN JOHOR - TUN HUSSEIN ONN

TOKOH PEMIMPIN JOHOR - TUN HUSSEIN ONN

TOKOH PEMIMPIN
JOHOR:

TUN HUSSEIN ONN

‘ BAPA PERPADUAN’

PERDANA MENTERI MALAYSIA KE- 3
( 1976 SEHINGGA 1981)

BIODATA MURID :

NAMA : NUR’AIN NAJIHAH BT.
HAMDAN

KELAS : 6 MUTIARA
ALAMAT EMAIL :

[email protected]
NAMA SEKOLAH : SEKOLAH
KEBANGSAAN TUNKU MAHMOOD (1)
ALAMAT SEKOLAH : 906 JALAN
SEKOLAH , KLUANG , MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

 PENDAHULUAN
 BIODATA TOKOH PEMIMPIN
 PENDIDIKAN TOKOH YANG DIPILIH

 KERJAYA TOKOH
 SUMBANGAN TOKOH
 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI OLEH GENERASI

SEKARANG
 PENUTUP / KESIMPULAN

 SUMBER RUJUKAN

PENDAHULUAN

Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990)
merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976
sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam
perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk

bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan
perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan

di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai
"Bapa Perpaduan".

’Tidak ada tugas yang paling murni selain berkhidmat untu negara, saya tidak
penting, apa yang saya lakukan lebih penting’. Tun Hussein Onn.

BIODATA TUN HUSSEIN ONN

Nama sebenar ialah Tun Hussein bin Dato Onn
Dilahirkan pada 12hb Februari 1922 di Johor Bahru
Cahayamata kepada Dato’ Onn bin Jaafar dan Datin Halimah Hussein

Anak sulung daripada lapan adik- beradik.
Berkahwin dengan Ton Puan Suhaila bt Tan Sri Haji Mohd Noah dan
mempunyai 6 orang anak ( 2 lelaki dan 4 perempuan)
Meninggal pada 29 Mei 1990 di Kuala Lumpur pada usia 68 tahun
kerana serangan jantung.

Tegas dan Berdisiplinda
berpegang n menghargai
teguh dengan
prinsip hidup masa

Merendah diri KEISTIMEWAAN Bersikap
dan jujur DAN KELEBIHAN terbuka dan
menerima
pendapat
orang lain

Ikhlas dalam Bapa
perjuangan untuk Perpaduan-

mencapai berjaya
perpaduan kaum memupuk
semangat
perpaduan

Kata-kata bestari Tun Hussein Onn….
"Masa depan ekonomi negara tidak akan membawa apa-apa makna jika keselamatan
tidak terjamin, keselamatan adalah teras keutuhan ekonomi dan kestabilan politik.”
Tun Hussein Onn
Perhimpunan Agung UMNO,
15 September 1978

PENDIDIKAN TUN HUSSEIN ONN

Menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok Kurau
Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini Maktab
Sultan Abu Bakar), Johor Bahru.
1940 - Hussein Onn menyertai Pasukan Timbalan Setia Negeri Johor Johor sebagai
1941 – Dihantar ke Indian Military Academy di Dehra Dunn, India dan menerima

tauliah pada tahun 1942.

1958- Lulus Ijazah Undang- undang dari Lincoln’s Inn, London.
Selepas itu beliau menyertai Regiment Hydrabad Ke-19 di India.

KERJAYA POLITIK TUN HUSSEIN ONN

Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat
Tun Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union.
1946- Masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu UMNO bersama ayahanya.

dan dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO.
1949- Menjadi Ketua Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun.
1950- Setiausaha Agung UMNO. Menjadi Ahli Majlis Undangan Negeri Johor dan

Majlis Undangan Persekutuan.
1951- Keluar dari UMNO dan menubuhkan Independent Malaya Party ( IMP )

bersama bapanya.
1953 – Keluar dari IMP dan menyertai Parti Negara.
1958 – Meninggalkan politik dan melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn , England

1968- Kembali menyertai UMNO
1969- Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO ( kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO)
22 September 1970- Menteri Pelajaran
1972- Timbalan Presiden UMNO
13 Ogos 1973 – Timbalan Perdana Menteri
15 Januari 1976- Perdana Menteri Malaaysia Ketiga ( dari tahun 1976 sehingga 1981)
1981- Bersara dan menarik diri dari politik serentak meletakkan jawatan sebagai Perdana

Menteri Malaysia Ke-3

KERJAYA

Penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar apabila cadangan bapanya untuk
membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh orang Melayu.
Apabila bapanya menarik diri daripada UMNO, beliau kemudiannya menyertai bapanya
keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun 1951 dan
kemudiannya Parti Negara. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik, beliau
meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam
bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada
tahun 1958.

Sekembalinya ke Malaya, beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur. Pada
masa itu, beliau sudah pun berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri Mohammad
Noah dan mempunyai enam orang anak. Ibarat sireh pulang ke ganggang, beliau kembali
menyertai UMNO semula atas pelawaan birasnya, Tun Abdul Razak yang ketika itu
memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertua UMNO pada tahun 1964. Pada Jun 1969, beliau
dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini Majlis Kerja Tertinggi UMNO).
Walaupun beliau telah lama menghilangkan diri daripada arena politik, tetapi UMNO telah
mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan Parlimen Johor Bahru Timur.
Kepercayaan ini tidak meleset kerana beliau memenangi kerusi Parlimen ini dengan mudah
pada Mei 1969.

SUMBANGAN TOKOH

Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik menjadi Menteri
Pelajaran oleh Tun Abdul Razak. Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian Pelajaran terus meningkat
maju. Beliau maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972, beliau telah
menjadi salah seorang daripada tiga orang Naib Presiden yang dipilih. Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi
UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian
daripada Tun Dr. Ismail. Apabila Tun Dr. Ismail meninggal dunia, beliau dilantik menjadi Timbalan
Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 sekaligus merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pemergian Tun Abdul Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan rakyat di seluruh
negara ini.
Berikutan itu, dalam satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi pada 17 Januari, beliau telah disahkan
sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Beliau mengangkat sumpah
sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara. Pada tahun 1978, beliau menang tanpa
bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Ketika menjadi Perdana Menteri, beliau telah meneruskan
agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar
Ekonomi Baru. Sebagai seorang pemimpin, beliau arif tentang hal ehwal keselamatan. Beliau juga
memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan terhadap ancaman dadah. Di bawah
pentadbirannya, angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesar dan dipermodenkan apatah lagi pada
ketika itu rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan Vietnam Selatan ke
tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis. Semasa pentadbirannya pada temboh
darurat, usaha membenteras pengganas komunis di hutan dan bandar telah diperhebat malah golongan
yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan pengnitipan yang dikatakan
berjaya.

SUMBANGAN TOKOH

Beliau akan sentiasa dikenang sebagai pemimpin yang menyebabkan Malaysia meniti arus
pembangunan dengan konsisten tanpa banyak kontroversi. Dasar-dasar dan program-program
yang diketengahkannya tidak pernah lari dari sasaran Dasar Ekonomi Baru. Walaupun pada
ketika itu ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya untuk
mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial.
Beliau pernah menjalani rawatan jantung atau pintasan koronari pada awal 1981. Beliau juga
telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April 1981. Beliau juga
telah mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk meningkatkan taraf
hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain
terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April 1981, beliau melancarkan pula
Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan satu dana amanah bumiputera yang
membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara. Keamanan negara yang
diperkukuhnya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Sumbangan beliau yang terbesar ialah menegakkan
tiang keamanan yang kukuh.
Akibat kesihatan beliau yang merosot, beliau menyatakan hasratnya untuk tidak
mempertahankan jawatan Presiden UMNO sekaligus mengundurkan diri daripada
kepimpinan negara. Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana
Menteri pada 15 Mei 1981 atas sebab kesihatan dan diambil alih oleh timbalannya, Dato' Seri
Dr. Mahathir bin Mohamad (kini bergelar "Tun") pada 18 Julai 1981. Selepas beliau
meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam pertubuhan-
pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan Institut Kajian Strategik dan
Antarabangsa (ISIS) semasa hayatnya. Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein
Onn dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di
Malaysia.

NILAI KEPIMPINAN

Beliau ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang
melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip
hidupnya. Pengalaman dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai
seorang yang berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan
kebebasan kepada akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan
harapan bahawa perkara itu akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau ialah
seorang negarawan yang disegani dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat
merendah diri serta jujur. Dalam sejarah, beliau akan sentiasa dikenang sebagai
"Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau dalam memupuk semangat
perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam konteks masyarakat
Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang oleh
ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan
melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan
pentadbiran kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil
dan begitu kukuh pada ketika itu.

KESIMPULAN

Akibat keadaan kesihatan yang merosot , beliau telah menyatakan Hasrat untuk
tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO.
Mengundurkan diri daripada kepimpinan negara.
Mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai PM (15 Mei 1981) atas
sebab kesihatan dan diambil alih oleh Timbalan Perdana Menteri (Tun Dr
Mahathir Mohamad) – 18 Julai 1981 .
Namun , masih aktif dalam pertubuhan kenajikan seperti Tabung Mata dan ISIS.
Dikurniakan dengan gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi
di Malaysia.

SUMBER RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Huss
ein_Onn
https://umno-
online.my/presiden/tunhussein/

SEKIAN , TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version