The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazim09-841, 2021-03-20 11:25:43

PENULISAN ILMIAH C2 HAZIM

PENULISAN ILMIAH C2 HAZIM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2017 SEMESTER 8 )

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU
(EDUP3083)

NAMA: MUHAMMAD HAZIM BIN MOHAMMED YUSOFF

NO. KAD PENGENALAN: 970220-07-5125

ANGKA GILIRAN: 2017192340027

KUMPULAN: PISMP C2

NAMA PENSYARAH ENCIK BADRUL HISHAM BIN MOKHTAR

TUGASAN: PENULISAN AKADEMIK

TARIKH SERAHAN: 20 MAC 2021

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyempurnakan tugasan kerja kursus bagi kursus Asas Kepimpinan Dan Perkembangan
Profesionalisme Guru Yang telah diberikan kepada saya.

Pertama sekali, saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
pensyarah yang bertanggungjawab kerana telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar
sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini.

Seterusnya, tidak lupakan juga jutaan terima kasih kepada arwah bapa saya dan ibu,
Encik Mohammed Yusoff bin Hussin dan Puan Fauziah binti Mohamed kerana telah banyak
menjadi sumber semangat dan memberi sokongan moral kepada saya. Hal ini demikian
kerana, bagi mendapatkan hasil yang baik saya perlulah menitikberatkan perihal emosi saya
sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.Ibu bapa saya sentiasa berasa di sisi saya dan
memberi dorongan kepada saya untuk terus berusaha.

Ribuan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan saya yang selalu berkongsi
maklumat-maklumat yang berguna. Proses perkongsian ini amat bermakna dan telah banyak
meringankan beban. Akhir kata,terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang telah
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang tempoh ini berlangsung.

ISU KANDUNGAN

1.0 PENDAHULUAN.................................................................................................................................. 4

2.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA BERSANDARKAN PERINGKAT
PERKEMBANGAN GURU ........................................................................................................................ 4

2.1 DG 41 (PELAKSANA)..................................................................................................................... 5
2.2 DG 44 (PENGGERAK) ................................................................................................................... 6
2.3 DG 48 (PEMBIMBING) ................................................................................................................... 7
2.4 DG 52 (PENERAJU PERUBAHAN) ............................................................................................. 7
2.5 DG 54 (PEMIKIR STRATEGIK) .................................................................................................... 8
2.6 JUSA (PEMIKIR HOLISTIK) .......................................................................................................... 9
3.0 KESIMPULAN .................................................................................................................................... 10
4.0 RUJUKAN ........................................................................................................................................... 11

1.0 PENDAHULUAN
Marcapada ini. profesion sebagai seorang guru amatlah mencabar seiring dengan arus
pemodenan masa kini yang pesat membangun. Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua
isitilah guru merujuk kepada seseorang yang bekerja sebagai tenaga pengajar ataupun
pendidik. Menurut pandangan yang dinyatakan oleh Mohd Hanafiah (2001), beliau
menyatakan bahawa peranan seorang guru dahulunya adalah untuk menyampaikan
pengatahuan dan dalam masa yang sama guru jugalah yang sentiasa bercakap dan menyoal
muridnya. Namun yang demikian, pada masa kini peranan seorang guru telah adalah sebagai
pemudah cara dalam proses pembelajaran. Pemudah cara ini memerlukan seorang guru
perlu bersedia dan peka terhadap pelbagai situasi yang akan dihadapi dalam kelas ketika
proses Pengajaran dan Pembelajaran berjalan agar pengajaran yang disampaikan lebih
berkesan. Oleh itu, tugas dan tanggungjawab seorang guru amatlah besar dan fokus yang
diberikan adalah pada aspek membetuk modal insan yang seimbang.

2.0 PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA BERSANDARKAN PERINGKAT
PERKEMBANGAN GURU

DG 41 DG 44 DG 48
(PELAKSANA) (PENGGERAK) (PEMBIMBING)

JUSA DG 54 DG 52

(PEMIKIR (PEMIKIR (PENERAJU
HOLISTIK) STRATEGIK) PERUBAHAN)

Rajah 1.0 menunjukkan Kerangka Deskripsi Tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) merupakan sebuah kerangka
yang telah digubal khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebagai seorang individu
yang berkecimpung dalam bidang keguruan, sudah semestinya kita akan menempuhi
beberapa peringkat dalam perkhidmatan. Oleh itu, dalam menempuhi setiap peringkat
tersebut, kita seharusnya mempunyai perancangan kerangka bagi diri dan kerjaya yang teliti.

2.1 DG 41 (PELAKSANA)
Profesion perguruan menekankan setiap bakal guru harus menjalani latihan dan
pendidikan guru diadakan di maktab perguruan ataupun universiti tempatan mengikut
kesesuaian kurikulum masing-masing (Esah Sulaiman, 2003). Oleh itu, Pada peringkat
permulaan dalam bidang profesion keguruan, seorang guru akan mendapat gred DG41.
Pada peringkat ini, seorang guru merupakan pelaksana dan digelar sebagai guru novis.
Sebaik sahaja ditempatkan di sekolah, peranan guru pada peringkat ini adalh untuk
memahami dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan
bimbingan daripada mentor. Tujuan adanya bimbingan mentor dalam peringkat ini adalah
untuk memastikan bahawa seseorang guru baharu tersebut tidak akan melakukan
kesilapan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru.

Pada peringkat ini, antara pelan pembangunan diri dan kerjaya yang telah
dirangka oleh saya adalah untuk memantapkan lagi proses Pengajaran dan
Pembelajaran(PdP) diri saya terlebih dahulu. Hal ini kerana, saya selaku seorang guru
yang baru sahaja berkhidmat sudah semestinya mempunyai banyak kelemahan dan
perlu menuntut lebih banyak ilmu baharu. Oleh yang demikian, bagi merealisasikan
hasrat yang telah dirangka ini, saya akan mengambil sebanyak mungkin peluang untuk
menyertai bengkel dan kursus yang berkaitan dengan proses PdP pada masa kini. Antara
bengkel dan kursus yang penting untuk saya selaku guru baharu sertai adalah bengkel
pemantapan berkaitan dengan ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang
menjadi salah satu bidang yang sangat ditekankan dalam proses PdP pada masa kini.
Menurut pandangan Mishra, Koehler dan Kereluik (2009), penggunaan TMK dalam
pendidikan guru menjadi bidang yang difokuskan. Hal ini kerana, dengan adanya ilmu
berkaitan dengan TMK ini guru akan dapat menggunakan pelbagai jenis teknologi yang
telah disepadukan dengan pedagogi dan kandungan selari dengan PAK-21 yang
diperkenalkan oleh KPM.

Oleh yang demikian, tegas di sini bahawa dengan adanya ilmu seperti TMK dalam
diri seorang amatlah penting walaupun ditempatkan di sekolah pendalaman. Dengan
adanya ilmu tambahanini, saya dapat mengaplikasikan ilmu TMK dengan semampunya
mengikut kesesuaian kerana sebagaimana yang kita tahu di pendalaman terdapat
kekurangan dari segi kemudahan untuk penggunaan TMK. Oleh yang demikian, usaha
saya ini dapat menarik lebih banyak murid untuk fokus terhadap isi pembelajaran yang
ingin disampaikan kerana pengajaran tersebut menjadi sangat menarik dan murid
menjadi teruja untuk belajar.

2.2 DG 44 (PENGGERAK)
Selepas linkungan 8 tahun berkhidmat, berdasarkan garis panduan Kementerian

Pendidikan Malysia (KPM), seorang guru kebiasaannya akan ditawarkan lantikan
kenaikan dari GRED41 kepada GRED44. Pada peringkat ini sudah mampu untuk
berdikari menyelesaikan masalah dan isu yang berkaitan dengan pengajaran dan
sekaligus membuat keputusan secara professional. Pada gred ini, peranan seorang guru
adalah sebagai seoranng penggerak. Seorang guru haruslah sentiasa melaksanakan
tugas dan bertanggungawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum serta
mampu menyelesaikan masalah.

Pada peringkat ini, pelan pembangunan diri dan kerjaya yang telah saya rangka
adalah untuk memberi fokus dan bergiat secara aktif dalam bidang yang akan saya ajar
kepada murid-murid saya. Dalam konteks ini, saya merupakan seorang guru bahasa
Melayu dan sudah semestinya fokus yang saya berikan adalah kepada keberkesanan
pengajaran bahasa Melayu yang akan saya sampaikan. Guru yang ada pada peringkat
penggerak ataupun DG44 ini sudah mampu membuat keputusan secara rasional dan
profession. Oleh yang demikian, saya sebagai seorang guru akan mula berdikari dan
mampu bertindak sebagai seorang penggerak dengan hanya memerlukan bimbingan
yang minimum daripada mentor. Oleh yang demikian, sebagaimana yang telah
dinyatakan, saya telah memilih bertindak untuk terus fokus dan memberikan serratus
peratus terhadap bidang yang telah saya ceburi ini. Bagi memastikan hal ini dapat
direalisasikan, saya menggunakan semaksimum mungkin ilmu pengatahuan yang
dipelajari dan pengalaman yang sedia ada disamping memperolehi nasihat dan tunjuk
ajar tambahan daripada mentor.

Bukan itu sahaja, saya juga akan menyertai bidang inovasi ketika saya berkhidmat
sebagai seorang guru di sekolah. Tindakan ini dipilih atas dasar untuk menyelesaikan
sebarang isu dan permasalahan yang bakal saya hadapi sepanjang bergelar seorang
guru. Istilah inovasi berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) adalah bermaksud
sesuatu yang baharu diperkenalkan seperti kaedah, sistem, dan adat. Hal ini bertepatan
dengan pandangan Zinitulniza (2011) yang menyatakan bahawa inovasi guru membantu
kejayaan murid dalam bidang pendidikan berasaskan sejauh mana penguasaan literasi
awal mereka. Berdasarkan penyataan ini, jelas sekali bahawa amatlah penting untuk
saya sebagai seorang guru untuk mecipta sebuah inovasi baharu dalam memantapkan
lagi diri dan kerjaya sebagai seorang guru yang professional. Bukan itu sahaja, melalui
inovasi ini juga saya dapat memantapkan lagi pencapaian sekolah pendalaman agar
seiring dengan pencapaian sekolah di peringat lebih tinggi.

2.3 DG 48 (PEMBIMBING)
Apabila sudah 15 tahun berada dalam bidang perguruan, gred seorang guru tersebut
akan dinaikkan kepada DG48. Pada peringkat ini guru bertindak sebagai seorang
pembimbing atau mentor kepada guru-guru baharu. Hal ini kerana, seseorang guru pada
tahap ini sudah semestinya mempunyai pengalaman yang luas mengenai bidang
keguruan dan mampu melibatkan diri dalam bidang pementoran bagi guru-guru baharu.
Oleh yang demikian, di sini saya telah menetapkan pelan pembangunan diri dan kerjaya
saya iaitu memegang jawatan sebagai guru panitia dan menjadi guru mentor.

Dalam perancangan kendiri dan kerjaya ini, saya telah merangka perancangan
untuk memegang jawatan sebagai ketua guru panatia Bahasa Melayu di sekolah yang
saya bertugas. Dengan ini saya akan berpeluang untuk berkongsi sebanyak yang
mungkin ilmu, pengalaman dan kemahiran yang ada pada diri saya kepada guru-guru
lain. Bukan itu sahaja, saya dapat memperlihatkan kemampuan dan kredabiliti yang saya
ada secara professional kepada semua pihak yang ada di sekeliling saya. Selain itu, saya
juga dapat meraih kepercayaan dari pihak lain terhadap setiap tindakan dan gerak kerja
yang saya lakukan.

Menurut Ahmad Subki Miskon (2013), guru novis berpendapat bahawa seorang
guru pakar adalah golongan guru yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan cemerlang
dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing. Oleh yang demikian,,
pada peringkat ini juga saya bercadang untuk menawarkan diri menjadi seorang pakar
dan sekaligus menjadi mentor kepada guru-guru novis. Sesi mentoring oleh seorang
mentor merupakan suatu proses yang melibatkan seorang mentor yang mempunyai
kelebihan dalam aspek kepimpinan, kemahiran atau kompetensi yang tertentu
menjalankan bimbingan secara terancang dan sistematik kepada seorang protege/
mentee. Sebelum proses mentoring dijalankan, tujuan pelaksanaannya harus ditetapkan
dan dikenalpasti. Secara umumnya sesi mentoring dijalakan untuk membangunkan
keupayaan kepimpinan dan kompetensi dalam diri seorang guru novis. Dengan ini, saya
berharap saya dapat menjadi seorang mentor yang mampu membimbing guru-guru
tersebut mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

2.4 DG 52 (PENERAJU PERUBAHAN)
Pada peringkat setrusnya ini, guru akan dinaikkan gred kepada GRED52. Pada tahap ini
guru bertindak sebagai peneraju bagi sesebuah perubahan. Guru pada peringkat ini
sudah berkebolehan menjadi seorang pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta

mempunyai kebolehan merancang dan melaksanakan penambahbaikan tertentu
terhadapat sesuatu perkara yang berkaitan dengan bidang perguruan.

Pada peringkat ini, saya merangka pelan diri dan kerjaya saya untuk melibatkan
diri dalam bahagian pengurusan sekolah. Dalam bahagian pengurusan sekolah, saya
bercadang untuk berkecimpung dalam bidang pengurusan tertinggi sekolah seperti guru
besar, ataupun penolong kanan bagi sekolah pendalaman tersebut. Untuk merealisikan
hasrat dan perangkaan saya ini, saya akan menyertai Kursus Pengurusan Pentadbiran
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL). Saya
seharusnya mengikuti segala syarat kelayakan bagi kursus tersebut terlebih dahulu
sebelum menyertainya.

Antara syarat-syarat umum yang ditetapkan adalah seseorang guru yang
memohon haruslah telah disahkan perkhidmatannya dan bebas daripada tindakan
tataterdtib. Bukan itu sahaja, guru tersebut juga telah mengistiharkan hartanya dalam
tempoh tidak melebihi lima tahun. Seterusnya, syarat- syarat khusus pula adalah telah
dinaikkan pangkat ke gred DG32/DG34 (bagi calon Guru Besar) atau sekurang-
kurangnya lima (5) tahun di gred DG29 bagi calon Guru Besar SKM(B) untuk urusan
penempatan, mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu dan mempunyai
pengalaman sekurang-kurangnya tiga tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata
Pelajaran/ Penolong Kanan (termasuk Penolong Kanan yang dilantik secara pentadbiran
di SKM(B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/JPN/ Bahagian/ Institut Aminuddin Baki/
Institut Pendidikan Guru/ Kolej Matrikulasi.

Seterusnya anatara usaha untuk meningkatkan akademik bagi sekolah
pendalaman tersebut pula, saya bercadang untuk melibatkan diri dengan program untuk
perkongsian mengenai pengalaman dan strategi PdP yang berkesan secara meluas.
Dengan tindakan ini, saya dapat menambahkan pengalaman dan kompetensi serta
menambahkan lagi satu kemahiran yang dapat dibentuk dalam diri. Contohnya saya akan
mengadakan bengkel cara menjawab soalan bagi subjek Bahasa Melayu dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad
Subki Miskon (2013), seorang guru yang cekap akan dipengaruhi oleh tahap tinggi atau
rendahnya ciri-ciri dan prestasi profesionalismenya. Oleh itu, saya pemilihan topik
bengkel ataupun perkongsian yang bakal saya sampaikan adalah berkaitan dengan
bidang bahasa kerana pada ketika itu saya sudah mengajar subjek Bahasa Melayu
hampir 20 tahun.

2.5 DG 54 (PEMIKIR STRATEGIK)
Apabila sudah mencecah 24 tahun berkhidmat sebagai seorang guru, maka gred akan
dinaikkan dari DG54 kepada DG54. Pada peringkat ini guru seharusnya mempunyai
kebolehan menguruskan sebarang perubahan dengan cekap dan berkesan. Pada
peringkat ini, saya telah merangka untuk melibatkan diri secara menyeluruh dalam bidang
pentadbiran tinggi sekolah iaitu saya ingin menjadi seorang guru besar. Dengan
penglibatan ini, saya sendiri dapat mencabar dan menilai sendiri tahap kempimpinan
saya dalam menetapkan hala tuju sekolah tidak kiralah sekolah tersebut merupakan
sekolah pendalaman sekalipun.

Berbeza dengan peringkat sebelum ini, pada peringkat ini saya ingin menjadi
seorang guru besar yang berstatus cemerlang. Terdapat beberapa cara dan langkah
yang perlu diambil oleh saya untuk menjadikan hal ini sebagai realiti. Antara cara dan
langkah yang boleh dilakukan adalah saya akan menggilap kemahiran ikhtisas dan
menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam tentang segala bidang yang berkaitan.
Berdasarkan Model Perkembangan Profesionalisme Berterusan (PBB), contoh program
yang memerlukan penglibatan saya di peringkat pemikir strategik ialah Kursus
Pengurusan Perubahan (Wong Kiet Wah, 2018). Seterusnya, antara kepentingan
program Model PBB tersebut adalah untuk memberi pemahaman yang lebih mengenai
peranan dan tanggungjawab agen perubahan, Pelan Komunikasi Pengurusan Perubahan
Dan sesi libat urus, aktiviti serta penilaian pencapaian prestasi perubahan berdasarkan
program yang dilaksanakan. Dalam hal ini, saya akan bertindak sebagai guru pemikir
strategik yang berstatuskan agen perubahan.

Seterusnya, saya sebagai guru pemikir strategik juga akan mamainkan peranan
dalam aspek akademik dan membantu menaikkan prestasi sekolah pendalaman.
Menurut Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2013), setiap guru pakar
merupakan golongan guru yang mempunyai kemahiran, kepakaran dan cemerlang dalam
mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing. Oleh itu saya akan bertindak
sebagai seorang Guru Cemerlang (GC) untuk memberi pendedahan dan strategi
pengajaran kepada guru dan pembelajaran kepada murid khususnya dalam bahasa
Melayu. Oleh itu, bagi merealisasikan perangkaan ini, saya akan sedaya upaya
menggilap kemahiran ikhtisas dan menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam
berhubung mata pelajaran yang diajar.

2.6 JUSA (PEMIKIR HOLISTIK)
Pada peringkat terakhir, seorang guru pada tahap ini boleh dilabelkan sebagai seorang
pemikir yang holistik. Hal ini kerana, pada peringkat ini guru memiliki pelbagai kepakaran

dan berkebolehan menjadi pakar rujuk dalam merangka strategi yang komprehensif dan
melaksanakan latihan yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Pada
peringkat ini, saya berhasrat untuk menjadi contoh sebagai seorang pemimpin dalam
profesionalisme pendidikan. Oleh yang demikian, sebagai seorang pentadbir tertinggi di
sekolah, saya haruslah mementingkan sikap dan mempamerkan nilai etika dan moral
yang tinggi kepada guru-guru lain. Sebagai contoh, saya akan sentiasa mematuhi dan
sentiasa mengingatkan guru-guru bahawa pentingnya menjaga Kod Etika Perguruan
sepanjang bergelar seorang guru.

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, untuk menjadi guru yang berjaya dalam profesion keguruan, kita seharusnya
merangka hala tuju kita diri dan kerjaya kita dari awal perkhidmatan lagi. Oleh yang demikian,
setiap guru perlulah menyediakan satu pelan pembangunan diri dan pembangunan kerjaya
sebagai seorang guru professional. Pelan yang disediakan tersebut perlulah diselaraskan
dengan apa yang akan dilalui di setiap peringkat perkembangan guru yang sedang atau bakal
dilalui tidak kiralah di sekolah bandar, luar bandar mahupun pendalaman sekalipun. Dengan
adanya penyediaan pelan tersebut, maka guru akan mempunyai panduan khusus bagi
memantapkan profesionalisme dan sekaligus mengelakkan kita tersasar jauh daripada
landasan kerjaya sebagai seorang guru.

4.0 RUJUKAN
Ahmad Subki Miskon. (2013). Guru dan Cabaran Semasa : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

Esah Sulaiman, (2003). Asas Pedagogi. Johor: Cetak Ratu sdn. Bhd.

Noresah Baharom. (2005). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mishra, P., Koehler, M. J., & Kereluik, K. (2009). The Song Remains the Same: Looking Back
to the Future of Educational Technology. Techtrends: Linking Research & Practice To
Improve Learning, 53(5), 48-53. doi:10.1007/s11528-009-0325-3

Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon, (2011). Pengantar Pendidikan Edisi
Sentakan Terkini. Selangor Darul Ehsan: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn. Bhd

Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid, & Boon Pong Yin. (2018). Asas Kepemimpinan dan
Pembangunan Profesionalisme Guru (Edisi Kedua). Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Zinitulniza Abdul Kadir. (2011), Sudut Pandang Muhyiddin Yassin. Institut Terjemahan Negara
Malaysia.


Click to View FlipBook Version