GARIS PANDUAN
PILIHANRAYA KAMPUS BAGI
PEMILIHAN JAWATAKUASA
PERWAKILAN PELAJAR
EDISI 2019
MUHAMMAD SANI CHE IDRIS | ZULFADHLI OSMAN
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA
KAMPUS (PRK) BAGI PEMILIHAN
JAWATANKUASA PERWAKILAN
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI
BEAUFORT EDISI 2019
Muhammad Sani Che Idris | Zulfadhli Osman
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Kolej Komuniti Beaufort
Jalan Melalugus
89807 Beaufort
Sabah
Tel : 087-212528/529
Fax : 087-212530
Hakcipta Terpelihara
Terbitan Pertama 2020
Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain sama ada dengan cara elektronik,
mekanikal, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin terlebih dahulu daripada
Kolej Komuniti Beaufort
i
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Prakata I
Assalamuailaikum W.B.T & Salam Sejahtera
Terlebih dahulu, marilah kita ucapkan syukur kepada Allah SWT kerana keizinannya dapat kita
menerbitkan garis panduan ini.
Usaha untuk menghasilkan garis panduan lengkap tentang proses Pilihanraya Kampus ini
merupakan suatu usaha dari pihak pengurusan sendiri bagi memastikan Pilihanraya Kampus
dapat berjalan dengan lancar dan menngikut Akta 174 serta garis panduan yang sedang
berkuatkuasa.
Garis panduan ini sesuai digunakan oleh semua kolej komuniti di Malaysia kerana ia mengikut
sistem pembelajaran yang sedang dipraktikan sekarang. Semoga garis panduan ini kefahaman
dan gambaran tentang tatacara sebenar pengendalian Pilihanraya Kampus kepada warga Kolej
Komuniti Beaufort serta Kolej Komuniti Malaysia.
MUHAMMAD SANI CHE IDRIS
Pengarah Kolej Komuniti Beaufort
ii
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Prakata II
Assalamuailaikum W.B.T & Salam Sejahtera
Syukur Alhamdulillah, akhirnya Garis Panduan Pilihanraya Kampus (PRK) Bagi Pemilihan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Beaufort ini berjaya diterbitkan.
Buku ini merupakan garis panduan yang ditulis mengikut kesesuaian sistem akademik di Kolej
Komuniti Malaysia dengan berpandukan Akta 174 dan Garis Panduan yang sedang
berkuatkuasa.
Sebelum garis panduan ini diterbitkan, tiada garis panduan yang jelas dan lengkap tentang
tatacara pengedalian Pilihanraya Kampus di Kolej Komuniti, seperrti yang telah dipraktikan di
Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang lain. Semoga garis panduan ini memudahkan warga Kolej
Komuniti Beaufort mengendalikan PRK yang dijalankan.
ZULFADHLI BIN OSMAN
Pegawai Pembangunan Pelajar
iii
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1. Sinopsis Pengenalan 3
2. Bahagian I : Punca Kuasa 4
3. Bahagian II : Tafsiran 4
4. Bahagian III : “Pelajar” 4
“Pelajar Kanan” 4
“Calon”
4
Notis Mengenai Pemilihan
Notis
5. Bahagian IV : Penaman Calon
Kelayakan Calon
Borang Penamaan Calon 5
Pusat-pusat Penamaan 6
Kertas Penamaan Calon 7
Perkara-Perkara Penting 7
Pencadang & Penyokong Calon 7
Kad Pendaftaran Pelajar 7
Penarikan Diri Oleh Calon 8
Mesyuarat Kelayakan Calon JPP 8
Bantahan Terhadap Kertas Penamaan 8
Masa Bantahan & Cara Bantahan 8
Keputusan Terhadap Bantahan 9
Pengumuman Calon 9
9
6. Bahagian V : Pemilihan Tanpa Bertanding & Pemilihan Yang Dipertandingkan
Pemilihan Tanpa Bertanding 10
Pemilihan Yang Dipertandingkan 10
7. Bahagian VI : Peraturan Berkempen
Hubungan Dengan Pihak Luar
Pidato Umum dan Kempen 11
Bahan Kempen 11
Kesalahan Lain 11
Peraturan Lain 12
12
8. Bahagian VII : Hari Mengundi
Hak Seseorang Calon
Waktu Mengundi 13
Larangan Memancing Undi 13
Tempat Mengundi 13
14
1
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Kebenaran Masuk Tempat Mengundi 14
Cara Mengundi 15
Penutupan Tempat Mengundi 15
Mematerikan Dokumen Pemilihan 15
Penghantaran Peti Undi 15
9. Bahagian VIII : Pengiraan Undi
10. Bahagian IX : Pusat-Pusat Pengiraan Undi 16
11. Bahagian X :
Sistem Pengiraan Undi 16
Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengira Undi 16
Susunan Meja Mengira Undi 16
Wakil Calon Di Tempat Mengira Undi 17
Tanggungjawab Wakil Calon Di Tempat
Mengira Undi 17
Kaedah Pengiraan 17
Penyisihan 18
Ulangkira 18
Persamaan Bilangan Undi 19
Pengisytiharan Ahli JPP & Pemilihan Pemegang Jawatan
Pengisytiharan 20
Pemegang – Pemegang Jawatan JPP 20
Lampiran
1: Carta Alir Proses Pilihanraya Kampus 21
2: Tugas Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar 22
3: Contoh Lantikan Suruhanjaya Pilihanraya 23
4: Contoh Notis Pilihanraya 24
5: Borang A : Borang Pencalonan 26
6: Borang B : Borang Maklumat Kempen 28
7: Borang C : Borang Tarik Diri Calon 29
8: Borang D : Notis Bantahan Calon 30
9: Contoh Senarai Calon Layak Bertanding 31
10: Contoh Borang Pengundian 32
11: Contoh Poster Calon Kerusi Program 33
12: Contoh Poster Calon Kerusi Umum 34
13: Contoh Akuan Sumpah Jawatan JPP 35
2
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
SINOPSIS
Buku Garis Panduan Pilihanraya Kampus (PRK) Bagi Pemilihan Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) Kolej Komuniti Beaufort merupakan penulisan terperinci tentang
tatacara pengurusan PRK yang perlu dipraktikan di Kolej Komuniti Beaufort.
Kaedah penulisan adalah berdasarkan pembacaan terhadap Akta 174 serta garis
panduan yang sedang berkuatkuasa. Selain daripada pembacaan, penulisan juga dibuat
berdasarkan pengalaman menguruskan PRK. Hasilnya, maka terbitlah garis panduan ini
yang akan digunapakai setiap kali berlaku PRK di Kolej Komuniti Beaufort. Garis panduan
ini mengandungi sepuluh (10) bahagian. Ia menerangkan secara jelas tentang perjalanan
PRK dengan cara yang sepatutnya berlaku, bermula dari proses penamaan calon
sehingga pengisytiharan kemenangan.
Garis panduan ini juga releven untuk digunapakai oleh semua Kolej Komuniti Malaysia
kerana ia ditulis berdasarkan sistem akademik yang dipraktikkan di semua kolej komuniti.
Semoga ia memberi pengetahuan dan gambaran kepada warga kolej komuniti bagi
menjalankan PRK.
3
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
BAHAGIAN I
PENGENALAN
Punca Kuasa : Seksyen 7 Bahagian III, Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib)
1976 memperuntukkan bahawa sesuatu institusi hendaklah mempunyai suatu Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar (JPP) yang diwakili oleh sebilangan pelajar yang ditentukan oleh Pengarah,
dipilih melalui kertas undi rahsia, yang dijalankan oleh Pegawai Pembangunan Pelajar.
BAHAGIAN II
TAFSIRAN
“ Pelajar ” ertinya seseorang pelajar yang berdaftar yang sedang mengikuti kursus pengajian
sepenuh masa di Kolej Komuniti Beaufort untuk program Sijil, tetapi tidak termasuk pelajar
yang sedang menjalani Latihan Industri.
“Pelajar Kanan” ertinya seorang pelajar yang berdaftar, yang sedang mengikuti kursus
pengajian sepenuh masa dan telah melalui sekurang-kurangnya satu (1) semester pengajian
di Kolej Komuniti Beaufort.
“Calon” ertinya seseorang pelajar yang telah sah bertanding dalam Pilihanraya Kampus.
BAHAGIAN III
NOTIS MENGENAI PEMILIHAN
1. (a) JPP terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lantikan setahun atau tempoh
yang ditetapkan oleh Pengarah.
(b) JPP juga boleh terbubar atau digantung atas perintah Menteri atau Pengarah tanpa
sebarang sebab dan keputusannya adalah muktamad serta tidak boleh dibicarakan
di mana-mana mahkamah.
Notis
2. (a) Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar (SPP) bagi Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP), hendaklah menyiarkan suatu notis mengenai Pilihanraya Kampus
(PRK) di papan- papan kenyataan atau risalah-risalah rasmi kolej.
(b) Pengerusi SPP adalah Pegawai Pembangunan Pelajar. Ia hendaklah dalam notisnya
menyatakan masa, tarikh dan tempat dengan jelas setiap perkara yang berkaitan
dengan urusan pilihanraya seperti di Lampiran 4.
4
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
BAHAGIAN IV
PENAMAAN CALON
Kelayakan Calon
1. Pelajar yang layak menjadi calon ialah pelajar kanan di Kolej Komuniti Beaufort.
2. Pelajar tidak layak menjadi calon sekiranya tergolong mana-mana satu atau lebih
dari kategori di bawah ini:
(a) Pelajar yang belum lagi menduduki peperiksaan yang pertama di Kolej
Komuniti Beaufort bagi program pengajian yang diikutinya.
(b) Pelajar kanan yang HPNM/CGPA kurang daripada 3.00
(c) Pelajar kanan yang tidak menduduki peperiksaan yang baru lalu bagi
program pengajian yang diikutinya.
(d) Pelajar kanan yang telah gagal dalam peperiksaan yang baru lalu bagi
program pengajian yang diikutinya.
(e) Pelajar kanan yang prosiding tatatertib terhadapnya masih belum selesai
melainkan jika dibenarkan secara bertulis oleh Pengarah.
(f) Pelajar kanan yang didapati bersalah atas kesalahan tatatertib melainkan
jika dibenarkan secara bertulis oleh Pengarah.
3. Seseorang calon hanya boleh bertanding bagi satu kerusi pemilihan sahaja. Sama ada
di Kerusi Umum atau Kerusi Program.
4. Apa-apa kekeliruan berkenaan senarai pelajar berstatus aktif boleh dirujuk kepada Unit
Pembangunan Pelajar untuk pengesahan status pelajar.
5. Mana-mana calon yang bertanding dalam PRK hendaklah bertanding atas kapasiti
individu dan bukan mewakili mana-mana pertubuhan atau kumpulan orang samada di
dalam atau di luar Kampus.
6. Bagi Kerusi Program, calon hendaklah seorang pelajar kanan di Program berkenaan
(Program Teknologi Elektrik, Program Kulinari atau Program Operasi Perhotelan)
7. Bagi Kerusi Umum, calon hendaklah seorang pelajar kanan yang berdaftar di Kolej
Komuniti Beaufort.
8. Bagi menjamin keberkesanan fungsi JPP, pelajar yang yang berbaki hanya satu (1)
semester pengajian di dalam kampus hanya dibenarkan bertanding di kerusi program.
9. Seseorang calon tidak boleh menjadi Pencadang Calon atau Penyokong Pencadang
Calon kepada mana-mana calon yang lain.
5
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Borang Penamaan Calon
10. (a) Calon adalah diingatkan bahawa Borang Penamaan Calon adalah satu dokumen
yang sangat penting. Perhatian hendaklah diberikan apabila mengisi borang
tersebut kerana Borang Penamaan Calon yang mengandungi butir-butir tidak
tepat atau kurang sempurna atau menyalahi undang-undang dan peraturan
Pilihanraya Kampus boleh menyebabkan sesuatu percalonan itu dibatalkan oleh
Ketua Pusat Penamaan Calon.
(b) Pemalsuan maklumat dalam Borang Penamaan Calon boleh menyebabkan
Penamaan Calon terbatal dan boleh diambil tindakan tatatertib.
(c) Borang Penamaan Calon mestilah sebagaimana borang yang ditetapkan iaitu
Borang A: Borang Penamaan Calon dan Borang B: Borang Maklumat Kempen.
Sila ambil perhatian bahawa setiap calon hendaklah menyerahkan borang
penamaannya pada masa, tarikh dan tempat yang diisytiharkan oleh Suruhanjaya
Pilihanraya Kampus bagi Pemilihan JPP.
(d) Sebarang kesalahan mengisi borang mestilah dibetulkan dengan membuat
garisan lintang pada perkataan yang salah dan diturunkan tandatangan ringkas,
penggunaan pemadam cecair (liquid paper) adalah tidak dibenarkan.
(e) Pengisian borang mestilah menggunakan pen mata bulat berdakwat hitam atau
biru sahaja.
6
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Pusat-Pusat Penamaan
11. Ketua Jawakankuasa Penamaan Calon bertindak sebagai Ketua Pusat Penamaan Calon.
Ia hendaklah menetapkan tempat penamaan calon yang bersesuaian. Ketua Pusat
Penamaan Calon dikehendaki menguruskan proses penamaan calon sehingga diumumkan
calon yang layak bertanding.
Kertas Penamaan Calon
12. (a) Semua calon hendaklah menggunakan Borang A dan Borang B untuk urusan
penamaan calon.
(b) Pada Hari Penamaan Calon, setiap calon, pencadang calon dan penyokong
pencadang calon dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon dengan berpakaian
formal mengikut tatacara pemakaian pelajar seperti yang telah ditetapkan.
(c) Semua calon atau pencadang atau penyokongnya atau seorang lain yang dilantik
oleh calon secara bertulis, dikehendaki terus menunggu di ruang atau kawasan
yang ditentukan oleh Ketua Pusat Penamaan Calon berkenaan sehingga segala
proses perjalanan penamaan calon tamat.
Perkara-Perkara Penting Yang Harus Diberi Perhatian Berkaitan Pilihanraya Kampus
13. (a) Calon mestilah mempunyai segala kelayakan untuk menjadi calon dan tidaklah
(b) mempunyai apa-apa tanggungan yang boleh melucutkan kelayakan calon itu.
(c)
Nama calon dalam kertas penamaan mestilah diisi dengan betul dan penuh
mengikut seperti dalam kad pengenalan.
Tandatangan calon, tandatangan-tandatangan pencadang calon dan penyokong
pencadangan calon hendaklah diisi dalam ruangan-ruangan yang betul dalam
borang penamaan calon.
Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon
14. (a) Mana-mana pelajar aktif Kolej Komuniti Beaufort layak menjadi Pencadang dan
Penyokong Pencadangan Calon.
(b) Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon bagi Kerusi Program
hendaklah terdiri daripada pelajar berdaftar di Program berkenaan dan
berstatus aktif sahaja.
(c) Pencadang dan Penyokong Pencadangan Calon bagi Kerusi Umum terbuka
kepada semua pelajar berdaftar di Kolej Komuniti yang berstatus aktif.
7
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Kad Pendaftaran Pelajar/Matrik
15. Ketua Pusat Penamaan Calon atau wakilnya hendaklah menyemak Kad Pendaftaran
Pelajar/Matrik untuk menentukan pengenalan seseorang calon. Sekiranya seseorang
calon, kerana sesuatu sebab tidak mempunyai Kad Pendaftaran Pelajar/Matrik yang sah,
beliau bolehlah menggunakan sebarang dokumen yang membuktikan bahawa ianya adalah
pelajar Kolej Komuniti Beaufort. Keadaan yang sama juga dikenakan kepada semua
Pencadang dan Penyokong.
Penarikan Diri Oleh Calon
16. Calon boleh menarik balik pencalonan bila-bila masa. Calon boleh berbuat demikian
dengan cara mengisi dan menandatangani Borang C dan mengemukakannya kepada
Pengerusi SPP atau wakilnya. Bagi penarikan diri seperti ini kertas-kertas penamaan calon
tidak akan dipulangkan kepada calon tetapi akan disimpan oleh Pengerusi SPP. Calon atau
wakilnya dan ditanda tarik diri.
Mesyuarat Kelayakan Calon
17. Selepas selesai tempoh penamaan calon. Pengerusi SPP boleh memanggil Ahli-Ahli
Mesyuarat Kelayakan Calon JPP untuk bersidang. Ahli-ahli mesyuarat ini terdiri daripada:
i) Pengerusi SPP
ii) Ketua Program Sijil Teknologi Elektrik
iii) Ketua Program Sijil Operasi Perhotelan
iv) Ketua Program Sijil Kulinari
v) Ketua Pusat Penamaan Calon
18. Penilaian perlu dilakukan terhadap calon dari aspek disiplin, pencapaian akademik, sahsiah,
kemampuan menjalankan tugas sebagai JPP dan perkara-perkara berkaitan.
19. Calon yang melepasi kriteria-kriteria yang ditetapkan akan melalui proses bantahan, jika
tiada bantahan dibuat, calon berkenaan boleh diumumkan sebagai calon yang layak
bertanding.
Bantahan Terhadap Kertas Penamaan
20. (a) Bantahan boleh dibuat oleh mana-mana calon atau pencadang calon atau penyokong
pencadang calon yang hadir dalam tempoh penamaan calon.
(b) Bantahan atau pemeriksaan terhadap kertas-kertas penamaan perlu dilakukan pada
hari yang sama penamaan calon dibuat. Bantahan terhadap kertas penamaan boleh
dilakukan di atas asas-asas berikut:
i) bahawa kertas penamaan itu tidak mematuhi kehendak atau terdapat
penipuan atau maklumat yang tidak sahih; atau
ii) bahawa ternyata daripada kandungan kertas penamaan yang calon itu adalah
tidak layak untuk dipilih menjadi ahli JPP, dan;
8
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
iii) bahawa calon itu telah hilang kelayakan untuk menjadi seorang ahli
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
c) Bantahan hendaklah dibuat menggunakan Borang D : Notis Bantahan
Terhadap Calon.
Masa Bantahan dan Cara Membantah
21. (a) Masa bantahan adalah dalam masa 30 minit selepas Mesyuarat Kelayakkan
Calon JPP selesai.
(b) Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah mempamerkan satu salinan
Kertas Penamaan Calon di luar pusat penamaan di satu tempat yang senang
dilihat.
(c) Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis menggunakan Borang D – Notis
Bantahan Terhadap Calon dan ditandatangani oleh pembantah, serta memberi
asas-asas bantahannya.
(d) Bantahan mengenai pencalonan boleh dikemukakan kepada Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar.
Keputusan Terhadap Bantahan
22. Pengerusi SPP akan memutuskan sama ada sah atau tidak setiap bantahan yang diterima
sejurus selepas bantahan dibuat. Beliau akan memberitahu calon yang berkenaan
atau pencadang atau penyokongnya yang dinamakan di dalam kertas penamaan
atau seorang lain yang dilantik oleh calon secara bertulis terhadap keputusan dan alasan-
alasan.
a) Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar akan memanggil calon yang dibantah
untuk mengemukakan alasan kenapa bantahan perlu ditolak.
b) Segala keputusan tentang bantahan oleh Pengerusi Pilihanraya Kampus
adalah muktamad.
Pengumuman Calon
23. Ketua Pusat Penamaan Calon atau wakilnya akan mengumumkan calon yang layak
bertanding selepas proses penamaan calon dan bantahan calon dibuat.
9
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
BAHAGIAN V
PEMILIHAN TANPA BERTANDING DAN PEMIILIHAN YANG DIPERTANDINGKAN
Pemilihan Tanpa Bertanding
1. Jika pada hari penamaan dalam mana-mana Kerusi pilihan raya kampus bagi
pemilihan JPP selepas didapati jumlah calon sah tidak melebihi bilangan kerusi bagi
Kerusi pemilihan tersebut, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar atau wakilnya
hendaklah dengan serta-merta mengisytiharkan calon sebagai menang tanpa bertanding.
Pemilihan Yang Dipertandingkan
2. Jika pada hari penamaan dan mana-mana Kerusi pilihan raya kampus bagi pemilihan JPP
selepas didapati bilangan calon lebih daripada bilangan kerusi bagi Kerusi pemilihan
tersebut, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar atau wakilnya hendaklah dengan
serta-merta mengisytiharkan bahawa suatu pengundian akan dijalankan mengikut
peraturan-peraturan ini.
10
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
BAHAGIAN VI
PERATURAN BERKEMPEN
Hubungan Dengan Pihak Luar
1. Setiap calon atau wakil calon haruslah memastikan bahawa mereka tidak mempunyai
apa-apa hubungan dengan pihak luar kolej bersabit dengan Pilihanraya Kampus Bagi
Pemilihan JPP ini.
Pidato Umum dan Kempen
2. (a) Calon atau wakil calon dibenarkan menyampaikan pidato umum hanya pada
sesi memperkenalkan calon-calon yang bertanding dimana tarikh, tempat
dan masanya akan ditentukan oleh Pengerusi SPP atau Ketua Jawatankuasa
Kempen & Pidato Umum
(b) Calon atau wakil calon tidak dibenarkan menyampaikan pidato umum dengan
mengaitkan Pilihan raya Kampus Bagi Pemilihan JPP dengan mana-mana
pihak melainkan untuk menjelaskan visi kepimpinan peribadi ke arah kebajikan
pelajar.
(c) Ketua Jawatankuasa Kempen & Pidato Umum atau wakilnya perlu mengadakan
taklimat mengenai tatacara kempen & pidato umum mengikut garis panduan ini.
Semasa taklimat, perlu dinyatakan secara jelas tentang tempoh kempen,
kawasalan dibenarkan kempen, serta tarikh dan masa pidato umum.
(d) Calon atau wakil calon boleh menerbit, membahagi atau mengedarkan apa-apa
dokumen yang berkaitan dengan kempen dalam tempoh kempen sahaja.
Bahan Kempen
3. (a) Poster pertandingan bagi setiap calon akan disediakan oleh
Jawatankuasa Kempen sebanyak 60 helai untuk setiap calon.
(b) Penyediaan gambar calon untuk diletakkan pada poster juga akan diselaraskan
oleh Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar.
(c) Pengantungan poster calon-calon serta tempat letaknya juga akan diselaraskan
oleh Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar.
(d) Calon - calon hendaklah memastikan yang segala poster atau bahan cetak yang
dipasang bagi pihaknya ditanggalkan seberapa segera dalam tempoh tujuh (7)
hari selepas daripada pemilihan.
11
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
(e) Tindakan Tatatertib akan diambil ke atas sesiapa yang cuba menurunkan poster
sepanjang tempoh berkempen. Poster-poster boleh diturunkan dengan
kebenaran daripada Jawatankuasa Disiplin Suruhanjaya Pilihan raya Pelajar.
PERINGATAN: Jika dalam masa dan hari selepas pemilihan, poster-poster tersebut belum
ditanggalkan lagi, tindakan tatatertib akan diambil terhadap calon, pencadang dan penyokong
pencadang calon.
Kesalahan Lain
4. Calon-calon yang bertanding atau wakil calon adalah dikehendaki juga mematuhi etika
dan peraturan kolej yang berkuatkuasa.
Peraturan Lain
5. Lain-lain kesalahan ‘jenayah’ atau ‘sivil’ adalah menjadi tanggungjawab calon sendiri
kerana sikap dan kelakuannya.
12
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
BAHAGIAN VII
HARI MENGUNDI
Hak Seseorang Calon
1. Seseorang calon adalah berhak di bawah perkara yang dinyatakan seperti berikut:-
(a) Dibenarkan menghadirkan diri di Pusat Pengiraan Undi (PPU). Semasa di Pusat
Pengiraan Undi, calon juga adalah dibenarkan untuk membuat aduan yang
munasabah di atas perjalanan pengiraan atau apa-apa perkara yang berhubung
dengannya;
(b) Semua aduan tentang perkara (a) hendaklah dibuat secara bertulis kepada
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pilihan Raya Kampus. Calon hendaklah
patuh kepada keputusan yang diberi oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya
Pelajar.
Waktu Mengundi
2. Waktu-waktu mengundi adalah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar hendaklah dipatuhi secara ketat.
Larangan Memancing Undi Di Dalam dan Di Sekitar Tempat Mengundi.
3. (a) Adalah mustahak bagi calon menjauhkan diri dan melarang keras wakil dan
penyokong calon daripada melakukan sebarang kesalahan yang berikut pada hari
mengundi dalam jarak yang ditetapkan oleh Ketua Pusat Pengundian;
i) Percubaan untuk melarang orang yang berhak daripada memasuki
sesuatu tempat mengundi.
ii) Menyemak dalam sesuatu senarai nama seseorang yang memasuki
tempat mengundi dalam kawasan tempat mengundi.
iii) Menempatkan sebarang bangku atau meja bagi apa-apa maksud
berhubung dengan pemilihan.
iv) Merayu-rayu atau memujuk atau cuba memujuk seseorang supaya jangan
mengundi di dalam PRK itu atau supaya mengundi atau supaya tidak
mengundi seseorang calon tertentu di dalam PRK itu.
v) Menunggu atau merayau-rayau kecuali bagi maksud menunggu giliran
masuk ke tempat mengundi untuk mengundi.
vi) Melengkapkan, membekal atau memaparkan sebarang panji-panji, kain
rentang, poster, risalah atau label untuk tujuan propaganda.
13
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
(b) Ketua Jawatankuasa Pengundian bertindak sebagai Ketua Pusat Pengundian. Ia
perlu untuk satu-satu tempat mengundi, menandakan had tempat mengundi di
tempat mengundi di bawah jagaannya.
(c) Pemberitahuan atau poster yang melarang sebarang usaha memancing undi
di dalam kawasan yang ditentukan akan dibuat. Adalah tugas seorang calon
untuk mematuhi sepenuhnya peraturan ini bagi menentukan pengundian berjalan
dengan teratur.
(d) Semasa calon membuat lawatan dan mendapati dengan penuh yakin
yang seseorang telah melanggar undang-undang, calon adalah dinasihatkan
supaya melaporkannya kepada Ketua Pusat Pengundian atau Pegawai
Keselamatan yang bertugas menjaga keselamatan di tempat tersebut. Calon
adalah dinasihatkan supaya tidak bertindak secara bersendiri atau melibatkan
diri dalam perbalahan dengan mereka yang menyalahi peraturan-peraturan.
Tempat Mengundi
4. Tempat mengundi yang dipilih merupakan sebuah bilik atau ruangan yang ditentukan
oleh Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar.
Kebenaran Masuk Tempat Mengundi
5. Orang-orang yang berikut adalah dibenarkan masuk ke tempat mengundi:
(a) Pelajar berdaftar yang namanya tercatat di dalam daftar pemilih bagi
tempat mengundi yang berkenaan;
(b) Ahli-ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya, Ketua Pusat
Pengundian, urus setia-urus setia dan pembantu-pembantu yang
dilantik untuk mengendalikan tugas-tugas mengundi dan pengawal
keselamatan yang bertugas di tempat mengundi yang mempunyai pas
khas.
(c) Seorang yang telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada
Pengerusi SPP
14
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Cara Mengundi
6. Kolej Komuniti Beaufort mengamalkan sistem mengundi secara kertas undi. Ia melibatkan
perkara berikut:-
(a) Peti undi akan diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh Ketua
Pusat Pengundian dan wakil calon.
(b) Pengundi yang memasuki tempat mengundi akan disemak namanya
dalam daftar pemilih. Pengundi akan diminta supaya menunjukkan kad matrik
atau dokumen-dokumen lain untuk pengenalan dirinya setelah disahkan.
(c) Jawatankuasa Pusat Mengundi perlu menyebut nama pengundi, dan No
Pendaftaran Pelajar atau Nombor Kad Pengenalan dengan jelas.
(d) Jawatankuasa Pusat Mengundi perlu mengenakan dakwat kekal kepada
pengundi yang telah daftar mengundi.
(e) Pengundi bagi Pilihanraya Kampus bagi Pemilihan JPP akan diberikan
2 kertas undi iaitu Kerusi Program Pengajian dan Kerusi Umum.
(f) Pengundi akan menandakan undi secara rahsia dengan menandakan ‘X’
di dalam kertas undi yang diberikan.
(e) Ketua Pusat Pengundian perlu melantik dua(2) orang Ejen Pusat Mengundi
yang boleh terdiri daripada pelajar sebagai pemerhati proses pengundian agar
mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa.
Penutupan Tempat Mengundi
7. Tempat Mengundi akan ditutup tepat pada masa yang ditetapkan.
Mematerikan Dokumen-Dokumen Pemilihan
8. Sebaik saja Tempat Mengundi ditutup, Ketua Pusat Mengundi akan memasukkan semua
dokumen pemilihan dan salinan daftar-daftar pemilih yang telah ditandakan ke dalam sampul-
sampul surat dan diserahkan kepada Pengerusi SPP.
Penghantaran Peti Undi
9. (a) Semua Peti undi akan diserahkan oleh Ketua Pusat Pengundian atau petugasnya
kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar di tempat mengira undi.
(b) Calon atau wakilnya di tempat mengundi adalah dibenarkan mengiringi peti undi
tersebut ketempat pengiraan undi
15
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
BAHAGIAN
VIIII
PENGIRAAN UNDI
Pusat-Pusat Pengiraan Undi
1. (a) Pengiraan undi bagi tiap-tiap Kerusi pilihan raya kampus dijalankan di tempat mengira
undi seperti ditentukan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar
(b) Ketua Jawatankuasa Pengiraan Undi bertindak sebagai Ketua Pusat Pengiraan Undi
perlu menetapkan tempat pengiraan undi. Ia boleh terdiri daripada sebuah bilik atau
bangunan yang luas dan yang sesuai bagi mengadakan proses berkenaan.
Sistem Pengiraan Undi
2. (a) Sistem Pengiraan Undi mengikut kaedah yang diputuskan oleh Ketua Pusat
Pengiraan Undi.
(b) Kertas-kertas undi dari tiap-tiap peti undi bagi suatu Kerusi pemilihan perlu dikira
secara berasingan mengikut kerusi yang dipertandingkan.
Kebenaran Masuk Ke Tempat Mengira Undi
3. Kawasan Mengira Undi tidak akan dibuka kepada orang ramai kecuali kepada mereka yang
telah diberikan pas khas oleh pihak Urusetia atau yang telah menerima jemputan khas dari
Urusetia untuk menyaksikan proses pengiraan. Selain itu, orang-orang yang berikut sahaja
dibenarkan masuk ke dalam kawasan pengiraan undi, iaitu:
(a) Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar
(b) Kakitangan yang telah dilantik oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar.
(c) Pembantu-pembantu Pengiraan Undi yang telah dilantik oleh Ketua Pusat Pengiraan
Undi.
(d) Calon dan wakil mereka, apabila diminta oleh Ketua Pusat Pengundian untuk berada
di kawasan mengira undi.
Susunan Meja Mengira Undi
4. Ketua Pusat Pengiraan Undi akan memastikan supaya susunan meja dan lain-lain yang
dibuat supaya proses pengiraan undi dapat dengan telus, cekap dan secepat mungkin.
16
GARIS PANDUAN PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Wakil Calon Di Tempat Mengira Undi
5. Tiap-tiap seorang calon dibenarkan melantik wakil bagi mengawasi proses pengiraan undi.
Tanggungjawab Wakil Calon Di Tempat Mengira Undi
6. (a) Ada beberapa perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh wakil-wakil calon
semasa berada di Pusat Pengiraan Undi. Perkara-perkara berikut bersabit dengan
yang “boleh” dan yang “tidak boleh” hendaklah diambil perhatian;
“Boleh”
i) Buat bantahan secara tertib dan bersopan mengikut peraturan yang ditetapkan.
ii) Buat bantahan jika ia mempunyai alasan dan mempercayai bahawa Petugas
Mengira Undi telah salah mengira.
“Tidak Boleh”
i) Memegang atau mengusik mana-mana peti undi.
ii) Menggunakan kekerasan atau pertuturan bahasa yang kasar ke atas petugas-
petugas, pembantu-pembantu atau pegawai yang bertugas mengenai sebarang
isu.
iii) Berdegil dan tidak mahu mendengar alasan yang diberikan oleh
pembantu-pembantu atau pegawai yang dilantik mengenai sebarang isu.
(b) Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar akan membuat keputusan muktamad
mengenai sebarang perkara tidak puas hati yang dibangkitkan dan keputusannya
hendaklah dihormati. Sekiranya ada di antara wakil calon didapati membuat
kacau dan menghalang kelicinan proses pengiraan, Ketua Pusat Pengiraan Undi
mempunyai kuasa mengarahkan supaya ianya dikeluarkan dari tempat pengiraan
tersebut.
Kaedah Pengiraan
(a) Kaedah Pengiraan Undi adalah seperti berikut:
i) Menghitung bilangan undi yang diperolehi oleh seseorang calon.
ii) Mengesahkan jumlah undi yang terdapat di dalam tiap-tiap satu peti undi
dengan penyata undi yang dibuat oleh ketua tempat mengundi bersabit
dengan kertas-kertas undi yang telah dikeluarkan di tempat mengundinya.
(b) Semua Peti Undi akan diletakkan di atas meja-meja pengiraan undi. Jawatankuasa
Pusat Pengiraan Undi bolehlah memeriksa semua materi dan kunci keselamatan di
tiap-tiap peti undi. Setelah Ketua Pusat Pengiraan Undi atau wakilnya berpuashati
bahawa tiap-tiap peti undi adalah dalam keadaan baik, Ketua Pusat Pengiraan Undi
atau wakilnya boleh terus membuka peti undi.
17
(c) Jawatankuasa Pusat Pengiraan Undi dikehendaki membuka peti undi dan
menyusun kertas undi bagi memudahkan proses pengiraan. Di peringkat
ini, wakil calon hendaklah memerhatikan dengan teliti supaya tidak ada
kesilapan mengira atau perbuatan tidak mengambil kira dilakukan oleh petugas-
petugas pengiraan undi.
Penyisihan
7. (a) Kertas-kertas undi akan dikeluarkan dari peti undi dan dibahagikan kepada petugas-
petugas mengira undi untuk disisihkan. Ketua Pusat Pengundian atau wakilnya akan
memberi keputusan di hadapan calon atau wakil calon, sesuatu kertas undi ragu itu
boleh diterima atau ditolak dan akan menerangkan mengapa sesuatu kertas itu
diterima atau ditolak. Keputusannya adalah muktamad.
(b) Garis panduan yang luas tentang kertas-kertas undi yang akan ditolak dan
tidak boleh diterima:-
i) Jika pemilihan diberikan kurang atau lebih daripada yang ditetapkan.
ii) Jika didapati ada sesuatu ditulis atau ditanda yang membolehkan
diri seseorang pengundi itu dikenali.
iii) Jika ianya telah tidak ditandakan atau lebih ditandakan lain daripada tempat
atau cara yang ditetapkan.
iv) Jika ianya tidak menunjukkan dengan jelas tujuan seorang pengundi itu.
v) Jika ianya dimasukkan ke dalam peti undi yang berlainan. Contohnya, kertas
undi Kerusi Program dimasukkan ke dalam peti undi Kerusi Umum.
Ulangkira
8. (a) Ulangkira biasanya diadakan dalam kes-kes di mana keputusan-keputusan
adalah sangat rapat. Atas permintaan calon atau wakil calon, Ketua Pusat
Pengundian atau wakilnya akan mengadakan ulangkira jika perbezaan di antara
bilangan undi yang diperolehi oleh calon yang mendapat undi yang terbanyak
dengan bilangan undi yang diperolehi oleh calon yang mendapat undi kedua
terbanyak ialah 10 undi ke bawah daripada jumlah undi yang dibuang.
(b) Ulangkira mungkin diadakan lebih daripada sekali dan Ketua Pusat Pengundian atau
wakilnya hendaklah menggunakan budi bicaranya sama ada untuk membenarkan
atau tidak ulangkira yang kedua kalinya atau ulangkira berikutnya. Sekiranya ia
berpuas hati dengan keputusan-keputusan itu, ulangkira tidak akan diulangi dan
dengan demikian akan terus mengumumkan keputusannya serta mengisytiharkan
calon yang menang
18
Persamaan Bilangan Undi
9. Mengikut Seksyen 25(14) Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981;Jika
bilangan undi di antara atau dari antara calon bagi sesuatu bahagian pilihan raya
didapati sama banyaknya, dan penambahan satu undi akan menghakkan mana-mana
calon diisytiharkan sebagai dipilih, maka penentuan calon yang kepadanya satu undi
tambahan itu akan disifatkan sebagai telah diberi hendaklah dengan cara cabutan undi di
hadapan Pegawai Pengurus, calon-calon dan agen-agen mereka mengikut cara yang
ditentukan oleh Pegawai Pengurus”.
19
BAHAGIAN IX
PENGISYTIHARAN AHLI JPP DAN PEMILIHAN PEMEGANG JAWATAN
Pengisytiharan
1. (a) Pengerusi Suruhanjaya Pilihanaraya hendaklah mengisytiharkan calon yang
berjaya di dalam Pilihan Raya Kampus.
(b) Pengisytiharan itu hendaklah dibuat secara bertulis dan dipamerkan di papan
notis rasmi kolej atau di tempat lain di kolej yang mudah dilihat dengan seberapa
segera yang boleh selepas proses bantahan atau rayuan.
Pemegang-Pemegang Jawatan JPP
2. Calon yang berjaya di dalam PRK adalah membentuk Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar seperti yang dijelaskan dalam Akta 174 dan hendaklah memilih sesama mereka :
(a) seorang Yang Dipertua;
(b) seorang Naib Yang Dipertua;
(c) seorang Setiausaha;
(d) seorang Bendahari; dan
(e) pemegang bagi jawatan lain yang dirasakan perlu.
20
LAMPIRAN 1
CARTA ALIR PROSES PILIHANRAYA
Mesyuarat Suruhanjaya Pilihanraya
Edaran Borang Pencalonan JPP
Penamaan Calon
- Penyerahan Borang Pencalonan
- Mesyuarat Kelayakan Calon
- Proses Bantahan
Pengumuman Calon Layak Bertanding
Taklimat Kempen
Tempoh Berkempen & Pidato Umum
Hari Mengundi
Pengiraan Undi
Pengumuman Keputusan Pilihan raya
Penghantaran Laporan Setiap JK SPP
Majlis Angkat Sumpah Jawatan JPP
Kursus Kepimpinan JPP
21
LAMPIRAN 2
22
LAMPIRAN 3
TUGAS SURUHANJAYA PILIHANRAYA PELAJAR
JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS
Penasihat I & II
Pengerusi Memberi khidmat nasihat kepada pengerusi sepanjang proses
pilihanraya berlansung
Timbalan Pengerusi
Memantau perjalanan pilihanraya
Setiausaha
JK Penamaan Calon Menguruskan Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar (SPP).
JK Kempen & Pidato Umum Melantik ahli-ahli SPP.
Mempengerusikan mesyuarat berkaitan pilihanraya.
JK Pengundian Menetapkan tarikh penamaan calon, tempoh berkempen, dan
JK Pengiraan Undi
JK Disiplin & Keselamatan hari mengundi.
Menetapkan bilangan kerusi yang dipertandingkan.
JK Persiapan Tempat Mengumumkan calon-calon yang layak bertanding.
JK Media Mengumumkan calon-calon yang menang dalam pilihanraya.
JK Penilaian Kelayakan Calon
JPP Membantu pengerusi dalam hal-hal pengurusan pilihanraya
Memantau peruntukkan yang disalurkan untuk tujuan
pilihanraya
Bertindak sebagai ‘check and balance’ sepanjang pilihanraya
berlansung
Merekod minit mesyuarat.
Menyediakan laporan-laporan yang berkaitan dengan
pilihanraya.
Menyediakan borang penamaan calon
Menguruskan hari penamaan calon
Bertindak sebagai urusetia Mesyuarat Kelayakan Calon JPP
Menyediakan bahan-bahan kempen
Menyediakan latihan/informasi berkaitan kempen/pilihanraya
Memantau proses berkempen
Menguruskan pidato umum calon yang bertanding
Menyediakan borang undian
Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan proses undian
Membuat pengiraan undi
Menyediakan laporan keputusan undian
Memantau disiplin calon-calon JPP dan pelajar-pelajar
sepanjang tempohberkempen dan pilihanraya.
Memastikan keselamatan pelajar dan SPR sepanjang tempoh
berkempen dan pilihanraya.
Menyusun/menyediakan tempat penamaan calon
Menyusun/menyediakan tempat undian dan pengiraan undi.
Menguruskan hal-hal mengenai Publisiti dan Multimedia.
Membuat penilaian dari aspek akademik, kepimpinan, disiplin
dan perkara-perkara berkaitan kelayakan menjadi calon JPP
23
LAMPIRAN 4
KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MEMO DALAMAN
Ruj. kami : KKSBF 600-03/01 ( ) Tarikh : 17 Disember 2018
PERKARA PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR TAHUN 2019
KEPADA : SEMUA PELAJAR s.k. –
1. Pengarah
2. TP
Tuan/Puan,
Saya dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Seksyen 7 Bahagian III ,Akta Institusi-intitusi Pelajaran (Tatatertib)1976,Akta 174 memperuntukkan
bahawa sesuatu intitusi hendaklah suatu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang diwakil oleh sebilangan
pelajar yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif. Oleh yang demikian, satu Pilihanraya bagi memilih
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Tahun 2019 seramai sebelas orang yang akan mengikut ketetapan berikut:
TARIKH PERKARA TEMPAT
19 – 28 Disember 2018 Edaran Borang Penamaan Calon Kaunter UPP
(8.00 AM – 5.00 PM) Bilik Persidangan KKBS
Penamaan Calon
2 Januari 2019 (Penyerahan Borang Penamaan Calon) Sekitar KKBS
(10.00 AM – 12.00 PM) Tempoh Berkempen Bilik Kuliah 3 & 4
2 – 8 Januari 2019 Hari mengundi
(8.00 AM – 5.00 PM
Pengumuman Keputusan Undian Dewan Kuliah
9 Januari 2019 Restoran Latihan
(9.00 AM – 11.00 AM) Majlis Mengangkat Sumpah Jawatan &
Penyerahan Watikah Pelantikan
9 Januari 2019
(3.00 PM)
15 Januari 2019
(3.00 PM – 4.30 PM)
24
LAMPIRAN 4
3. Pemilihan ini adalah untuk mewakili :
a) Kerusi Umum : 4 Kerusi
b) Kerusi Program Teknologi Elektrik : 2 Kerusi
c) Kerusi Program Kulinari : 3 Kerusi
d) Kerusi Program Operasi Perhotelan : 2 Kerusi
4. Oleh hal yang demikian dengan pengisytiharan ini, maka Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Tahun 2018
akan terbubar dengan sendirinya pada tarikh 1 Januari 2019.
5. Semua pelajar layak bertanding, KECUALI:-
(a) Pelajar yang belum lagi menduduki peperiksaan yang pertama di Kolej Komuniti Beaufort bagi
program pengajian yang diikutinya.
(b) Pelajar kanan yang HPNM/CGPA kurang daripada 3.00
(c) Pelajar kanan yang tidak menduduki peperiksaan yang baru lalu bagi program pengajian yang
diikutinya.
(d) Pelajar kanan yang telah gagal dalam peperiksaan yang baru lalu bagi program pengajian yang
diikutinya.
(e) Pelajar kanan yang prosiding tatatertib terhadapnya masih belum selesai melainkan jika dibenarkan
secara bertulis oleh Pengarah.
(f) Pelajar kanan yang didapati bersalah atas kesalahan tatatertib melainkan jika dibenarkan secara
bertulis oleh Pengarah.
7. Tuan/puan dimohon untuk merujuk Lampiran-lampiran yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat
yang lengkap. Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, tuan/puan boleh menghubungi
En. Zulfadhli Osman di Unit Pembangunan Pelajar.
Kerjasama dan perhatian
Sekian, terima kasih.
(ZULFADHLI BIN OSMAN)
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Pelajar
Kolej Kolej Komuniti Beaufort
Kementerian Pendidikan Malaysia
s.k. 1. Pengarah
2. Timbalan Pengarah
25
LAMPIRAN 5
BORANG PENCALONAN
PILIHANRAYA PELAJAR BAGI PEMILIHAN JPP 2019
A. KERUSI
(SILA PANGKAH)
UMUM
PROGRAM :____________________________________
B. BUTIR – BUTIR PERIBADI
NAMA PENUH :____________________________________________
NO. KAD PENGENALAN :____________________________________________
NO. KAD PELAJAR :____________________________________________
PROGRAM :____________________________________________
NO. TELEFON :____________________________________________
C. MAKLUMAT PENGLIBATAN DALAM PERSATUAN
Kelab / Persatuan / Badan Uniform yang pernah disertai
_____________________________________________________________________
Pencapaian terbaik semasa di Kolej Komuniti Beaufort
_____________________________________________________________________
Apakah Matlamat anda jika berjaya mendapat jawatan dalam JPP
_____________________________________________________________________
D. PENGAKUAN CALON
Pengakuan:
Saya mengaku bahawa keterangan yang terdapat di dalam borang ini adalah benar. Saya juga mengaku saya
tidak pernah menerima hukuman tatatertib atau sedang menunggu perbicaraan tatatertib. Saya tidak pernah
mengulang semester. Saya berjanji akan memberikan sepenuh tenaga saya bagi kepentingan dalam
menjalankan dasar- dasar dan aktiviti-aktiviti JPP jika yang terpilih.
(____________________________)
NamaPenuh:
Tarikh:
26
LAMPIRAN 5
E. PENCADANG PENCALONAN
Nama :__________________________________________________
No. Kad Pelajar :__________________________________________________
No. Kad Pengenalan :__________________________________________________
Program :__________________________________________________
Tandatangan :
F. PENYOKONG
Nama :__________________________________________________
No. Kad Pelajar :__________________________________________________
No. Kad Pengenalan :__________________________________________________
Program :__________________________________________________
Tandatangan :
G. PENGESAHAN KETUA PROGRAM
Saya dengan ini menyokong dan mengesahkan calon ini untuk bertanding dalam pilihanraya peringkat kolej
bagi pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Beaufort.
(____________________________) Tarikh:
Tandatangan& Cop
URUSAN SEMASA PENAMAAN CALON
H. PENGESAHAN UNIT PENAMAAN CALON
Saya dengan ini mengesahkan calon ini Bertanding/Menang Tanpa Bertanding dalam Pilihanraya Kampus bagi
pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Kolej Komuniti Beaufort.
(____________________________) Tarikh:
Tandatangan& Cop
NO. CALON
27
LAMPIRAN 6
BORANG MAKLUMAT KEMPEN
A. BUTIR – BUTIR PERIBADI
Nama :
No. Kad Pelajar :
Program :
B. MAKLUMAT KEMPEN
Manifesto : 1.
2.
3.
Motto :
C. PENGESAHAN CALON
………………………………………….. ……………………………….
Tandatangan Tarikh
28
LAMPIRAN 7
BORANG TARIK DIRI PENCALONAN
PILIHANRAYA PELAJAR BAGI PEMILIHAN JPP TAHUN 2019
A. BUTIR – BUTIR PERIBADI
NAMA PENUH :____________________________________________
NO. KAD PENGENALAN :____________________________________________
NO. KAD PELAJAR :____________________________________________
KERUSI DIPERTANDINGKAN : ____________________________________________
NO. TELEFON :____________________________________________
B. SEBAB TARIK DIRI PENCALONAN
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_____________________________
C. PENGAKUAN CALON
(____________________________)
NamaPenuh:
Tarikh:
D. PENGESAHAN PENGERUSI PILIHANRAYA PELAJAR
Ulasan :
_________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________
(____________________________) Tarikh:
Tandatangan& Cop
29
LAMPIRAN 8
NOTIS BANTAHAN CALON
PILIHANRAYA PELAJAR BAGI PEMILIHAN JPP TAHUN 2019
A. BUTIR – BUTIR PERIBADI PEMOHON
NAMA PENUH :____________________________________________
NO. KAD PENGENALAN :____________________________________________
NO. KAD PELAJAR :____________________________________________
NO. TELEFON :____________________________________________
B. BUTIR – BUTIR PERIBADI CALON YANG DIBANTAH
NAMA PENUH :____________________________________________
NO. KAD PENGENALAN :____________________________________________
NO. KAD PELAJAR :____________________________________________
KERUSI DIPERTANDINGKAN :____________________________________________
C. SEBAB BANTAHAN
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
D. TANDATANGAN PEMOHON
(____________________________)
NamaPenuh:
Tarikh:
E. KEPUTUSAN PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHANRAYA PELAJAR
DI TERIMA DI TOLAK
Ulasan :
_________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________
(____________________________) Tarikh:
Tandatangan& Cop
30
LAMPIRAN 9
SENARAI NAMA CALON YANG LAYAK BERTANDING
PILIHANRAYA PEMILIHAN JPP TAHUN 2018
KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
KERUSI UMUM NO PENDAFTARAN NO. CALON
S04SKE17F031 U01
BIL NAMA
1 MOHAMMAD REHAN BIN RAHMAN
KERUSI PROGRAM (SKE) NO PENDAFTARAN NO. CALON
S04SKE17F017 E01
BIL NAMA
1 MOHD AZZIM BIN GUSLIH NO PENDAFTARAN NO. CALON
S04SKU17F032 K01
KERUSI PROGRAM (SKU)
NO PENDAFTARAN NO. CALON
BIL NAMA S04SOP17F806 H01
1 MUHAMMAD WAIE BIN MAIRIN
KERUSI PROGRAM (SOP)
BIL NAMA
1 FERNANDO ROY BIN DIUN
DISAHKAN OLEH,
________________________________
(ZULFADHLI BIN OSMAN)
PENGERUSI
SURUHANJAYA PILIHANRAYA PERWAKILAN PELAJAR 2018
31
LAMPIRAN 10
32
LAMPIRAN 11
CONTOH POSTER CALON BAGI KERUSI PROGRAM
Nama Kerusi Pemilihan
Nama Kursus Pengajian
Gambar Calon Yang Jelas
Nama Calon
Kod Calon
No. Pendaftaran
Nama Kelas
33
LAMPIRAN 12
CONTOH POSTER CALON BAGI KERUSI UMUM
KERUSI UMUM Nama Kerusi Pemilihan
Gambar Calon Yang Jelas
Nama Calon
Kod Calon
No. Pendaftaran
Nama Kelas
AKUAN SUMPAH PENERIMAAN TANGGUNGJAWAB AHLI LAMPIRAN 13
JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT 34
BAHAWASANYA saya ____________________ ( No. K/P : _____________) dengan ini
menerima pelantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti
Beaufort Sesi 2019, dengan ini berikrar akan mengambil tanggungjawab dan amanah ini
dengan penuh rasa ikhlas, jujur dan berjanji akan:-
- Merancang dan melaksankankan segala program dan aktiviti selaras dengan
kehendak Dasar Negara dan Kolej Komuniti.
- Merealisasikan misi dan visi Kolej Komuniti serta Falsafah Pendidikan Negara.
- Berusaha untuk menjaga dan menaikkan imej Kolej Komuniti di mata
masyarakat.
- Mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan keluhuran Prinsip Rukun
Negara.
Dan
- Sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik kepada warga Kolej Komuniti
khasnya dan masyarakat luar amnya.
Tandatangan Di hadapan
( ) ()
Tarikh: Pengarah Kolej Komuniti Beaufort
Tarikh:
35
TERBITAN
KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
JALAN MELALUGUS
89807 BEAUFORT
SABAH