The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulhudahadi21, 2021-11-03 02:15:57

KERJA KURSUS GWCP1042

KERJA KURSUS GWCP1042

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
BATU PAHAT, JOHOR

TUGASAN KERJA KURSUS
GWP1042 WACANA PENULISAN

NAMA PELAJAR : NURUL HUDA BINTI ABDUL HADI

ANGKA GILIRAN : 2021292310160

NOMBOR KAD PENGENALAN : 030421-08-0174

KUMPULAN/ UNIT : PPISMP/ PA1

KOD DAN NAMA KURSUS : GWP1092 WACANA PENULISAN

NAMA PENSYARAH : PUAN ZURAIDA BINTI TALIB

TARIKH HANTAR : 7/11/2021

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar :

Tarikh : 7 November 2021

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ___T_U_N__H__U_S_S_E_I_N__O_N_N__

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : Nurul Huda binti Abdul Hadi Angka Giliran: 2021292310160
Kod: GWCP1042 Nama Kursus: Penulisan Akademik

Pensyarah : Puan Zuraida binti Talib Tarikh Terima Diisi oleh pensyarah
Tarikh Hantar : 7 November 2021

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : 7 November 2021
Tarikh

Pemeriksa Perincian Maklum Balas Kerja Kursus
Kekuatan: Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tanda tangan: Tarikh: Tanda tangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :

ISI KANDUNGAN Muka Surat

Kandungan
Borang Maklum Balas Kerja Kursus
PENGHARGAAN

TUGASAN 2 : 1
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK
PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU 1
2
PENDAHULUAN 3
LATAR BELAKANG PERBINCANGAN 4
LATAR BELAKANG PERBINCANGAN 5
LATAR BELAKANG PERBINCANGAN 6
PENUTUP
BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat illahi, dengan limpah dan kurnia-Nya serta nikmat
masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya, dapat juga saya menyiapkan
tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya Puan Zuraida binti Talib
kerana sudi menerima kerja kursus pertama saya sebagai pelajar di Institusi Pendidikan
Guru (IPG). Harapan saya pada kerja kursus ini adalah dapat menambahkan ilmu
pengetahuan saya serta mematangkan pemikiran saya.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.

TUGASAN 2 :
CARA-CARA PEMBELAJARAN DALAM TALIAN YANG EFEKTIF UNTUK

PELAJAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Oleh:
NURUL HUDA BINTI ABDUL HADI

PPISMP 2021

1.0 PENDAHULUAN

Pembelajaran atas talian (e–pembelajaran) adalah satu bentuk pengajaran
dan pembelajaran yang disampaikan melalui teknologi digital pada era globalisasi kini.
Pengajaran dan pembelajaran pada era kini kebanyakannya dalam bentuk grafik
visual, perkataan, animasi, video, dan audio. Hal ini disebabkan oleh wabak
COVID-19 yang melanda di seluruh dunia. Walaupun cara pembelajaran kini amat
berbeza dengan pembelajaran sebelum ini, Akta Pendidikan 1996 tetap dijadikan
panduan dalam pembelajaran selagi tiada perubahan daripada pihak kerajaan. Akta
ini bertujuan untuk menjadikan pendidikan sejajar dengan kehendak dan cita-cita
negara Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi
& bertaraf dunia. Apabila kes pandemik COVID-19 semakin meningkat di negara,
pembelajaran di institusi-institusi pendidikan terpaksa ditutup berdasarkan arahan
Kementerian Pembelajaran Malaysia (KPM,2020). Bagi membantu pelajar atau
mahasiswa pendidik di Institusi Pendidikan Guru (IPG) tetap mendapatkan
pembelajaran, pembelajaran di atas talian adalah cara yang amat efektif untuk
digunakan. Menurut Prof Madya Dr Mahizer Hamzah(2020),beliau mengatakan
bahawa peningkatan penggunaan pembelajaran di atas talian semakin meningkat
sejak pandemik ini berlaku. Beliau juga menekankan agar cara pembelajaran pelajar
perlulah efektif agar pelajar mampu menghadapi pembelajaran di atas talian.

1

2.0 LATAR BELAKANG PERBINCANGAN

2.1 FAKTOR BIJAK DALAM PENGGUNAAN APLIKASI DI ATAS TALIAN

Antara pembelajaran yang efektif di atas talian ialah pelajar perlu bijak
menggunakan aplikasi-aplikasi di atas talian. Bagi pelajar IPG, penggunaan aplikasi
di atas talian adalah sesuatu yang perlu diasaskan dari sekarang agar selari dengan
peredaran zaman kini. Contoh aplikasi di atas talian yang sering digunakan oleh
pelajar IPG semasa pembelajaran di atas talian adalah Google Meet,Google
Classroom,Microsoft Teams dan Zoom. Aplikasi ini digunakan untuk menjalankan
pembelajaran secara segerak bersama pensyarah kecuali Google Classroom yang
digunakan untuk pembelajaran tidak segerak. Aplikasi ini telah pun didedahkan
kepada semua pelajar IPG.

Google Meet mula dilancarkan secara rasmi pada tahun 2017.
Penggunaanya mula meningkat sebanyak 30 kali ganda pada tahun 2021.Hal ini
disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang mula melanda seluruh dunia. Masyarakat
mula memanfaatkan penggunaan aplikasi dalam talian bagi memudahkan komunikasi
dari jarak yang jauh.Menurut Aini Hazrin Binti Ahmad Anuar (2020) penggunaan
internet dapat memudahkan pelajar dalam memuat naik bahan-bahan
pembelajaran.Contohnya, soalan-soalan yang berkaitan dan nota
pembelajaran.Beliau juga menyatakan bahawa penggunaan internet pada pelajar
berada pada tahap yang baik. Bagi pelajar IPG, penggunaan Google Classroom
adalah kebiasaan dalam pembelajaran tidak segerak bagi menghantar tutorial dan
kerja kursus daripada pensyarah.Menurut Ibnu Azis (2021) aplikasi ini amat efektif bagi
pelajar kerana ia akan membantu pelajar lebih disiplin terhadap tugasan mereka kerana
terdapat tempoh masa penghantaran. Hal ini sesuai untuk semua pelajar IPG yang ingin
melahirkan warga pendidik yang cemerlang dan menepati masa.

2.2 FAKTOR KEMUDAHAN ALATAN TEKNOLOGI

Seterusnya mempunyai kemudahan alatan teknologi adalah perkara asas
dalam pembelajaran di atas talian yang amat efektif. Kemunculan teknologi ini
bukanlah perkara yang baharu dan dahulunya banyak difokuskan untuk
menghubungkan orang yang jauh. Namun kini ia telah menjadi satu kelaziman dalam
mendapatkan ilmu daripada golongan sasar seperti pelajar-pelajar IPG melakukan
pembelajaran di atas talian bersama pensyarah. Contoh alatan teknologi yang amat

2

penting bagi pelajar IPG adalah komputer riba dan telefon bimbit. Kedua-dua alatan
inilah yang akan membantu komunikasi pelajar IPG bersama pensyarah tambahan
pula menyiapkan tutorial dan kerja kursus. Contohnya yang berkaitan dengan digital
produk. Kajian daripada Noradilah binti Aziz (2019), era digital membantu pelajar
lebih cenderung dalam berfikiran kreatif dan inovatif. Beliau juga menekankan
bahawa pembelajaran seperti ini dapat meningkatkan hasil pembelajaran pelajar
yang lebih berkualiti dan baharu.

Pelbagai aplikasi yang sesuai dalam melaksanakan digital produk antaranya
Canva, Powtoon dan Filmora. Pelajar IPG hendaklah membiasakan aplikasi-aplikasi
ini ketika menggunakan komputer riba kerana ia dapat membantu pelajar dalam
melakukan pengeditan dalam pembentangan serta video rakaman berkaitan
pembelajaran. Menurut Alison Littlejohn(2003), melakukan “streaming video” dalam
proses pembelajaran dan pembelajaran telah memberi banyak manfaat kerana ia
boleh menggalakkan penyertaan aktif,kolaboratif dan interaksi antara pensyarah dan
pelajar. Hal ini bersesuaian dengan pelajar IPG dalam melaksanakan tugasan
daripada pensyarah.

2.3 FAKTOR CAPAIAN INTERNET YANG PANTAS

Selain itu, capaian internet juga adalah salah satu medium yang amat
diperlukan pada setiap pelajar IPG. Apabila alatan teknologi sudah disediakan
kepada setiap pelajar, internet adalah salah satu cara untuk pelajar IPG dapat
mengakses masuk ke dalam aplikasi-aplikasi di dalam talian. Jika internet berada
dalam keadaan yang perlahan atau tidak memuaskan, talian masuk tidak akan
mengakses pelajar untuk menggunakannya. Internet adalah talian yang amat
diperlukan kepada setiap pelajar IPG kerana tanpanya tiadalah maklumat-maklumat
yang dapat disampaikan. Kajian Kop (2011) menjelaskan bahawa sumbangan
terbesar teknologi Internet di dunia pendidikan adalah penyebaran kandungan
pembelajaran tanpa sempadan. Proses pembelajaran akan menjadi lebih menarik
dan produktif kepada pelajar-pelajar.

Daripada kajian tersebut, terbuktilah bahawa internet adalah capaian asas
yang diperlukan sebelum menggunakannya untuk pembelajaran. Oleh sebab ini,
kerajaan telah memberikan bantuan kepada masyarakat yang lebih memerlukan iaitu
B40 dalam mendapatkan alatan teknologi dan capaian internet bertujuan untuk

3

pembelajaran di atas talian. Bukan itu sahaja, Institusi Pendidikan Guru (IPG) juga
telah menyediakan borang kepada pelajar-pelajar IPG yang amat memerlukan
bantuan wang dalam mendapatkan capaian internet yang baik supaya pelajar IPG
tidak terlepas dalam mendapatkan maklumat pembelajaran bersama pensyarah.
Gunakanlah bantuan ini tujuan untuk kebaikan bukannya untuk kepentingan diri
sendiri.

2.4 FAKTOR SISTEM E-PEMBELAJARAN

Di samping itu, penggunaan sistem e-pembelajaran juga cara pembelajaran

yang efektif di atas talian. Semenjak awal tahun 2011, institut-institut pendidikan guru

telah pun didedahkan dengan pembelajaran yang efektif untuk seluruh warga IPG di

negara Malaysia. Ia adalah sistem e-pembelajaran atau email bagi pelajar untuk

penggunaan seluruh warga IPG termasuk dengan tenaga pengajar di IPG. Sistem ini

bukan sahaja membantu pelajar dalam mengakses borang peribadi dalam sistem IPG

tetapi ia membantu dalam memudahkan para pelajar dalam menyiapkan tugasan

atau tutorial dari pensyarah masing-masing. Menurut Ahmad Zaki bin Amiruddin

(2015), beliau berkata dengan sistem e-pembelajaran ini, seluruh pelajar akan

diberikan aplikasi-aplikasi percuma untuk kegunaan pembelajaran. Contohnya,

aplikasi mencipta animasi iaitu GOANIMATE.COM serta aplikasi untuk

memanfaatkan para pelajar iaitu QUIZLET.COM. Penggunaan seluruh aplikasi ini

perlulah digunakan dengan baik dan cermat sebagai tanda penghargaan kita kepada

pihak kerajaan.

Bukan itu sahaja, yang dapat menarik minat pelajar IPG sekarang dalam
pengeditan pembentangan dan rakaman video adalah “ Canva for Education ”.
Platform ini hanya boleh diakses dengan menggunakan email pelajar IPG sahaja.
Keistemewaan tapak ini adalah pelajar dapat menggunakan keseluruhan desain yang
menarik tanpa pembayaran berbanding Canva yang biasa. Terlalu banyak
kemudahan yang dapat kita peroleh daripadanya.Oleh itu sebagai pelajar IPG,
jadikanlah kemudahan ini sebagai bantuan kita dalam pembelajaran bukannya untuk
perkara yang akan mendatangkan kerugian kepada kita mahupun Institusi kita
sendiri.

4

3.0 PENUTUP
Kesimpulannya,sebagai pelajar IPG yang mempunyai pemikiran yang
matang dan diluar kotak , masalah ini bukanlah isu yang terlalu besar bagi pelajar IPG
kerana isu inilah yang akan menunjukkan keperibadian dan kebijaksanaan kita dalam
menyelasaikan sesuatu masalah dengan melakukan pertanyaan kepada orang yang
sudah berpengalaman dalam situasi ini lebih-lebih lagi kepada pelajar-pelajar yang
sama institusi dengan kita. Dengan memberi alasan bukanlah cara untuk keluar dari
permasalahan tetapi ia akan menambahkan lagi permasalahan yang sudah kita
hadapi. Pada masa yang sama pemikiran kita hendaklah berfikiran positif tanpa
melihat perkara negatif yang akan berlaku kerana otak kita sentiasa mengawal
emosi,perasaan dan pergerakan kita. Dengan adanya kestabilan emosi, pemikiran
kita akan lebih kreatif dan efektif.

5

BIBLIOGRAFI

Aini Hazrin binti Ahmad Anuar (2020). Penggunaan internet dalam mempertingkatkan
proses pembelajaran dan pengajaran dalam kalangan pelajar Jabatan
Perdagangan, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Journal on
Technical and Vocational Education, Vol 5 No.1.

Administrator(2021). Kelebihan dan kekurangan aplikasi Google Meet.

https://ruangmuda.com/kelebihan-dan-kekurangan-aplikasi-google-meet/

Ibnu Azis (2021,Oktober 12). Mengenal Google Classroom: fungsi dan cara
menggunakannya.
https://tirto.id/mengenal-google-classroom-fungsi-dan-cara-menggunakannya-e
G7S

Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan (2021, Februari 2). Pengajaran dan
pembelajaran atas talian dalam norma baharu.
Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian dalam Norma Baharu
(melakahariini.my)

Noradilah binti Aziz & Lai Wei Sieng (2019). Impak pendidikan berasaskan teknologi
terhadap peningkatan prestasi pelajar di UKM. Jounal Personalia Pelajar. 22(1):
69-75.

Razali rahim,Norah Noor & Haniza Din (2021). Penerimaan Sistem E-Pembelajaran
Bagi Menyokong Pembelajaran Teradun di Institut Pendidikan Guru. Innovative
Teaching and Learning Journal. Vol 5 No. 1.

Zaki Amiruddin,Kamarulzaman Ghani,Thalal Hassan,Ahmad Rahman,Noor
Rahman,Amanee Hai & Fatihah Berhanuddin (2015). Aplikasi e-pembelajaran
untuk proses pembelajaran dan pengajaran bahasa: fungsi dan
kelebihannya.Seminar Antarabangsa Pendidikan Dan Keusahawanan Sosia
Islam. ICIESE 2015.

6

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version