SKRIP PENTADBIRAN PENGACARA MAJLIS MCCEIC UPSI 2020
ACARA SKRIP CATATAN
Notes Majlis mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengambil tempat duduk masing- Muzik iringan
masing.
Ketibaan tetamu Jemputan
Bagi memastikan kelangsungan majlis pada pagi ini,
Majlis memohon kerjasama para hadirin sekalian.
PERTAMA, mohon tuan-tuan dan puan-puan pastikan telefon bimbit berada dalam mod
senyap atau dimatikan.
Dan KEDUA, tuan-tuan dan puan-puan dimohon terus berdiri untuk nyanyian Lagu
Negaraku sejurus selepas ketibaan Perasmi.
Majlis akan bermula sebentar lagi.
Terima Kasih
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia, DR. MOHD SUHAIMI BIN MOHAMED ALI,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak dengan diiringi oleh Ybhg. Prof. Dato’
Dr. Mohammad Shatar Bin Sabran Naib Canselor Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Hadirin mohon berdiri
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Nyanyian Lagu Mohon semua untuk berdiri dan bersama-sama untuk menyanyikan lagu Negaraku. Lagu Negaraku
Ucapan Alu – aluan <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Hadirin dipersilakan duduk.
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.
Yang Berusaha Dr. Mohd Suhaimi Bin Mohamed Ali,
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Yang Berbahagia. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Bin Sabran
Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Yang Berusaha Pn Hajjah Suhaila binto Sidek
Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Hal Ehwal Akademik
Wakil
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
Yang Berusaha Prof. Dr. Suriani binti Abu Bakar
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Bin Ibrahim
Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris
Yang Berusaha Dr. Noor Banu Mahadir Naidu
Ketua Jabatan Pengajian Moral, Sivik & Pembangunan Karektor
Yang Berusaha Dr. Vasanthan A/L Gurusamy
Pengarah Persidangan Antarabangsa Pendidikan Moral, Sivik Dan Pendidikan Karakter
2020 @ Moral, Civics And Character Education International Conference (MCCEIC 2020)
Yang Berusaha pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
pengucaptama, para pensyarah seterusnya peserta Persidangan Antarabangsa Pendidikan
Moral, Sivik Dan Pendidikan Karakter 2020 (MCCEIC)
Assalamualaikum wrt wbkth, salam sejahtera dan selamat datang ke Persidangan
Antarabangsa Pendidikan Moral, Sivik Dan Pendidikan Karakter (MCCEIC) 2020
Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya jua kita dapat
dipertemukan dalam MCCEIC 2020 yang merupakan program julung kali anjuran Jabatan
Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karektor Universiti Pendidikan Sultan Idris
dengan membawakan tema “Morality, Civics and Character Catalysts of Holistic Human
Development”
Untuk pengetahuan semua hadirin yang hadir,
Persidangan ini juga merupakan kerjasama bersama antara Jabatan Pengajian Moral, Sivik
dan Pembangunan Karektor Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan Universiti Pendidikan
Indonesia (UPI), Jurnal Cakrawala Pendidikan, Journal of Moral and Civic Education dan
Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan. Seramai 84 orang telah mendaftar sebagai peserta
MCCEIC pada tahun ini. Antara tema bagi persidangan ini adalah Moral Education, Moral
Value, Philosophy and Civilisation, Character Education dan Civic Education
BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Al fadhil Ustaz Jasri bin Ishak untuk memimpin
bacaan doa bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Amin – amin ya Robbal alamin. Terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Jasri bin Ishak atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi
Dari Kelantan pergi ke Kedah,
Dari Kedah ke Perak pula,
Doa selamat di pohon sudah,
Mari kita beralih acara
UCAPAN ALU – ALUAN OLEH Bukan rumput sebarang rumpun,
YANG BERUSAHA Rumput penghias tepi halaman;
Bukan jemput sebarang jemput,
PROF. MADYA DR. MOHD Jemput memohon kata aluan.
HAIRY BIN IBRAHIM DEKAN
Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Y Bhg. Dekan
FAKULTI SAINS Mohd Hairy Bin Ibrahim Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris Fakulti
KEMANUSIAAN UNIVERSITI untuk menyampaikan ucapan alu – aluan sempena Persidangan Antarabangsa Pendidikan
PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Moral, Sivik Dan Pendidikan Karakter 2020 (MCCEIC).
Dengan segala hormatnya di persilakan.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Terima kasih diatas ucapan alu - aluan yang disampaikan mempersilakan Yang Berusaha
Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Bin Ibrahim Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti
Pendidikan Sultan Idris sebentar tadi
UCAPAN PERASMIAN OLEH Pergi ke pantai mencari lokan, Usher
PENGARAH JPN PERAK Rehat berteduh di pohon jati, Ybrs. Dr. Suhaimi
Ucapan perasmian kita nantikan,
Mohamed Ali
Mari bersama kita hayati
Montaj 2
Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan perasmian. Oleh itu,
Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Dr. Mohd Suhaimi Bin
Mohamed Ali, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk memberikan ucapan dan
seterusnya merasmikan (MCCEIC) 2020.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Terima kasih di atas ucapan perasmian sebentar tadi.dan dipersilakan duduk.
Tayangan Multimedia/montaj Majlis ini akan diteruskan dengan tayangan montaj yang telah disediakan oleh para pelajar Montaj 1
Persembahan Ijazah sarjana muda Pendidikan Moral dengan kerjasama Pelajar daripada Fakulti Seni, Stand by
Komputer dan Industri Kreatif dan bawah bimbingan Dr Abu Zarin Bin Haji Selamat. Montaj 2
Mari sama-sama alihkan pandangan kita ke skrin utama pentas. Usher
Gimik
Penyempurnaan Acara Dijemput Yang Berusaha Dr. Mohd Suhaimi Bin Mohamed Ali, Pengarah Jabatan
Perasmian Pendidikan Negeri Perak untuk menyempurnakan upacara perasmian
(Scanner)
Majlis mempersilakan
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha, Dr. Mohd Suhaimi Bin Mohamed
Ali, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak di atas penyempurnaan gimik perasmian
sebentar tadi.
Penyampaian Cenderamata Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berbahagia. Prof. Dato’ Dr. Usher
Penutup Mohammad Shatar Bin Sabran Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan Hadiah
diiringi oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Bin Ibrahim, Dekan Fakulti Sains
UCAP TAMA 1 Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris untuk menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berusaha Mohd Suhaimi Bin Mohamed Ali, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri
Perak di atas kesudian beliau merasmikan MCCEIC 2020.
Majlis mempersilakan
Pohon kenanga elok merimbun
Tersenyum si dara menyunting bunganya
Kami menghimpun maaf dan ampun
Wacana hidup berkat selamanya
Burung tekukur terbang rendah
Terbang bersama si burung murai
Saat ini saat penyudah
Tanda majlis melabuhkan tirai
Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata tadi, maka berakhirlah majlis perasmian
MCCEIC 2020.
Majlis ini akan diteruskan dengan Ucap tama PERTAMA yang akan disampaikan Yang Y Bhg. Dato’ Naib
Berbahagia. Prof. Dato’ Dr. Mohammad Shatar Bin Sabran Naib Canselor Universiti Canselor
Pendidikan Sultan Idris. Tajuk yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia. Prof.
Dato’ Dr. Mohammad Shatar Bin Sabran ialah........................................................ (baca
jika dapat tajuk)
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
MAJLIS mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohammad
Shatar Bin Sabran Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris di atas ucaptama
sebentar tadi.
SESI FOTOGRAFI Dijemput semua tetamu jemputan dan pensyarah Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan AJK Fotografi
KUDAPAN Pembangunan Karakter untuk sesi fotografi bersama perasmi. Usher
Selesai sudah slot pertama kita dalam Persidangan Antarabangsa Pendidikan Moral, Sivik
Dan Pendidikan Karakter 2020 (MCCEIC). Di jemput perasmi serta tetamu jemputan untuk Muzik iringan
menikmati kudapan yang telah disediakan di Dewan Banquet keluar VVIP
Para perserta di minta untuk tunggu sebentar
Untuk makluman para peserta, selepas menikmati kudapan yang telah disediakan, anda
diminta untuk berada semula di dalam dewan ini untuk mendengar UCAP TAMA Ke-2 yang
akan disampaikan oleh
Prof. Dr. Dasim Budimansyah, S.Pd., M.Si.
Universitas Pendidikan Indonesia (UPI).
INFORMASI UNTUK PESERTA Untuk pengetahuan semua peserta persidangan, anda boleh melihat nama anda yang di Moderator
tampal pada pintu bilik yang akan digunakan pada sesi pembentangan selari nanti. Bilik –
bilik yang akan digunakan adalah seperti berikut :
Dewan Konvensyen E Learning di Aras 5
Bilik Kuliah E-Learning 11, 12 dan 13 di Aras 4
UCAPTAMA KEDUA Assalamualaikum dan salam sejahtera Moderator
MAKAN TENGAH HARI Moderator
Majlis akan diteruskan dengan UCAPTAMA KEDUA yang akan disampaikan oleh Prof. Dr.
Dasim Budimansyah, S.Pd., M.Si daripada Universitas Pendidikan Indonesia (UPI). Tajuk
UCAPTAMA yang akan disampaikan oleh Prof. Dr. Dasim Budimansyah ialah
The Importance of Moral Values In Contemporary Social Life.
Untuk pengetahuan semua hadirin, Prof. Dr. Dasim Budimansyah tidak dapat bersama-
sama kita pada hari ini. Oleh itu, mohon semua hadirin untuk alihkan pandangan ke skrin
pentas utama untuk mendengar ucaptama daripada Prof. Dr. Dasim Budimansyah melalui
rakaman video yang telah disediakan oleh beliau.
MAJLIS mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang hadir memberikan tumpuan
dalam ucaptama yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Dasim
Budimansyah melalui rakaman video sebentar tadi.
Untuk pengetahuan semua peserta persidangan,
Slot persidangan ini akan diteruskan dengan sesi pembentangan selari yang akan diadakan
selepas makan tenghari.
Anda boleh melihat nama anda yang di tampal pada pintu bilik yang akan digunakan pada
sesi pembentangan selari nanti. Bilik – bilik yang akan digunakan adalah seperti berikut :
Dewan Konvensyen E Learning di Aras 5
Bilik Kuliah E-Learning 11, 12 dan 13 di Aras 4