The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buletin SeMShah Volume 1 Tahun 2022/2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mala Guppy, 2023-04-19 18:17:28

buletin SeMShah Volume 1

buletin SeMShah Volume 1 Tahun 2022/2023

PEMBUDAYAAN KBAT KE ARAH KEMENJADIAN & KEBOLEHPASARAN MURID TINTA PENGETUA Achieving Excellence Together BULETIN SeMShah SeMShah/Volume 1 : April 2022 – Feb 2023 Bermula 1 April 2022, saya memulakan tugas di SMK Muadzam Shah. Pemerhatian hari pertama melapor diri di SeMShah ini, saya tahu banyak perkara yang perlu dibuat. Menggerakkan jari mencatat satu persatu isu yang ada. Menentukan apakah pelan serta intervensi jangka pendek bagi mengatasi isu semasa sebelum menentukan pelan jangka panjang. Almaklum sesi persekolahan bersemuka selepas era pandemic rupanya amat mencabar ibarat perlu memulakan dengan tangan kosong. Alhamdulillah, sekolah ini ada banyak kekuatan. Dari aspek sumber manusia, SeMShah mempunyai barisan pentadbir hebat dan berpengalaman serta guru-guru berkomitmen tinggi. Maka, dengan kekuatan dan peluang yang wujud di sekolah ini hala tuju sekolah saya tetapkan semula. Secara bersama kami bangunkan Pelan Strategik Organisasi (PSO) yang mengandungi strategi dan inisiatif yang lebih tesusun lagi. Kami sebarkan kepada semua warga dan stake holders agar setiap individu akan ingat, faham dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai hala tuju yang ditetapkan iaitu PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) KE ARAH KEMENJADIAN DAN KEBOLEHPASARAN MURID. Maka segala inisiatif sekolah haruslah membangunkan potensi murid dari segi KBAT untuk menjadi insan yang bersedia berhadapan cabaran hebat dunia masa akan datang. Dalam memastikan hasrat ini berjaya saya memberi penekanan kepada elemen KEBERSAMAAN. Bermaksud semua warga SeMShah perlu bergerak di atas satu landasan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Saya percaya hanya dengan adanya KEBERSAMAAN kejayaan yang terhasil akan lebih terbilang. Saya mahu SeMShah menjadi terbilang di Negeri Pahang dalam semua bidang. Sebagai pemimpin saya hanya menentukan hala tuju dan mengatur strategi, namun cikgu-cikgulah individu sebenar yang menjadi pemangkin kepada kejayaan terbilang itu. Bulan April 2023, akan genap setahun saya di sini. Secara jujurnya keserasian berada di SeMShah ini semakin meningkat. InsyaAllah segala inisiatif dalam PSO sebahagian besar dikekalkan dan ada beberapa program yang saya fikir perlu penambahbaikan. Sama-sama kita berdoa semoga sesi 2023/2024 segala urusan kita dipermudahkan Allah SWT. Aamiin. Pengetua SMK Muadzam Shah Assalammualaikum wbt. dan salam Sejahtera Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya Buletin SMK Muadzam Shah (SeMShah) ini berjaya diterbitkan buat julung kalinya. Tahniah dan syabas kepada pasukan pengarang Buletin SeMShah (BS) di bawah bimbingan Pn Normala Miskam atas usaha dan kerja keras dalam memastikan BS ini menjadi kenyataan. Sebagai sebuah naskhah pertama, BS telah merakamkan segala peristiwa yang berlaku di SeMShah sepanjang tahun dan pengkisahan ini dipecahkan mengikut unit iaitu Pengurusan, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum.


PEMBUDAYAAN KBAT: KE ARAH KEMENJADIAN & KEBOLEHPASARAN MURID UNITPENGURUSAN HALA TUJU TS25.0 KURIKULUM a. Mempertingkat keilmuan dan KBAT murid bagi Kebolehpasaran selepas SPM/STPM b. Membangun keupayaan berfikir murid secara kritis dan kreatif dengan menerapkan pemikiran kemahiran STEM DAN KOMPETENSI DWI BAHASA untuk mencapai penguasaan Minimum dalam PBD KOKURIKULUM • Membangun keupayaan ‘soft skill’ murid dalam aspek Kemahiran Berfikir, Kepimpinan, Komunikasi dan Dwi Bahasa agar berkeyakinan untuk bersaing ke peringkat yang lebih tinggi/Global SAHSIAH • Memperitngkat dan Memperkasa Iman dan Kesantunan Murid PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA VISI FOKUS: Pembangunan Soft Skill TAHUN 2021 TAHUN 2022 5%: Pencapaian A 0 : Penyertaan Kebangsaan/ Antarabangsa 10%: Pencapaian A 20: Penyertaan Kebangsaan/Antarabangsa TAHUN 2023 15%: Pencapaian A 25: Penyertaan Kebangsaan/ Antarabangsa TAHUN 2024 20%: Pencapaian A 30: Penyertaan Kebangsaan/ Antarabangsa ‘0’ KES DISIPLIN TAHUN % 2021 93.73 2022 94.00 2023 95.00 2024 96.00 KEHADIRAN Kemenjadian HOLISTIK MISI SeMShah TERBILANG INOVASI M_SeMShah M: Kami SeMShah: SMK Muadzam Shah MATLAMAT: Memanfaat Sumber Sedia Ada Untuk Mentransformasikan Institusi Bagi Membangun Modal Insan Yang Holisitik serta Institusi Berkualiti CIRI-CIRI: L: Boleh Laksana C: Boleh dicapai U: Boleh diukur/ dinilai


18 APRLI 2022 CPD 1: PEMBUGARAN TS25.0 Pembugaran TS25.0 bertujuan untuk memperelok strategi, membaharui semangat, memulihkan suasana muram, dan membuat pembaharuan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran, sama ada yang berlangsung di bilik darjah atau di luar bilik darjah. Achieving Excellence Together DATA SeMShah PRESTASI WAKTU KEHADIRAN GURU KE SEKOLAH PRESTASI PENGHANTARAN RPH 2022 MINGGU PERSEKOLAHAN 42 MINGGU (31 MINGGU) SEHINGGA 6 FEBRUARI 2023 AKTIVITI UNIT PENGURUSAN SeMShah


Achieving Excellence Together Satu sesi taklimat berkaitan Gerakan Massa telah diadakan pada 10 Mei 2022 bagi memberikan gambaran awal ttg tugas setiap guru semasa Gotong Royong Perdana yang akan diadakan pada 14 Mei 2022. Sekalung penghargaan kepada semua warga SeMShah yang terlibat, termasuk guru-guru, AKP SeMShah, pelajar arus perdana,pelajar PPU serta pelajar PPKI SeMShah , Pihak Pibg SeMShah, pihak Bomba, SWCorp Muadzam Shah serta kantin SeMShah. CPD 3:PENULISAN AKTIVITI BERELEMEN KBAT Satu kesulitan dalam menghadapi pembelajaran abad ke 21 adalah mengajarkan pelajar teknik untuk berfikir secara KBAT. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ini walaupun sebenarnya sudah lama wujud sejak penciptaan Model Taksonomi Bloom, tetapi barulah kini semakin giat dipromosikan sebagai kemahiran berfikir yang juga boleh diajar kepada semua aras pelajar, tanpa perlu lagi melalui KBAR, iaitu Kemahiran Berfikir Aras Rendah Terdapat pelbagai kaedah untuk guru menggalakkan pelajar berfikir secara KBAT dan diantara caranya adalah dengan kaedah penulisan/ perancangan aktiviti yang berelemenkan KBAT. Guru dicadangkan memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah. Dalam situasi baru yang diberi dan pelajar perlulah menggunakan kemahiran menganalisa, mensintesis dan juga menilai apakah konsep yang bersesuaian dan boleh digunapakai bagi menyelesaikan masalah tersebut. Taklimat yang diadakan diharapkan mampu memberikan guru sedikit pencerahan mengenai kaedah dan strategi yang boleh digunapakai dalam menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT dalam kalangan pelajar. 10 MEI 2022


Achieving Excellence Together MAJLIS PENYAMPAIAN APC 2021 18 APRIL 2022 EN AZMAN BIN MAHAT EN MANAS BIN MD ZIN PN MASLINA BINTI MOHAMAD SAID PN NOR' AINI BINTI ABDULLAH PN ZURIANA BINTI ZAINAL ABIDIN EN SAFARU ZAMRI BIN SETAPANI


UNIT KURIKULUM Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap murid dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan yang seimbang dalam semua aspek kehidupan Menyedari keperluan itu, pihak sekolah telah melaksanakan pelbagai program yang memberi impak kepada semua murid. Program-program yang telah dijalankan diantaranya ialah: 1. Penetapan Target Spm 2022/2023: 8 April 2022 2. taklimat Kelas Bimbingan (Dare To Succeed) : 13 Mei 2022 3. Program Motivasi Dan Kecemerlangan Tingkatan 6 : 19 Mei Hingga 9 Jun 2022 4. Dialog Prestasi Murid: Whats Ur Market : 30 Mei 2022. 5. Cetusan Jaya 2022 : 3 Jun 2022 6. Bengkel Teknik Menjawab Spm P.Islam (Kolaborasi Bersama Smkmj) :16 Julai 2022 7. Bengkel Teknik Menjawab Tassawur Islam : 17 Julai 2022 8. Bengkel Teknik Menjawab Spm Matematik Tambahan : 7/8/2022 (Ahad) 9. Bengkel Calculator Casio : 19 Ogos 2022 (semua murid) 10. Seminar & Bengkel Spm 2022 : 31 Ogos 2022 11. Dialog Prestasi Pelajar SPM 2022: INTERAKSI INTELEK : 13- 15 Sept 2022 12. Program jom ke Uniten bersama-sama pelajar PPKI : 22 Sept 2022 13. Hari Interaksi 2022 Ting.1-4 : 25 Sept 2022 14. Program Strive For A, Together For Greatness. Program untuk 6 murid target semua A SPM 2022 : 26 Sept 2022 15. Taklimat Kelas Tambahan Tingkatan 3 : 29 Sept 2022 16. Perkampungan Ilmu Spm Fasa 1- Fasa 5 17. Motivasi Spm 2022 : 19 Oct 2022 18. Seminar Menjawab Kertas 2 Bahasa Melayu KSSM. Penceramah :Puan Zuliha Dr Smk Keratong. : 28 Oct 2022 19. Seminar Teknik Menjawab Kimia. Kertas 2 Zon Muadzam Penceramah : En Fakharuddin Bin Mahmod :29 Oct 2022 20. Seminar Menjawab Kertas 1 & 2 Sejarah Spm : 9 November 2022 21. Pameran Sains SPM 2022 : 17 Nov 2022 22. Pameran Kimia Kelas Nilam 1 & 2 : 17 Nov 2022 23. Taklimat Majlis Apresiasi Dan Bengkel Temudaga YPM Pelajar Tingkatan 5 : 25 Nov 2022 24. Lawatan Sambil Belajar Pelajar Tingkatan 4 Ke Politeknik Muadzam Shah : 30 Nov 2022 25. Majlis Penutupan Program Star Striving To Aim For Radiance Uitm Bersama Pelajar Tingkatan 1-3 Asrama : 8 Januari 2023 PEMBUDAYAAN KBAT KE ARAH KEMENJADIAN & KEBOLEHPASARAN MURID EN AZMAN BIN MAHAT Achieving Excellence Together


LEARNING WALK FASA 1 : 18 MEI 2022 PEMANTAPAN GURU SeMShah Learning Walk adalah salah satu cabang PLC. Aktiviti ini dijalankan dengan beberapa orang guru pergi ke beberapa buah kelas dan mencatat perkara baik dan langkah penambahbaikan. Catatan dibuat pada sehelai kertas dan biasanya mempunyai soalan fokus. Salah satu perkara dalam TS25 ialah pihak pentadbir sekolah menjalankan Learning Walk. Learning Walk membantu pihak pentadbir mengenal pasti punca bagi sesuatu isu dan datang dengan intervensi khusus. Pemimpin pertengahan atau middle leaders juga menjalankan Learning Walk untuk mengenal pasti punca dan inetrvensi isu dalam panitia. Aktiviti ini bukanlah suatu kaedah mencari kelemahan seseorang, namun, kaedah ini turut membantu guru muda mempelajari kaedah pdpc guru senior yang memberi impaks kepada pencapaian objektif pembelajaran. KOLOKIUM KAJIAN TINDAKAN SMK MUADZAM SHAH Tarikh : 17 - 19 Oktober 2022 kajian tindakan merujuk kepada penyelidikan yang dijalankan oleh guru untuk memperbaiki amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru boleh menyelidik kaedah pengajaran dan bahan pengajaran yang digunakannya untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajarannya. Pelaksanaan kajian tindakan guru-guru di SeMShah pula bertujuan untuk meningkatkan tahap profesionalisme dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam pdpc,pengurusan murid juga dalam pelbagai bidang pemfailan pihak pengurusan. Seramai 14 orang guru telah mengambil bahagian di dalam Kolokium Kajian Tindakan peringkat sekolah. Pada masa yang sama, seramai lapan orang guru SeMSHah mewakili sekolah ke peringkat Daerah. Tahniah diucapkan kepada cikgu Rahmat Bin Hassanuddin (Perak), cikgu Azizul Bin Aziz (Perak) dan cikgu Nur Afiqah Binti Tukimin (Gangsa) kerana telah mengharumkan nama SeMShah. Achieving Excellence Together


Showcase KMR-PBL, 2 Disember 2022 KMR, atau dikenali sebagai Kefahaman Melalui Rekabentuk memberi fokus kepada pemantapan Pentaksiran Bilik Darjah, dirangkumi dalam TS25 Modul 6. T25 merupakan satu usaha untuk melahirkan modal insan yang unggul melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Pelaksanaan program ini turut disokong kepimpinan yang berkualiti, juga berwawasan dan guru yang kompeten, beraspirasi tinggi, serta komited. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan Program Strategik KPM unutk merangkai titik-titik bagi memastikan sistem pendidikan negara bergerak selaras dengan perkembangan abad ke-21. Fokus program TS25 adalah bagi menghasilkan kemenjadian murid secara holistik dan sekolah yang bermutu. SMK Muadzam Shah telah mengambil inisiatif melalui program TS25 untuk mengadakan pameran yang berupaya mengaplikasikan Project Based Learning (PBL) dan Kefahaman Melalui Rekabentuk (KMR) dalam perlaksanaan pengurusan dan kepimpinan. Projek ini diilhamkan berdasarkan idea “Teknologi Pertanian Mampan Asas Kelestarian Hidup”, tajuk utamanya adalah “Sistem Pertanian Fertigasi”. Pada hari pameran, wakil-wakil sekolah, dan wakil PPD Rompin menilai hasil kerja murid. Bank Rakyat Muadzam Shah juga telah menyalurkan dana bagi menyokong menjayakan projek KMR ini. Achieving Excellence Together


LAWATAN YB PARLIMEN DATO’ HASAN SEMPENA KEPUTUSAN SPM 2021 15 JUN 20226 Achieving Excellence Together POTRET KEJAYAAN SPM 2021


1. Ceramah Thalesimia dilaksanakan pada 15 April 2022. Program ini melibatkan murid-murid tingkatan 4 dan diadakan di Dewan Besar SMK Muadzam Shah. 2. Rawatan Gigi. Semua pelajar SMK Muadzam Shah menerima rawatan gigi yang dikendalikan oleh wakil Klinik Pergigian Muadzam Shah. 3. Transformasi Tandas Murid lelaki diketuai oleh cikgu Hasliza Binti Mohamad. Terima kasih atas usaha cikgu! UNIT HAL EHWAL MURID PEMBUDAYAAN KBAT KE ARAH KEMENJADIAN & KEBOLEHPASARAN MURID PROGRAM—PROGRAM UNIT 3K SMK MUADZAM SHAH Achieving Excellence Together PERATUS KEHADIRAN: 90.97% AMAT BAIK: 1.53% (9) BAIK : 94.58 % (558) TERPUJI: 0.51% (3) PERLU PERHATIAN: 2.88% (17) PERLU PERHATIAN SERIUS: 0.51% (3) PERATUS KES BERAT: BULI: 2.35% (14) ROKOK: 1.68% (10) EN ROZALI BIN YUSOF INFO PENDAFTARAN MURID ASRAMA: 3 APRIL 2022 (AHAD) HARI PERTAMA BERSEMUKA: 4 APRIL 2022 SELAMAT KEMBALI KE ASRAMA. Mulakan hari dengan penuh semangat dan tekad untuk menuntut ilmu... Insya-Allah dipermudahkan Allah segalanya..


Pembersihan sekitar asrama lelaki (Aspura) dan asrama perempuan (Aspuri) Cat Baharu untuk menimbulkan suasana segar kepada murid-murid di asrama. Suasana di bilik murid Aspuri dan Aspura Achieving Excellence Together Inspirasi Asrama Fasa 1: 29 Mei 2022 Inspirasi Asrama Fasa 2: 17 Julai 2022 Inspirasi Asrama Fasa 3: 21 Oqos 2022 Gotong Royong Aspuri : 7 Januari 2023 ASRAMA SeMShah


WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA Watikah ini telah diadakan pada 12 Mei 2022 membabitkan semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan Badan Dakwah Sekolah . Objektif utama adalah untuk memupuk sikap tanggungjawab pengawas (melalui ikrar yang dibaca) dan memberi makluman kedapa semua murid. MESYUARAT AGUNG KOPERASI 6 JULAI 2022 Banyak keistimewaan menjadi ahli koperasi, antaranya: 1. mendapat hak bermesyuarat 2. menerima khairat kematian untuk anggota sendiri dan ahli keluarga terdekat 3. mendapat dividen tahunan Dengan hanya menjadi ahli bersaham serendah RM 11.00 utk pelajar dan RM31.00 untuk guru. tertakluk terma dan syarat. Majulah koperasi untuk kecemerlangan dan pembangunan sekolah. Achieving Excellence Together


T A K L I M A T TAKLIMAT DISIPLIN T.2-5 : 18 APRIL 2022 TAKLIMAT/PERJUMPAAN PENGAWAS : 20 APRIL 2022 TAKLIMAT ANTI BULI MURID ASRAMA OLEH PENGETUA 13 MEI 2022_9.00PM TAKLIMAT UNDANG-UNDANG ANTI BULI MURID ASRAMA 16 MEI 2022 PROGRAM TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL : 13 JULAI 2022 Achieving Excellence Together


UNIT KOKURIKULUM PEMBUDAYAAN KBAT KE ARAH KEMENJADIAN & KEBOLEHPASARAN MURID KEBERHASILAN KOKURIKULUM PADA TAHUN 2022/2023 Bil. Penyertaan Kebangsaan & Antarabangsa Murid: 106 Penyertaan 10% GRED A PN HJH NORIDA BINTI SAIDIN Achieving Excellence Together


ANTARA BANGSA BIL. AKTIVITI PENYERTAAN PENCAPAIAN 1 Jambori Pengakap Negeri Kedah & Sambutan 100 Tahun Persaudaraan Antarabangsa 10 Peserta Emas 2 Perak International Virtual Folklore Festival Anjuran Malaysia International Students Exchange Club (Misec) 10 Peserta (Pelbagai Kategori) 4 Perak 6 Gangsa 3 Petanque: Double International Johor BEST 32 4 Petaque: Pemilihan Pemain Malaysia Kejohanan Remaja Asia 2022 4 Peserta (Berkumpulan) Tempat Ke-8 5 Petaque: Pemilihan Pemain Malaysia Ke World Cup 2022 4 Peserta (Berkumpulan) Pusingan Awal 6 Goi Peace Foundation International Essay Writing Competition 5 Peserta - 7 Englis Language Proficiency Competition Ltd. International (ELPC), Gatehouse Awards, Unique English Classroom. 16 Peserta - 8 Eurasion Spelling Bee 2022 Lexical Skills Competition 16 Peserta RINGKASAN PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM Achieving Excellence Together


RINGKASAN PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM Sesi rakaman CAKNA KEBANGSAAN BIL. AKTIVITI PENYERTAAN PENCAPAIAN 1 Cabaran Keselamatan Siber Nasional (Cakna) 2022 4 Peserta Naib Johan 2 Pertandingan PBL STEM Peringkat Kebangsaan 4 Peserta Gangsa 3 International Science Olympiad Competition Of Southeast Asia (National Round) 3 Peserta Gangsa (layak ke International Round di Filipina) 4 Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 4 Peserta (Berkumpulan) Ke-8 terbaik 5 Bengkel Pemerkasaan Seni Visual Sekolah Menengah Siri 1 Dan 2 Peringkat Kebangsaan 14 Peserta - 6 Program Sekolah (Sustainable Development Goals (Sdg) Siri 32 1 Peserta - 7 Olahraga MSSM 2022 1 Peserta - 8 Majlis Tadarrus Dan Khatam Al-quran Perdana Kebangsaan 2022 10 Peserta - Olahraga MSSM 2022 Bengkel PSV ROBOTIK Achieving Excellence Together


RINGKASAN PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM NEGERI BIL. AKTIVITI PENYERTAAN PENCAPAIAN 1 Pertandingan Robotik Peringkat Negeri 2022 4 Peserta (Berkumpulan) Johan 2 Petanque Grand Final Sirkit Pahang 2020/2021 Berkumpulan Johan 3 Scout Challenge 2022 (Explorace Kepengakapan) Berkumpulan Johan 4 Cabaran Krs 2022 Peringkat Negeri Pahang Individu Johan (Perucapan Awam) 5 Kursus Kenaikan Pangkat KRS Negeri Pahang 2022 • Kadet terbaik keseluruhan putera • Kadet terbaik keseluruhan lelaki • Terbaik aktiviti kawad kaki • Terbaik aktiviti ikatan & simpulan 6 Cabaran Kokurikulum Kadet JPJ Peringkat Negeri Pahang 2022 • Johan -Acara Keselamatan Jalanraya ( Lelaki) • Johan - Acara 'Way Cry' ( Lelaki ) • Ke – 3 Kawad kaki ( Perempuan ) • Sagu hati - Bantu Mula (Perempuan )Saguhati 7 Cabaran Kokurikulum Kadet Polis Peringkat Negeri Pahang 2022 Naib johan - kawad kaki Lelaki 8 Pertandingan E-book Pandu Puteri Cawangan Pahang 2022 • Johan • Naib Johan • Ke-3 9 Persatuan STEM 4 Peserta Ke – 3, Anugerah Kelab dan Persatuan Negeri Pahang 10 Kejohanan Badminton MSSP Pahang 2022 1 Gangsa - Prityba Achieving Excellence Together


NEGERI BIL. AKTIVITI PENYERTAAN PENCAPAIAN 11 Jambori Pengakap Pahang - Lipis (2022) Berkumpulan Ke-3 Kawad Kaki 12 Cabaran Kokurikulum Kadet Polis Peringkat Negeri Pahang 2022 KE-4 Pertandingan video organisasi kadet polis peringkat negeri Ke-5 – Kawad Kaki Perempuan 13 Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri 2022 No 11 daripada 16 pasukan RINGKASAN PENCAPAIAN UNIT KOKURIKULUM Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Rompin 2022 Pertandingan Catur Mssd Rompin 2022 DAERAH BIL AKTIVITI PENYERTAAN PENCAPAIAN 1 Dare To Spell Competition Rompin District 2022 Johan 2 Virtual Scrabble Competition Rompin District 2022 Naib Johan 3 Kejohanan Badminton Peringkat Daerah Rompin 2022 Johan Keseluruhan Badminton Rompin 2022. 3 Emas 1 Perak 1 Gangsa 4 Pertandingan Catur Mssd Rompin 2022 Johan Lelaki Achieving Excellence Together


MESYUARAT AGUNG UNIT BERUNIFORM/KELAB DAN PERSATUAN/ SUKAN PERMAINAN 13 APRIL 2022 Kelab STEM Kelab Pengguna Pengakap PPKI PPIM Kelab Komputer PBSM Bola Baling Kelab Rukun Negara Kelab Bimbingan & Kaunseling Kelab Fotografi Kelab Bola Jaring JPJ Achieving Excellence Together


PERARAKAN PANJI-PANJI BADAN BERUNIFORM SeMShah 2022. Perarakan Panji-panji telah diadakan pada hari Rabu (15 Jun 2022). Objektif utama perarakan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada semua murid terlibat di dalam kegiatan kokurikulum selain memberikan pengetahuan asas mengenai kawad kaki. Pelajar dan guru diwajibkan memakai pakaian lengkap unit beruniform masing- masing. Fenomena ini, secara tidak langsung memupuk sikap dan jadi diri murid supaya sentiasa tampil kemas dan bersih. Pemenang perarakan Panji-panji 2022: 1.KRS 2.PPIM 3.KADET POLIS 4.PBSM 5.PANDU PUTERI 6.BOMBA 7.JPJ 8.KPAM 9.PENGAKAP Tahniah kepada pemenang. Achieving Excellence Together


SUKAN TAHUNAN SeMShah KALI KE-32 TAHUN 2022. Diadakan pada 27-28 Jun 2022 di Padang SeMShah. Tahniah kepada rumah yang menjuarai sukan tahunan kali ini. 1.Merah 2.Kuning 3.Hijau 4.Biru Terima kasih kepada Prismagraphy kerana menyumbang foto-foto sukan tahunan kali ini. Sumber : fb SeMShah Pihak pengurusan dan Unit kokurikulum SeMShah berterima kasih dengan PENGGUNA -PENGGUNA JALAN RAYA di laluan merentas desa kerana telah memperlahankan kenderaan/ menggunakan jalan alternatif. Keadaan ini adalah bagi memastikan keselamatan ANAK-ANAK SeMShah dalam melaksanakan aktiviti merentas desa. Achieving Excellence Together


PRA UNIVERSITI Achieving Excellence Together EN AZMAT BIN MOHAMED PEMBUDAYAAN KBAT KE ARAH KEMENJADIAN & KEBOLEHPASARAN MURID Program pra Universiti membantu mengembangkan kemahiran belajar, kemahiran berfikir kritis, dan kemahiran lain yang murid perlukan untuk ijazah sarjana muda. Program ini juga akan menyediakan asas yang kukuh di dalam bidang yang tertentu. Di samping itu, murid berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti kurikulum tambahan yang menghasilkan kualiti seperti semangat berpasukan, kepimpinan, keyakinan dan kemahiran komunikasi. PILIHANRAYA FOSTA Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili suara murid. Sama seperti pilihanraya di Malaysia, di peringkat sekolah turut memperlihatkan proses simulasi yang sebenar. Calon yang bertanding perlu berkempen untuk meraih undi. satu AJK turut dibentuk bagi melancarkan proses pilihanraya yang berlangsung pada 11 November 2022. LAWATAN PENANDA ARAS DI SMK MUNSHI ABDULLAH, MELAKA Satu lawatan penanda aras telah diadakan pada 31 Oktober 2022. Lawatan ini diharapkan memberi manfaat kepada kedua-dua sekolah yang terlibat.


Achieving Excellence Together PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR STPM 2022/2023 BIL PROGRAM DALAM KELAS KAEDAH / STRATEGI PELAKSANAAN KPI PENILAIAN PELAKSANAAN / KEBERKESANAN 1 PENYAMPAIAN GURU I. Kuliah II. Jawab Soalan Pantas III. Edar Bahan Dan Bincang IV. Kajian Isu V. Tayangan Grafik Ujian Penilaian melalui pemantauan Pemantauan dan penilaian melalui; 1. Senarai Semak 2. Perancangan program/aktiviti. 3. Penglibatan Guru dan pelajar 4. Sumber bahan 5. Instrumen yang digunakan 6. Analisa Ujian dan peperiksaan. 2 AKTIVITI MENGINGAT/MEMAHAMI 1. Jawapan spontan 2. Mengingat antara individu 3. Mengingat dalam kumpulan 4. Menghafal 5. Menerang/menjelaskan 6. Menulis fakta/isi 7. Pengiraan 8. Penghasilan grafik 9. Menulis jawapan ringkas/panjang 1. Peratus pencapaian dalam menjawab Set soalan latihan ringkas 2. Menjawab kuiz spontan 3. Keputusan Latihan, Ujian dan Peperiksaan UPT 3 AKTIVITI MENJAWAB 1. Menjawab secara spontan 2. Tulis jawapan pendek 3. Menerang isi dan huraian secara verbal/tulisan 4. Menjawab dalam bentuk grafik 5. Menjawab secara individu 6. Menjawab secara berkumpulan 1. Peratus pencapaian dalam menjawab Set soalan latihan ringkas 2. Menjawab kuiz spontan 3. Keputusan Latihan, Ujian dan Peperiksaan UPT 4 PENGUKUHAN 1. Latihan/ujian 2. Menerangkan semula dalam bentuk yang lengkap/ spara lengkap/penekanan kepada aspek tertentu 3. Latihan menulis ikut format dalam kelas / di rumah. 4. Pembentangan Keputusan ujian dan latihan melebihi 70%. Senarai semak penilaian pembentangan. 5 UJIAN Kuiz Soal jawab antara pelajar Menulis jawapan ringkas/panjang Pencapaian Ujian dan penilaian dalam kalangan pelajar. 6 DEMAM PEPERIKSAAN 1. Pelancaran dan Perasmian oleh Pengetua 2. Pameran Mata pelajaran Penyediaan bahan pameran dan keupayaan pelajar menjawab soalan rakan-rakan. 7 SEMINAR KECEMERLANGAN Program Seminar Dalaman oleh Guru MP Seminar di luar dengan kerjasama sekolah lain Keputusan Ujian 8 CAKNA INISIATIF STPM 2022 1. Pembahagian pelajar mengikut keupayaan. 2. Melantik Guru Pembimbing 3. Menetapkan Target setiap kumpulan 4. Menilai Pencapaian 1. Pengisian Perjumpaan. 2. Keputusan Peperiksaan UPT, Sem dan STPM. 9 BENCH MARK GURU Perancangan ke SMK Padang Saujana Perubahan dalam aspek; Pengurusan UMP Kaedah Pengajaran 10 BENCH MARK PELAJAR Perancangan SMK Munsyi Abdullah, Melaka 1. Pelaksanaan hubungan antara pelajar.


Achieving Excellence Together POTRET KEJAYAAN STPM MAJLIS PENYERAHAN RESULT SEM 1 STPM 2022 : 24 MEI 2022 PENGUMUMAN KEPUTUSAN STPM 2021 : 19 Ogos 2022


KARNIVAL KOAKADEMIK PPU Karnival koakademik diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar PraUniversiti menonjolkan bakat mereka dalam persembahan berbentuk kesenian dan bahasa. Karnival ini telah diadakan pada 19 Oktober 2022 yang melibatkan semua pelajar PraUniversiti. Achieving Excellence Together


KARNIVAL PERMAINAN Program PraUniversiti turut menekankan kecerdasan fizikal setiap muridnya. Karnival Permaianan telah diadakan bagi membolehkan murid PraUniversiti menonjolkan bakat dalam bidang sukan. Secara tidak langsung membantu meningkatkan keyakinan diri, keberanian dan semangat berpasukan. Elemen-elemen inilah yang perlu ada dalam diri pelajar yang bakal bergelar siswazah pada masa hadapan. Achieving Excellence Together


Achieving Excellence Together DINNER MAJLIS BERBUKA PUASA 9 FEBRUARI 2023


Keceriaan PPKI PPKI, iaitu Program Pendidikan Khas Integrasi telah bergotong royong menceriakan kawasan kelas mereka. Aktiviti ini disertai oleh murid dan guru-guru PPKI. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menghias dan mengecat dinding kelas serta koridor. Program ini selaras dengan slogan PPKI CERIA MURID GEMBIRA Achieving Excellence Together PROGRAM PPKI PEMBUDAYAAN KBAT KE ARAH KEMENJADIAN & KEBOLEHPASARAN MURID EN ARFANDI BIN RAHIM


Lawatan PPKI Achieving Excellence Together PROGRAM MOH KE UNITEN LAWATAN PENANDA ARAS KE SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL KUANTAN HARI KOPERASI SMK MUADZAM JAYA


Achieving Excellence Together KEMENJADIAN PPKI Salah satu objektif PPKI adalah untuk menyediakan satu bidang pengurusan kemahiran hidup supaya murid boleh berdikari di luar sesi persekolahan. Menyedari kepentingan tersebut, muridmurid PPKI telah diajar deng pelbagai etika seperti: ETIKA MEMBELI BELAH DI PASARAYA ETIKA MEMBELI TIKET BAS ETIKA DI RESTORAN MAKANAN SEGERA ETIKA DAN CARA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM ETIKA DAN CARA PENGGUNAAN TANDAS AWAM SIMULASI MENAIKI TEKSI


Achieving Excellence Together KOKURIKULUM PPKI NAMA PROGRAM NAMA PERTANDINGAN KEDUDUKAN NAMA PESERTA KARNIVAL KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH ROMPIN TARIAN TRADISIONAL JOHAN SINAR, LISNUL SURAYA, NURHIDAYU, NURUL NAJIHA NYANYIAN LAGU TERBUKA LELAKI TEMPAT KE 2 JOMAT A/L BERNAH GADGET PENGAKAP PEREMPUAN JOHAN MUSLIKAH BT WASNI E-MAHABBAH PERINGKAT DAERAH ROMPIN E-TARANNUM PEREMPUAN TERBUKA JOHAN NURAIN BT YUSOF E-HAFAZAN LELAKI TERBUKA JOHAN MUHAMMAD ASLAM SAUFI BIN MOHD FARID E-TARANNUM LELAKI (PH) JOHAN MUHAMMAD DAFIQ HAZREQ BIN MOHD DARUL IZWAN NYANYIAN LAGU KETUHANAN PEREMPUAN TEMPAT KE 2 LISNUL SURAYA BINTI AINOL BADRON MAHYUDI KEJOHANAN MERENTAS DESA DAERAH ROMPIN 2022 22 APRIL 2022 / SMK ROMPIN PERMAI PEREMPUAN B15 JOHAN TEMPAT KE 8 LISNUL SURAYA BT AINOL BADRON MAHYUDI NURUL NAJIHA BT HASRI LELAKI B 18 TAHUN TEMPAT KE 10 MUHAMMAD BADZLIE BIN ABDULLAH PEREMPUAN 20 TAHUN TEMPAT KE 6 MUSLIKAH BT WASNI KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI PAHANG 2022 6 JULAI 2022 / SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL KUANTAN PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN TEMPAT KE 6 LISNUL SURAYA BT AINOL BADRON MAHYUDI LOMPAT TINGGI PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN JOHAN LISNUL SURAYA BT AINOL BADRON MAHYUDI LEMPAR CAKERA PEREMPUAN BAWAH 20 TAHUN TEMPAT KE 3 MUSLIKAH BT WASNI 200 METER PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN TEMPAT KE 3 LISNUL SURAYA BT AINOL BADRON MAHYUDI KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH ROMPIN 2022 LOMPAT TINGGI PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN JOHAN LISNUL SURAYA BT AINOL BADRON MAHYUDI LEMPAR CAKRA PEREMPUAN BAWAH 20 TAHUN JOHAN MUSLIKAH BT WASNI 200 METER PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN KEDUA LISNUL SURAYA BT AINOL BADRON MAHYUDI RUMUSAN KEJAYAAN


KOKURIKULUM PPKI KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS DAERAH ROMPIN 2022 LONTAR PELURU PEREMPUAN BAWAH 20 TAHUN JOHAN NURAIN BT MOHD YUSOFF LEMPAR CAKERA LELAKI BAWAH 20 TAHUN TEMPAT KE 3 JOMAT A/L BERNAH LONTAR PELRU PEREMPUAN BAWAH 15 TAHUN TEMPAT KE 2 NURUL NAJIHA BINTI HASRI LONTAR PELURU LELAKI BAWAH 15 TAHUN TEMPAT KE 3 FAIZAL BIN MUSRA LOMPAT TINGGI LELAKI BAWAH 20 TAHUN TEMPAT KE 2 MUHAMMAD BADZLIE BIN ABDULLAH LOMPAT TINGGI LELAKI BAWAH 15 TAHUN TEMPAT KE 2 AZIZULHAFISZAN BIN AZAMAN LOMPAT JAUH LELAKI BAWAH 15 TAHUN TEMPAT KE 2 AZIZULHAFISZAN BIN AZAMAN LOMPAT JAUH LELAKI 20 TAHUN TEMPAT KE 2 MUHAMMAD BADZLIE BIN ABDULLAH RUMUSAN KEJAYAAN Achieving Excellence Together


PROGRAM BASED LEARNING Achieving Excellence Together PROJEK SAWAH PADI MINI (PENANAMAN PADI MR 315) Projek penanaman padi ini telah diilhamkan oleh tuan pengetua En Mohd Rizal bin Atan. Ia melibatkan 2 petak sawah berkeluasan 4x5 meter. Benih padi yang ditanam adalah dari jenis MR315 yang disumbangkan oleh seorang pengusaha dari Rompin Pahang (Suami Cikgu Aqilah). Tujuan projek ini adalah untuk : a. Memperkenalkan pokok padi kepada pelajarpelajar PPKI dan arus perdana. b. Mendedahkan pelajar-pelajar dengan cara penanaman padi. c. Menanam rasa bersyukur dan menyemai sikap menghargai usaha petani di dalam diri pelajar. Projek ini mengambil masa selama setahun untuk dilaksanakan. Proses mengalihkan pokok bonsai dan menggemburkan tanah bermula September 2022 Proses pengairan pertama pada Oktober 2022 Penyediaan tapak semaian dan penaburan biji benih pada 20Oktober 2022 Pokok padi pada 1 Disemver 2022 dan proses pembajaan dilakukan pada 5 Disember 2022.


MENARIK TAHUN INI PROJEK JAMBATAN MURID (THE BRIDGE 22) Laluan Keselamatan Sempit ISU: Keselamatan Murid Risiko Pertembungan Kenderaan Guru Dan Murid INTERVENSI: Pembinaan Jambatan Kecil (The Bridge 22) Bagi merealisasikan impian ini, pertama, laluan alternatif baru dikenalpasti. Kedua, saiz laluan alternatif diukur dan ketiga sekali reka bentuk jambatan ditentukan. Fasa kedua, drain U diletakkan di bawah jambatan yang ingin dibina dan tanah diratakan. Selepas itu, tapak dikonkrit. Akhir sekali, pemasangan lampu di sepanjang laluan dan proses mengecat ‘The Bridge’ dilakukan. Achieving Excellence Together


PENGHASILAN KARYA KREATIF NAMA: SITI KHAIRUL HUDA BINTI KHAIRUL ALDIN KELAS: INTAN 4 TAJUK: “PAHLAWAN MELAYU” “Seni tidak lebih penting daripada hidup namunhidup terasa sedih tanpa seni “ - Roberts Motherwell Achieving Excellence Together NAMA: PUTERI ANNUR UMAIRAA KELAS: FIRUS 1 TAJUK: “POTRET GURUKU”


PENGHASILAN KARYA KREATIF Achieving Excellence Together


PENGHASILAN KARYA KREATIF Permata Nilamku Sinarmu Bak Lentera, Keindahan Gemerlapan Saujana Ilmu, Menyinari Segenap Alam Buana, Menempuh Duri Pancaroba Kehidupan, Guru, Dirimu Insan Mulia, Melewati Lembah, Curam nan Berliku, Setia Menabur Bakti, Setia Menyemai Budi, Buat Pedoman Jiwa Insani, Tanpamu Guru, Rosaklah Segala Fondasi, Runtuhlah Cerminan Nurani, Adamu Buat Teladan Anak Jati, Guru, Dirimu Tiada Ganti, Menumpah Jasa Tiada Terkira, Demi Kemajuan Anak Bangsa, Ammar Yusoff Adiputera bin Mohd Azami Intan 1 2022 Achieving Excellent Together Sidang Redaksi: Penasihat: En. Mohd Rizal bin Atan (Pengetua) Editor: Ammar Yusoff Adiputera bin Mohd Azami (Intan 1) Unit Dokumentasi Federa Umairul Ashraf bin Federa Aizam (Intan 3) Tasha Regina binti Mazhisham (Intan 1) Nor Anne Hadfina Qaisara binti Md Sahar (Firus 3) Nur Aina Hazwani binti Hazuan (Firus 3) Dibantu oleh: Pn Normala binti Miskam (PSS) Pn Nor Hafizah binti Mahamad (Guru Pra U) Pn Nur Afiqah binti Tukimin ( Guru Pra U) En Mohd Arfandi bin Rahim (PK PPKI) En Azmat bin Mohamed (PK Pra U)


Click to View FlipBook Version