The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-79110376, 2021-07-12 09:23:13

MODUL BERFOKUS

TINGKATAN TIGA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUTAN
16250 WAKAF BHARU, KELANTAN.

MODUL BERFOKUS

BAHASA MELAYU
TINGKATAN TIGA

NAMA :________________________________________________

TINGKATAN :__________________________________________

MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan [Lihat halaman sebelah]

Bahagian A

[20 Markah]

Jawab semua soalan (Soalan 1-20)

Soalan 1 – 15

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kakak meletakkan ....................... agar pintu biliknya tidak tertutup apabila ditiup angin.

A. pemukul
B. pengandar
C. penyandar
D. penyendal

2. Kedengaran ombak menderu dan ............... bunyi riaknya di tepi pantai.
A. menderam
B. mendesau
C. menderau
D. mendesing

3. “Jangan .............. apabila berhadapan dengan pasukan yang lebih handal,” kata jurulatih kepada
pasukan Harimau Muda.
A. cuak
B. ngeri
C. culas
D. seram

4. ............................ tingkap rumah Pak Ali terpaksa ditukar kerana telah reput dan dimakan anai-
anai.
A. Jejari
B. Kekisi
C. Tetupai
D. Kekuda

5. Kudin menggunakan beberapa ............ kain untuk membuat layar kapalnya.
A. helai
B. keping
C. kajang
D. lembar

1 [Lihat halaman sebelah]
MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan

Soalan 6 berdasarkan gambar di atas.

6. Kemalangan itu berlaku .................... di atas jambatan.
A. nyaris-nyaris
B. benar-benar
C. tepat-tepat
D. betul-betul

7. Perlawanan hoki itu tetap diteruskan ................. hujan lebat.
A. malahan
B. justeru
C. namun
D. kendatipun

8. Para pedagang yang berlabuh di Melaka menggunakan .................... untuk berkomunikasi antara
satu sama lain.
A. bahasa Melayu
B. Bahasa Melayu
C. Bahasa melayu
D. bahasa melayu

9. Rizal sangat gemar ................ laksa Johor yang dibuat oleh ibunya.
A. kepada
B. akan
C. tentang
D. terhadap

10. Ibu memasak nasi ................. untuk adik kerana dia belum tumbuh gigi.
A. halus
B. empuk
C. lembut
D. lembik

2 [Lihat halaman sebelah]
MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan

11. Fikiran Amar masih .................. sama ada hendak turut serta dalam perkhemahan itu atau tidak.
A. susup-sasap
B. bolak-balik
C. gelap-gelita
D. gembar-gembur

12. Sultan ..................... pemimpin yang banyak berjasa kepada negara itu bintang kebesaran.
A. menghadiahi
B. menghadiahkan
C. menganugerahi
D. menganugerahkan

13. Puan Miazatul tetap cekal menghadapi segala cabaran dalam dunia perniagaan, ................
terpaksa bersaing dengan usahawan lelaki.
A. jika
B. hingga
C. apabila
D. walaupun

14. Minyak masak yang lama tidak digunakan akan mengeluarkan bau ..................
A. hapak
B. pering
C. tengik
D. sengit

15. Pasangan pengantin diraja itu duduk di atas ............... sebaik-baik sahaja diarak oleh pasukan
kompang istana.
A. peterana
B. mahligai
C. singgahsana
D. takhta

3 [Lihat halaman sebelah]
MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan

Bagi soalan 16 – 20, baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian pilih jawapan yang paling
sesuai.

Pada era globalisasi dan serba moden ini, sektor pertanian sememangnya memberikan
sumbangan yang besar kepada negara. Sektor pertanian membekalkan bekalan makanan kepada kita.
Sesungguhnya sektor pertanian telah menjamin bekalan yang yang mencukupi, selamat, berkhasiat serta
bermutu tinggi pada harga yang berpatutan. Beras tempatan yang dihasilkan menjadi keperluan asas
makanan rakyat. Dengan adanya sektor pertanian, kita dapat mengurangkan kebergantungan kepada
makanan import seperti beras dan sayur-sayuran dari negara asing.

Selain itu, sektor pertanian juga dapat meningkatkan hasil pendapatan negara. Memang tidak
dapat dinafikan bahawa sektor pertanian bukan sahaja meningkatkan jumlah penegeluaran eksport,
bahkan dapat mengurangkan import serta menambahkan pendapatan negara. Hal ini sekali gus
mengurangkan pengaliran keluar wang negara kepada negara lain.

Dalam usaha untuk mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor moden,
dinamik, dan kompetitif, sektor pertanian hendaklah banyak menghasilkan produk pertanian yang
berasaskan keperluan pengguna. Dalam konteks ini, produk dan pasaran utama perlulah dikenal pasti
berdasarkan permintaan, potensi pasaran dan cita rasa pengguna. Sebagai contohnya, penanaman pokok
tongkat ali, pengeluaran susu kambing dan halia mendapat permintaan tinggi daripada pengguna.

Seterusnya untuk membangunkan sektor pertanian, teknologi dan kaedah pertanian moden
perlulah digunakan. Sebagai contohnya, kaedah penanaman atau penternakan moden dan penggunaan
peralatan pembungkusan serta pemasaran perlu diperkenalkan. Semua pihak hendaklah bekerjasama
supaya sektor pertanian di Malaysia dapat dimajukan.

16. Apakah maksud transformasikan yang terdapat dalam petikan?
A. menukar
B. mengubah
C. mengganti
D. menggabung

17. Berikut adalah sumbangan sektor pertanian kecuali
A. meningkatkan hasil pendapatan negara
B. membekalkan makanan
C. mengurangkan kebergantungan kepada negara asing
D. meningkatkan import

18. Sektor pertanian dapat dimajukan apabila
A. mengimport bahan makanan dari luar
B. teknologi moden hendaklah digunakan
C. eksport bahan makanan ke negara asing
D. kekalkan teknik pertanian tradisional

4

MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan [Lihat halaman sebelah]

19. Peribahasa yang sesuai untuk rangkai kata Semua pihak hendaklah bekerjasama
A. bagai anjing dengan kucing
B. bagai pinang dibelah dua
C. bagai tikus membaiki labu
D. bagai aur dengan tebing

20. Sektor pertanian menjamin hal-hal berikut kecuali
A. kekayaan petani
B. bekalan mencukupi
C. bekalan bermutu tinggi
D. bahan makanan berkhasiat

5 [Lihat halaman sebelah]
MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan

Bahagian B

[25 Markah]

Jawab semua soalan

(Soalan 1 hingga 10)

Pilih jawapan yang betul.

1. Pilih Pola ayat bagi ayat berikut:
Gajah itu mengganggu penduduk Kampung Pandan.
A. FN + FN
B. FN + FK
C. FK + FK
D. FN + FA

2. Pilih ayat yang betul dari segi tatabahasa.
I Buku itu dibaca oleh ayah saya.
II Novel itu dibaca oleh saya.
III Ular itu dipukul oleh Muthu.
IV Ular itu kami pukul.

A. I dan II sahaja
B. I, II, dan III sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, III, dan IV sahaja

3. Pilih peribahasa yang sama maksud dengan: pergaduhan antara adik-beradik yang tidak
berpanjangan.

I carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
II Air dicencang takkan putus.
III Biduk berlalu kiambang bertaut.
IV Air yang dicencang tidak akan putus.

A. I, II, dan III sahaja
B. I, dan III sahaja
C. III, dan IV sahaja
D. I, II, III, dan IV sahaja

6 [Lihat halaman sebelah]
MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan

Soalan 4 hingga 7
Tanda (/) jika ayat itu tiada kesalahan ejaan dan tanda (X) jika ayat itu mengandungi
kesalahan ejaan.

4. Ayah membeli senaskah surat khabar semalam. ()

5. Pasar raya itu mengadakan jualan perabis. ()

6. Kemalangan jalanraya di Malaysia semakin meningkat. ()

7. Guru Bahasa Melayu itu menghadiahkan saya sekotak pensel. ()

7 [Lihat halaman sebelah]
MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan

Soalan 8 hingga 10

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut dengan teliti.

Sekarang dia hanya menunggu kepulangan Oren. Dia ingin mengotakan janjinya kepada dirinya
dahulu sewaktu membawa Oren pulang. Dahulu, dia berjanji untuk memelihara Oren seperti anaknya
sendiri. Janjinya itu adalah untuk menebus kesalahan dirinya yang mengakibatkan oren kehilangan
ibunya. Segala egonya dahulu yang tidak membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah
dipadamkan. Sebaliknya, dia yang membawa Oren pulang ke rumah.

Tetapi dia tidak menyangka bahawa selepas kehadiran Oren dia akan membawa pulang Kelabu
sebagai sebahagian ahli keluarganya. Kelabu ditemukan sewaktu anak kucing jantan itu mengekorinya
yang sedang menuju ke kereta dan hendak pulang ke rumah. Dia memungut Kelabu untuk menjadi
teman Oren bermain.

Pada mulanya dia menyamaratakan kasih sayangnya kepada kedua-duanya. Setelah dia melihat
Kelabu menunjukkan reaksi yang lebih manja daripada Oren dan sering menarik perhatian, mereka
sekeluarga lebih suka akan Kelabu. Oren yang lebih suka menyendiri dan pendiam semakin tersisih.

Hari terus berlalu, Kelabu terus menjadi perhatiannya kerana pada setiap kali dia pulang ke
rumah, Kelabulah yang selalu menyambutnya sedangkan Oren hanya mengangkatkan kepala apabila
melihat tingkah laku Kelabu.

Sejak kedatangan Kelabu juga Oren selalu membiarkan Kelabu menjamah makanan dahulu dan
setelah selesai barulah Oren makan sisa-sisa makanan yang ditinggalkan oleh Kelabu.

(Dip[etik daripada cerpen Oren, antologi Kuingin Berteima
Kasih, Tingkatan 1)

8. Berdasarkan petikan cerpen di atas, apakah perbezaan sifat antara Kelabu dengan

Oren? (2 markah)

..........................................................................................................................................

9. Nyatakan dua pengajaran yang dapat anda nyatakan dalam petikan di atas. (2 markah)

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................

..........................................................................................................................................
8

MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan [Lihat halaman sebelah]

10. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menyayangi haiwan? (4 markah)

9 [Lihat halaman sebelah]
MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan

11. Jawapan anda hendaklah berdasarkan daripada novel yang telah anda kaji
di Tingkatan 3 Chot, karya Azizi Haji Abdullah

Latar tempat merupakan tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam karya sastera.
Berdasarkan novel di atas, buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan
satu contoh peristiwa yang sesuai bagi setiap latar tempat yang telah ditetapkan.
[10 markah]

NOVEL LATAR TEMPAT

CHOT Rumah Alias

*sila pilih mana-mana tiga latar tempat Kedai Ah Chai / Rumah Pak Din

Sekolah
Kebun Kelapa / Pisang
Hutan / PokokLangsat / Pokok
Cenerai / Sungai

Ruang jawapan :

_______________________________________________________________

10

MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan [Lihat halaman sebelah]

Bahagian C ( 15 Markah)
Pilih soalan 1 atau soalan 2 .

1.Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan
yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam alam haiwan atau alam
tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina kumpulannya sendiri yang dikenali sebagai alam
kulat yang tidak berupaya menghasilkan makanan sendiri disebabkan kekurangan klorofil. Di
kebanyakan negara, cendawan ditanam sebagai sumber makanan penduduk kerana
mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi. Spesies cendawan seperti tiram kelabu,
tiram putih dan tiram raja adalah antara spesies yang popular dalam kalangan penggemar
cendawan.

Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas untuk mengubati
pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan dapat menghentikan masalah
pendarahan. Selain itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi digalakkan supaya
mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai mampu menjadi penawar
untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, tidak semua cendawan selamat dimakan
oleh manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat juga cendawan yang beracun dan
dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. Seseorang
yang termakan cendawan yang beracun ini akan terdedah kepada masalah kerosakan hati.
Selain itu, pengambilan cendawan yang beracun juga akan memusnahkan sintesis protein
dalam tubuh badan manusia.

Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang kaya dengan
antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di samping itu, cendawan
juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting
tentang keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit
kanser.Kajian juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang dikenali
sebagai polisakarida yang menjadi penawar kepada penyakit kanser.

11

MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan [Lihat halaman sebelah]

Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi disarankan supaya menjadikan

cendawan sebagai makanan harian kerana mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam

tubuh badan.Selain memberi kebaikan kepada tubuh manusia, cendawan juga berfungsi

sebagai penggubah utama bahan organik kepada bentuk baja. Cendawan berperanan

sebagai salah satu elemen utama kitar semua hutan.

(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cendawan Kaya dengan Antibiotik’

Oleh Wardah Abdul Rahman,
Dewan Kosmik, April 2011)

ATAU

Soalan 2

2. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu ringkasan tentang faedah permainan
tradisional kepada remaja. Ringkasan anda hendaklah tidak lebih daripada 80 patah perkataan.

Warisan negara merupakan harta dan kekayaan bangsa yang tidak dapat dijual beli serta
memiliki nilai pengajaran yang dapat kita timba sewaktu menekuninya. Namun begitu, permainan
tradisional semakin lama semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini dikatakan
demikian kerana permainan tradisional dianggap kolot dan membosankan oleh sesetengah pihak. Oleh
sebab itu, kita mestilah mengetahui faedah permainan tradisional kepada remaja.

Antara faedah permainan tradisional kepada remaja termasuklah dapat mengisi masa lapang
remaja secara berfaedah. Remaja masa ini gemar melepak di pusat beli-belah dan membuang masa
mereka dengan sia-sia. Namun begitu, permainan tradisional dapat mengelakkan situasi tersebut
daripada berlaku. Remaja dapat mempelajari ilmu permainan tradisional dan mengetahui kepentingan
nilai kesabaran dalam diri. Selain itu, remaja akan belajar untuk menghargai masa.

Permainan tradsional juga menjadi ejen penting untuk mengeratkan silaturahim antara satu sama
lain. Hubungan kekeluargaan dan pershabatan dapat dieratkan sewaktu bermain permainan tradisional.
Sebagai contohnya, remaja boleh bermain sepak raga bersama-sama rakan dan dapat berkenalan dengan
kawan-kawan baharu. Dengan cara ini, remaja dapat menjalin hubungan persahabatan yang lebih luas.

Seterusnya, permainan tradisional dapat memupuk semangat kerjasama dan persefahaman.
Semasa bermain, remaja dapat memahamni kelebihan dan kelemahan kawan, serta lawan mereka.
Permainan wau misalnya, dapat membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain untuk
menaikkan wau tersebut. Hal ini dapat membentuk prinsip kehidupan yang saling memerlukan bagai
aur dengan tebing. Remaja juga dapat memelihara warisan budaya bangsa daripada pupus. Remaja
dapat mengenali dan mempelajari seni yang terkandung dalam permainan tradisional. Oleh hal yang
demikian, seni warisan bangsa ini tidak akan pupus ditelan zaman kerana tidak lapuk dek hujan, tidak
lekang dek panas.

12 [Lihat halaman sebelah]
MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan

Kesimpulannya, terdapat banyak faedah permainan tradisional kepada remaja. Permainan tradisional
perlu dihidupkan semula sebelum terkubur. Dalam hal ini semua pihak perlu bekerjasama agar generasi
muda zaman ini menjadikan permainan tradisional sebagai aktiviti yang membanggakan bangsa.
Permainan tradisonal masih relevan dalam zaman globalisasi ini.

(Diubahsuaikan daripada rencana Faedah
Permainan Tradisional Kepada Remaja, Dewan
Siswa, DBP, September 2018)

13

_______ patah perkataan

14 [Lihat halaman sebelah]
MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan

Bahagian A: Cadangan jawapan:

1. Bahagian B:
2. 1.
3. 2.
4. 3.
5. 4.
6. 5.
7. 6.
8. 7.
9.
10. 15
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.

19.

20.

MODUL BERFOKUS Sekolah Menengah Kebangsaan Kutan [Lihat halaman sebelah]

Click to View FlipBook Version