The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaabar69, 2021-01-23 09:00:00

DSKP ABM

DSKP ABM

AMALAN BAHASA MELAYU

Garis Panduan Penggunaan
Dokumen Standard Kurikulum Dan
Pentaksiran
Kurikulum Standard Kelas Peralihan

Bahagian Pembangunan Kurikulum
Mei 2018

PENGENALAN

Dokumen ini merupakan bahan sokongan dan maklumat kepada guru untuk membuat perancangan strategi pengajaran dan pembelajaran
(PdP) sepanjang tahun. Guru perlu merujuk dokumen ini sebelum membuat perancangan dan melaksanakan strategi PdP berdasarkan buku
teks atau bahan sokongan lain. Guru yang mengajar Amalan Bahasa Melayu perlu menentukan tema, standard pembelajaran, dan aktiviti yang
diajar mengikut perincian tema, di samping strategi, kaedah dan teknik yang berkesan bagi memastikan murid menguasai matlamat dan
objektif mata pelajaran ini. Setiap standard pembelajaran yang diajar perlu menekankan kemahiran berbahasa menggunakan pendekatan
berfokus iaitu mendengar dan bertutur, membaca atau menulis bagi memastikan peningkatan tahap penguasaan bahasa Melayu murid kelas
peralihan. Tema bagi mata pelajaran Amalan Bahasa Melayu adalah seperti berikut:

1. Aku dan Negaraku
2. Sayangilah Kurniaan Tuhan
3. Bermain Dengan Angka
4. Hidup Sejahtera

PEMETAAN TEMA

Guru perlu merujuk pemetaan tema bagi merancang PdP. Pemetaan tema telah disusun mengikut tema, perincian tema, standard kandungan,
standard pembelajaran dan aktiviti berdasarkan perincian tema yang disediakan untuk jangka masa setahun pembelajaran Kelas Peralihan.

SKEMA KERJA

Skema Kerja mengandungi maklumat mengenai standard kandungan, standard pembelajaran, tema, perincian tema yang perlu diajar dalam
setiap PdP. Skema kerja ini akan membantu guru untuk merancang rancangan pembelajaran tahunan, mingguan dan harian bagi mata
pelajaran ini. Skema kerja ini turut menyediakan 99 strategi PdP yang dirancang untuk tempoh pembelajaran satu jam.

Peringatan:

Cadangan PdP yang disediakan dalam skema kerja ini adalah sebagai panduan untuk membantu guru melaksanakan PdP mata pelajaran
ABM. Guru perlu menyesuaikan PdP yang disediakan dalam skema kerja ini mengikut kebolehan dan keupayaan murid di dalam kelas. Guru
perlu menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran jika tempoh waktu PdP pada hari tersebut kurang atau lebih daripada satu jam.

1

PENGENALAN

Maklumat yang terkandung dalam templat Skema Kerja ialah:
Kemahiran:
Kemahiran dalam setiap strategi pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada satu kemahiran bahasa iaitu mendengar dan bertutur,
membaca atau menulis. Namun demikian, gabung jalin kemahiran boleh dilaksanakan di dalam aktiviti bertujuan untuk menyokong kemahiran
yang menjadi fokus.

Tema:
Amalan Bahasa Melayu menggunakan pendekatan secara tematik. Maklumat mengenai tema dinyatakan secara terperinci di dalam DSKP
KSKP Amalan Bahasa Melayu di muka surat 12.
Subtema:
Subtema merupakan perincian kepada tema. Maklumat mengenai subtema dinyatakan secara terperinci di dalam DSKP KSKP Amalan
Bahasa Melayu di muka surat 32 hingga 38.
Tajuk:
Tajuk adalah kandungan ilmu yang diajar di dalam tema dan subtema. Maklumat mengenai subtema dinyatakan secara terperinci di dalam
DSKP KSKP Amalan Bahasa Melayu di muka surat 32 hingga 38.
Fokus
DSKP KSKP Amalan Bahasa Melayu memberikan tumpuan kepada pemahaman dan penggunaan kosa kata umum dan istilah yang berkaitan
dengan laras bidang pengetahuan, membina dan menggunakan ayat mengikut konteks, memperkukuh kemahiran berbahasa melalui
kemahiran mengemukakan maklumat dengan tepat dan berinteraksi dengan baik menggunakan bahasa Melayu.
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran diambil dari Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard
Kelas Peralihan (KSKP) Amalan Bahasa Melayu.

2

PENGENALAN

Objektif
Objektif merupakan penyataan untuk menterjemahkan kehendak standard kandungan dan standard pembelajaran yang akan diajar dalam
PdP. Objektif perlu disesuaikan dengan kebolehan dan keupayaan murid serta tempoh masa PdP.
Bahan Bantu Belajar
Bahan bantu mengajar adalah bahan yang diadakan dan digunakan di dalam kelas bagi melaksanakan aktiviti.
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Guru perlu merujuk Elemen Merentas Kurikulum yang sesuai untuk penyerapan di dalam PdP. Penyerapan EMK perlu dilakukan secara
terancang dalam sesuatu pengajaran.
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran
Guru telah diberikan pelbagai strategi PdP. Maklumat mengenai strategi PdP dinyatakan secara terperinci di dalam DSKP KSKP Amalan
Bahasa Melayu di muka surat 8 hingga 13. Guru perlu merancang strategi yang sesuai untuk PdP berdasarkan kebolehan dan keupayaan
murid di dalam kelas.
Catatan
Ruangan ini disediakan untuk guru mencatat sebarang maklumat yang diperlukan.

AKTIVITI TEMA
Aktiviti tema merupakan cadangan aktiviti untuk pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berdasarkan standard kandungan, standard
pembelajaran dan tema. Aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan perincian tema, di samping strategi, kaedah dan teknik yang berkesan
bagi memastikan murid menguasai matlamat dan objektif mata pelajaran ini.

3


Click to View FlipBook Version