GEMILANG 2
LATIHAN
PELAJARAN 10
ALLAH MAHA PEMBALAS DAN
MAHA PERKASA
PELAJARAN 10
ALLAH MAHA PEMBALAS DAN MAHA PERKASA
UNIT 1 : AL-MUNTAQIM
SOALAN
Al-Muntaqim merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang indah.
1. Nyatakan maksud al-Muntaqim. [2 markah]
[4 markah]
2. Jelaskan dua kefahaman tentang sifat al-Muntaqim Allah SWT. [2 markah]
[4 markah]
3. Nyatakan dua contoh balasan Allah SWT terhadap hambaNya yang ingkar.
[2 markah]
4. Jelaskan dua cara anda dapat menanamkan rasa takut terhadap pembalasan
dan kekuasaan Allah SWT.
5. Terangkan dua cara anda dapat menanamkan rasa takut terhadap pembalasan
dan kekuasaan Allah SWT.
٤١ فَإِ َّما نَ ۡذ َه ََ َّب بِ َك فَإِنَّا ِم ۡن ُهم ُّمن َت ِق ُمو َن
(Surah az-Zukhruf : 41)
6. Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah Maha Pembalas terhadap orang yang [4 markah]
melampaui batas. Sebagai seorang muslim bagaimanakah anda beriman [2 markah]
dengan ayat di atas. Huraikan.
7. Jelaskan dalil naqli sifat Allah al-Muntaqim.
SEK. MEN. KEB. SULTAN AHMAD TAJUDDIN
BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN
Nama: ……………………………………………………………… Angka Giliran: ………………………………
Tingkatan: ………………….. Perkara: ………………………………. Tarikh: ………………..…………….
1. Maksud al-Muntaqim ialah
- Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT Maha Pembalas dengan
menimpakan azab terhadap orang yang melampaui batas.
2. Dua kefahaman tentang sifat al-Muntaqim Allah SWT ialah
- Allah SWT memberikan pembalasan dengan siksaan neraka terhadap orang yang
menolak peringatan al-Quran seperti dijelaskan dalam surah as-Sajadah : ayat 22
- Allah SWT memberikan pembalasan terhadap golongan yang menentang agamanya
setelah diutuskan rasul dan diberi keterangan yang jelas seperti dijelaskan dalam
surah ar-Rom : ayat 47.
3. Dua contoh balasan Allah SWT terhadap hambaNya yang ingkar ialah
- Siksaan neraka kerana menolak peringatan al-Quran
- Azab yang sangat berat seperti kemarau Panjang dalam peristiwa Ad-Dukhan
4. Dua cara saya dapat dapat menanamkan rasa takut terhadap pembalasan dan
kekuasaan Allah SWT ialah
- Sentiasa menjadikan kisah-kisah umat terdahulu yang dibinasakan sebagai
iktibar.
- Sentiasa mempertingkatkan ilmu akidah dalam diri.
- Sentiasa membantah perjuangan golongan LGBT yang mahukan hak mereka
diiktiraf.
- Sentiasa menjauhi golongan yang menghina ulamak di media sosial.
5. Dua cara saya dapat dapat menanamkan rasa takut terhadap pembalasan dan
kekuasaan Allah SWT ialah
- Sentiasa menjadikan kisah-kisah umat terdahulu yang dibinasakan sebagai iktibar
seperti Allah SWT menterbalikkan bumi kaum Lut yang homoseksual.
- Sentiasa mempertingkatkan ilmu akidah dalam diri agar iman bertambah
mantap.
- Sentiasa membantah perjuangan golongan LGBT yang mahukan hak mereka
diiktiraf kerana perbuatan mereka menyerupai maksiat kaum Lut.
- Sentiasa menjauhi golongan yang menghina ulamak di media sosial kerana golongan
ini sangat takbur dengan kekuasaan Allah SWT.
6. KBAT
Saya sentiasa menjauhi larangan Allah SWT. Hal ini kerana, Allah SWT Maha
Berkuasa membalas dosa-dosa yang dilakukan dengan azab yang pedih. Kesannya,
iman akan bertambah mantap dan dapat memelihara diri daripada melakukan
perbuatan yang melampaui batas agama. Kesimpulannya, umat Islam hendaklah
beriman dengan al-Muntaqim agar menjadi benteng kekuatan rohani dalam
menangani dunia moden yang banyak maksiat berlaku .
7. Dalil naqli sifat Allah al-Muntaqim ialah
- Firman Allah SWT iaitu surah az-Zukhruf, ayat 41.
- Dalilnya إِ َّما نَ ۡذ َه ََ َّب بِ َك َفإِنَّا ِم ۡن ُهم ُّمن َتقِ ُمو َنyang bermaksud ”Maka kalaulah Kami
wafatkan engkau sesungguhnya Kami tetap akan menyiksa mereka.”
- Firman Allah SWT iaitu surah az-Zukhruf, ayat 41.
PELAJARAN 10
ALLAH MAHA PEMBALAS DAN MAHA PERKASA
UNIT 2 : AL-JABBAR
SOALAN
Al-Jabbar merupakan salah satu daripada nama-nama Allah yang indah.
1. Nyatakan maksud al-Jabbar. [2 markah]
2. Jelaskan dua kefahaman tentang sifat al-Jabbar Allah SWT. [2 markah]
3. Nyatakan dua bukti kekuasaan Allah SWT yang terdapat di ala mini. [2 markah]
4. Jelaskan dua sebab dilarang seseorang muslim bersfiat takbur. [4 markah]
5. Jelaskan dua kesan perbuatan takbur terhadap individu. [4 markah]
6. Jelaskan dua kesan perbuatan takbur terhadap masyarakat. [4 markah]
7. Jelakan dua sebab di suruh kita bersikap merendah diri. [4 markah]
Allah memerintahkan hambaNya agar bersifat merendah diri dan tidak takbur
8. Sebagai pelajar, bagaimanakah anda dapat mengaplikasikan pernyataan di atas
dalam kehidupan anda. Huraikan [4 markah]
SEK. MEN. KEB. SULTAN AHMAD TAJUDDIN
BANDAR BAHARU, KEDAH DARUL AMAN
Nama: ……………………………………………………………… Angka Giliran: ………………………………
Tingkatan: ………………….. Perkara: ………………………………. Tarikh: ………………..…………….
1. Maksud al-Jabbar ialah
- Nama Allah yang menunjukkan bahawa Allah SWT yang Maha Berkuasa secara
mutlak untuk melakukan segala kehendaknya.
2. Dua kefahaman tentang sifat al-Jabbar Allah SWT ialah
- Allah SWT memiliki dan menguasai seluruh alam dan semua makhluk berada dalam
pemerintahanNya.
- Allah SWT tidak boleh dipersoalkan perbuatanNya dan setiap perbuatan Allah
SWT mengandungi hikmah yang tersembunyi.
3. Dua dua bukti kekuasaan Allah SWT yang terdapat di alam ini ialah
- Allah SWT berkuasa mencipta tumbuh-tumbuhan dalam berbagai variasi dari
bentuk, rupa,Warna dan lain-lain lagi sedangkan tumbuh-tumbuhan itu disiram
dengan air yang sama berasal daripada langit Allah SWT.
- Allah SWT berkuasa menjadikan virus korona 19 yang begitu kecil dan halus
berupaya memudaratkan manusia yang diberi akal fikiran oleh Allah SWT.
- Allah SWT menciptakan planet-planet dan berpusing mengikut paksi yang
ditetapkan tanpa sebarang perlanggaran antara satu sama lain.
4. Dua sebab dilarang seseorang muslim bersifat takbur ialah
- Bertentangan dengan konsep manusia sebagai mahkluk lemah yang diciptakan
oleh Allah SWT.
- Sifat takbur merupakan sifat Iblis yang boleh merosakkan amalan seseorang.
- Hidup kucar kacir kerana orang yang takbur tidak akan menerima nasihat dan
teguran orang lain.
5. Dua kesan perbuatan takbur terhadap individu ialah
- Dirinya dibenci manusia kerana sukar menerima nasihat dan teguran orang lain.
- Amalan yang dilakukannya menjadi sia-sia di sisi Allah SWT.
- Jiwanya tidak tenang kerana tidak disukai orang ramai.
- Merosakkan akidah seperti golongan GLBT dan Islam Liberal yang
mempertikaikan hukum Allah SWT yang tidak selari dengan nafsu mereka.
6. Dua kesan perbuatan takbur terhadap masyarakat ialah
- Menjadi masyarakat yang bersifat kejam dengan menindas manusia yang lemah
kerana memiliki kuasa memerintah sesebuah nasyarakat.
- Hidup porak peranda kerana saling berlaku pergaduhan dan pertikaian.
7. Dua sebab disuruh kita bersikap merendah diri ialah
- Dapat membentuk sifat ihsan dalam diri terhadap semua makhluk di ala mini.
- Supaya amalan kita diterima Allah SWT kerana dilakukan dengan ikhlas.
- Dapat menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat yang tidak sombong antara
Satu sama lain.
8. KBAT
Saya akan sentiasa memberi perhatian kepada guru yang menyampaikan ilmu.
Hal ini kerana guru merupakan golongan ilmuan dan pewaris ulamak. Kesannya
ilmu yang dipelajari akan diberkati Allah SWT di dunia dan akhirat. Kesimpulannya
kita hendaklah mendidik diri dengan sifat merendah diri agar terhindar daripada
Sifat sombong dan takbur yang merugikan diri.