Pelajaran 25
Wasatiyah Menjamin Kecemerlangan Umat
Buku Teks
Muka Surat 205
1
MAKSUD
DAN
DALIL WASATIYAH
6.18.1 MAKSUD WASATIYAH
Pendekatan yang sederhana, seimbang, adil dan
cemerlang dalam setiap tindakan.
3
6.18.1 DALIL WASATIYAH
Firman Allah SWT ;
Dan demikianlah Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pertengahan
(umat pilihan lagi adil) supaya kamu layak menjadi saksi untuk memberi keterangan
kepada umat manusia …….
(Surah al-Baqarah, 2 : ayat 143)
4
DALIL WASATIYAH
6.18.1
Rasulullah SAW bersabda ;
Lakukanlah dengan bersederhana. Dan ketahuilah bahawa perbuatan kamu tidak akan
menyebabkan kamu masuk syurga. Amalan yang paling disukai Allah ialah yang berterusan
walaupun sedikit.
(Riwayat al-Bukhari)
5
PRINSIP
WASATIYAH
6.18.2 4 PRINSIP WASATIYAH
7
KESEDERHANAAN
6.18.2 MAKSUD KESEDERHANAAN 1
Melakukan sesuatu dengan sempurna, tidak
melampaui batas dan mematuhi syarat.
9
6.18.2 ASPEK KESEDERHANAAN 1
1
2 Menunaikan tugas dengan sempurna dan
3 penuh bertanggungjawab
Memenuhi syarat dalam menunaikan tugas, mematuhi
arahan dan prosedur dalam menjalankan tugas
Melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan
khalifah di muka bumi.
10
6.18.2 DALIL KESEDERHANAAN 1
Firman Allah SWT ;
Dan mereka yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada
bakhil kedekut ; dan perbelanjaan mereka adalah betul sederhana.
(Surah al-Furqan,25 : ayat 67)
11
6.18.2 SPEKTRUM ILMU 1
Ummatan Wasatan menggabungkan unsur jasad dan rohani tanpa mengabaikan
mana-mana aspek.
Mereka termasuklah :
▪ Umat yang terpilih dan adil.
▪ Umat terbaik dan pertengahan dalam semua perkara dan tidak melampaui
batas serta tidak lalai.
▪ Tidak berlebih-lebihan dalam urusan agama dan spiritual semata-mata
seperti golongan Nasrani.
▪ Tidak mementingkan material semat-mata seperti Yahudi dan Musyrik.
) التفس ري المن ري،( وهبة الزحي يل
12
KESEIMBANGAN
6.18.2 MAKSUD KESEIMBANGAN 2
Memenuhi keperluan rohani, jasmani dan akal
secara sempurna dalam semua keadaan.
6.18.2 ASPEK KESEIMBANGAN 2
ROHANI JASMANI AKLI
▪ Melaksanakan ibadat • Mengambil makanan • Menjauhi barang larangan yang
fardu dan sunat dengan
istiqamah. yang baik seimbang boleh merosakkan akal seperti
▪ Menghayati al-Quran untuk menjaga kesihatan dadah dan arak.
dan berzikir dengan • Menggunakan akal sebaik-baiknya
bersungguh-sungguh. tubuh badan.
• Berehat setelah penat untuk meningkatkan ilmu.
▪ Melakukan ibadat • Menggunakan akal untuk
dengan ikhlas. bekerja supaya badan
memajukan diri dan masyarakat
kembali bertenaga.
• Memenuhi keperluan serta meningkatkan
biologi dan fitrah manusia. pembangunan negara.
6.18.2 DALIL KESEIMBANGAN 2
Firman Allah SWT ;
Dan antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata, “Wahai Tuhan kami, berilah
kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan peliharalah kami daripada azab api
neraka.
(Surah al-Baqarah, 2 ; ayat 201)
KEADILAN
6.18.2 MAKSUD KEADILAN 3
Meletakkan sesuatu sesuai dengan suasana, masa
dan tempat.
18
6.18.2 ASPEK KEADILAN 3
1
2 Menunaikan hak kepada mereka yang berhak
menerimanya.
Mengambil pendekatan pertengahan dan seimbang secara
hikmah antara dua perkara yang ekstrim.
19
6.18.2 DALIL KEADILAN 3
Firman Allah SWT ;
Wahai orang yang beriman hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang
menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran : dan janganlah
kebencian kamu kepada sesuatu kaum itu mendorong kamu untuk tidak berlaku adil.
Berlaku adillah kerana ia lebih hampir kepada takwa … )Surah al-Maidah, 5 : ayat 8)
20
KECEMERLANGAN
6.18.2 MAKSUD KECEMERLANGAN 4
Pendekatan yang terbaik dalam melakukan
kebaikan dan mencegah kemungkaran serta
berkeyakinan teguh pada Allah SWT.
22
6.18.2 CIRI-CIRI UMAT CEMERLANG 4
Melakukan kebaikan seperti Menggunakan kekayaan di
memakmurkan bumi, dunia untuk mendapatkan
membangunkan negara dan keredaan Allah SWT.
membasmi kemiskinan.
Mencegah diri daripada Melakukan semua tugas dan
melakukan kezaliman, kefasikan pekerjaan dengan ikhlas kerana
dan kekejaman. Allah SWT
23
DALIL KECEMERLANGAN 4
6.18.2
Firman Allah SWT ;
Kamu (Wahai umat Muhammad) ialah umat paling baik yang dilahirkan bagi umat
manusia, (kerana kamu menyuruh agar melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran
serta kamu beriman kepada Allah ……
(Surah ali Imran, 3 : ayat 110)
24
HIKMAH
Hikmah melaksanakan Pembangunan yang menyeluruh dan Masyarakat yang aman damai dan bersatu
Prinsip Wasatiyah seimbang dapat diwujudkan kerana padu dapat dibangunkan dengan
1 adanya kestabilan politik. melaksanakan prinsip-prinsip keadilan.
3 5
2 4 6
Syiar Islam dapat ditegakkan dengan Tahap Pendidikan masyarakat dapat UMMATAN WASATAN
menyempurnakan akhlak dan nilai-nilai murni. ditingkatkan mengikut keperluan
negara.
26
SPEKTRUM ILMU
Tiga orang lelaki telah ditegur oleh Rasulullah SAW kerana melakukan perkara yang melampaui
batas, iaitu berpuasa sehingga tidak berbuka, mendirikan solat malam sehingga tidak tidur, dan
seorang lagi tidak mahu bernikah. Rasulullah SAW bersabda ;
Maksudnya : Adapun demi Allah, akulah yang paling takutkan Allah SWT dan yang paling
bertakwa tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku juga berbaring dan aku menikahi wanita,
sesiapa yang membenci sunnahku maka dia bukan daripada kalanganku.
(muttafaqun ‘alaih)
27
CADANGAN KBAT
SOALAN
Berdasarkan gambar ini,
cadangkan langkah
untuk mengatasi
pembaziran yang sering
berlaku dalam
masyarakat.
29
CADANGAN JAWAPAN KBAT
Untuk mengatasi pembaziran yang sering berlaku dalam masyarakat,
kita hendaklah menganjurkan kempen-kempen kesedaran tentang
keburukan pembaziran kepada diri, agama dan negara. (ISI) Hal ini
kerana, masyarakat tidak mengamalkan konsep wasatiyah dalam
melaksanakan urusan kehidupan sehari-harian. (H) Kesannya,
pembentukan peribadi masyarakat tidak seimbang dan terpengaruh
dengan tindakan yang melampaui batas seperti membeli barangan
bukan mengikut keperluan tetapi mengikut nafsu dan akhirnya tidak
digunakan dengan cara yang betul (HL) Kesimpulannya, umat Islam
hendaklah mengaplikasikan sifat wasatiyah dalam semua tindakan
yang diambil agar dapat memenuhi keperluan jiwa, jasmani dan akal
dengan seimbang dalam semua keadaan. (K)
Terima Kasih
Disediakan Oleh
Ustazah Seri Salleh
“SEMOGA BERMANFAAT”
32