KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 1
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 2 ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKASURAT 1 Pelan Tindakan Pelaksanaan Stem Smkduha: Pembudayaan Stem Dalam Kalangan Murid Luar Bandar 3 2 E-Occupation Puppets 4 3 Bulat Hora Hore 6 4 Transformasi Digital Dalam Program TS25 Smk Pedas 7 5 i-YADUNI 8 6 Pemimpin Berkesan Melonjakkan Pencapaian Akademik 10 7 I.DROP 11 8 Pengaplikasian Modul Pk Dalam Tiktok Membantu Meningkatkan Penguasaan Serta Minat Terhadap Subjek Matematik Tambahan 12 9 Pengurusan Rmt Dan Inovasi 14 10 Lotus Celik Jawi 15
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 3 PROGRAM TS25 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN STEM SMKDUHA: PEMBUDAYAAN STEM DALAM KALANGAN MURID LUAR BANDAR NORDIANA BINTI MOHD TAMIN Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dan Matematik SMK Dato’ Undang Haji Adnan ABSTRAK Revolusi Industri 4.0 seiring dengan transformasi digital menuntut cabaran baharu kepada semua sektor perkhidmatan dan perindustrian negara termasuk pendidikan. Hal ini telah memberi impak yang signifikan kepada pedagogi guru dalam mengadaptasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam kurikulum. Trend terkini yang semakin kerap dibincangkan ialah gamifikasi dalam pendidikan dengan menggunakan elemen robotik. Penggunaan robotik dalam pendidikan memberi impak yang besar kepada murid terutamanya murid luar bandar dari segi minat dan penglibatan murid dalam pembelajaran. Objektif utama Pelan Tindakan Pelaksanaan STEM SMKDUHA bermatlamat untuk memberi panduan kepada warga sekolah melaksanakan program pembudayaan STEM di peringkat sekolah. Hasil dapatan daripada implementasi Pelan Tindakan Pelaksanaan STEM SMKDUHA sepanjang sesi persekolahan 2022/2023 terbukti bahawa penganjuran program yang berasaskan inovasi dan teknologi dapat meningkatkan persepsi yang positif terhadap STEM, perkongsian ilmu antara guru-guru dan menggalakkan aktiviti kolaborasi berasaskan STEM dalam sesebuah komuniti. Pelan Tindakan Pelaksanaan STEM ini diharapkan dapat memberi panduan kepada sekolah-sekolah lain di daerah Rembau untuk membuat perancangan dan pengurusan program berasaskan STEM yang berkesan di sekolah masing-masing untuk memupuk nilai-nilai STEM dalam kalangan murid luar bandar. Kata Kunci : pelan tindakan pelaksanaan STEM SMK DUHA, gamifikasi, robotik, murid luar bandar.
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 4 INOVASI KATEGORI PRASEKOLAH NAMA GURU TEH MU EN SEKOLAH DAN DAERAH SJKC YUK HUA REMBAU TAJUK E-OCCUPATION PUPPETS ABSTRAK ‘E-Occupation Puppets’ merupakan satu penghasilan inovasi yang dibina untuk tujuan meningkatkan bilangan perbendaharaan kata Bahasa inggeris murid prasekolah, murid pemulihan atau murid tahap satu dalam tema pekerjaan. Bahan inovasi ini merupakan satu set kit pembelajaran inovasi yang menggabungkan penggunaan bahan maujud, bahan ‘hands-on’ dan elemen Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta berpandukan strategi belajar melalui bermain bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid yang pelbagai kecerdasan mengikut Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner (Multiple Intelligences). Bahan maujud dalam EOccupation Puppets merujuk kepada boneka jari tema pekerjaan, papan cerita berserta kod QR, kad nama pekerjaan, kad gambar pekerjaan dan kotak misteri. Boneka jari ini dihasilkan dengan menggunakan sarung tangan dan kertas foam yang berwarna-warni. Reka bentuk setiap boneka jari adalah berdasarkan imej pekerjaan doctor, ahli bomba, angkasawan, peguam, jururawat, saintis, juruterbang dan guru. Saiz boneka jari ini adalah fleksibel dan boleh dipakai oleh guru ataupun murid-murid prasekolah. Tujuan menggunakan boneka dalam projek inovasi ini adalah sebab boneka mempunyai daya tarikan yang istimewa terhadap murid-murid prasekolah, boneka yang merupakan bahan maujud dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Aktiviti boneka secara berkesan dapat merangsang pembelajaran murid-murid peringkat prasekolah. Selain itu, boneka dapat membantu menghidupkan suasana pembelajaran dan menjadikan ia lebih menyeronokkan dan seterusnya menimbulkan motivasi kepada pembelajaran kanak-kanak. Seterusnya, bagi memenuhi keperluan murid yang berlainan kecerdasan dan membantu meningkatkan pemahaman murid terhadap lapan jenis pekerjaan dalam E- Occupation Puppets, video-video dan lagu yang berkaitan dengan pekerjaan doctor, ahli bomba, angkasawan, peguam, jururawat, saintis, juruterbang dan guru disediakan. Murid-murid atau pengguna hanya perlu mengimbas kod QR di papan cerita dan mereka akan dapat menonton video atau lagu yang bercerita tentang pakaian, tempat kerja dan
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 5 skop kerja sesuatu jenis pekerjaan. Di samping itu, murid juga boleh mengimbas kod QR yang disediakan untuk mendengar sebutan nama pekerjaan dalam Bahasa Inggeris bagi membantu mereka dalam proses belajar menyebut nama pekerjaan. Penggunaan TMK dalam projek inovasi ini dipercayai dapat menambahkan keseronokan dan dapat mambantu serta menyumbang kepada pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan. Jelasnya, E-Occupation Puppets merupakan satu inovasi yang direka bentuk untuk membantu murid-murid prasekolah mengenali nama pekerjaan dalam Bahasa Inggeris dengan kaedah yang menyeronokkan dan bermakna tanpa tekanan.
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 6 INOVASI KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH RENDAH NAMA GURU NORAZAH BINTI ABU BAKAR SEKOLAH DAN DAERAH SEKOLAH KEBANGSAAN TITIAN BINTANGOR, REMBAU TAJUK BULAT HORA HORE MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI ABSTRAK Pendekatan Teaching Games for Understanding (TGfU) ialah satu pendekatan pengajaran permainan yang bertujuan menjana kefahaman murid yang lebih menyeluruh dalam semua aspek permainan. TGfU ialah satu pendekatan pengajaran holistik dalam Pendidikan Jasmani yang berpusatkan murid dan penyelesaian masalah (DSKP Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5, 2017). Oleh yang demikian, Bulat Hora Hore telah diperkenalkan untuk memudahkan guru-guru terutamanya di Sekolah Kurang Murid (SKM) mengajar kemahiran asas dalam Pendidikan Jasmani yang merangkumi tiga kategori bidang kemahiran asas permainan. Tiga kategori kemahiran asas permainan ialah kategori serangan, kategori jaring serta kategori pukul dan memadang. Bulat Hora Hore adalah satu ciptaan alat yang terdiri daripada kaki (tripod) dan gelung yang boleh dilaras kedudukannya. Bagi sekolah SKM, kelengkapan semua alatan bagi satu-satu kemahiran sukar dipenuhi. Oleh itu, diharapkan Bulat Hora Hore dapat membantu guru menerangkan dan mengajar kemahiran dengan lebih baik dan berstruktur. Impak dari penggunaan Bulat Hora Hore ini antaranya, seorang murid SK Titian Bintangor telah mewakili Negeri Sembilan ke Kejohanan Bola Tampar MSSM pada tahun 2022. Beliau dilatih bersama rakan-rakan di sekolah menggunakan Bulat Hora Hore dalam kemahiran mengumpan, merejam dan menghadang.
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 7 PROGRAM TS25 TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PROGRAM TS25 SMK PEDAS SYAREENA BINTI ABU HASAN GKMP Sains dan Matematik SMK Pedas ABSTRAK Dalam usaha sekolah memperkenalkan program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) tentunya pelbagai kekangan terpaksa ditempuhi demi memastikan program TS25 ini difahami oleh semua warga sekolah. Kekangan masa dan tugas hakiki menjadikan program ini kurang diambil perhatian pada peringkat awal. Transformasi Digital yang dijalankan di SMK Pedas, merupakan sebuah “sites google” yang dapat memberikan satu impak yang berkesan dalam memastikan semua evidens daripada program/aktiviti dapat dikumpulkan dalam masa yang singkat. Evidens juga mudah dicapai oleh mana-mana pihak jika mempunyai keperluan menggunakan bahan yang sama. Pemantauan daripada pihak pentadbir juga lebih efektif dengan adanya transformasi digital ini. Setiap guru dapat menghantar evidens pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Perkongsian maklumat ke arah pengurusan berkualiti dan kecemerlangan pendidikan sejajar dengan SKPM Kualiti@Sekolah Aspek 7. Kerjasama dan semangat kekitaan yang ada di SMK Pedas dapat memastikan penggunaan “sites google” ini sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kebolehpercayaan yang tinggi.
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 8 INOVASI KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH NAMA GURU SITI ASIAH BINTI IBRAHIM SEKOLAH DAN DAERAH SMK DATUK ABDULLAH,ASTANA RAJA DAERAH REMBAU TAJUK i-YADUNI SUBJEK TAHUN/ TINGKATAN BAHASA ARAB ( TINGKATAN 1 – TINGKATAN 5 ) ABSTRAK Projek Inovasi ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid menentukan atau meletakkan tanda hukum marfu’ pada kata nama mengikut bilangannya. Justeru itu, tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengesan kelemahan pelajar dalam mempelajari tajuk ini dan seterusnya membimbing mereka agar dapat menguasai teknik i-Yaduni (tangan saya). Seterusnya dapat membantu pelajar menentukan tanda hukum marfu’ pada kata nama ( isim ) dalam soalan i’rab dengan betul dan tepat. i-Yaduni ini adalah merupakan bahan maujud seperti tangan yang merupakan tangan kanan dan tangan kiri. Tangan kanan adalah bilangan untuk Kata Nama ( KN) manakala tangan kiri adalah tanda hukum bagi hukum marfu’. Apabila pelajar ingin menentukan hukum marfu’ bagi sesuatu kata nama,pelajar perlu melekapkan tangan kanan dan kiri dengan betul dan seterusnya mereka boleh melihat tanda hukum marfu’ berdasarkan tanda bilangan yang terdapat pada setiap jari di tangan kanan. Tambahan pula, penghasilan bahan untuk kajian ini adalah sangat mudah, tidak menggunakan kos yang tinggi serta pratikal digunakan dalam keadaan santai dan ianya juga mudah dibawa kemana-mana.Pelajar boleh menggunakan tangan mereka sendiri sebagai gantian kepada bahan ini sekiranya mereka berada di dalam dewan peperiksaan.Cara ini amat membantu pelajar dan memudahkan mereka. Jika sebelum ini, terdapat juga keadaan dimana pelajar betul dalam menyatakan hukum bagi perkataan yang tertentu tetapi salah dalam menentukan tanda hukum serta bilangan yang dimaksudkan oleh perkataan tersebut. Hal ini akan menyebabkan pelajar akan kehilangan markah ketika menjawab dalam dalam peperiksaan . Bagi pelajar yang baharu menyambung ke Menengah Atas ( tingkatan 4 dan 5) mereka merasakan tajuk
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 9 I’rab ini adalah tajuk yang susah dan menyebabkan mereka tidak berminat untuk mempelajarinya. Kumpulan sasaran kajian saya adalah pelajar tingkatan 4 IK dari Kelas Aliran Agama. Kelompok pelajar sederhana dan lemah ini saya pilih kerana saya merasakan mereka berpotensi menjawab soalan i’rab ini dengan baik. Dapatan kajian, setelah saya berjaya mencari solusi melalui teknik i-yaduni ini, saya dapati teknik ini memberikan kesan dan impak yang berkesan kepada pelajar tingkatan 4IK sehingga mereka seronok dan bersemangat mempelajarinya. Kelompok pelajar ini merasakan tajuk i’rab tidaklah sukar dan mereka berpotensi untuk menjawab soalan dengan baik. Peningkatan yang amat baik ini dapat dilihat berdasarkan keputusan mereka dalam Ujian Pra dan Ujian Pos. Saya amat berharap setelah i-Yaduni ini berperanan dapat meningkatkan kefahaman pelajar dalam mengusai tajuk i’rab dalam hukum marfu’, secara tidak langsung, akan dapat menyuburkan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Arab. Bahan inovasi ini juga diharap dapat membantu menyelesaikan permasalahan sama yang dihadapi oleh pelajar sekolah lain ketika mempelajari tajuk i’rab berkaitan menentukan tanda hukum marfu’pada kata nama.
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 10 PROGRAM TS25 PEMIMPIN BERKESAN MELONJAKKAN PENCAPAIAN AKADEMIK NASHARUDIN BIN AB RAHMAN Pengetua SMK Undang Rembau MOHAMAD BIN SAID GPK Pentadbiran SMK Undang Rembau ABSTRAK Kepimpinan yang berkesan mampu meningkatkan prestasi guru dan staf SMKUR. Kepimpinan yang berkesan menghasilkan proses penyampaian yang efisien dan cekap. Selaras dengan TS25 untuk mewujudkan kepimpinan berkesan seterusnya akan meningkatkan pencapaian organisasi. Sehubungan dengan itu SMKUR memilih tajuk ini sebagai salah satu fokus dalam TS25. PDP guru memainkan peranan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Atas usaha ini pihak sekolah telah melaksanakan PDCA untuk melihat kolerasi kepimpinan berkesan dan peningkatan akademik. Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi meningkatkan PDP guru oleh kepimpinan sekolah seperti Learning Walk, PLC , Coaching & Mentoring , Walking Around Your Schools (WAYS) dan Video Critic. Impaknya kepimpinan berkesan disekolah dapat meningkatkan prestasi akademik. SMKUR juga menerima pengiktirafan dalam Hari Anugerah Kecemerlangan PPD Rembau dengan merangkul anugerah tertinggi iaitu Anugerah Dato’ Lela Maharaja.
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 11 INOVASI KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH RENDAH NAMA GURU NUR HAFIZAH BINTI ZAINOL HAMIZI SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN TITIAN BINTANGOR TAJUK INOVASI I.DROP SUBJEK & TAHUN/TINGKATAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 ABSTRAK Pengaplikasian kaedah permainan dalam aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan(Pdpc) sama ada dalam bentuk digital atau fizikal telah dibuktikan memberikan kesan yang positif terhadap proses Pdpc. Inovasi I.Drop adalah sebuah permainan interaktif yang menguji kepantasan jari dan pemikiran. Permainan interaktif bertindak sebagai permainan yang menggunakan kemudahan teknologi digital (perisian komputer) di mana ianya membantu dan memudahkan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Aplikasi I.Drop ini berkait rapat dengan tajuk Istinjak di bawah Bab ‘Kebersihan Amalanku’, Pendidikan Islam Tahun 1. Inovasi ini diinspirasikan daripada permainan ‘Food Drop’ dalam aplikasi Pou. Perisian ‘VBA Powerpoint’ telah digunakan dalam menghasilkan projek inovasi ini. Fokus utama penghasilan inovasi ini adalah untuk membantu murid lebih memahami tentang alat-alat yang boleh dan tidak boleh digunakan untuk beristinjak, seterusnya menjadikan sesi pdpc lebih menarik dan berkesan dengan mengaplikasikan teknik permainan di dalam pengajaran dan pembelajaran, selain bertindak selaku Bahan Bantu Mengajar semasa pdpc berlangsung serta memberi peluang kepada murid untuk belajar secara kendiri. Ujian pra dan pasca, temu bual serta pemerhatian berstruktur merupakan instrumen utama dalam menilai keberkesanan inovasi ini. Secara keseluruhannya, peningkatan pencapaian murid dalam ujian pasca setelah menggunakan aplikasi I.Drop menunjukkan keberkesanan inovasi I.Drop. Tambahan lagi, melalui soalan temu bual, murid dapat menyebut semula alat-alat istinjak dengan baik. Pemerhatian yang dijalankan menampakkan perubahan tingkah laku yang amat positif. Murid semakin minat dan bersemangat untuk belajar Subjek Pendidikan Islam.
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 12 INOVASI KATEGORI INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH NAMA GURU IZZATI ZAKIRAH BT MOHD GHAZALI SEKOLAH SMKA DATO’ HAJI ABU HASSAN HAJI SAIL TAJUK INOVASI PENGAPLIKASIAN MODUL PK DALAM TIKTOK MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN SERTA MINAT TERHADAP SUBJEK MATEMATIK TAMBAHAN SUBJEK & TAHUN/TINGKATAN MATEMATIK TAMBAHAN ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan kerana kesedaran terhadap kelemahan cara murid menjawab soalan Matematik Tambahan dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang lalu berikutan kesan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Saya perlu mencari penyelesaian segera kepada permasalahan ini. Kesukaran murid memahami kehendak soalan menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Tambahan lagi, medium pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting bagi membantu murid memahami sesuatu konsep serta meningkatkan minatnya. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui pemerhatian sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu. Hasil tinjauan awal menunjukkan walaupun saya telah merekodkan pengajaran secara atas talian yang menggunakan medium youtube, namun hanya beberapa pelajar yang berminat untuk menonton kelas ulangan tersebut dan keputusan peperiksaan mereka kurang memuaskan. Saya juga menggunakan ujian pra dan pos serta soal selidik. Seramai 11 orang pelajar serta seorang guru terlibat dalam kajian ini. Sebanyak 7 video dimuatnaik di dalam aplikasi tiktok dalam tempoh 1 minggu. Murid dikehendaki menjawab seberapa banyak soalan mengikut corak soalan yang telah dimuatnaik. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan keputusan yang mendadak setelah modul PK dikenalkan melalui medium TikTok. Ini menunjukkan penguasaan murid dalam subjek Matematik Tambahan turut meningkat. Dapatan soal selidik mendapati pelajar lebih berminat untuk melihat video di aplikasi TikTok kerana ringkas, menarik serta padat. Pengajaran dan pembelajaran modul PK
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 13 menggunakan medium ini haruslah dikekalkan agar dapat meningkatkan penguasaan murid serta minat dalam Matematik Tambahan. Kata kunci: modul PK, Tiktok, minat, Matematik Tambahan
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 14 PROGRAM TS25 PENGURUSAN RMT DAN INOVASI EN.GOBINATH A/L THIRUVENGADAM Guru Besar SJKT Ladang Batu Hampar ABSTRAK Pembentangan amalan baik TS 25 ini adalah merujuk kepada Modul 2 iaitu menerajui kepimpinan. Dalam modul ini barisan pentadbir akan menyediakan PInTAS bagi unit masingmasing yang dapat membantu pelaksanaan program kecemerlangan. Dalam pembentangan ini, saya akan membentangkan amalan baik yang memberikan impak yang baik dibawah unit Hem. Fokus utama adalah untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Sekolah didapati kehadiran murid ke sekolah merosot dan didapati beberapa isu. Isu yang dikenalpasti adalah faktor sosioekonomi murid, kurang minat dalam pelajaran dan tidak mencukupi makanan. Pihak sekolah telah merancang untuk memberikan makanan yang secukupnya dengan suasana yang terhibur dan juga mengadakan program inovasi supaya murid dapat melibatkan diri dalam inovasi tersebut serta menjalankan hasil tuaian. Murid dapat mengumbul sisa makanan untuk menjadikan baja kompas, murid secara tidak langsung menusahakan kebun sayur sayuran. Hasil tanaman ini dijadikan jualan kepada warga sekolah dimana bahgian ini menjadi topik KMR melibatkan subjek RBT, Matematik dan Bahasa Melayu.
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 15 INOVASI KATEGORI KUMPULAN SEKOLAH RENDAH NAMA GURU PN NURUL AMRINA BINTI MOHD YAZID, PN. NURLIYANA AQILAH BINTI LIAS, PN CHE WAN RUSMAWATI BINTI CHE WAN ABD HAMID SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SAWAH RAJA, KOTA TAJUK LOTUS CELIK JAWI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM ABSTRAK LOTUS CELIK JAWI merupakan satu bahan ‘alat bantu belajar’ untuk membantu murid mengingati dan membezakan huruf jawi yang boleh bersambung dan tidak bersambung dalam satu kalimah. Dalam permainan ini, murid-murid akan bermain secara berkumpulan seramai 4 orang. Bahan bantu belajar ini dicipta dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati seperti kotak, kertas warna, batang aiskrim, dadu, maker dan stiker. Permainan ini mempunyai pelbagai warna yang menarik supaya dapat menjadikan pembelajaran mereka lebih menyeronokkan. Dengan menggunakan LOTUS CELIK JAWI sebagai alat bantu mengajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, ia akan membantu murid untuk mahir dan tahu membezakan samada huruf tersebut boleh disambung atau tidak dalam satu kalimah. Setelah menjalankan aktiviti dalam permainan tersebut secara berulang kali, murid-murid dapat mengingati huruf yang tidak boleh bersambung dalam jawi dengan mudah dan telah melancarkan proses penulisan jawi dengan baik. Dapatan hasil kajian terhadap 7 orang murid Tahun 2 Ibnu Battuta mendapati bahawa terdapat 4 orang yang memperoleh Tahap Penguasaan 2 bidang jawi dalam pentaksiran bilik darjah pertengahan tahun 2022. Setelah penggunaan permainan alat bantu belajar LOTUS CELIK JAWI ini berulang kali dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta di luar kelas, didapati bahawa terdapat peningkatan yang mendadak iaitu hampir separuh murid daripada 7 orang memperoleh peningkatan Tahap Penguasaan dalam bidang jawi. Kesimpulannya LOTUS
KOLOKIUM AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SEKOLAH DAERAH REMBAU TAHUN 2022/2023 16 CELIK JAWI ini sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain kelihatan menarik ianya juga mudah dibawa dan fleksibel. Inovasi ini boleh diguna pakai oleh semua peringkat umur murid bagi meningkatkan penguasaan murid dalam penulisan jawi.