The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERTOLONGAN CEMAS ASAS SEKOLAH MENENGAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azazu.coria, 2021-09-21 10:38:20

PANDUAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS

PERTOLONGAN CEMAS ASAS SEKOLAH MENENGAH

Panduan Asas
Pertolongan Cemas

BSMM SMK RUNGKUP

Pertolongan cemas

◆ Pertolongan cemas adalah pertolongan
awal atau serta-merta yang diberi
kepada orang yang sakit atau cedera
(pesakit) sebelum dibawa ke hospital.

Objektif Pertolongan Cemas

1. Untuk mengelakkan kecederaan dari menjadi
lebih teruk.

2. Untuk menyelamatkan nyawa.
3. Mengurangkan kesakitan / memberi kelegaan.

Cara mendapat bantuan ambulans

1. Dail 999 .
2. Perkenalkan diri, alamat tempat

kejadian dan jenis kemalangan.

Cara-cara Mudah Membawa Pesakit

1. Usungan menopang.
2. Usungan menarik.
3. Usungan menggendong di belakang.
4. Usungan mendukung
5. Usungan kerusi
6. Usungan empat tangan

Usungan
menopang

Usungan menarik

Usungan menggendong
di belakang

Usungan
mendukung

Usungan kerusi

Usungan empat
tangan

Luka-luka Dan
Pendarahan

Definisi Luka

◆ Belah (cedera, lecet, pecah) pada kulit disebabkan
terkena pisau atau benda tajam.

◆ Terpotong, tercalar dan terbakar digolongkan dalam
luka.

Jenis Jenis Luka

◆ Luka Terbuka

- Pengaliran darah daripada luka melalui kulit.

- Kecederaan kepada tisu kulit di mana
kesinambungan kulit terganggu. Luka dapat
dilihat dari luar dan terdapat pendarahan
yang keluar ke kulit.

◆ Luka Tertutup

- Kecederaan pada tisu di bawah kulit di
mana kesinambungan kulit tidak terganggu
dan luka tidak dapat dilihat dari luar.

- Darah juga tidak keluar ke permukaan kulit.

LUKA MELECET LUKA LELAS

LUKA TERGURIS LUKA TERCUCUK LUKA TIKAMAN

Luka Terhiris

Luka Terhiris

• Disebabkan oleh alat tajam seperti pisau
atau kaca.

• Luka jenis ini menyebabkan darah keluar
terlalu banyak kerana saluran pembuluh
darah telah terpotong.

Luka Terkoyak

Luka Terkoyak

◆ Disebabkan kulit terkoyak akibat cakaran atau
kawat duri

◆ Aliran darah kurang berbanding luka terbelah

◆ Saluran pembuluh yang terkoyak lebih cepat
bercantum

◆ Luka ini boleh meyebabkan jangkitan kuman
daripada punca luka

Luka Tusukan

Luka Tusukan

◆ Disebabkan kulit ditusuk benda tajam
◆ Mengakibatkan luka dalaman yang serius
◆ Mudah terdedah kepada jangkitan kuman

Luka Tertutup

Luka Tertutup

◆ Luka yang berlaku dalam badan atau di bawah
kulit

◆ Tidak berlaku pendarahan luaran
◆ Kelihatan tanda luaran seperti lebam atau

darah yang terkumpul di bawah kulit

Tanda Jangkitan Kuman

1. Suhu di tempat cedera panas dan berwarna
kemerahan

2. Rasa sakit di keliling luka
3. Terdapat jalur merah dari luka
4. Bengkak dan demam atau menggigil

Rawatan luka

Semasa merawat luka Balut luka dengan
pastikan sarung menggunakan kain yang
tangan dipakai. bersih.

Rawatan Luka Kecil

◆ Pastikan tangan anda bersih sebelum
merawat

◆ Cuci luka untuk mengelakkan jangkitan
◆ Keringkan luka dengan kapas
◆ Sapu luka dengan iodin
◆ Balut luka dengan pembalut

Rawatan Luka Parah

1. Periksa luka untuk pastikan tiada objek
terbenam

2. Angkat anggota pesakit yang cedera di atas
paras jantung untuk menghentikan
pendarahan

3. Cuci luka

4. Tutup luka dengan kain gauze

5. Balut luka untuk mengelakkan jangkitan

6. Hantar mangsa ke hospital untuk rawatan
lanjut





Bebat, Balut Dan
Anduh

Anduh Tiga Segi

◆ Kain berukuran 1 meter persegi dipotong mengikut
pepenjurunya untuk mendapatkan dua helai anduh tiga segi.

◆ Kain anduh tiga segi boleh digunakan dalam pelbagai cara.
-Digunakan untuk menyokong lengan yang cedera
-Digunakan untuk menutup bebatan di atas
bahagian kecederaan yang besar,
-Digunakan untuk menutup bebatan di atas luka yang kecil.
-Digunakan sebagai pelapik untuk
mengawal pendarahan.

puncak

Cara melipat anduh

Balutan

◆ Balutan ialah kain yang digunakan untuk
mengemas pembebatan pada luka, memberi
tekanan pada luka supaya menahan
pendarahan.

Anduh
Tangan

Anduh Tapak Tangan

1 4
23

Pitam

Definisi pitam

Hilang tahap kesedaran diri seketika kerana
bekalan darah ke otak tidak mencukupi.

Tanda-tanda pitam

1. Mangsa kelihatan pucat
2. Nafas pendek dan cepat (nadi cepat)
3. Gelap mata, berpeluh sejuk dan melekit
4. Pening-pening dan rasa berpusing
5. Loya dan muntah-muntah
6. Jatuh dam pitam

Apa yang harus dilakukan

1.Baringkan pesakit
2. Tinggikan kaki pesakit
3. Longgarkan pakaian yang ketat
4. Berikan pengudaraan / kipas mangsa
5. Tentukan tahap kesedaran mangsa



Pastikan
tahap kesedaran mangsa

1. Tidak bernafas

• Beri bantuan pemulihan pernafasan

2. Bernafas
• Letakan mangsa dalam kedudukan pemulihan

3. Tiada denyutan nadi
• Beri bantuan CPR

Bantuan pernafasan

1. Pastikan saluran udara mangsa terbuka
2. Letakkan sebelah tangan di atas dahi mangsa

dan dua jari di bawah dagu
3. Kemudian dongakkan kepala mangsa

angkat dagu – dongak kepala

4. Picit hidung mangsa dengan ibu jari dan jari

telunjuk
5. Pastikan hidung mangsa tertutup rapat bagi

menghalang udara keluar

Picit hidung

6. Buka mulut mangsa

7. Tarik nafas dan rapatkan bibir pada mulut
mangsa

8. Hembus dua kali ke dalam mulut mangsa
sehingga dadanya naik

9. Pastikan kepala dan dagu mangsa didongakkan
ke atas

10. Ulang sehingga mangsa sedar

Hembus udara ke dalam mulut mangsa

11. Lihat, dengar dan rasa jika ada tanda- tanda
pergerakan mangsa

12.Jika tiada pergerakan, dail ambulans untuk
menghantar mangsa ke hospital.

Lihat – dengar - rasa

Kedudukan pemulihan

1. Melutut berdekatan mangsa
2. Alihkan kepala mangsa ke arah kamu dengan

mendongaknya ke belakang.
3. Halakan dagu ke atas supaya mangsa dapat

bernafas dengan baik.
4. Letakkan sebelah tangan mangsa di bawah

punggungnya dan lengan yang sebelah lagi di
atas dada sebelum memusingkan badan
mangsa.

Periksa keadaan mangsa


Click to View FlipBook Version