The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azazu.coria, 2022-03-22 20:30:22

NOTA BAB 1 T5

BAB 1 T5

Bab 16
Organisasi Tisu Tumbuhan dan

Pertumbuhan

16.1 Organisasi tisu tumbuhan
16.2 Tisu meristem dan pertumbuhan

16.3 Lengkung pertumbuhan

KANDUNGAN 16.1 : ORGANISASI TISU TUMBUHAN

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid dapat :

16.1.1 Berkomunikasi tentang jenis tisu tumbuhan
dan fungsi utamanya.

Anda telah pun mempelajari aras
organisasi organisma multisel dalam Bab 2
Tingkatan 4…

Dapatkah anda menamakan

beberapa sel khusus dalam

Sel yang menjalani proses pembezaan dan tumbuhan?
menjadi sel yang khusus :

Sel-sel berubah struktur dan bentuk agar
bersesuaian dengan fungsinya.

Mari kita ulangkaji sekejap…

Sel Khusus Dalam Tumbuhan :

Sel pengawal

➢ Merupakan sel epidermis permukaan
bawah daun yang terubahsuai.

➢ Mempunyai banyak kloroplas
➢ Mengawal bukaan stoma

Sel Khusus Dalam Tumbuhan :

Sel mesofil Sel mesofil
palisad berspan

➢ Berbentuk silinder ➢ Tersusun
dan disusun menegak longgar, banyak
dan padat untuk ruang udara
menyerap cahaya antaranya.
secara maksimum.
➢ Membenarkan
➢ Mempunyai pertukaran gas
banyak kloroplas berlaku

Sel Khusus Dalam Tumbuhan :

Sel akar rambut

➢ Merupakan sel epidermis yang
terubahsuai

➢ Mempunyai rerambut pada sel
untuk meningkatkan jumlah luas
permukaan bagi memaksimukan
penyerapan air dan garam mineral

Sel Khusus Dalam Tumbuhan :

Xilem floem

➢ Mempunyai salur xilem ➢ Sel berbentuk silinde
dan trakeid yang dan berplat tapis.
mengangkut air dan
garam mineral dari Plat
akar ke seluruh tapis
tumbuhan
➢ Mempunyai tiub
➢ Salur xilem dan tapis yang
trakeid terdiri mengangkut hasil
daripada sel-sel mati proses
serta berbentuk fotosintesis dari
panjang dan daun ke seluruh
berterusan tumbuhan

Okey, sekarang mari kita kenali jenis-
jenis tisu tumbuhan pula…

Tisu meristem Tisu kekal

Tisu Tisu Tisu Tisu Tisu
meristem meristem epidermis asas vaskular

apeks lateral

Tisu Tisu
xilem floem

Tisu Tisu Tisu
parenkima kolenkima sklerenkima

Tisu matang yang telah mengalami pembezaan atau
sedang mengalami pembezaan.

Tisu
asas

Tisu vaskular

Jenis tisu kekal : Tisu ➢ Tisu epidermis melapisi permukaan luar
epidermis batang, daun dan akar tumbuhan muda.

➢ Dinding sel epidermis yang terdedah
kepada udara dilitupi lapisan berlilin dan
kalis air yang dikenali sebagai kutikel.

Fungsi ▪ mengurangkann kehilangan air
kutikel
melalui penyejatan (proses

transpirasi)
▪ Melindungi daun daripada

kecederaan mekanikal
▪ Menghalang serangan patogen

➢ Terdapat sel-sel epidermis yang
terubahsuai mengikut fungsinya,
contohnya sel pengawal dan sel akar
rambut.

Jenis tisu kekal :

Tisu asas : (i) Tisu parenkima

➢ Tisu parenkima merupakan sel hidup yang paling ringkas
dan belum mengalami pembezaan.

➢ Mempunyai dinding sel yang paling nipis

➢ Tisu parenkima yang berada dalam keadaan segah
memberi sokongan dan mengekalkan bentuk tumbuhan
herba.

➢ Terlibat dalam fotosintesis dan membantu penyimpanan
kanji dan gula serta terlibat dalam pertukaran gas.

➢ Terlibat dalam baik pulih dan penjanaan semua tisu
tumbuhan serta dalam pengangkitan sistem vaskular



Jenis tisu kekal :

Tisu asas : (ii) Tisu kolenkima

➢ Tisu kolenkima terdiri daripada sel hidup, dan
apabila telah matang akan menjadi sel yang
fleksibel

➢ Mempunyai dinding sel yang diperbuat daripada
pektin dan hemiselulosa.

➢ Mempunyai dinding sel yang lebih tebal berbanding
dengan dinding sel parenkima.

➢ Memberi sokongan mekanikal dan sifat keanjalan
kepada tumbuhan



Jenis tisu kekal :

Tisu asas : (iii) Tisu sklerenkima

➢ Tisu sklerenkima terdiri daripada sel-sel yang
mati apabila matang.

➢ Mempunyai dinding sel yang paling tebal antara
semua tisu asas

➢ Berfungsi memberi sokongan dan kekuatan
mekanikal kepada bahagian tumbuhan yang
matang, dan membantu dalam pengangkutan
air dan nutrien dalam tumbuhan





Jenis tisu kekal :

Tisu vaskular : (i) Floem

➢ Floem terdiri daripada sel rakan dan tiub tapis

Sel rakan Terbentuk daripada sel hidup, iaitu tiub tapis
dengan kehadiran sitoplasma

Tiub tapis tidak mempunyai organel seperti
Tiub tapis nukleus dan ribosom kerana mengalami
kemerosotan apabila matang


Plat tapis

➢ Tiub tapis tersusun dari hujung ke hujung floem
untuk membentuk struktur tiub yang memanjang
dan bersambungan

➢ Floem mengangkut gula yang terhasil daripada
proses fotosintesis dari daun ke organ
penyimpanan seperti akar, buah dan umbisi





Jenis tisu kekal :

Tisu vaskular : (ii) Xilem

➢ Xilem terbentuk daripada sel-sel mati yang tidak
mengandungi sitoplasma.

➢ Mempunyai dinding sel yang diselaputi lignin.

➢ Terdiri daripada salur xilem yang memanjang,
berongga dan bersambungan antara satu dengan
lain dari akar ke daun.

➢ Ini membolehkan xilem mengangkut air dan garam
mineral dari akar ke semua bahagian tumbuhan.



KANDUNGAN 16.2 : TISU MERISTEM DAN
PERTUMBUHAN

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid dapat :

16.2.1 Mengenal pasti jenis dan bahagian dan tisu yang terlibat
dalam

pertumbuhan.
16.2.2 Menghuraikan kedudukan zon pembahagian sel, zon
pemanjangan

sel dan zon pembezaan sel dalam pucuk dan akar
16.2.3 Mengenal pasti zon pembahagian sel, zon pemanjangan sel
dan

zon pembezaam sel dalam radikel anak benih.

Pernahkah anda melihat perkembangan tumbuhan daripada anak benih hingga
menjadi pokok dewasa seperti di bawah ini??

Bahagian manakah yang
tumbuh terlebih dahulu??

Tisu apakah yang terlibat dalam
pertumbuhan ini?

= Tisu Meristem

Tisu Meristem

• Tisu meristem merupakan tisu yang
aktif membahagi secara mitosis.

• Terdapat 2 jenis tisu meristem :

a) Tisu meristem apeks
Terdapat di hujung pucuk dan
hujung akar

b) Tisu meristem lateral
Terdiri daripada kambium vaskular
dan kambiaum gabus

Tisu Meristem

Hujung pucuk dan
hujung akar
tumbuhan dapat
dibahagikan kepada 3
zon pertumbuhan sel
:

• Zon pembahagian sel

• Zon pemanjangan sel

• Zon pembezaan sel

Hujung pucuk dan
hujung akar
tumbuhan dapat
dibahagikan kepada
3 zon pertumbuhan
sel :

• Zon pembahagian sel

• Zon pemanjangan sel

• Zon pembezaan sel

Zon pertumbuhan : 1) Zon pembahagian sel

• Zon pembahagian sel berlaku pada
meristem apeks yang terdiri daripada
sel-sel meristem yang aktif membahagi
secara mitosis.

• Pertambahan bilangan sel menyebabkan
peningkatan kepanjangan batang
tumbuhan.

• Semasa sel baharu terbentuk, sel yang
terbentuk sebelumnya akan ditolak ke
zon pemanjangan sel.

Zon pertumbuhan : 2) Zon pemanjangan sel

• Zon pemanjangan sel terdiri daripada sel-sel yang
mengalami pertambahan saiz.

• Pertambahan saiz berlaku melalui resapan air secara
osmosis dan penyerapan nutrien ke dalam sel serta
disimpan di dalam vakuol.

• Vakuol-vakuol kecil yang bersebelahan bergabung untuk
membentuk vakuol yang bersaiz besar. Proses ini dikenali
sebagai pemvakuolan.

• Kemasukan air akan mengenakan tekanan terhadap dinding
sel, lalu menolak, memanjang dan melebarkan sel.

Zon pertumbuhan : 2) Zon pembezaan sel

• Zon pembezaan sel terdiri daripada sel-sel yang membeza dan pembezaan berlaku
apaila sel telah mencapai saiz yang maksimum.

• Sel-sel membeza membentuk tisu kekal seperti epidermis, korteks, xilem dan floem.

• Sel berubah bentuk dan struktur untuk menjadi sel khusus yang mempunyai fungsi yang
spesifik.

• Sebagai contoh : 1) sel epidermis pada daun membeza dan
membentuk sel pengawal yang mengawal
bukaan liang stoma.

2) sel epidermis pada akar membeza dan
membentuk sel akar rambut.

KANDUNGAN 16.2 : TISU MERISTEM DAN
PERTUMBUHAN

STANDARD PEMBELAJARAN
Murid dapat :

16.2.4 Memerihalkan jenis pertumbuhan : (i) primer (ii)
sekunder
16.2.5 Mewajarkan kepentingan pertumbuhan primer dan
pertumbuhan

sekunder
16.2.6 Membandingkan dan membezakan antara pertumbuhan
primer

dengan pertumbuhan sekunder dalam tumbuhan eudikot.
16.2.7 Menilai kepentingan tumbuhan yang mengalami pertumbuhan

sekunder dari segi ekonomi.

Pertumbuhan Pertumbuhan
primer sekunder

Pertumbuhan primer

• Definisi = merupakan pertumbuhan yang berlaku selepas percambahan
dan dialami oleh semua tumbuhan untuk menambah panjang
batang dan akar.

• Pertumbuhan primer berlaku pada
meristem apeks yang terdapat pada
hujung pucuk dan hujung akar.

• Pertumbuhan primer bermula apabila
sel-sel meristem pada meristem apeks
dalam zon pembahagian sel giat
membahagi.

Pertumbuhan primer

• Hal ini diikuti dengan pemanjangan sel dan pembezaan
sel.

• Pemanjangan sel itu seterusnya menyebabkan
pertumbuhan primer.

• Pertumbuhan pucuk dan akar semasa pertumbuhan
primer ini membolehkan tanaman terus mencari air
(melalui akar) atau cahaya matahari (melalui pucuk)

Pertumbuhan primer Akar tumbuh
memanjang
• Pada hujung pucuk, primordium daun dan primordium dengan
tunas akan tumbuh membentuk daun serta pucuk bantuan tisu
baharu. meristem
apeks.
• Hal ini membolehkan tumbuhan menambahkan
ketinggiannya atau panjangnya.

• Di hujung akar, iaitu bahagian jidal akar akan
menjadi haus apabila menembusi tanah.

• Hal ini menyebabkan sel-sel jidal akar digantikan
dengan sel-sel meristem.







Pertumbuhan sekunder

• Definisi = merupakan pertumbuhan yang berlaku kepada
kebanyakan tumbuhan eudikot dan sebilangan
kecil tumbuhan monokot (pokok renek) untuk
menambah ukur lilit atau diameter batang dan
akar tumbuan.

Diameter
batang pokok

bertambah

Pertumbuhan sekunder

• Pertumbuhan sekunder berlaku disebabkan oleh pembahagian sel meristem
lateral yang terdapat di batang dan akar.

Pertumbuhan sekunder

• Meristem lateral terdiri

daripada :

a) Kambium vaskular
Terletak di antara tisu
floem dan tisu xylem dalam
berkas vaskular

b) Kambium gabus
Terletak di bawah
lapisan epidermis

Mari kita perhatikan bagaimana
pertumbuhan sekunder berlaku pada
batang pokok . . .



Pertumbuhan sekunder pada batang

Pertumbuhan sekunder bermula Sel-sel dalam gelang kambium • Apabila mengalami
apabila kambium vaskular membahagi ke arah dalam membentuk pertumbuhan sekunder, xilem
primer ditolak ke arah
membahagi secara mitosis dengan xilem baharu, dan ke arah luar empulur, manakala floem
aktif membentuk floem baharu. primer ditolak ke arah
epidermis.
• Apabila lapisan xilem sekunder dimampatkan, berlaku pertambahan lilitan batang dan
• Akibatnya, tisu-tisu primer
menyebabkan epidermis batang meregang serta retak. dimampatkan untuk
• Kambium gabus membahagi dengan aktif membentuk sel-sel gabus di sebelah luar dan membentuk lapisan kayu yang
kuat. Hal ini disebabkan
korteks di sebelah dalam. dinding salur xilem ditebali
• Lapisan gabus melindungi batang daripada serangan serangga dan patogen apabila epidermis lignin.

merekah. • Penebalan lignin memberi
sokongan mekanikal kepada
tumbuhan.

Pertumbuhan sekunder pada batang pokok




Click to View FlipBook Version