The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skgemas.pss, 2022-04-22 05:28:06

PAMERAN BERTEMA HARI BUMI

PAMERAN BERTEMA HARI BUMI

PAMERAN BERTEMA

HARI BUMI SEDUNIA

22 APRIL 2022

PUSAT SUMBER SEKOLAH
dengan kerjasama PANITIA SAINS,
SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS.

Pengenalan

▪ Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan
yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap
tahun ketika musim bunga di hemisfera utara,
dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini
diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan
penghargaan kepada alam sekitar.

▪ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga
meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John
McConnell pada 1969, setiap tahun
ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang
diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar
alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga
dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di
kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Apakah Hari Bumi?

▪ Sambutan Hari Bumi diraikan pada 22 April
setiap tahun seluruh dunia sebagai usaha
menghargai bumi dan menyemai rasa
tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran
di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi
dan alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar pada
setiap tahun telah terlibat dalam penganjuran
program-program kesedaran alam sekitar
sempena Sambutan Hari Bumi sebagai usaha
dalam meningkatkan kesedaran masyarakat di
Malaysia terhadap alam sekitar.

Sejarah Hari Bumi

▪ Pada September 1969, dalam sebuah
persidangan di Seattle, Washington, Senator
A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa
musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi
dari akar umbi di seluruh negara bagi
pembelaan terhadap alam sekitar. Senator
Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan
alam sekitar di seluruh negara untuk
menjadikan alam sekitar sebagai agenda
negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia
berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir
20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi
taman dan auditorium. Hari Bumi pertama
menjadi pembuka jalan terbentuknya United
States Environmental Protection Agency/US
EPA.

Sejarah Hari Bumi

▪ Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang
pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The
New York Times mengeluarkan rencana yang
panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan
peningkatan aktiviti mempertahankan alam
sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula
sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi
pertama diraikan.

▪ Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan
ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar
moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan
Hari Bumi mulai berkembang secara global.
Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia
tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala
global.

Earth Day Activities

▪ List activities here

Tema Hari Bumi 2022

"Invest In Our Nature" atau
“Lestarikan Bumi” merupakan
tema Hari Bumi sedunia 2022 yang
menggalakkan kita untuk
melepaskan pelaburan yang tidak
mampan; menyokong jenama dan
produk yang mementingkan alam
sekitar; dan menggunakan
kemahiran dan suara anda sendiri
untuk melawan perubahan iklim.

Sambutan Hari Bumi 2022

Semarakkan tema ‘Invest in
Our Planet’ atau ‘Lestarikan
Bumi’ pada tahun ini dengan
memulakan langkah kecil yang
pastinya memberi impak besar
kepada kesihatan bumi.
Laksanakan amalan mudah
seperti KUDAH (kutip sampah
sambil riadah), jimat air,
minimakan penggunaan
sumber dan hindari plastik
sekali guna.

Getting the Word Out about
Earth Day

▪ List ideas here

Earth Day Resources

▪ List resources here







“Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh
hamba-hambaKu yang soleh”
Surah Al-Anbiya' Ayat: 105

Sempena Hari Bumi, kita mesti lebih bersemangat
memikul amanah kerana pelaburan yang diusahakan
hari ini adalah untuk mewariskan bumi yang lestari
kepada generasi akan datang.

Selamat Hari Bumi Sedunia

daripada

Seluruh warga SK GEMAS

PUSAT SUMBER SEKOLAH
dengan kerjasama PANITIA SAINS,
SEKOLAH KEBANGSAAN GEMAS.


Click to View FlipBook Version