The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skgemas.pss, 2023-01-21 21:58:27

PAMERAN BERTEMA TAHUN BAHARU CINA

PAMERAN BERTEMA TAHUN BAHARU CINA

ANJURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA CINA & PEND. MORAL SK GEMAS, NEGERI SEMBILAN


Sejarah Tahun Baharu Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, di mana seekor makhluk ganas yang bernama ‘Nian’ membuat huru-hara di Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan dan kesengsaraan. SEJARAH TAHUN BAHARU CINA


Mereka mencari ikhtiar untuk menewaskan makhluk ini. Akhirnya, mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan membakar bunga api siang dan malam.


Tahun Baharu Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di seluruh dunia kerana ia menandakan kelahiran tahun baru mengikut kalendar lunar.


Tahun Baharu Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama zodiak Cina (nama haiwan). 12 haiwan yang menaungi kalendar lunar ialah tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan khinzir. Setiap haiwan membawa signifikasi yang tersendiri.


ANG PAU Ang pau atau sampul merah diedarkan sepanjang Tahun Baharu Cina oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.


Pada malam Tahun Baru, kaum keluarga sama ada dekat atau jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol eratnya kekeluargaan yang menjadi tunjang masyarakat harmoni. MALAM TAHUN BAHARU CINA


YEE SANG Merupakan menu wajib setiap kali meraikan sambutan Tahun Baharu Cina. Menu ini biasanya disajikan sebagai hidangan pembuka dan dianggap sebagai Simbol Penyatuan dan Lambang Kemurahan Rezeki yang akan diperoleh sepanjang tahun tersebut.


PAKAIAN Mereka percaya warna merah membawa tuah dan kecemerlangan dalam hidup mereka. Nasib mereka akan ditimpa malang sekiranya memakai pakaian yang berwarna hitam dan warna-warna yang gelap. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu dalam majlis-majlis perayaan kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.


TARIAN SINGA Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam masyarakat Cina. Penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakkan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut.


Tarian naga akan dikuasai oleh sekumpulan penari yang ramai. Lebih kurang 15 hingga 20 orang penari yang terlibat dalam persembahan tersebut, bilangannya bergantung kepada saiz naga yang berbeza. Sebiji bola akan diambil dan dimainkan oleh salah seorang daripada penari-penari untuk mengarahkan perjalanan atau pergerakan naga tersebut. TARIAN NAGA


Amalan memberi limau mandarin juga simbolik memberi tuah. Buah limau mandarin yang dipanggil ‘kam’ dalam bahasa Kantonis bermaksud emas . Ia merupakan kewajipan setiap Tahun Baharu Cina kerana ia melambangkan limpahan kekayaan kepada masyarakat Tiong Hua. LIMAU MANDARIN & LOKAM


KUIH BAKUL Dikenali juga sebagai Nian Goa. Diperbuat daripada tepung pulut dan berbentuk seperti dodol. Nian Gao merujuk pada frasa ‘semakin tinggi tahun demi tahun’. Hidangan Nian Gao semasa jamuan makan malam adalah cukup penting kerana hidangan ini menandakan peningkatan dalam kehidupan mereka.


CHAP GOH MEI Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut “Pesta Lampu”, kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.


PUSAT SUMBER SEKOLAH DENGAN KERJASAMA PANITIA BAHASA CINA & PEND. MORAL SK GEMAS, NEGERI SEMBILAN


Click to View FlipBook Version