The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Science Subject for Pre-K_ Differences between Warm and Cold by Slidesgo

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by christinasimon2309, 2023-07-20 10:23:24

TUGASAN2 GKEB1072

Science Subject for Pre-K_ Differences between Warm and Cold by Slidesgo

TUGASAN 2: PENGHASILAN PRODUK GKEB1072 KEMAHIRAN BELAJAR


NAMA: CHRISTINA SIMON ANGKA GILIRAN 2022022310033 NO. KAD PENGENALAN: 040923-13-0118 KUMPULAN: PPRBMM3-2 KOD DAN NAMA KURSUS: GKEB1072 KEMAHIRAN BELAJAR NAMA PENSYARAH: DR. LAW HUI HAW


ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA 1.0 PENGENALAN KATA HUBUNG 2.0 JENIS-JENIS KATA HUBUNG 2.1 KATA HUBUNG PANCANGAN 2.2 KATA HUBUNG GABUNGAN 2.2 KATA BERPASANGAN 3.0 LEMBARAN LATIHAN MURID 4.0 RUMUSAN 5.0 RUJUKAN


1.0 PENGENALAN KATA HUBUNG


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KATA HUBUNG ?


Rajah 1. Definisi kata hubung. Kata hubung merupakan perkataan yang menjadi penghubung dan penyambung sesuatu ayat, frasa dan juga perkataan. Kata hubung ini digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan yang lain supaya menjadi sebuah ayat majmuk. Kata Hubung


Dan Yang Untuk Sambil Kerana Kata Hubung Rajah 2. Contoh Kata Hubung


Berikut merupakan contoh penggunaan kata hubung: Rajah 3. Contoh penggunaan kata hubung dan ayatnya. Contoh-contoh Penggunaan Kata Hubung 1. Iasaiah dan Chloe membeli di kedai Pak Usu 2. Ali tidak ke sekolah pada hari tersebut kerana demam. 3. Ibu memasak sambil bernyanyi.


2.0 JENIS-JENIS KATA HUBUNG


Jenis-jenis Kata Hubung Rajah 4. Jenis-jenis kata hubung Kata Hubung Gabungan • Lalu • Malahan • Sambil • Maka • Serta Kata Hubung Pancangan • Walaupun • Supaya • Sehingga • Sementara • Kerana Kata Hubung Berpasangan • Baik ... ataupun • Baik ... mahupun • Bukan sahaja ... tetapi juga • Sungguhpun ... tetapi Jenis-jenis Kata Hubung


2.1 KATA HUBUNG PANCANGAN


Rajah 4. Kata Hubung Pancangan K a t a H u b u n g P a n c a n g a n digunakan untuk menyambungkan satu ayat induk dengan satu atau lebih ayat yang lain kecilnya. terdiri daripada tiga jenis kata hubung pancangan kata hubung pancangan komplemen, kata hubung pancangan relatif dan kata hubung pancangan keterangan.


Rajah 5. Contoh Kata Hubung Pancangan Kata Hubung Pancangan Kerana Sehingga Apabila Supaya Bahawa Agar Sementara Walaupun


KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN Rajah 6. Kata Hubung Pancangan Komplemen. Kata Hubung Pancangan Komplemen menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama klausa-klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama Kata hubung yang berperanan begitu adalah “bahawa” dan “untuk”


Berikut merupakan contoh ayat yang menekankan penggunaan kata hubung pancangan komplemen : Rajah 7. Contoh penggunaan kata hubung Contoh-contoh Penggunaan Kata Hubung Pancangan Komplemen Aisyah sedar bahawa dia tidak dapat melawan setiap perkataan yang diucapkan ibunya kerana ibu yang telah melahirkan dan menjaganya. Iasaiah tetap berkeras melawan gurunya untuk menegakkan keadilan para pelajar yang tidak bersalah tersebut.


Rajah 8. Kata Hubung Pancangan Relatif Kata hubung relatif ini pula menghubungkan klausa utama denga klausa-klausa pancangan (kecil). Kata hubung pancangan relatif ini menggunakan kata hubung “yang”. Kata Hubung Pancangan Relatif KATA HUBUNG PANCANGAN RELATIF


Berikut merupakan contoh ayat yang menekankan penggunaan kata hubung pancangan relatif : Rajah 9. Contoh penggunaan kata hubung pancangan relatif. 1. Drama yang ditulis oleh Bahari Zaman itu telah memenangi Anugerah Bani Buang. • Drama itu memenangi Anugerah Bani Buang. • Drama itu ditulis oleh Bahari Zaman 2. Pemuda yang disaman itu telah membayar dendanya. • Pemuda itu disaman. • Pemuda itu telah membayar dendanya.


KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN • Kata hubung pancangan keterangan ini menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.


Kata hubung pancangan keterangan yang sering digunakan adalah seperti berikut : Contoh Kata Hubung Pancangan Kerana Agar Sekiranya Hingga Supaya Kalau Jika Semoga Rajah 10 . Contoh kata hubung pancangan keterangan.


Berikut merupakan contoh ayat yang menekankan penggunaan kata hubung pancangan keterangan : Rajah 11 . Contoh penggunaan kata hubung pancangan keterangan. Alia akan pergi bercuti di kampung jika ibu memberi kebenaran kepadanya. Balqis tidak hadir ke sekolah pada hari tersebut kerana dia demam. Abu akan didenda oleh ibunya sekiranya dia melakukan kesalahan yang sama lagi. “Aku akan tetap menjagamu hingga ke akhir hayatku.”, kata Samad kepada Saloma. Ibu menasihati adik agar menjaga tingkah lakunya ketika bertandang ke rumah orang.


2.2 KATA HUBUNG GABUNGAN


Rajah 12. Contoh penggunaan kata hubung Kata Hubung Gabungan Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan dua ayat atau lebih yang sama penting kedudukan dan sifatnya. Ayat yang terhasil disebut sebagai ayat majmuk gabungan.


Rajah 13. Contoh Kata Hubung Gabungan Contoh Kata Hubung Gabungan Maka Tetapi Malahan Lantas Serta Dan Atau Sambil


Kata hubung berpasangan adalah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat. Kata hubung ini sering terdiri daripada gabungan kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Rajah 14. Contoh penggunaan kata hubung gabungan


Berikut merupakan contoh bagi kata dan ayat hubung gabungan: Rajah 15. Contoh penggunaan kata hubung gabungan dan ayatnya. Contoh-contoh Penggunaan Kata Hubung Gabungan 1. Semua murid diarahkan untuk duduk kecuali Lola. 2. Sarah merupakan seorang pelajar yang rajin serta pandai. 3. Ibu memasak sambil menari.


2.3 KATA HUBUNG BERPASANGAN


Berikut merupakan ayat dan contoh kata hubung berpasangan: Rajah 16 . Contoh penggunaan kata hubung berpasangan Perkataan Contoh Ayat Bukan sahaja ------------ malah Ali bukan sahaja pelajar yang malas malah dia juga seorang yang boros. Daripada ------------ lebih baik Daripada membuang masa dengan tidur di kelas lebih baik mengambil masa yang terluang untuk mengulang kaji. Walaupun ------------ namun Walaupun Abu sering ponteng namun dia seorang yang pandai. Sama ada ------------- ataupun Tidak kira tua ataupun muda, semua penduduk diminta untuk membaca buku.


3.0 LEMBARAN KERJA KATA HUBUNG


LEMBARAN KERJA KATA HUBUNG Rajah 17. Contoh latihan pelajar tahap 1.


LEMBARAN KERJA KATA HUBUNG Rajah 18. Contoh latihan pelajar tahap 2


1. Ibu (dan/untuk) ayah sedang mengajar adik menulis di ruang tamu. 2. Nenek memasak (ketika/sambil) bercerita bersama ibu di dapur. 3. Ali dan Abu telah berkawan (dari/sejak) mereka di bangku sekolah lagi. SOALAN KATA HUBUNG


1. Ibu (dan/untuk) ayah sedang mengajar adik menulis di ruang tamu. 2. Nenek memasak (ketika/sambil) bercerita bersama ibu di dapur. 3. Ali dan Abu telah berkawan (dari/sejak) mereka di bangku sekolah lagi. JAWAPAN KATA HUBUNG


4.0 RUMUSAN


Kesimpulannya, kata hubung merupakan perkataan yang berfungsi dan berperanan untuk menghubungkan atau menyambungkan dua ayat tunggal atau lebih daripada dua ayat tunggal. Ayat yang terhasil daripada penyambungan dua ayat atau lebih daripada dua ayat tersebut pula akan dinamakan sebagai ayat majmuk.


5.0 RUJUKAN


Chee, L. K. (2011). Penggunaan di mana dan yang mana sebagai Kata Hubung: Analisis Linguistik Korpus. Jurnal Bahasa, 11(2), 297-320. binti Yaakub, Y., & binti Halim, R. (2021). Kata Kata Hubung sebagai Peranti Kohesi dalam teks Ucapan Tunku Abdul Rahman: Conjunctions As a Cohesive Device in Tunku Abdul Rahman’s Speeches. PENDETA, 12(1), 120-134. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka. Aziz, M. N. A., & Ahmad, N. S. (2008). KEMAHIRAN BELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK: KAJIAN DI DAERAH KERIAN, PERAK. Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, 23. Kok Kean Hin. (2021). Kemahiran Belajar Dan Guru Pelatih. Jurnal Dunia Pendidikan.3 (2), 370-376.


Click to View FlipBook Version