Botoks:
Tujuan kecantikan atau
perubatan & kaitannya
Qawaid Fiqh
Arranged by :
MUHAMMAD HAFIZUL
LUQMAN BIN SAMSUDDIN
Prepared For :
PUAN NURUL AIN
BINTI OTHMAN
Isi
kandungan
Pengenalan
Mukadimah
diri
04
03
Faktor memilih
Definisi botoks botoks
05 06
Kesan daripada Bagaimana mengatasi
botoks atau menyedarkan
tentang botoks
07
08
Cadangan lain
daripada
Keratan akhbar
menggunakan
botoks 10
09
Konklusi
11
Sumber rujukan
12
2
Pengenalan
diri
MUHAMMAD HAFIZUL LUQMAN
BIN SAMSUDDIN
15DKA21F2006
LUQMAN HAQIM BIN AZMI
15DKA21F2010
MOHAMAD KHAIRUL IKHWAN BIN
MUHAMMAD AZRUL HAZIMI BIN
ROSLAN NORHISYAM
15DKA21F2028
15DKA21F2017
3
Mukadimah
Kolagen daripada sudut bahasa ialah protein
utama yang terdapat pada tisu penghubung,
kulit, tulang dan tulang rawan yang
menghasilkan gelatin apabila direbus.
suntikan kolagen memberikan kulit struktur
yang lebih montel, dan halus. Suntikan
kolagen berfungsi dengan replenish
(mengganti semula) kolagen semulajadi yang
ada dalam kulit. Kecantikan semula jadi yang
ada pada kulit akan bertambah apabila
kontur pada support structure (struktur
penampung) diperbaharui. Suntikan kolagen
juga bergantung kepada jenis kulit,
kesensitifan, dan sejarah rawatan. Bukan
semua jenis kulit boleh mendapat suntikan
kolagen
Hukum menggunakan botoks juga terbahagi
kepada tiga iaitu wajib apabila mahu
menutup luka atau memperbaiki kesan kulit
terbakar pada wajah. Selain itu, hukum harus
apabila mahu mengembalikan fungsi tubuh
sebagaimana yang sepatutnya dan hukum
haram apabila sengaja mahu mengubah
ciptaan Allah S.W.T
Isu suntikan kolagen pada anggota
badan untuk tujuan kecantikan
dibahaskan oleh para ulama zaman
kontemporari. Ia tidak dibincangkan oleh
ulama silam kerana perbezaan teknologi
yang ada padan zaman itu. Pun begitu,
ini tidak menghalang para ulama
kontemporari untuk mengambil manfaat
daripada fatwa ulama silam apabila illah
yang sama ditemui dalam perkara-
perkara yang diperselisihkan.
4
Definisi Botoks
Botox (botoks) atau toksin
botulinum, ialah ubat yang
berasal dari bakteria
Clostridium botulinum. Ia
telah digunakan oleh doktor
dan pakar sejak sekian lama.
Secara saintifiknya, dianggarkan bahawa hanya satu gram toksin botulinum dapat
membunuh sejuta orang, yang menjadikannya salah satu bahan yang paling toksik di
dunia.
Walau bagaimanapun, apabila digunakan dengan betul dan dos yang sesuai, toksin
botulimun telah terbukti menjadi suatu protein terapeutik yang berjaya dan bermanfaat.
Acetylcholine, bahan kimia yang membantu otot-otot untuk mengalami kontraksi,
dilepaskan oleh saraf.
Botoks berfungsi dengan menyekat isyarat daripada sel-sel saraf, iaitu pembebasan
acetylcholine ke otot apabila disuntik ke dalam tubuh manusia.
Hal ini boleh melumpuhkan otot dengan membuat mereka tidak dapat mengalami
kontraksi dan menjadi lebih lembut.
5
Faktor memilih
botoks
Walaupun Botox membahayakan namun, Botox juga memiliki kebaikannya tersendiri.
Antaranya ialah boleh merawat wajah yang berparut. Sebagai contoh, situasinya seperti
sekiranya seseorang mengalami kemalangan atau kecederaan dibahagian muka. Dalam
persepsi Islam, Botox juga boleh digunakan tujuan perubatan berubah hukumnya menjadi
JA’IZ (harus) atas sebab tertentu seperti dalam keadaan darurat. Apabila tidak ada ubat lain
yang berkesan dan penggunaan Botox sebagai jalan terakhir dan keselamatan terjamin.
Selain itu, selagi tidak mempunyai alternatif selain daripada Botox. Penggunaan Botox mestilah
disahkan oleh doktor yang beragama Islam yang boleh dipercayai. Selain itu, wanita dapat
mencantikan wajah sekiranya dia berniat untuk cantik demi suaminya. Tetapi kebanyakan
wanita masa kini ingin mencantikkan muka demi kepentingan sendiri tanpa niat tertentu,
maka haramlah hukum bagi penggunaannya. Kesan baik Botox tidak banyak kerana ia
banyak memudaratkan manusia.
6
Kesandaripada
botoks
Kesan daripada botoks ini berdasarkan Qawaid Fiqh ialah
menipu rupa asal sebenar yang dijadikan Allah S.W.T,
mempunyai kebarangkalian kecacatan pada bahaian
yang dibedah mempunyai kesan sampingan masa
panjang dan membazir.
Di dalam konteks ini,terdapat banyak keburukan atau
kesan buruk Botox kepada manusia. Antara keburukan
Botox kepada manusia ialah mendapat banyak penyakit
yang dihidapi seperti pening kepala,saraf rosak dan
sebagainya. Selain itu, keburukan Botox pada persepsi
Islam ialah hukumnya haram kepada manusia kerana
mengubah ciptaan Allah SWT. dan akan dimurkai oleh-
Nya. Seterusnya, keburukan Botox juga boleh
menyebabkan penyakit kanser kulit dan akan menderita
seumur hidup. Selain itu, Botox juga boleh mendatangkan
fitnah.
Di samping itu, Botox boleh menyebabkan hidup seseorang
itu tidak tenang kerana tidak mendapat keredhaan dari Allah
SWT Keburukan Botox seterusnya ialah rawatan Botox ini juga
mempunyai banyak bahan kimia yang terlarang dan
menyebabkan kerosakan kulit yang terjadi apabila rawatan
tidak berjaya dilaksanakan. Botox ini boleh dilaksanakan jika
berada dalam keadaan darurat untuk memulihkan dan
menjamin keselamatan diri tetapi untuk kecantikan diri
sendiri dilarang sama sekali. Jelaslah disini bahawa banyak
keburukan kepada diri kita jika kita meneliti dengan baik
tentang perkara ini.
7
Bagaimana mengatasi
atau menyedarkan tentang
botoks
Rawatan kecantikan dengan suntikan BOTOX adalah khidmat
daripada doktor pakar dan berpengalaman. Semasa suntikan jarum
yang akan terkena saluran darah, terdapat beberapa kesan yang
akan dialami iaitu menyebabkan kulit menjadi lebam dan kebiru-
biruan ( hematoma ), BOTOX mengalir ke otot lain yang tidak
dikehendaki dan menyebabkan kegagalan fungsi otot tersebut.
Terdapat juga mereka yang mengalami kesan sampingan seperti
kekeringan pada mata atau kesukaran bernafas walaupun kadarnya
kecil. Akhir sekali, BOTOX mempunyai bahan kimia yang terlarang
dan menyebabkan kerosakan kulit yang terjadi apabila rawatan
tidak berjaya dilaksanakan.
Bagi mengelakkan kesan hematoma, jarum kecil biasanya
digunakan dan menekan bahagian suntikan beberapa minit. Air
batu juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan lebam.
Untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan yang lain,
mereka yang mendapatkan rawatan BOTOX diingatkan agar
tidak tidur dalam tempoh tiga jam selepas suntikan.
Walaubagaimanapun kesan sampingan ini tidak berpanjangan
dan akan hilang dalam masa dua hingga tiga minggu.
Meskipun botox ini memudaratkan kesihatan, namun botox juga
memiliki kebaikannya tersendiri. Anataranya ialah merawat
wajah yang berparut. Sebagai contoh, situasinya seperti
sekiranya seseorang mengalami kemalangan atau kecederaan
di bahagian muka yang menyebabkan parut kekal di bahagian
tersebut. Dalam Islam, botox digunakan bertujuan perubatan
dan berbubah hukumnya menjadi harus atas sebab tertentu
seperti dalam keadaan darurat. Apabila tidak ada ubat lain
yang berkesan dan penggunaan botox sahaja sebagai jalan
terakhir maka hukumnya berubah menjadi harus.
8
Cadangan selain menggunakan
rawatan botox
.
Antara cadangan selain menggunakan rawatan BOTOX ialah dengan
menggunakan produk kecantikan. Hal ini kerana produk kecantikan
juga dapat mengurangkan masalah kulit berminyak dan dapat
mencerahkan kulit. Justeru, ia juga banyak memberi impak kepada
remaja yang menggunakan rawatan botox kerana dapat
menghindari dari melakukan rawatan tersebut. Selain itu, kos
produk kecantikan dan collagen murah untuk didapati dan tidak
membazir beribu-ribu wang untuk kos rawatan botox sahaja.
Seterusnya, buah-buahan atau sayur-sayuran juga merupakan
sumber bahan makanan yang mempunyai manfaat besar kepada
kesihatan dan kecantikan kulit. Contohnya seperti tomato, bukan
sahaja sedap dimakan dan menjadi antara bahan penting masakan,
tomato juga boleh memberi zat scukupnya kepada kulit. Nutrisinya
dan kandungan air yang tinggi bagi melembapkan kulit dan sarat
dengan mineral, kalsium, vitamin A, vitamin C, flavonoid, vitamin B
kompleks, tiamin, float dan niacin. Dengan buah-buahan atau sayur-
sayuran seperti tomato banyak memberi kesan yang baik untuk
mengurangkan rawatan suntikan Botox yang semakin ramai
berkeinginan melaksanakan rawatab tersebut of body text
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada penggunaan Botox tentang penggunaannya adalah haram atas
beberapa sebab iaitu bakteria-bakteria Botox ( Botulinum Toxin Type A ) dihasilkan daripada khinzir yang
mereput dan daripada sel-sel orang mati akibat penyakit Botulism. Khinzir serta segala yang dihasilkan dari
haiwan tersebut adalah najis Mughallazah. Penggunaan khinzir serta najis adalah HARAM QATIE. Selain itu,
Botox juga merupakan racun berbisa walhal hukum Syara telah mengharamkan umat Islam daripada
mengambil racun dalam apa jua bentuk kerana ianya memudaratkan. Kajian sains menunjukkan bahawa
Botox adalah sejenis toksin yang boleh mebawa maut.
9
Graf Penggunaan Botoks Dalam Setahun
Gambar Perbezaan Sebelum
Dan Selepas Suntikan Botoks
10
KONKLUSI
Hasil perbincangan dalam masalah ini
dapatlah disimpulkan bahawa
pembedahan plastik yang bertujuan
bagi pemulihan semula adalah
diharuskan, manakala pembedahan
plastik yang bertujuan semata-mata
untuk mengubah kejadian asal bagi
tujuan kecantikan adalah haram dan
hukumnya berdosa. Jadi isu ini
sebenarnya tidak memerlukan kepada
kajian yang mendalam dari segi Fiqh
untuk menyelesaikan masalah ini. Yang
penting adalah dapat membezakan
tujuan dilakukan pembedahan ini sama
ada tujuannya untuk sia-sia atau
kesejahteraan ataupun suatu perkara
keperluan atau kemudaratan.Islam
adalah satu agama yang tidak
ketinggalan dalam menangani isu-isu
semasa. Walaupun tidak menyatakan secara
spesifik, al-Quran tetap menyediakan
ayat-ayat yang bersifat global yang
hanya menunggu sedikit usaha daripada
kalangan cendiakawan Islam
merumuskan hukum kontemporari
daripada ayat-ayatnya.
11
Sumber rujukan
http://digilib.uinsby.ac.id/30848/
https://firdauskhalil.wordpress.com/2012/08/10/penggunaan-
botox-menurut-pandangan-islam/
Merujuk kepada buku ISU-ISU FIQH HALAL & HARAM SEMASA
jilid 1 muka surat 670:
https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/penjagaan-
kulit/kelebihan-dan-kekurangan-botox/
https://firdauskhalil.wordpress.com/2021.www.indramuh
tadi.com/blog-articles-2014/topik-ke-172-injection
buku : Fatwa perubatan mengikut Islam
12