The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fizul707, 2022-04-26 11:07:52

PERISTIWA 13 MEI 1969

PERISTIWA 13 MEI 1969

PERISTIWPENGHALANG

AKESEPADUAN

13NASIONAL

MEI

ISI KANDUNGAN

SIDANG EDITOR 5
6-8
PENGENALAN
9
2.0 SEJARAH TRAGEDI
10-21
13 MEI 1969


3.0 PUNCA TRAGEDI

13 MEI1969

3.1 LAYANAN BERAT

SEBELAH OLEH

ORANG JEPUN

3.2 DASAR PECAH

DAN PENJAJAH

INGGERIS

3.3.LATAR BELAKANG

PENDIDIKAN

BERBEZA

3.4 PERTELINGKAHAN
22-23
PARTI POLITIK

3.5 PERASAAN TIDAK

PUAS HATI TERHADAP

HAK KEISTIMEWAAN


ORANG MELAYU
3.6 BAHASA MELAYU


SEBAGAI BAHASA

RASMI NEGARA

3.7 PERBEZAAN AGAMA DAN

BUDAYA

3.8 MASALAH EKONOMI

3.9 PERSATUAN ETNIK

4.0 PENGAJARAN

4.1 PENTINGNYA KESATUAN
4.2 PERBAIKI HUBUNGAN


ANTARA KAUM
4.3 SEMANGAT CINTA


AKAN NEGARA

4.4 MEMUPUK SEMANGAT BERSATU

PADU DALAM KALANGAN MASYARAKAT

5.0 KESIMPULAN 24
6.0 RUJUKAN 25

SIDANG EDITOR

Syukur Alhamdulillah kerana dengan berkat dan MUHAMMAD HAFIZUL LUQMAN
keizinannya maka kami dapat menyiapkan tugasan
kerja kursus Etika dan Peradaban kod kursus NURUL

MPU21032 dengan jayanya. InshaAllah tugasan FARZANA
kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat
kepada kami daripada segi pengetahuan dan
pengalaman semasa membuat kajian dan di masa
hadapan. 
Kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih
dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah
kami Puan Hanisah binti Nasib kerana telah
memberi bimbingan, dorongan dan tunjuk ajar
cara-cara membuat kerja kursus mengikut kriteria
yang ditetapkan. Beliau turut membantu
menyemak data, laporan dan membuat teguran
agar kami memperoleh hasil kajian yang
cemerlang. 
Tidak lupa juga kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada rakan sekerja kami yang setia
membantu kami memberikan buah fikiran dalam
menyiapkan tugasan ini. Setiap pertolongan yang
diberikan amat kami hargai dan kami berharap
semoga kebaikan yang diberi akan dibalas dengan
kebaikan juga suatu hari kelak. 

welcome NUR HANISAH

KALAVATI

5

PENGENALAN

Pengenalan Peristiwa 13 Mei 1969
merupakan satu tragedi berdarah yang
banyak meninggalkan kesan terhadap
politik,ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya
bukan suatu peristiwa yang berlaku secara
tiba-tiba atau sebab-sebab yang tertentu
tetapi ianya merupakan suatu rentetan
kepada sebab atau peristiwa yang telah
berlaku sebelumnya. 

Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan
salah satu faktor yang turut menyumbang kepada
peristiwa 13 Mei. Hal ini dikatakan demikian, kerana
kejayaan penduduk Jepun dalam menjajah Tanah
Melayu yang menyebabkan permusuhan antara kaum.
Ketika Jepun berada Tanah Melayu, Penduduk Tanah
Melayu khususnya orang Cina yang telah ditindas oleh
Jepun manakala orang Melayu dan India telah dijadikan
sebagai buruh paksa. Kesan daripada perlakuan
tersebut telah memberi tekanan terhadap penduduk
Cina untuk melarikan diri di pinggir hutan. Meraka juga
telah bertembung dengan orang-orang Melayu yang
tinggal di kampung tradisi dan mengakibatkan
pertembungan budaya yang berlainan latar belakang

6

Selain itu, kesan peninggalan penjajah Inggeris juga
boleh dilihat sebagai punca kepada peristiwa
tersebut. Amalan diskriminasi yang dilakukan oleh
penjajah Inggeris terhadap penduduk Tanah Melayu
telah memberi kesan yang buruk dan
menyebabakan penduduk di Tanah Melayu tidak
mempunyai keharmonian dan hidup bersatu padu.
Contohnya, Penjajah Inggeris mengambil
kesempatan dengan memecahbelahkan hubungan
antara kaum di Tanah Melayu. Kesan daripada
perlakuan penjajah inggeris menyebabkan
hubungan antara pelbagai kaum semakin
renggang.  

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei,
banyak meninggalkan kesan yang negatif
terhadap masyarakat Melayu khasnya
dan golongan bumiputera secara amnya.
Pengenalan ekonomi mengikut ras
umpamanya adalah bukti yang jelas
kepada persoalan ini. Keadaan ini
merupakan suatu kesan yang nyata
selepas penjajahan British.

7

Dasar ekonomi baru yang dirancangan oleh
kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha
bertujuan untuk mengimbangkan kembali
kedudukan ekonomi dan hubungan antara
kaum di Malaysia. Kejadian ini telah
menyebabkan kemorosotan ekonomi Malaysia
dan kerajaan telah mengambil tindakan untuk
meningkatkan ekonomi terhadap kaum Melayu

Oleh itu,Tragedi 13 Mei merupakan tragedi 
yang paling tidak boleh dilupakan dalam
sejarah  Negara Malaysia. Hal ini kerana
kejadian tersebut telah menyebabkan rusuhan
antara  kaum sehingga melibatkan nyawa
orang lain dan dapat merosakkan harta
benda. Tragedi ini juga telah menyebabkan
perpapduan antara kaum di Malaysia semakin
merosot. 

8

SEJARAH TRAGEDI

Tanggal 13 Mei 1969 telah berlakunya rusuhan
kaum yang mengakibatkan kehilangan nyawa,
kecederaan, hilang rasa percaya dan
kemusnahan harta benda. Tragedi ini
mempunyai kaitan secara langsung dengan
keputusan pilihan raya umum 1969, lonjakan
pengaruh parti Cauvinis Cina serta hilang majoriti
dua pertiga PERIKATAN di Dun Selangor.

Tragedi 13 Mei yang mengorbankan nyawa
memberikan banyak pengajaran kepada negara kita,
namun semakin lama jarak masa maka ianya semakin
dilupakan terutamanya oleh generasi muda dan
pemimpin yang yang tidak bertanggungjawab. Lebih
setengah abad lalu, negara ini pernah bersimbah
darah, Kuala Lumpur pernah terbakar dengan noda
politik komunal yang parah. Keharmonian dan
keseimbangan politik diubah semula dengan
penubuhan Barisan Nasional yang menyaksikan
penyertaan PAS dan banyak parti komponen yang lain.

9

PUNCA TRAGEDI 13 MEI 1969

Punca-punca yang membawa kepada
Peristiwa 13 Mei 1969 yang merupakan
rusuhan kaum yang paling tragis pernah
berlaku dalam sejarah di negara ini.
Pergaduhan ini di antara kaum Melayu dan
kaum Cina. Kaum Melayu merasakan tidak
sepatutnya Kaum Cina yang lebih berkuasa
dalam kegiatan ekonomi seolah-olah
bermaharajalela sementara kaum Melayu
perlu berusaha berlipat kali ganda.
Perbincangan ini bukan untuk melihat
ketegangan yang berlaku tetapi lebih
menjurus untuk memperkatakan rentetan
yang musahab mengapa ianya terjadi dan
seterusnya menjadi pengajaran untuk
semua.

10

PERISTIWA 13 MEI 1969 April, 2022

Ketika zaman pendudukan Jepun,

masyarakat Tanah Melayu dilayan

secara berlainan. Masyarakat Cina

telah dilayan dengan begitu teruk

oleh tentera Jepun berbanding

dengan orang-orang Melayu. Jepun

melayan masyarakat Cina dengan

teruk kerana Jepun pernah berperang

dengan Cina. Oleh itu, Jepun masih

menyimpan perasaan saling

berdendam antara satu sama lain

yang masih segar dalam ingatan.

Layanan berat sebelah ini telah

menyemai perasaan permusuhan

antara orang-orang Melayu dan Cina.

11

PERISTIWA 13 MEI 1969

Sebab lain yang menyebabkan peristiwa ini berlaku
adalah disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang
diamalkan oleh British. Konsep ini merupakan kaedah
yang berkesan dan menyebabkan punca wujudnya
jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan
juga polarisasi kaum. Oleh sebab wujudnya tindakan
yang dilakukan oleh British ini orang-orang Cina
mendiami di kawsan bandar untuk menjalankan
perniagaan dan di kawsan lombong untuk melakukan
aktiviti perlombongan tetapi disebalik pekerjaan itu
mereka sebenarnya akan memiliki aset yang tinggi
dalam ekonomi masyarakat Malaysia berbanding
dengan kaum-kaum lain.

Sementara itu, masyarakat Bumiputera yang
merupakan penduduk terawal hanya tinggal di
luar bandar lalu bekerja sebagai petani mahupun
nelayan kecil. Kebanyakan kaum India pula akan
bekerja sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja
di ladang. Hakikatnya, kegiatan ekonomi kaum
Melayu dan India hanya bercorak sara diri.
Keadaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat Bumiputera menjadi lemah dan jauh
ketinggalan.




Selain itu, corak penglibatan ekonomi antara kaum yang

berbeza sedikit sebanyak menjadi faktor

ketidakseimbangan kedudukan sosio-ekonomi. British

melakukan dasar ini supaya perpaduan pelbagai kaum

tidak dapat dibentuk yang dikhuatiri akan mengancam

kedudukan British. Jikalau perpaduan kaum dibentuk maka

masyarakat akan berkerjasama untuk menolak

pemerintahan British.

12

PERISTIWA 13 MEI 1969

Pada Ketika itu, masyarakat Melayu terdiri
daripada petani dan nelayan di kampung.
Masyarakat Cina pula telah mewarisi
perniagaan secara turun temurun dan tinggal
di bandar manakala masyarakat India bekerja
sebagai penoreh dan tinggal di estet. Dasar ini
telah berjaya direalisasikan supaya dapat
mewujudkan kelompok etnik yang berdasarkan
kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok
masing-masing.

Kesannya, interaksi antara kaum hanya
terbatas di pejabat dan pasar sahaja kerana
pihak British Berjaya mengasingkan kelompok-
kelompok ini daripada berinteraksi dengan
lebih kerap. Hal ini menyebabkan lahirnya
perasaan prasangka antara kaum yang telah
mengapi-apikan lagi lalu tercetusnya kejadian
13 Mei 1969. Keadaan seperti akan
menyebabkan hubungan antara kaum makin
terbatas.

Akhirnya, kerajaan yang sedar akan kegelisahan
dan ketidakpuashati yang berlaku antara kaum
tidak sepatutnya dibiarkan. Oleh itu, munculnya
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan pada
tahun 1971 dalam Rancangan Malaysia Kedua
sebagai usaha untuk memulihkan keadaan
supaya sosioekonomi menjadi seimbang.
Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai
perpaduan negara dan integrasi

13

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

BERBEZA

Sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melayu
sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran
mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India
dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai
kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu
menekankan kemahiran menulis, membaca dan
mengira sekadar keperluan peringkat rendah
sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India
pula masing-masing berkiblatkan negeri asal
mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang
mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan
India.

Empat aliran pendidikan yang berlainan iaitu
aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India yang
mengambil silibus pembelajaran berbeza yang
menyebabkan ketidakseragaman bahasa,
identiti dan fahaman. Ini telah menyebabkan
timbulnya pelbagai masalah yang memberi
impak buruk dalam  pembentukan kaum di
Malaysia. Walaupun selepas kemerdekaan
kerajaan cuba memperkenalkan dasar-dasar
pendidikan baru bagi tujuan penyelarasan
namun proses perpaduan ini sukar dilakukan.
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan
sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam
oleh pelbagai pihak bukan Melayu.

14

Berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk
Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan
Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi,
termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO
ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato`
Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan
Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat
sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya
berjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970. 

Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah
mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada
kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan
permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka.
Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu
secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan
Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Namun itulah
hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak
ansur demi menjaga keharmonian masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa

15

PERTELINGKAHAN PARTI

POLITIK

Dalam Pilihan Raya 1964 Parti Tindakan (Petir) atau
PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya.
Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan
Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan
menyertai pilihan raya itu. Namun, apabila pilihan
raya itu berlansung PAP telah meletak calonnya
seramai sembilan orang. Bagaimanapun setelah
Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap
mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,
maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan
telah menukar corak kempennya dengan menyerang
UMNO dan orang-orang Melayu.  

PERASAAN TIDAK PUAS HATI TERHADAP HAK

KEISTIMEWAAAN ORANG MELAYU

Parti Tindakan Rakyat (PETIR) ataupun (PAP) dengan
lantangnya menyuarakan tentang rasa tidak puas hati
terhadap apa yang disebut sebagai hak keistimewaan orang
Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa bahawa
hak kaum-kaum lain telah disisih dan diketepikan daripada
keadilan berbanding kaum Melayu. Menurut Jomo dalam
bukunya, isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei
ialah perasaan tidak puas hati terhadap hak keistimewaan
orang Melayu walaupun hakikatnya kedudukan ekonomi
orang Melayu paling bawah berbanding kaum Cina.

Pada 9 Ogos 1965, Tunku mengambil keputusan untuk
menghalau Singapura keluar daripada Malaysia . Namun

PAP tetap bersemangat membela nasib kaum Cina di Tanah
Melayu. Oleh itu, Parti Tindakan D emokratik diwujudkan
bagi menggantikan fungsi PAP. Menjelang Pilihanraya 1969,
DAP dan parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu
sensitif , perkauman dan ketidakadilan. Sebenarnya parti-
parti itu bertujuan untuk memenangi pilihanraya di mana
mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang
boleh membahayakan itu

17

MASALAH

EKONOMI

Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan
jurang pendapatan berbeza antara kaum dan
menimbulkan rasa tidak puas hati dan
persaingan ekonomi secara tidak sihat.
Ketidakseimbangan ini menyebabkan setiap
kaum saling mencemburui satu sama lain. Orang
Melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan
orang Cina manakala orang Cina    dan India
mencemburui kelebihan orang Melayu yang
mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor
pentadbiran.

18

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA

RASMI

Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah
Melayu 1957, sebuah perlembagaan
Persekutuan telah dibentuk yang menyatakan
dengan lebih jelas tentang kedudukan bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai
bahasa rasmi negara.

Selepas sepuluh tahun merdeka, kerajaan akan
mengkaji semula tentang kedudukan bahasa
Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa
Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi.
Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967
kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi
tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu. 

19

PERBEZAAN AGAMA DAN BUDAYA

Sejak dahulu kala lagi, sebahagian besar kaum Melayu
beragama Islam. Kaum Cina pula beragama Buddha,
LaoTza, Taoisme dan Conficius manakala kaum India
beragama Hindu dan ada antara mereka yang
beragama Kristian. Setiap agama mepunyai kebudayaan
tersendiri. Masalah perpaduan wujud disebabkan sikap
jahil tentang kepercayaan agama yang berbeza hingga
banyak perkara yang tidak sengaja dilakukan telah
menyinggung perasaan dan emosi penganut agama
lain. Disebabkan itu, maka tercetuslah peristiwa 13 Mei
1969.

20

persatuan-persatuan etnik

Struktur masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia
telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan
ekonomi yang hanya memperjuangkan kaum masing-
masing tanpa menghiraukan kaum yang lain. Perkara ini
telah memperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara
satu sama lain. Parti-parti politik yang berbentuk
perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan yang
wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak
puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum
lain.

21

PENTINGNYA KESATUAN

Satu perkara yang tidak dapat dinafikan
adalah kepentingan untuk kita semua bersatu
padu antara kaum berbilang-bangsa.
Disebabkan masyarakat sekarang telah
berpecah-belah, maka kesatuan antara satu
sama lain ini penting untuk diwujudkan dan
diperbaiki semula. Oleh itu, kita seharusnya
bersatu demi keamanan dan kedamaian
negara.

PERBAIKI HUBUNGAN ANTARA KAUM

Selain daripada itu, tragedi 13 Mei 1969 ini juga
membuka ruang kepada kita semua untuk
muhasabah diri supaya memikirkan sejauh mana
hubungan antara sesama kita sebelum dan selepas
tragedi tersebut. Seperti yang telah dikatakan,
semua pihak harus saling menghormati antara satu
sama lain dan juga seterusnya saling mempercayai
walaupun berbeza kaum dan bangsa.

22

MEMUPUK SEMANGAT CINTA AKAN

NEGARA

Seterusnya pengajaran daripada peristiwa 13 Mei
1969 ialah semangat cinta akan negara. Semua rakyat
Malaysia perlulah mengamalkan semangat cinta akan
negara kerana rakyat yang cinta akan negara tidak
akan melakukan apa-apa perlakuan atau tingkah laku
yang boleh merosakkan imej dan nama negara. Oleh
itu, rakyat yang cinta akan negara seharusnya tidak
melibatkan diri dalam pergaduhan atau rusuhan yang
boleh menjejaskan nama negara.

MEDMAULPAUMKKSAELMAANNGGAANTMBAERSYSAARTUAKPAATDU


Peristiwa tragedi 13 Mei tahun1969 telah membuka mata
masyarakat tentang pentingnya hidup bersatu padu dalam
negara. Hal ini kerana,hidup bersatu padu dapat mengeratkan
hubungan yang baik dalam kalangan masyarakat yang berbilang
bangsa. Hidup besatu padu juga dapat mewujudkan
keharmonian dalam negara tanpa sebarang pergaduhan yang
berlaku antara kaum. Contohnya, hidup bersautu padu ini dapat
mengajar masyarakat untuk saling bantu membantu antara
kaum dan melahirkan masyarakat yang bertoleransi. Oleh itu,
hidup bersatu padu sangat penting dalam negara bagi
mewujudkan masyarakat yang dapat bekerjasama tanpa
mengira bangsa.

23

KESIMPULAN

Kesimpulan daripada tajuk ini ialah peristiwa 13 Mei 1969
bukanlah sekadar dicatat sebagai sejarah pertelingkahan
kaum yang menggariskan sempadan yang perlu diteliti
oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia
pembinaan sebuah negara bangsa yang mencakupi
pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan politik. Selepas
peristiwa ini berlaku, kerajaan telah mewujudkan
beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun
Negara bagi memulihkan sosio-ekonomi negara dan
perpaduan rakyat. Harapannya adalah peristiwa seperti 13
Mei 1969 ini tidak berulang kembali kerana akan
menjejaskan pentadbiran negara dan menyebabkan
rakyat hidup dalam keadaan yang tidak tenteram .

24

RUJUKAN

Muhammad Yusri Bin Mohd Salim Lim (2016), Peristiwa 13 Mei 1969: Pertelingkahan Parti Politik.
http://pengajianmalaysia9798.blogspot.com/
Ammar Syafiq(2020),Tragedi 13 Mei 1969. http://my13mei.blogspot.com/
Dr Riduan Mohamad Nor (14 May ,2020),Peristiwa 13 Mei 1969: Belajar daripada luka Getir Sejarah.
https://www.1media.my

25

DISEDIAKAN OLEH

MUHAMMAD HAFIZUL LUQMAN BIN
15DKA21F2006
SAMSUDDIN

NURUL FARZANA BINTI MOHD YUSRI 15DKA21F2008

NUR HANISAH BINTI HANIP SUHAIMI 15DKA21F2004

KALAVATI A/P RAJAN 15DKA21F2002

26


Click to View FlipBook Version