The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasrullahjo100, 2022-01-04 13:36:12

refleksi

refleksi

Keywords: refleksi

FAKULTI KONTEMPORARI ISLAM

REFLEKSI AHLI KUMPULAN

PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN) DENGAN
KEPUJIAN

NO NAMA NO MATIRK
1 MUHAMMAD NORLUQMAN BIN NORDIN 067389
2 ABDUL AZIM BIN MOHAMAD SALLEHAN 065373
3 MUHAMMAD YUSUFF BIN SUHAIMI 066875
4 AHMAD UWAIS BIN AZHAR 066956
5 MUHAMMAD NASRULLAH BIN JOHARI 067041
6 MUHAMMAD HANIF BIN YUSOFF 067746
7 MOHAMAD NAZRI BIN MOHD SAHI 066954
8 SOLAHUDDIN AYYUBI BIN AZME @ AZMI 067053
9 MOHAMAD RIDWAN BIN TUAH AB FATAH 068345
10 MUHAMMAD AIZZAT BIN ABD KADIR 065383

TUGASAN e-SULAM
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN) DENGAN KEPUJIAN

TAJUK: KESOPANAN DAN KESUSILAAN (ADAT KEMELAYUAN)
NO MATRIK:067389

SOALAN 1: Adakah Apakah Itu Adat Kemelayuan?

1.PENGENALAN

Pengertian adat secara umum bermaksud peraturan yang sudah
diamalkan turun temurun sejak dahulukala di dalam sesuatu masyarakat
sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Konsep
tentang Adat Melayu menurut Zainal Kling (2004), dari segi etimologis,
adat berasal dari bahasa Arab yang berarti kebiasaan. Masyarakat Alam
Melayu yang telah menerima pengaruh Islam dan peradaban Arab,
mengetahui arti dan konsep adat. Kemalayuan pula ialah ciri atau sifat
yang memperlihatkan keperibadian orang Melayu.

2.OBJEKTIF

1. Mengetahui pandangan dan pengetahuan pelajar IPTA tentang rukun
negara.

2. Menilai tahap patriotik pelajar IPTA melalui rukun negara.

3. Menyedarkan pelajar IPTA tentang pentingnya memahami rukun
negara.

3.ANALISIS DAN Berdasarkan analisis dan soalan 1, pengkaji merasakan soalan ini
PERBINCANGAN relevan untuk dikemukakan kepada pelajar IPT. Hal ini penting kerana
untuk mengenalpasti pelajar mengambil berat tentang adat kemelayuan.
Proses soal selidik ini dijalankan melalui platform ‘google form’ dan
mendapat maklum balas dari 66 responden. Jika dilihat pada hasil
dapatan tinjauan di atas, majoriti bilangan responden iaitu sebanyak
95.5% memberikan jawapan yang paling tepat mengenai maksud adat
kemelayuan.

4.KESIMPULAN Secara Kesimpulannya, budaya atau adat sesuatu kaum itu merupakan
(HARAPAN DAN satu khazanah yang arus dipertahankan oleh rakyat negara ini. Usahlah
kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga menganggap
CADANGAN) budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus melihat
budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah
kemodenan yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan
kebendaan. Mungkin selepas menguasai budaya barulah kita boleh
menganggap diri kita sudah mencapai kemodenan hidup.

5.RUJUKAN 1.Kamus Dewan. (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

2.Muhammad Takari bin Jilin Syahrial. (2009). Adat dalam peradaban
melayu. Dimuat turun daripada
http://muhammadtakari.weebly.com/adat-melayu.html.

TUGASAN e-SULAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN) DENGAN KEPUJIAN

TAJUK: KESOPANAN DAN KESUSILAAN (ADAT KEMELAYUAN)

NO MATRIK:065373

SOALAN 2: Adakah anda bersetuju bahawa adat resam menyumbang
kepada tahap disiplin masyarakat?

1.PENGENALAN

Adat merupakan inti atau nukleus dari peradaban atau sivilisasi Melayu.
Dapat ditafsirkan bahwa adat dalam kebudayaan Melayu ini, telah ada
sejak manusia Melayu ada. Adat selalu dikaitkan dengan bagaimana
manusia mengelola dirinya, kelompok, serta hubungan manusia dengan
alam (baik alam nyata maupun gaib atau supernatural), dan hubungan
manusia dengan Sang Pencipta. Dengan demikian adat memiliki makna
yang “sinonim” dengan kebudayaan. Menurut Husin Embi (2004) adat
merupakan peraturan yang dilaksanakan (diamalkan) secara tutun-
temurun dalam sebuah masyarakat, hingga menjadi hukum dan
peraturan yang harus dipatuhi. Sementara istiadat adalah peraturan atau
cara melakukan sesuatu yang diterima sebagai adat. Adat dan istiadat
memiliki hubungan yang rapat, dan dipandang sebagai alat yang
berupaya mengatur kehidupan masyarakat, yang tujuannya adalah untuk
mencapai kesejahteraan dan kerukunan hidup. Adatistiadat membentuk
budaya, yang kemudian mengangkat martabat masyarakat yang
mengamalkannya.

2.OBJEKTIF

1. Mengetahui pandangan dan pengetahuan pelajar IPTA tentang rukun
negara.

2. Menilai tahap patriotik pelajar IPTA melalui rukun negara.

3. Menyedarkan pelajar IPTA tentang pentingnya memahami rukun
negara.

3.ANALISIS DAN Berdasarkan analisis dari soalan 2, pengkaji merasakan soalan ini
PERBINCANGAN
relevan untuk dikemukakan kepada pelajar IPT. Hal ini penting kerana

untuk mengenalpasti bahawa pelajar mengambil berat tentang adat
kemelayuan. Proses soal selidik ini dijalankan melalui platform ‘google
form’ dan mendapat maklum balas dari 66 responden. Hasil dari soal
selidik ini mendapati (97%) bersetuju bahawa adat resam menyumbang

kepada tahap disiplin masyarat, manakala lagi (3%) menjawab tidak

bersetuju. Oleh itu, melalui respon ini dapat digambarkan bahawa adat

resam melayu memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan

tahap disiplin masing-masing dan dijadikan contoh kepada generasi

muda yang akan datang.

4.KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kerajaan juga perlu memainkan peranan yang
(HARAPAN DAN penting untuk memastikan adat resam melayu tidak dilupakan oleh setiap
golongan masyarakat terutama nya golongan muda yang akan dating
CADANGAN) nanti. Cadangan saya adalah ibu bapa juga perlu menitik beratkan adat
resam melayu ini kepada anak-anak supaya mereka mengetahui apa itu
adat melayu.

5.RUJUKAN 1. Syahrial, M. T. J. (2015). Adat dalam Peradaban Melayu. Laporan
Penelitian, 1/25.

2. Bakar, A. L. A. & Hussin, H. (2004). Kepimpinan adat perkahwinan
Melayu Melaka. Melaka, Malaysia: Institusi Seni Malaysia Melaka.

TUGASAN e-SULAM
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN) DENGAN KEPUJIAN

TAJUK: KESOPANAN DAN KESUSILAAN (ADAT KEMELAYUAN)
NO MATRIK:066875 & 066956

SOALAN 3: Bagaimana cara untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan dan adat

resam Melayu dalam kalangan masyarakat?

1.PENGENALAN

Kesopanan dan kesusilaan merupakan salah satu daripada
rukun negara. Rukun negara ialah falsafah negara Malaysia
yang mendukung lima prinsip penting, iaitu kepercayaan
kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran
perlembagaan, kedaulatan undang-undang, serta kesopanan
dan kesusilaan. Namun kesopanan dan kesusilaan mempunyai
makna yang berbeza. Kesopanan adalah kata apitan daripada
“sopan” yang bermaksud hormat, tatatertib, baik perangai dan
kelakuan. Manakala kesopanan pula ialah perihal sopan yang
merujuk kepada tingkah laku dan tutur kata. Kesusilaan pula
dalah nama apiyan daripada perkataan “susila” yang
disinonimkan dengan akhlak yang disamaertikan dengan budi
pekerti, budi bahasa, adab, kesopanan, kesantunan,
ketertiban, dan kesusilaan.

2.OBJEKTIF 1. Mengetahui pandangan dan pengetahuan pelajar IPTA
tentang rukun negara.

2. Menilai tahap patriotik pelajar IPTA melalui rukun negara.

3. Menyedarkan pelajar IPTA tentang pentingnya memahami
rukun negara.

3.ANALISIS DAN Berdasarkan analisis dan soalan 3, pengkaji merasakan soalan
PERBINCANGAN
ini sesuai untuk dikemukakan golongan generasi muda

terutamanya pelajar IPTA. Proses soal selidik ini dijalankan
menggunakan dua kaedah iaitu melalui platform ‘google form’
yang di edarkan dalam aplikasi ‘Whatsapp’ kepada 66 orang
responden serta melalui kaedah temu bual. Hasil daripada soal

selidik soalan ke-3 yang berbentuk pilihan ini terdapat (78.8%)

iaitu seramai 52 orang responden memilih pilihan pertama.

Manakala seramai 32 orang responden (48.5%) memilih pilihan

kedua dan (0%) pada pilihan ketiga. Oleh itu, melalui respon ini

dapat digambarkan bahawa golongan pelajar IPTA mampu

4.KESIMPULAN memilih solusi yang baik bagi memupuk masyarakat untuk
(HARAPAN DAN mengenali nilai kebudayaan dan adat resam. Ini menunjukkan
bahawa pelajar IPTA mempunyai ilmu tentang nilai-nilai
CADANGAN) kebudayaan dan adat resam.
Kesimpulannya, pihak yang berkaitan khususnya kerajaan
5.RUJUKAN perlu memperbanyakkan program kebudayaan dan adat resam
seperti membuat kempen pengenalan budaya dan rukun
negara dan ceramah berkaitan adat resam supaya masyarakat
khususnya golongan muda mempunyai pengetahuan
tentangnya. Semoga dengan adanya kempen-kempen yang
dilakukan oleh kerajaan dapat membuka pemikiran masyarakat
khususnya golongan muda tentang pentingnya pengetahuan
tentang nilai kebudayaan dan adat resam Melayu.
1.Kamus Dewan. (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

2.Kamus Dewan. (4th ed.). (2007). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

3.Tesaurus Bahasa Melayu Dewan. (2008). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

TUGASAN e-SULAM
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN) DENGAN KEPUJIAN

TAJUK: KESOPANAN DAN KESUSILAAN (ADAT KEMELAYUAN)
NO MATRIK:067041

SOALAN 4: Adakah anda bersetuju bahawa adat resam Melayu yang diguna pakai
sejak dahulu masih relevan kepada masyarakat pada masa kini?

1.PENGENALAN

Adat menurut dewan Bahasa dan Pustaka ialah peraturan yang
sudah diamalkan sejak turun – temurun dari zaman dahulu.
Manakala Kemelayuan adalah orang melayu yang mengikut adat
- adat orang dahulu kala. Orang Melayu mula – mula dibawa
masuk ke pulau Cocos oleh Alexander Hare pada tahun 1826

yang mana pulau tersebut diperintah oleh Australia. Orang

Melayu ini masih mengamalkan budaya melayu walaupun

mereka hidup dibawah jajahan Australia. Sekarang di bumi

Malaysia ini, adat kemelayuan kini semakin terhakis. Jadi bagi

mencegah perkara tersebut berlaku, masyarakat Malaysia harus

diingatkan untuk sentiasa menghadirkan dalam diri mereka nilai
– nilai kemelayuan agar adat kemelayuan tidak akan hilang. Dr
Rais Yatim mengatakan bahawa jika perkara ini berlaku, identiti

Melayu akan pupus dan juga kuasa Raja melayu juga akan turun

kerana masyarakat Melayu tidak merasa pentingnya adat

kemelayuan ini.

2.OBJEKTIF 1) Mengetahui pandangan dan pengetahuan pelajar IPTA
tentang rukun negara

2) Menilai tahap patriotik pelajar IPTA melalui rukun negara

3) Menyedarkan pelajar IPTA tentang pentingnya memahami
rukun negara

3.ANALISIS DAN Berdasarkan analisis, soalan 4 adalah soalan yang relevan untuk
PERBINCANGAN dikemukakan kepada masyarakat luar terutamanya golongan
IPTA bagi mengenalpasti tahap persetujuan golongan IPTA di
Malaysia. Proses soal selidik ini dijalankan menggunakan 2
kaedah iaitu melalui platform ‘google form’ yang diedarkan
kepada 66 orang responden serta melalui kaedah temu bual
bersama pakar hal rukun negara serta adat kemelayuan. Hasil
kaji selidik dari soalan 4 ini terdapat (75.8%) iaitu seramai 50
orang bersetuju manakala yang selebihnya

(24.2%) iaitu 16 orang tidak pasti berkaitan adakah masih
relevan adat resam melayu pada zaman dahulu digunakan di
Malaysia. Oleh itu, melalui soalan yang dibuat ini dapat
menggambarkan bahawa golongan IPTA masa kini masih
mempunyai semangat patriotisme dan semangat tentang adat
resam melayu di Malaysia. Hal ini sekaligus menunjukkan
bahawa golongan IPTA masih mengekalkan semangat dalam diri
mereka demi memastikan adat resam melayu masih wujud di
Malaysia dan tidak akan pupus.

4.KESIMPULAN Kesimpulannya, Kerajaan perlu mengambil cakna dengan
(HARAPAN DAN
melakukan sesuatu yang berkesan kepada masyarakat Melayu
CADANGAN) seperti membuat pertunjukan kebudayaan secara besar –

besaran bagi memupuk semangat patriotisme serta adat

kemelayuan dalam diri. Kerajaan Malaysia juga perlu

memasukkan subjek berkaitan adat kemelayuan serta berkaitan
dengan rukun negara di semua sekolah agar legasi – legasi
dapat diturunkan kepada anak – anak muda. Bak kata pepatah ‘
melentur buluh biarlah dari rebungya ‘. Saya berharap agar
Negara Malaysia sentiasa kaya dengan adat – adat kemelayuan

dan juga berharap agar identiti kita sebagai orang Melayu tidak

akan hilang dan juga jangan kita menjadi seperti satu negara

yang mana identiti Melayu mereka telah hilang.

5.RUJUKAN 1.Hamka Rosli. (2020). Sejarah Dan Asal Usul Kepulauan
Orang Melayu. Dimuat turun daripada
https://www.buletinfm.audio/koolhiburan-sejarah-dan-asal-usul-
kepulauan-orang-melayu-di-australia/amp/

2.Astro Awani. (2016). Masyarakat Melayu Perlu Martabatkan
Seni Budaya Dan Warisan. Dimuat turun daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/masyarakat-
melayu-perlu-martabatkan-seni-budaya-dan-warisan-
117588?amp=1

3.Kamus Dewan. (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

TUGASAN e-SULAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN) DENGAN KEPUJIAN

TAJUK: KESOPANAN DAN KESUSILAAN (ADAT KEMELAYUAN)

NO. MATRIK: 067746

Soalan no. 5: Wajarkah dikenakan tindakan dan hukuman keatas mereka yang
mencabuli rukun negara ke-5 kesopanan dan kesusilaan.

1.PENGENALAN Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan
dan cara hidup .Ianya mencerminkan segala perbuatan yang
adakalanya dilakukan setiap hari ataupun musim sama ada
berpandukan bulan atau tahun. Menurut Kamus Dewan, Adat
bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun-
temurun ( sejak dahulu kala ) di dalam masyarakat sehingga
merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.
Konsep adat dalam masyarakat Melayu bukan sahaja
bermaksud istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh
sistem hidup seperti sistem sosial, kepercayaan dan
perundangan.

2. OBJEKTIF 1.Mengetahui pandangan dan pengetahuan pelajar IPTA
tentang rukun negara.

2. Menilai tahap patriotik pelajar IPTA tentang rukun negara.

3. Menyedarkan pelajar IPTA tentang pentingnya memahami
rukun negara.

3.ANALISIS DAN Berdasarkan analisis dan soalan 5, pengkaji merasakan
PERBINCANGAN soalan ini releven untuk dikemukakan kepada golongan
ilmuan terutamanya mahasiswa dan mahasiswi bagi
mengetahui kewajaran dikenakan Tindakan dan hukuman ke
atas mereka yang mencabuli rukun negara ke-5 (kesopanan
dan kesusilaan). Proses soal selidik ini dijalankan
menggunakan 2 kaedah iaitu melalui ‘google form’ yang
diedarkan dalam aplikasi telegram dan whatsapp kepada 66
orang resoponden serta melalui kaedah temu bual. Hasil
daripada soal selidik ini terdapat (84.8%) seramai 56 orang
bersetuju Tindakan dan hukuman keatas mereka yang
mencabuli rukun negara ke-5 kesopanan dan Kesusilaan.
Manakala (7.6 %) seramai 5 orang tidak bersetuju dan (7.6%)
seramai 5 orang menyatakan tidak pasti mengenai perkara ini.
Oleh itu, melalui respon ini dapat digambarkan bahawa
golongan mahasiswa dan mahasiswi mempunyai kefahaman

yang jelas tentang kepentingan menjaga rukun negara ke-5
kesopanan dan kesusilaan. Hal ini sekaligus dapat menanam
sikap patriotisme dalam diri agar masa depan Malaysia lebih
aman dan harmoni.

4.KESIMPULAN Secara konklusinya, kerajaan perlu memainkan peranan yang
(HARAPAN DAN penting dalam memastikan golongan remaja memahami
dengan lebih terperinci akan kepentingan menjaga rukun
CADANGAN) negara ke-5 Kesopanan dan Kesusilaan. Kerjasama dari
semua pihak amatlah penting dalam membendung golongan
yang suka hati mencabuli rukun negara dengan sewenang-
wenangnya. Harapannya ke depan juga semoga hasil
daripada kajian ini dapat membuka mata mahasiswa dan
mahasiswi betapa pentingnya memelihara rukun negara ke-5.
Hasil daripada kajian ini dapat digambarkan bahawa objektif
kajian tercapai.

5.RUJUKAN 1.Gazalba, S. (1990). Penghantar Kebudayaan Sebagai Ilmu.
Jakarta: Pustaka Jakarta. 296.

2. Abdul Latif Abu Bakar. (2001). Adat Melayu Serumpun.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 88.

TUGASAN e-SULAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM USULUDDIN DENGAN KEPUJIAN

TAJUK: KESOPANAN DAN KESUSILAAN (ADAT KEMELAYUAN)

NO MATRIK:066954
SOALAN 6: Adakah pemimpin yang tidak mengamalkan pemakaian mengikut adat

menjadi punca masyarakat hilang kesedaran terhadap kepentingan adat resam?

1.PENGENALAN

Pengertian adat secara umum bermaksud peraturan yang sudah
diamalkan turun temurun sejak dahulukala di dalam sesuatu masyarakat
sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Konsep
tentang Adat Melayu menurut Zainal Kling (2004), dari segi etimologis,
adat berasal dari bahasa Arab yang berarti kebiasaan. Masyarakat Alam
Melayu yang telah menerima pengaruh Islam dan peradaban Arab,
mengetahui arti dan konsep adat.

2.OBJEKTIF

1. Mengetahui pandangan dan pengetahuan pelajar IPTA tentang rukun
negara.

2. Menilai tahap patriotik pelajar IPTA melalui rukun negara.

3. Menyedarkan pelajar IPTA tentang pentingnya memahami rukun
negara.

3.ANALISIS DAN Berdasarkan analisis dan soalan 6, pengkaji merasakan soalan ini
PERBINCANGAN relevan untuk dikemukakan kepada pelajar IPTA. Hal ini penting kerana
untuk mengenalpasti pelajar mengambil berat tentang adat kemelayuan.
Proses soal selidik ini dijalankan melalui platform ‘google form’ dan
mendapat maklum balas dari 66 responden. Hasil dari soal selidik ini
(66.2%) bersetuju, (22.7%) tidak bersetuju dan (13.1%) tidak pasti. Oleh
itu, melalui respon ini dapat digambarkan bahawa peranan pemakaian
pemimpin memainkan peranan yang penting untuk dijadikan contoh pada
generasi muda.

4.KESIMPULAN Secara kesimpulannya, orang sekeliling seperti ibu bapa memainkan
(HARAPAN DAN peranan yang penting untuk mendorong anak-anak supaya cintakan
pemakaian adat Melayu seperti baju Melayu, capal, tengkolok, sampin
CADANGAN) dan sebagainya. Diantara caranya iaitu menitikberatkan kepada anak-
anak supaya mengenal setiap baju dan perhiasan. Tidak sekadar itu, ibu
bapa perlu usaha supaya anak-anak mempunyai pakaian tersebut dan
memakainya pada waktu yang tertentu.

5.RUJUKAN 1.Kamus Dewan. (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

2.Muhammad Takari bin Jilin Syahrial. (2009). Adat dalam peradaban
melayu. Dimuat turun daripada
http://muhammadtakari.weebly.com/adat-melayu.html.

TUGASAN e-SULAM
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN) DENGAN KEPUJIAN

TAJUK: KESOPANAN DAN KESUSILAAN (ADAT KEMELAYUAN)
NO MATRIK: 067053

SOALAN 7: Adakah anda bersetuju bahawa media sosial memainkan peranan
penting dalam mempertahankan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan?

PENGENALAN Adat bermaksud peraturan yang sudah diamalkan turun temurun sejak
dahulukala di dalam sesuatu masyarakat sehingga merupakan hukum
dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat berasal daripada perkataan
Arab yang bermaksud kebiasaan. Tetapi dalam konteks masyarakat
Melayu, perkataan adat membawa erti yang lebih luas dan salah satunya
adalah seperti definisi yang telah diberikan. M.B.Hooker dalam
HarunDaud,1989, mengakui bahawa istilah adat mempunyai banyak
makna dalam masyarakat Melayu. Antaranya, adat meliputi budi bahasa
atau tatatertib, perlakuan yang wajar, sesuatu keadaan yang lazim dan
undang-undang.

OBJEKTIF 1. Mengetahui pandangan dan pengetahuan pelajar IPTA tentang rukun
negara.

2. Menilai tahap patriotik pelajar IPTA melalui rukun negara.

3. Menyedarkan pelajar IPTA tentang pentingnya memahami rukun
negara.

ANALISIS DAN Berdasarkan analisis dari soalan 7, pengkaji merasakan soalan ini
PERBINCANGAN relevan untuk dikemukakan kepada pelajar IPT. Hal ini penting untuk
mengenalpasti bahawa pelajar benar-benar mengambil berat tentang
adat kemelayuan. Proses soal selidik ini dijalankan melalui platform
‘google form’ dan mendapat maklum balas dari 66 responden. Di sini
dapat dilihat bahawa majoriti daripada bilangan responden mempunyai
kesatuan dalam memberikan pandangan iaitu sebanyak 95.5%
responden bersetuju bahawa media sosial memainkan peranan yang
penting dalam mempertahankan nila-nilai kesopanan dan kesusilaan. Hal
ini kerana pada zaman serba moden ini kebanyakan pelajar IPT
mempunyai media sosial, jadi tidak dapat tidak, mereka akan lebih
mudah terpengaruh dengannya. Jika mereka mengikut perkara yang baik

sahaja di sana, maka baiklah jadinya dan sebaliknya. Tiada seorang
pun yang tidak bersetuju, manakala selebihnya tidak mempunyai
kepastian. Secara tuntasnya, media sosial sangat penting untuk
mempertahankan nilai kesopanan dan kesusilaan di kalangan
mahasiswa IPT.

KESIMPULAN Sebagai konklusinya, semua golongan tidak kira tua atau muda juga
(HARAPAN DAN perlu memainkan peranan yang penting untuk memastikan adat resam
CADANGAN) melayu tidak dilupakan oleh setiap golongan masyarakat terutamanya
golongan muda yang akan datang. Kita sangat beruntung untuk hidup di
zaman serba moden ini di mana segala maklumat boleh didapati di
hujung jari sahaja, maka sangat mudah untuk menyebarkan nilai-nilai
yang murni di kalangan masyarakat. Cadangan saya adalah ibu bapa
perlu menjadi ‘role model’ kepada anak-anak kerana ibu bapa
merupakan tunjang utama kepada institusi sesebuah masyarakat untuk
berkembang. Oleh itu, ibu bapa perlu menunjukkan tatasusila yang baik
serta mengekalkan adat kemelayuan dalam keluarga supaya anak-anak
yang membesar nanti dapat memberi sumbangan kepada negara dalam
melahirkan sebuah kerajaan Melayu Islam yang sebenar.

RUJUKAN 1. Idris, M. R. (2014). Pengertian Adat Istiadat. Dimuat turun daripada
http://pelitakaryaagung.blogspot.com/2014/03/pengertian-adat-dan-
istiadat.html.

2. Kamus Dewan. (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

TUGASAN E-SULAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (USULUDDIN) DENGAN KEPUJIAN

TAJUK: KESOPANAN DAN KESUSILAAN (ADAT KEMELAYUAN)

NO MATRIK:068345

SOALAN 8: Amalan menyediakan hantaran dalam perkahwinan sudah menjadi
kebiasaan masyarakat Malaysia namun tiada dalam Islam. Jika amalan ini
dihapuskan, adakah anda bersetuju?

PENGENALAN Adat merupakan inti atau nukleus dari peradaban atau sivilisasi Melayu.
Dapat ditafsirkan bahwa adat dalam kebudayaan Melayu ini telah ada
sejak manusia Melayu ada. Adat selalu dikaitkan dengan bagaimana
manusia mengelola dirinya, kelompok, serta hubungan manusia dengan
alam (baik alam nyata mahupun ghaib atau supernatural), dan hubungan
manusia dengan Sang Pencipta. Dengan demikian adat memiliki makna
yang “sinonim” dengan kebudayaan. Adat memberi makna konfigurasi
yang mendalam, serta makna kestrukturan dalam sebuah masyarakat
dan kebudayaannya. Adat merupakan identiti yang berfungsi untuk
mengintegrasikan seluruh masyarakat dan kelompok kecil masyarakat
tersebut. Setiap kelompok akan dikenali oleh kelompok lain dengan
perbezaan adatnya. Dalam rangka ini, adat juga menjadi identiti subkultur
tertentu, seperti masyarakat Melayu membezakan adat orang Kelantan,
Melaka, Perak, Johor dan lain.Seterusnya Pentingnya adat dalam
kehidupan masyarakat Melayu adalah berfungsi untuk mengatur hampir
semua dalam aspek kehidupan. Ia juga memberikan panduan dan
landasan dalam semua kegiatan, bermula dari hal yang besar sampai
kepada hal yang paling kecil. Adat mengajar orang untuk menjadi
manusia beradab, bersopan-santun, toleransi, saling menghormati, tahu
diri dan tolong-menolong agar dapat menciptakan suasana kerukunan
dan kedamaian dalam kehidupan bermasyarakat berbilang bangsa, dan
bernegara. Selain itu, adat Melayu itu sendiri bersumber dan mengacu
lebih kepada ajaran Islam.Oleh kerana itu adat dijadikan identiti setiap
peribadi orang melayu. Sesuai dengan ajaran adat Melayu, kalau
hendak tahu kemuliaan umat, tengok kepada adat-istiadatnya, bahasa
menunjukkan bangsa, adat menunjukkan umat.

OBJEKTIF 1. Mengetahui pandangan dan pengetahuan pelajar IPTA tentang rukun
negara

2. Menilai tahap patriotik pelajar IPTA melalui rukun negara

3. Menyedarkan pelajar IPTA tentang pentingnya memahami rukun
negara

ANALISIS DAN Berdasarkan analisis dan perbincangan soalan 8, pihak kami
PERBINCANGAN berpendapat soalan ini relevan untuk diajukan kepada masyarakat luar
terutamanya golongan generasi muda bagi mengenalpasti tahap
KESIMPULAN pengetahuan tentang adat resam perkahwinan yang dikaitkan dengan
(HARAPAN DAN islam. Proses soal selidik ini dijalankan menggunakan kaedah secara
atas talian iaitu melalui platform ‘google form’ yang di edarkan kepada
CADANGAN) 66 orang responden. Hasil daripada soal selidik ini menunjukkan
perbezaan pendapat yang begitu ketara di mana sebanyak (51.5%)
responden tidak bersetuju untuk menghapuskan amalan penyediaan
hantaran dalam perkahwinan meskipun ia tiada dalam syariat Islam
yang dianuti. Sebilangan besar responden yang lain pula memberikan
persetujuan dalam hal berikut.Oleh yang demikian,melalui respon ini
kita dapat lihat bahawasanya masyarakat di negara kita khususnya
golongan remaja masih lagi ada yang ingin mengekalkan adat
hantaran dalam perkahwinan walaupun ianya tiada dalam islam. Hal
ini sekaligus berpedapat bahawasanya mereka masih lagi ingin
mengekalkan identity seorang anak melayu supaya tidak ditelan
zaman. Bagi sebilangan yang lain mereka bersetuju untuk
menghapuskan amalan ini kerana berpandangan bahawa amalan
menyediakan hantaran ini memberi kesan kepada pihak lelaki dalam
menyediakan hantaran tersebut kerana islam ini adalah satu
pegangan yang memudahkan dalam segenap perkara.

Natijahnya, kerajaan perlulah memainkan peranan yang penting untuk
memastikan golongan remaja supaya dapat mendalami dan
mengadaptasikan pengetahuan tentang adat perkahwinan dalam
konteks masyarakat islam di Malaysia. Seterusnya, kerjasama dari ibu
bapa juga penting pada masa kini bagi memastikan ianya tidak luput
ditelan zaman. Harapannya ke depan juga semoga hasil daripada
kajian ini dapat membuka mata masyarakat betapa pentingnya
pengetahuan tentang pilihan raya. Daripada hasil kajian ini dapat
digambarkan bahawa objektif kajian tercapai.

RUJUKAN 1.Husin Embi (et al.), 2004. “Adat Perkawinan di Melaka.” Di dalam,
Abdul Latiff Abu Bakar dan Hanipah Hussin(ed .), 2004.Kepimpinan
Adat Perkawinan Melayu Melaka. Melaka: Institut Seni Malaysia
Melaka.

2.Kamus Dewan. (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

TUGASAN E-SULAM

IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM USULUDDIN DENGAN KEPUJIAN

TAJUK: KESOPANAN DAN KESUSILAAN (ADAT KEMELAYUAN)

NO MATRIK: 065383

SOALAN 9: Ali seorang pelajar cemerlang yang menyambung pelajaran di Universiti
Oxford. Dia seorang yang mempunyai semangat patriotisme dan kemelayuan yang

tinggi.Namun setelah pulang ke tanah air dia lebih mengamalkan gaya hidup barat dan tidak
menghormati orang lain. Pada pendapat anda, kenapa Ali berubah?

1.PENGENALAN Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Patriotisme
2.OBJEKTIF bermaksud “perasaan cinta yg kuat terhadap tanah air”
manakala kemelayuan pula bermaksud “ciri atau sifat yg
memperlihatkan keperibadian orang Melayu”. Kedua dua ini
saling berkait dan perlu disematkan dalam jiwa setiap
masyarakat melayu di Malaysia terutama di kalangan generasi
muda bagi melahirkan insan yang mempunyai pegangan,
beradab sopan dan memiliki jati diri yang baik. Kerana
letaknya harga diri orang melayu itu salah satunya adalah
pada nilai-nilai agama islam yang mementingkan soal adab,
hubungan antara tuhan dan hubungan sesama manusia.

1. Mengetahui pandangan dan pengetahuan pelajar IPTA
tentang rukun negara

2. Menilai tahap patriotik pelajar IPTA melalui rukun negara

3. Menyedarkan pelajar IPTA tentang pentingnya memahami
rukun negara

3.ANALISIS DAN Berdasarkan analisis dan soalan 9, pengkaji merasakan
PERBINCANGAN soalan ini boleh diterima untuk dikemukakan kepada
masyarakat luar terutamanya pada generasi muda bagi
mengenal pasti tahap pengetahuan dalam kalangan
masyarakat berkaitan adat kemelayuan dan kepentingan
memiliki semangat patriotisme. Proses penyelidikan ini
dijalankan melalui platform google form yang diedarkan di
aplikasi media sosial iaitu whatsapp dan telegram. Seramai 66
responden menjawab soalan yang diberikan. (99%) iaitu
majoriti daripada responden peka dan menyedari akan punca
hilangnya semangat patriotisme dengan mengatakan Ali
hilang sifat kemelayuan dan semangat patriotisme adalah
kerana kejutan budaya barat yang mempengaruhinya serta jati

dirinya yang lemah. Hanya (1%) daripada responden memberi
jawapan diluar topik soalan ini.

4.KESIMPULAN Kesimpulannya kita haruslah mengambil iktibar dan
(HARAPAN DAN menyedari akan pentingnya memiliki dan mempertahankan
CADANGAN) adat dan nilai-nilai kemelayuan serta semangat patriotisme
dalam diri. Ianya perlu diterapkan sejak kecil lagi, ibu bapa
perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak di
rumah dengan adab dan nilai-nilai agama, begitu juga para
guru di sekolah perlu menerangkan kepada para pelajar akan
kepentingan patriotisme dalam memastikan mereka memiliki
jati diri yang kuat dan memiliki rasa cinta terhadap tanah air.
Kerana anak-anak merupakan pewaris negara dan
penyambung generasi yang akan datang.

5.RUJUKAN 1) Kamus Dewan. (4th ed.). (2005). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

2) Namri Sidek. (2018). Konsep Adab dan Bahasa dalam
Masyarakat Melayu. Dimuat turun daripada
https://iluminasi.com/bm/konsep-adab-dan-bahasa-dalam-
masyarakat-melayu.html.

3) Zaharuddin Sani Sabri. (2014). Semangat patriotisme perlu
dijiwai, bukan sekadar simbolik. Dimuat turun daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/09/6611/semangat-
patriotisme-perlu-dijiwai-bukan-sekadar-simbolik


Click to View FlipBook Version
Previous Book
05-01-2022
Next Book
$^DOWNLOAD#$ Piercing Heaven Prayers of the Puritans (DOWNLOADPDF}