The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afnan09-358, 2021-08-04 15:10:42

Kepentingan Menjaga Alam Sekitar

KEPENTINGAN MENJAGA ALAM
SEKITAR

Alam sekitar adalah alam di sekeliling kita seperti sungai, tumbuh-
tumbuhan,dan bukit-bukau.Kita perlu memelihara keseimbangan alam
sekitar. Alam sekitar yang bersihakan menjadikan kehidupan kita
lebih baik.

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan kepada kita. Alam sekitar yang
terpelihara akan dapat mendamaikan jiwa kita. Persekitaran bersih
dan indah sesuai dijadikan tempat tinggal. Selain itu,alam sekitar
yang tidak tercemar akan dapat menarik kedatangan ramai
pelancong.

Tumbuh-tumbuhan perlu dipelihara kerana ia menjadi unsur penting
dalam keseimbangan alam. Tumbuh-tumbuhan mengeluarkan gas
oksigen.Gas oksigen ini diperlukan oleh manusia untuk
pernafasan.Haiwan juga memerlukan tumbuh-tumbuhan untuk
dijadikan sumber makanan.

KEPENTINGAN MENJAGA ALAM
SEKITAR

Selain itu,bukit-bukau dan gunung-ganang juga perlu dipelihara.Hutan
tebal yang menghijau dijadikan sebagai kawasan tadahan hujan.
Kawasan hutan menjadi habitat pelbagai jenis haiwan seperti
harimau, singa dan gajah. Aktiviti pembalakan dan pertanian perlu
dikawalkan agar tidak menjejaskan keseimbangan alam sekitar.

Sungai dan lautan juga adalah sebahagian daripada alam sekitar yang
perlu dipelihara. Sungai yang bersih merupakan sumber air kepada
kita. Lautan yang terbentang luas menjadi tempat nelayan
menangkap pelbagai jenis ikan. Kita perlu memelihara sungai dan
lautan agar tidak tercemar supaya pelbagai jenis ikan dapat terus
membiak.

Sesungguhnya,kita perlu memelihara alam sekitar daripada
pencemaran. Alam sekitar yang bersih akan menjadikan kehidupan
kita lebih baik. Alam sekitar yangt erpelihara merupakan hadiah yang
tidak ternilai kepada generasi akan datang.


Click to View FlipBook Version