BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI
Laporan Pengurusan dan Persiapan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan , Kuala Lipis
Sebelum Perkhemahan
Perkhemahan Bersepadu Unit-Unit Beruniform secara atas talian diadakan pada 1 September
hingga 4 September bersamaan hari Rabu hingga Sabtu di dirumah masing-masing akibat
pandemik Covid-19. Perkhemahan ini turut melibatkan unit unit beruniform yang lain seperti
Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam dan Pengakap.
Perkhemahan ini adalah diwajibkan bagi setiap guru pelatih Semester 3 bagi memenuhi
keperluan sukatan subjek MPU3062 Kokurikulum-Unit Beruniform. Sebelum melaksanakan
Perkhemahan Bersepadu ini, kami telah membuat beberapa persediaan. Hasil makluman
daripada pensyarah, kami dikehendaki untuk menyenaraikan peralatan dan bahan yang
diperlukan oleh setiap unit beruniform, menyediakan dan memastikan semua peralatan
perkhemahan dengan baik bagi menyiapkan tugasan-tugasan perkhemahan.
Perjumpaan di Google Meet
Semasa Perkhemahan
Pada 1 September 2021, kami diadakan taklimat Perkhemahan Bersepadu secara atas talian
melalui aplikasi Google Meet bersama dengan Encik Shaifuddin Bin Salleh pada pukul 8
hingga 8.30 pagi. Beliau memberi penerangan tentang perkhemahan serta jadual atau aktiviti
yang akan dilaksanakan sepanjang perkhemahan tersebut.Kami telah melaksanakan
tugasan-tugasan seperti melakar pelan tapak perkhemahan,merakam video gajet,kawad
kaki,ikatan dan simpulan,masakan dan pertolongan cemas mengikut jadual yang telah
ditetapkan.Pada hari seterusnya dari 2 September hingga 3 Septebr 2021 semua ahli unit
beruniform bangun seawal 5.30 hingga 6.00 pagi untuk membuat persiapan diri dengan
memakai pakaian unit beruniform.Encik Shaifuddin akan memastikan semua pelajar di kelas
Pendidikan Islam 2 melaksanakan tugasan dengan membuat panggilan kepada setiap pelajar
secara bergilir-gilir.
Lakaran pelan perkhemahan Gajet meja letak barang
Perbincangan di Google Meet
Selepas Perkhemahan
Pada akhir terakhir iaitu 4 September 2021,pada pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang kami
diarahkan untuk berkumpul di aplikasi Microsoft Team untuk majlis penutupan Perkhemahan
Bersepadu Unit Beruniform pada tahun 2021.Semasa penutupan,timbalan pengarah
IPGKTAA dan beberapa pensyarah telah memberikan ucapan hasil perkhemahan secara atas
talian ini.Terdapat komen yang positif dan memberangsangkan semasa program
perkhemahan secara atas talian serta perkara-perkara yang perlu ditambahbaik bagi program
perkhemahan akan datang.
Penutupan di Microsoft Team
Refleksi
Program Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform dilaksanakan untuk memenuhi Latihan
Perguruan Pra Perkhidmatan. Melalui program ini, unsur-unsur hidup bermoral dan beragama
dapat diterapkan dalam diri saya serta rakan-rakan sebagai fokus utama dalam proses
pembinaan insan guru. Ia juga merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan
insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan
sahsiah yang tinggi. Melalui aktiviti yang dijalankan, semangat berpasukan dan kemahiran
berfikir,nilai-nilai murni bekerjasama dan bertanggungjawab dapat ditingkatkan.Perkhemahan
secara atas talian mengajar saya erti tidak mudah putus asa.Setiap tugasan hendaklah
dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh supaya tidak tertekan untuk menyiapkan
tugasan-tugasan tersebut dalam menghasilkan kerja yang berkualiti.
1. Tarikh : Laporan Aktiviti
2. Hari : 1 September 2021
3. Masa :
4. Tempat : Rabu
5. Perjumpaan Kali Ke-___
6. Pensyarah Penasihat : 8.30 a.m – 10.30 a.m
7. Topik/Tajuk :
8. Aktiviti/catatan : Di kediaman masing-masing
Kedua
Encik Shaifuddin Bin Salleh
Lakaran Pelan Tapak Perkhemahan yang ideal
Pelajar melakar pelan tapak perkhemahan yang
ideal mengikut kehendak pensyarah.
Pelajar mencari contoh-contoh pelan
perkhemahan di Internet.
Pelajar menggunakan aplikasi PowerPoint
untuk menghasilkan pelan tapak perkhemahan
secara digital.
9. Refleksi
Pelajar dapat meningkatkan kemahiran ICT
dalam menghasilkan pelan perkhemahan
secara 3D
Pelajar dapat meningkatkan kemahiran berfikir
secara kreatif dalam menghasilkan pelan
perkhemahan yang menarik dan ideal