The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by julianasksb, 2023-04-17 22:42:17

KERTAS KERJA pelancaran

KERTAS KERJA pelancaran

KERTAS KERJA PELANCARAN PINTAR 3 BAHASA (PROGRAM BANTU MEMBACA DAN NILAM)


KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM KOLABORASI PINTAR 3 BAHASA (PROGRAM BANTU MEMBACA DAN NILAM) BERSAMA SK SEBERANG PERAK, SK SUNGAI BARU, SK KUALA KEDAH, SK SEBERANG PERAK BARU, SK SERI PANTAI, SK SERI AMAR DIRAJA, SK JALAN PEGAWAI, SK TUALANG, SK SUNGAI KOROK LAMA, SK HAJI WAHAB, KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID, SMK DATO SYED OMAR, SMK ALOR JANGGUS, SMK AGAMA KEDAH, SMK SERI AMPANG, SMK LANGGAR, SMK POKOK SENA 2, SMK BUKIT PAYONG, SMK SULTANAH BAHIYAH, SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, DENGAN KERJASAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA SETAR DAN JALINAN BERSAMA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI KEDAH. 1.0 PENDAHULUAN Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran (PdPC) secara bersemuka tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila ramai murid tidak dapat menjalani rutin sekolah dengan sempurna disebabkan kekangan keluarga dan ekonomi yang menyebabkan banyak keluarga yang termasuk dalam golongan B40. Mengambil kira konteks pendidikan masa kini dan setelah dibuat penelitian oleh guru-guru, murid-murid yang gagal menguasai elemen literasi atau membaca secara minima. Ini setentunya akan menjadi penghalang besar kepada perkembangan pembelajaran murid tersebut. Dengan itu, pihak JPN Kedah telah mengambil inisiatif dan menyarankan semua sekolah di negeri Kedah untuk mengenalpasti murid bermasalah literasi untuk diberi keutamaan agar murid-murid tersebut tidak jauh ketinggalan dalam arus pembelajaran harian mereka. Program ini merupakan inisiatif Panitia Bahasa Melayu yang lama tertangguh. Diharapkan dengan adanya program ini , maka jumlah murid yang gagal menguasai literasi dapat dikurangkan dan dihapuskan menjelang tahun 2025. Bagi Program Nilam pula yang bakal menjana minat membaca dalam kalangan murid sering diabaikan peranannya dalam melestarikan hasrat KPM dari tahun 1999.Diharapkan dengan adanya program seumpama ini yang dijalinkan bersama Perbadanan Perpustakaan Awam akan menyuntik semangat dan memberi nafas baru kepada program ini. Peranan yang dimainkan oleh PPAK hanya tampak secara tersirat namun penghasilan dari jalinan serta aplikasi rutin akan menghasilkan murid


yang berilmu pengetahuan luas tentang sesuatu perkara. Pengetahuan luas ini ialah amat diperlukan oleh murid bagi memperkasakan keberkesanan pembelajaran. 2.0 MATLAMAT 1. Meningkatkan kemahiran murid dalam menguasai literasi (Pembacaan) terutama bagi golongan LeMBaM (Lemah Membaca BM). 2. Meningkatkan cakna murid terhadap kemahiran membaca. 3.0 OBJEKTIF 1. Mengurangkan jumlah murid yang tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik. 2. Mengeratkan hubungan sesama rakan kolaborasi Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar dan PPAK. 3. Mengeratkan hubungan dengan ibu bapa dengan mengadakan libat urus serta program membaca secara berkala. 4. Meningkatkan kemenjadian murid dalam semua aspek kemahiran membaca di sekolah. 5. Memupuk integrasi kaum dalam kalangan murid-murid. 4.0 SASARAN Murid yang lemah dalam penguasaan membaca dan terdiri daripada golongan B40, asnaf serta semua murid di sekolah rendah dan menengah. 5.0 PENGANJUR Pelancaran Program Kolaborasi Pintar 3 Bahasa (Program Bantu Membaca dan Nilam) ini adalah anjuran bersama SK Seberang Perak, SK Sungai Baru, SK Kuala Kedah, SK Seberang Perak Baru, SK Seri Pantai, SK Seri Amar Diraja, SK Jalan Pegawai, SK Tualang, SK Sungai Korok Lama, SK Haji Wahab,


Kolej Sultan Abdul Hamid, SMK Dato Syed Omar, SMK Alor Janggus, SMK Agama Kedah, SMK Seri Ampang, SMK Langgar, SMK Pokok Sena 2, SMK Bukit Payong, SMK Sultanah Bahiyah, SMK Tunku Abdul Rahman, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar dan jalinan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah. 6.0 CADANGAN TARIKH PELANCARAN • Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut : Tarikh : 07 Jun 2023 (Rabu) Masa : 8.00 pagi Tempat : SMK Agama Kedah – Sekolah Menengah SK Seberang Perak – Sekolah Rendah • Pelaksanaan pelancaran program adalah seperti berikut: Tarikh : 08 Jun 2023 Hari : Khamis Masa : 8.00 pagi Tempat : Dewan SMK Dato Syed Omar 7.0 PERASMI Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad (Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar) 8.0 YURAN PENDAFTARAN RM 100 setiap sekolah 9.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM Penasihat : Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad (Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar) Pengerusi : En. Shaarani bin Ibrahim, BKM,.PJK,.


(Guru Besar SK Seberang Perak) Timbalan Pengerusi : En. Ishak bin Hashim (Guru Besar SK Sungai Baru) Setiausaha 1 / Penyelaras Program : Pn. Anita binti Chee Nee Md (Penolong Kanan Pentadbiran SK Sungai Baru) Setiausaha 2 : Pn. Vasanthi Arumugam (Penolong Kanan Pentadbiran SK Seberang Perak) Penolong Setiausaha 1 : Pn.Nur Asfarina binti Abd Khalid (Setiausaha Kurikulum SK Sungai Baru) Penolong Setiausaha 2 : Pn.Juliana binti Abdul Hamid (Ketua Panitia Bahasa Melayu SK Sungai Baru) Bendahari : Pembantu Tadbir (PT SK Seberang Perak) Sambutan VIP SK Seri Amar Diraja Hiasan Pentas, Persiapan Tempat Dewan, PA Sistem & Siaraya SMK Dato Syed Omar Backdrop SMK Tunku Abdul Rahman Bacaan Doa SMK Seri Ampang Jamuan Vip/Guru Kolej Sultan Abdul Hamid Jamuan Murid SK Jalan Pegawai Cenderamata / Hadiah SMK Langgar Sijil SMK Pokok Sena 2 Pengacara Majlis SK Sungai Baru (BM) SK Seberang Perak (BA) SK Seberang Perak Baru (BI) SMK Dato Syed Omar (BM) SMK Sultanah Bahiyah (BA) SMK Tunku Abdul Rahman (BI) Surat Menyurat Jurugambar & Dokumentasi


SK Tualang SMK Alor Janggus Brosur SMK Bukit Payong Pendaftaran SK Seri Amar Diraja Gimik Perasmian SK Haji Wahab Montaj Program Bantu Membaca SK Sungai Baru/SK Seberang Perak Baru Persembahan Berbalas Pantun (KSAH & SMK Alor Janggus) Sajak (SK Kuala Kedah) Nyanyian (SK Jalan Pegawai) Syair (SMK Dato Syed Omar) Bicara Irama (SK Sg Korok Lama) Tuan Rumah Acara Pertandingan SMK Agama Kedah – Menengah SK Seberang Perak – Rendah Hakim Pertandingan SK Seri Pantai Hakim Keputusan SMK Seri Ampang Kebersihan,Keselamatan & Kawalan Murid SMK Seri Ampang SMK Bukit Payong SK Seri Pantai Pengangkutan Semua Sekolah 10.0 ATURCARA PROGRAM 8.00 pagi : Sesi Pendaftaran 8.15 pagi : Ketibaan Dif-Dif Jemputan


8.30 pagi : Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Wan Khalim bin Ahmad (Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar) 9.00 pagi : • Nyanyian Lagu Negaraku & Negeri Kedah • Aluan Pengacara Majlis • Bacaan Doa • Ucapan Pengerusi Program • Ucapan Perasmian • Gimik Perasmian • Persembahan • Penyampaian Hadiah dan Cenderamata • Jamuan Ringan 11.00 pagi : Majlis Bersurai 11.0 ACARA YANG DIPERTANDINGKAN ❖ Pertandingan Resensi Buku Sekolah Rendah dan Menengah ❖ Pertandingan Mewarna Sekolah Rendah ❖ Pertandingan Melukis Poster Bertema Nilam Sekolah Menengah ❖ Pertandingan Wartawan Cilik Sekolah Rendah ❖ Pertandingan Wartawan Junior Sekolah Menengah 12.0 SUMBER KEWANGAN 1. Peruntukan ZAKAT 2. Sumbangan PIBG 3. Peruntukan Panitia Bahasa Melayu 13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


14.0 PENUTUP Diharapkan majlis ini akan mencapai matlamat dan objektif yang digariskan. Kerjasama daripada semua pihak diucapkan terima kasih. Disediakan oleh; Disahkan oleh, anitatt Shaarani …………………………………..... ..................................................................... ( Anita binti Chee Nee Md ) ( Shaarani bin Ibrahim, BKM.,PJK,.) Setiausaha 1/ Penyelaras Program Guru Besar Penolong Kanan Pentadbiran, SK Seberang Perak SK Sungai Baru Tarikh:10 April 2023 Tarikh :10 April 2023 BIL PERKARA BUTIRAN JUMLAH 1. Sijil RM 150.00 RM 150.00 2. Jamuan RM 600.00 RM 600.00 3. Cenderamata RM 200.00 RM 200.00 4. Banner RM 300.00 x 1 unit RM 300.00 5. Hadiah Pertandingan RM 500.00 RM 500.00 6. Streamers RM 50 x 1 unit RM 50.00 7. Lain-lain RM 200.00 RM 200.00 JUMLAH RM 2000.00


KERTAS KERJA PELANCARAN PROGRAM PINTAR 3 BAHASA (PROGRAM BANTU MEMBACA DAN NILAM) KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH Meluluskan Kertas Kerja Pelancaran Program Pintar 3 Bahasa (Program Bantu Membaca dan Nilam) atau Tidak meluluskan Kertas Kerja Pelancaran Program Pintar 3 Bahasa (Program Bantu Membaca dan Nilam) Ulasan :


Tandatangan : Shaarani ---------------------------------------------- ( Shaarani bin Ibrahim, BKM,.PJK,.) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seberang Perak Tarikh : 10 April 2023


Click to View FlipBook Version