SMK (P) METHODIST, KUANTAN
MAKING GREAT SUCCESSES
BAHAN BACAAN
SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PEMULIHAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK MUKA SURAT
1 Education might not be everything, but it is 3-4
something.
2 KISAH KEJAYAAN BETTY 5-9
3 My name is Nor A’dleena Azalea Bt Md Noorli 10 –13
4 TIPS TO ALL SPM CANDIDATES 14-15
5 A’isya Nadira binti Mohammad-Kenangan di sekolah 16-18
6. Perjalanan Menuju Impian 19-21
7. USAHA TANGGA KEJAYAAN 22-23
8. Memburu Impian dan Kejayaan 24-25
9. Hai , nama saya Sutha 26
10. Kejayaan Bersama 27
11 Failure Is The Initial Step Towards Success. 28-30
2
PENDAHULUAN PENULIS
Alhamdulliah bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izin dan petunjuk dariNya maka buku
eInspirasiku ini berjaya dihasilkan. Buku ini diterbitkan sebagai panduan atau kaedah untuk
cemerlang khusunya kepada murid MGSS .
Buku ini dihasilkan hasil tulisan dan pengalaman –pengalaman bekas anak murid sekolah
SMK(P) Methodist ,Kuantan untuk menjadi resepi kejayaan murid sekolah kita.
Adalah menjadi hasrat dan impian saya ingin melihat lebih ramai anak –anak murid MGSS
meneruskan kecemerlangan . Namun kejayaan itu perlukan usaha dan kaedah untuk mencapainya .
Semoga buku e-Inspirasi Ku MGSS menjadi salah satu bahan bacaan ilmiah yang terbaik.
Terima kasih
NORLIZA BINTI YAACOB
MGSS
3
Education might not be everything, but it is something.
By Wong Chi Ying -2015-2019
Salam sejahtera semua. Terlebih dahulu, di sini saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana
memberi peluang kepada saya untuk menulis serba sedikit tentang
pengalaman serta perkongsian saya. Semoga anda semua sihat dan
selamat dalam menjalani kehidupan harian.
Pada 5 Mac 2020 yang lalu, saya dengan rasa rendah hati dan syukur
telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2019
di SMK (P) Methodist Kuantan. Tetapi, ini tidak bermaksud Wong
adalah yang terbaik kerana masih terdapat banyak kelemahan diri
yang perlu dibaiki serta ilmu yang perlu dituntut. Jika dibandingkan
dengan para pelajar elit di luar sana, diri saya cumalah setitis air
di dalam lautan yang luas.
Sejujurnya, saya tidak menganggap aliran sains tulen sebagai pilihan utama saya ketika di Tingkatan
4. Namun, atas galakan guru-guru dan ahli keluarga saya, saya terus berada di kelas sains. Dalam
tempoh 2 tahun tersebut, terdapat terlalu banyak detik di mana saya teringin untuk memohon
bertukar ke aliran kemanusiaan, kerana saya berasa subjek-subjek sains tulen amat susah bagi
saya. Tambahan pula, pada ketika itu saya tidak bercadang untuk meneruskan pelajaran dalam
bidang sains. “Stres, rasa perit, nak give up” semua itu memang ada. Tetapi saya yakin, sesalan
pada kemudian hari adalah seribu kali ganda perit rasanya berbanding tekanan yang saya hadapi
sekarang. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
“ The roots of education are bitter, but the fruit is sweet.” – Aristotle
Maybe there are people who say that, without excellent academic results, they can still end up
earning much more than those who excel in studies. This is not entirely wrong, but what I am trying to
say is that, when you understand the importance of education and knowledge, you will be able to see
things in a different perspective.
4
Lung Ying-tai, a Taiwanese essayist once wrote to her son ;
“My child, I demand you to study hard, it’s not because I want you to compare your results with
your friends. Instead, I hope you can have the right to choose in the future; to choose a job that is
meaningful to you and gives you flexibility of time, so you won’t have to be forced to work in order
to put food on the table.”
This is one of the quotes about education that I once came across and has inspired me since.
Some people say, I study hard because I want to make a change in my life.
Some people say, I study hard because my parents told me to do so.
Some people say, I study hard because I want to make my parents proud.
Some people say, I study hard because I want to be smarter than my cousins whom my parents
always compare me with.
Some people say, I study hard because I want to be the richest person in world.
If you ask me, I am still too young to answer this question with a meaningful reason. What I can
only say is that, you learn and study for yourself. What you have learnt can never be taken away.
To those who are reading, this is not an article regarding study tips, instead, I hope it sparks
awareness on why we shall take education seriously.
Berusahalah selagi masih ada masa dan kemampuan.
Thanks for reading. All the best.
MGS BOLEH !
5
KISAH KEJAYAAN BETTY
Assalamualaikum dan salam perkenalan, saya Noor Aina Batrisyia Binti Sanusi
atau lebih dikenali sebagai Betty.
Saya dilahirkan pada 17 Jun 2002 dan merupakan anak pertama dan empat
orang adik beradik.
Saya dilahirkan di Hopsital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang.
Saya juga merupakan seorang Mantan Penolong Ketua Pengawas SMK(P)
METHODIST KUANTAN PAHANG dan juga calon SPM 2019.
Di sini saya ingin menceritakan dan berkongsi serba sedikit pengalaman dan
tips untuk mendapat kejayaan yang cemerlang . Sebelum saya berkongsi beberapa tips untuk
mendapatkan kejayaan, saya ingin menceritakan serba sedikit latar belakang saya. Saya mula
mendapat pengajian formal sejak umur 4 tahun di Tadika Affan sehingga 6 tahun.
Kemudian,bersekolah dari darjah 1 hingga darjah 6 di SK Assunta Convent.
Pada tahun 2014, saya telah menduduki ujian penilaian sekolah rendah (UPSR), tetapi keputusan
UPSR saya tidaklah begitu memberangsangkan kerana saya hanya memperoleh 2A 1B 2C sahaja.
Sejujurnya pada waktu itu saya memang tidak begitu serius dan bersungguh sungguh dalam
pelajaran dan untuk menduduki UPSR. Saya juga pernah mendapat tempat terakhir dari keseluruhan
pelajar di dalam kelas. Selepas itu, saya meneruskan persekolahan di SMK (P) METHODIST
sehingga tingkatan 5. Hari pertama di sekolah ketika tingkatan 1 amat mencabar dan mendebarkan
kerana saya tiada kawan rapat dari sekolah rendah untuk berkawan bersama-sama di sekolah
menengah. Walaubagaimanapun, hal ini tidak mematahkan semangat saya untuk pergi ke sekolah
seperti biasa malah saya mendapat lebih ramai kenalan baharu. Bermula dari sekolah menengah juga
saya berazam untuk berubah dan menjadi lebih serius dalam pelajaran dan sentiasa mengutamakan
pelajaran kerana tidak mahu kisah lama berulang kembali. Alhamdulillah setiap kali ujian, saya tidak
lagi berada di kedudukan terakhir malah perlahan-lahan ada peningkatan dalam setiap ujian. Pada
tahun 2016, secara rasminya saya dilantik menjadi pengawas sekolah.
6
Tidak dinafikan, menjadi seorang pengawas bukan mudah kerana kita perlu mengorbankan banyak
masa untuk melaksanakan tugasan sebagai seorang pengawas. Banyak kelas yang terpaksa dit-
inggalkan untuk melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Ada kalannya aktiviti yang
dijalankan oleh badan pengawas dilaksanakan di luar pagar sekolah seperti kursus kepimpinan
pengawas, lawatan penanda aras dan banyak lagi.
Tetapi itu bukanlah alas an bagi saya untuk tidak membuat bersungguh-sungguh dalam pelajaran.
Sepanjang 2 tahun saya berada di kelas no 2 (setia) daripada 5 kelas tetapi pada tingkatan 3 tahun
2017 saya berjaya menduduki kelas pertama (gigih). Untuk makluman pembaca untuk masa
sekarang tidak ada lagi kelas pandai atau sederhana kerana semua kelas adalah sama.
Jadi, tanggungjawab saya disitu lebih besar kerana saya perlu membantu guru dalam
mendisiplinkan pelajar dan pada masa yang sama mengimbangkan pelajaran saya agar selari dan
dapat dijadikan contoh oleh pelajar lain. Ibu saya ada berpesan walaupun saya hanya memegang
jawatan Penolong Ketua Pengawas tetapi saya merupakan ketua bagi pelajar islam dan melayu.
Oleh itu, saya perlulah menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Pada tahun 2019 pula
adalah tahun di mana saya dan rakan-rakan seperjuangan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Tetapi, saya masih lagi rasa tidak bersedia pada awal tahun itu kerana ujian akhir tingkatan
4 masih belum memuaskan malah ada subjek yang saya gagal iaitu matematik.
7
Saya juga pernah dipanggil oleh guru kaunseling oleh sebab tidur di dalam kelas. Selepas daripada kejadian
tersebut, saya mendengar nasihat dan pandangan guru dan mengaplikasikan beberapa tips ini, alhamdulillah ada
peningkatan dalam diri saya. Walaupun saya tidak memperolehi keputusan cemerlang semua A dalam setiap subjek
tetapi saya dapat memperolehi 7A 2B dalam SPM 2019. Akhirnya saya dapat membuat ibu bapa, keluarga,
sekolah, orang di sekeliling saya dan diri sendiri bangga dengan apa yang saya peroleh. Jadi disini saya akan ber-
kongsi beberapa tips yang boleh diamalkan oleh semua untuk mencapai kejayaan.
8
TIPS KEJAYAAN BETTY
Perkara pertama yang saya lakukan adalah muhasabah diri. Jika ada perkara tidak betul saya
lakukan, saya akan buat refleks diri dan perbetulkan perkara tersebut. Kadang-kadang kita sebagai
manusia selalu leka dan lalai dalam sesuatu perkara jadi kita kene selalu muhasabah diri agar
tidak terus lalai. Sebagai contoh, jika selama ini saya melewat-lewatkan waktu solat jadi saya akan
berubah untuk solat di awal waktu. Selain itu, jika ada puasa yang masih belum ganti dan saya
akan habiskan puasa ganti secepat yang mungkin. Hal ini kerana ada seorang guru pernah
berkata jika kita berkira-kira dengan Allah swt, maka Allah swt akan berkira-kira dengan kita. Saya
juga selalu mengamalkan solat sunat dhuha, hajat ketika pagi dan tahajud pada waktu malam.
Perkara ini sebenarnya jarang saya lakukan sebelum ini tetapi selepas kerap dilakukan di sekolah
setiap pagi, lama kelamaan saya sudah jadi terbiasa. Oleh itu, jika kita mahu Allah swt mendengar
rintihan kita iaitu umatnya, mengurniakan rezeki yang melimpah ruah jadi kita haruslah
menyelesaikan hutang denggannya dahulu, taat dan mengikut arahannya.
Perkara seterusnya yang saya lakukan ialah perbetulkan niat. Niat memainkan peranan yang amat
besar dalam proses kejayaan kita kerana jika niat kita betul dan ikhlas melakukan insyaallah allah
akan permudahkan segalanya. Kita juga perlu ada BIG WHY apabila melakukan sesuatu. Hal ini
kerana apabila kita ade BIG WHY ataupun sebab utama kita melakukan sesuatu, pasti perkara
yang kita lakukan itu akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Sebagai contoh, big why saya
ialah kedua ibu bapa saya. Saya tahu mereka sangat mengharapkan saya untuk memperoleh
kejayaan. Jadi saya cuba buat bersungguh-sungguh sehabis baik untuk mendapatkan keputusan
yang cemerlang kerana saya tau dengan cara ini juga dapat membanggakan mereka berdua.
Ternyata apa yang saya buat ini membuahkan hasil.
Perkara yang lain pula adalah usaha. Untuk mencapai kejayaan iannya adalah suatu proses dan
usaha. Jika kita gagal hari ini tidak bermakna kita gagal selama-lamanya. Sebagai contoh dalam
situasi saya, antara usaha yang saya lakukan ialah yang pertama saya mengenal pasti
kekurangan saya. Antara subjek kelemahan saya ialah matematik. Apabila saya sudah mengenal
pasti kekurangan saya, saya cuba cari jalan penyelesaian dengan cara berjumpa dengan guru
atau rakan yang pandai, menghadiri kelas tambahan yang diadakan sekolah, menghadiri kelas
tambahan di luar sekolah(jika berkemampuan), membuat latihan sama berulang kali, membuat
latihan tahun sebelum dan banyak lagi. Jika ada guru-guru memberi kerja rumah, siapkanlah kerja
rumah tersebut kerana itu adalah salah satu usaha guru untuk mengenal pasti kelemahan kita.
Tetapi usaha yang dilakukan janganlah sampai memudaratkan diri seperti saya. Saya pernah
menghadiri banyak kelas tambahan di luar sekolah kerana saya fikir jika saya berbuat sedemikian
mungkin saya dapat perbaiki keputusan saya yang lemah. Malangnya tips itu tidak sesuai dengan
saya kerana disebabkan rasa penat dan letih yang terlampau itu saya telah tertidur di dalam kelas
dan dipanggil oleh guru kaunseling. Selepas itu, atas nasihat guru, saya telah mengurangkan
subjek yang saya hadiri kelas tambahan di luar sekolah. Jadi anda semua buatlah keputusan yang
bijak jangan sampai memudaratkan diri.
9
Saya juga mengamalkan konsep hablum minallah hablum minannas yang bermaksud
hubungan dengan Allah swt dan hubungan dengan manusia. Hubungan dengan Allah swt ialah
seperti melaksanakan peintah yang disuruh olehnya, beriman kepada rukun islam dan rukun
iman dan sebagainya. Melakukan amar makruf nahi mungkar seperti kurang berbual perkara
yang melalaikan, menutup aurat dan sebagainya. Jika kita mahu kehidupan yang senang dan
dipermudahkan, kita wajiblah taat kepadanya dan melakukan ibadah dengan ikhlas. Hubungan
dengan manusia pula seperti dengan ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga, guru, rakan-rakan
dan orang sekeliling. Untuk mendapatkan keberkatan dalam hidup, kita mestilah menghormati
orang di sekeliling kita terutama sekali ibu bapa. Hal ini kerana, jika kita menyenangkan urusan
orang lain dengan berakhlak mulia, dalam masa yang sama orang sekeliling akan mendoakan
kebaikan untuk kita. Oleh itu, sangat penting untuk kita menjaga hubungan dengan Allah swt
dan manusia.
Perkara yang terakhir saya lakukan ialah konsisten. Pada awalnya, saya amat susah untuk
konsisten dan kekok mengamalkan perkara baharu dengan kerap. Tetapi, percayalah jika
lama-kelamaan dan konsisten mengamalkan kelima-lima perkara di atas lama-kelamaan akan
menjadi kebiasaan. Saya juga mengalami perkara yang sama pada awalnya, tapi lama-kelamaan
rasa sudah terbiasa. Sehingga sekarang juga saya tidak pernah tinggal mengamalkan solat sunat
dhuha dan solat sunat hajat setiap pagi dan mengamalkan membaca al-quran jika ada waktu
terluang sekurang-kurangnya satu hari satu muka surat. Saya juga kerap membuat latihan
tahun-tahun sebelum dengan berulang-ulang kali kerana jika kita berbuat sedemikian, kita akan tau
bentuk soalan dan ini akan menjadi mudah untuk kita menjawab soalan yang akan datang. Kita juga
jangan pernah berhenti untuk selalu berdoa agar doa kita diperdengarkan oleh Allah s.w.t.
PENUTUP
Sebagai penutup, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang membaca kisah
kejayaan saya dan memberi peluang untuk saya berkongsi pengalaman dan tips naik turun untuk
mencapai kejayaan. Apa yang saya kongsikan ini memang benar dialami oleh saya dan tidak
menciplak mana-mana pihak. Sejujurnya bukan mudah untuk mudah dan bukan susah untuk susah.
Saya harap perkongsian saya ini dapat memberi semangat dan suntikan motivasi dengan
pengalaman yang saya ada. Setiap kejayaan adalah proses dan proses yang itu
perlulah berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian. Semua yang membaca diharap dapat mengaplikasikan tips yang
diberikan sebaik mungkin dan mana yang buruk dijadikan pengajaran dan tauladan manakala yang
baik jadikan amalan. Di atas kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ibu bapa dan keluarga saya yang selama ini menyokong saya tidak putus-putus, guru-guru
yang mengajar saya sejak tadika hingga sekarang, rakan-rakan yang sering ada ketika susah
senang yang rapat mahupun tidak kerana anda semua saya sudah anggap seperti adik beradik
kandung dan akhir sekali orang di sekeliling saya yang saya kenal secara langsung atau tidak
kerana telah mendoakan kejayaan saya. Insyaallah segala jasa baik yang anda telah lakukan di atas
muka bumi ini akan dibalas oleh Allah swt sama ada sekarang atau di akhirat nanti. Terima kasih
semua saya doakan semua sihat di bawah lindungan Allah swt.
10
Success, it is subjective. According to the Cambridge English Dictionary, the definition of
success is, the accomplishment of an aim or purpose. Although it might differ from one person to
another, most people work so hard throughout their lives to achieve success. Achieving success, for
me, it brought out a feeling of satisfaction. Because finally, all those hard works are paid off. Frankly
speaking, success does not come easy. Success is not something you were born with, it is
something that you need to work for. Every single person on this earth, has a success story of their
own, and I would like to share mine with all of you. Although it might not be as interesting as those
billionaires’ success stories, it is something that I will always be proud of. I just hope that it will
inspire you, maybe not entirely, but just a little bit. As an introduction to my life, I will first introduce
myself. My name is Nor A’dleena Azalea Bt Md Noorli, my friends call me A’dleena and the
teachers call me Azalea. But it does not matter. I am a former student of Methodist Girls’ Secondary
School, graduated in the year of 2019. I was in Gigih class from the very first day of my secondary
years to the very last. Recently, I have gotten the result for my Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), and I
am able to say that I did pretty well. I got 9A’s 1B+ and I took 10 subjects in total. Let’s cut to the
chase to the real deal.
11
It will be too long if I started my success story from the very beginning. So, I will just make it as
simple and as possible. Let’s just begin from the starting of my form 4 years. Actually, my PT3 results
are not good. I only managed to get 2A’s. I was really disappointed in myself. It made me sad that I
got compared to other people who
did way better than me. I felt as if I
have ruined the first few steps of
creating my future. From there, I
started telling myself that I need to do
better, not for the sake of getting
praises, but for the sake of my own
future. The first thing I did was, my
goals. What I wanted to achieve and
when I wanted to achieve it. In my
opinion, setting goals are very important. Set your goals so that you can determine your paths. This
will help you to focus more on what you wanted. For example, I already know what I wanted for my
future. I always know that I wanted to work in the ambassadorial department, I wanted to become a
diplomat. In order to be a diplomat, I need to pass an exam called ‘Peperiksaan Pegawai Tadbir
Diplomatik’, a PTD Exam. But first, I need to graduate with a Degree(Honours). From there, I
started understanding my interests. I studied my own interests with the help of a few relatives, and it
all leads to political science and law. After I determined my paths, I made some research on the
qualifications to study law in University. This helps me to decide the things or the subjects that I
need to focus on more. What I am trying to imply here is that creating a future for yourself does helps
a lot. It makes you want to work for it. Doing something without a reason seems to make you feel
uninterested. But when you do have a purpose, it will all make sense. In addition, knowing your
interest, and being able to have the dialogue about your interests and others’ is one component of
emotional intelligence. The side effect is that it helps you form clearer emotional boundaries between
yourself and other. So you become less likely to feel responsible for meeting others’ needs, and
less likely to make others responsible for meeting your needs.
As I entered upper form, I have always been struggling with mathematics. I used to fail in every
exam from the beginning of my upper form years until the middle of form 5. I even got a ‘D’ during my
trial exam. It is not that I am not interested, I just find it hard to understand. I have always been that
type of person who is very shy to ask questions. Even if I do not understand the whole lesson, I will
never go up to the teacher to ask questions. I will just wait for someone else to ask the question, and
if they didn’t do so, I will just live with the fact that I do not understand the lesson. This habit of mine is
very bad, and it should not be copied. As the saying goes, ‘if you want something done right, you
have to do it yourself’ and I am glad that I have realised it soon enough. After realising the fact that I
cannot keep getting this bad grade, I changed my habit for the better. I will always ask the teacher to
12
God helps those who help themselves. Have faith in yourself and do not ever give up. If you
failed once, it does not mean that you are going to fail forever. Learn from your mistakes so that you
can avoid repeating the same mistakes again. There is always room for improvements. Give
yourself a chance, do not stop mid-way. Fortune favours the bold. So do not be afraid to try things
out of your comfort zone. Coming from an introvert myself, I am not a big fan of social interactions. I
used to always turn down the offer of studying together in groups. But towards the end, that is what
I do most. Every weekend, me and my friends will always go to the public library. We would study
for hours together. We would teach each other and exchange ideas among ourselves. At that
moment I realised how important it is to study in groups. It may not be suitable for you as some
people find it easier to study alone. You can study in ways you are comfortable with. But studying in
groups make things easier, you can get your work done faster through discussions. How you study
does not really matter as long as you are committed and know your priorities. As for now, your main
priority is to graduate high school and pass your SPM with flying colours.
Furthermore, some of you often didn’t have faith in yourself. Usually you got easily discouraged by
others. But, let me tell you something. Life isn’t always about pleasing others. You know yourself
better than anyone else. You are the only one who gets to criticize yourself. You know your own
ability, but often get too carried away in meeting others’ expectations. Once in primary school,
a teacher literally embarrassed me in front of other students. I still remember her words “
saya tak pernah jangka awak akan dapat 5A, awak tiada dalam list saya pun,” like it happened
yesterday. I was left speechless and embarrassed. But I told myself I didn’t go to school to be the
teachers’ pet, I came here to get my education. I didn’t need to be in someone’s list to be successful
and to get good grades because I’m not trying to compete against anybody but myself. In life, your
biggest rival is yourself, because each day you woke up with the purpose of doing a lot better than
yesterday. Don’t look at others as your rival. Look at them as a motivation, as an inspiration for you
to do well too. If you can’t win the battle between you and yourself, how are you going to win the
battle with the world? Fight the negativity you have inside of you. Clear your soul and start a new
one with nothing but positivity. There are always people out there who will try to bring you down.
If you give up, you are letting them win with the ‘false truth’. Look in the mirror and say to yourself “
I am wonderful, I am smart, I am pretty, I am strong.” Don’t wait for compliments from others,
you do that to yourself first because you need to learn to appreciate your worth.
13
Other than that, you also need to manage your emotions perfectly. The challenges can be tough at
times. Being emotionally healthy brings a big advantage to yourself. I know there are days where you
felt defeated and just basically tired of everything. It is okay to feel that way sometimes. But do not let
one emotion ruins your whole life. Do not let your emotions get to you. You have to fight. I have been
through the same thing. We walked the same route, it has been that way for years. I have gone
through sleepless nights to just get all the works done. Being emotionally healthy means that you
give yourself a break, get your mind off of all the works. Go out for ice cream, go watch a movie for
an hour or two. When you felt relaxed, go back to your works. Do not be too harsh on yourself. Being
physically tired can messed up your emotions. Take care of yourself from both aspects and you will
be fine. School can be tiring, but at the end, it is worth all the sweats. Last but not least, surround
yourself with the right people. Beware of who you be friends with. Choose your friends wisely.
Friendship isn’t only about having fun. Friendship means you are there to help each other, through
thick and thin. A friend in need is a friend indeed. Find someone who is willing to be your struggle
buddy. A good friend is someone who walk the steps with you when you are not able to, not someone
who leaves you there to struggle on your own. Friends are your biggest influence. So don’t include
yourself in the wrong group of friends. I’m speaking from my past experience. Don’t make the same
mistakes that I did. Believe me, when your mother told you she is not so fond of your friend, trust her.
She knows when something is wrong. Mother knows best. It’s okay to be friendly, it’s okay to have
many friends. But be careful who you let to walk into your life.
I’m not a motivator, not a psychologist either. But believe me, I know the struggle. I used to be
in school too. Every single person in this world got a struggle of their own. How you deal with it will
determine the outcome. Think wisely before any decision is made. You might feel like you can’t wait
to get out of school and become an adult. But honey, life doesn’t end there. The end of school
means the start of your life in the real world. I used to think that SPM is not really important.
So, I used to always fool around and not taking things seriously. But when I think of what my life will
look like if I keep being foolish, I decided to keep going. Every time I felt like I want to stop studying,
my mind will immediately think of my parents. They spent hundreds for my tuition fees, they worked
days and nights so that I could get my education. After all those struggles, I can’t just let them down.
I wanted to repay them, and the only way I get to do that is with completing my studies, graduate,
be successful and contribute to the society. Fame and wealth means nothing if you have zero
education. It is never too late to change. Set your mind for the right things. It is okay to have fun, it is
okay to fool around. But make sure you balance it well with your education. I participated in a lot of
activities in school, but I can still manage to get good grades. You need to learn to juggle those
things around equally. I hope my sharing inspire you a little. Keep going and don’t ever stop. There’s
room for improvements everywhere. I know we are currently in quarantine, schools are close, but
don’t close your books! Even though exams might seem so far away at the moment, intelligence
doesn’t come crawling. Start practicing now and score the best grades later. I’m rooting for all of
you. Good luck everyone! Sending virtual hugs your way.
14
TIPS TO ALL SPM CANDIDATES
BY:TKZ from 5 Murni 2019
I’m gonna share some tips to all readers on how to make your upper form study life less stressful.
1.STUDY
FOCUS.First listen to what teachers explained in class,second ask if you have any doubts ,
third jot down all the notes that you find useful(because most of the times teachers will point
out some topics that are often asked in papers).It’s important to find your own effective
study method (the method you find easy to remember everything taught).Some people
prefer studying in groups while some prefer studying alone at a quiet place.Oleh itu,carilah
cara belajar yang terbaik dan paling sesuai dengan anda.
Study with your friends .Discuss the topics you all have learnt,ask for everyone
opinion.Especially for the hardcore subjects,please ask if you are not clear about the jalan
kerja.Jika anda sudah memahami suatu pembelajaran,ajarlah kawan anda yang kurang
memahami.(Anda akan lebih memahami dan mengingati topik tersebut sekiranya anda
mengajar rakan yang lain).Jangan lokek ilmu.
Cara belajar.For science stream students,bagi subjek biologi,fizik,kimia,silalah baca
maklumat dalam buku terlebih dahulu /sehari sebelum masuk kelas .Cara ini akan
menjadikan anda tidak blur sangat apabila cikgu mengajar dalam kelas , sentiasa baca nota
yang diberikan.Buatlah banyak latihan past year yang cikgu berikan.Gunalah highlighter
untuk point-point penting.Bagi subjek mengira seperti math dan addmath ,banyakkan latihan
tubi untuk tambah kefahaman.Jika boleh,sila buat math/addmath setiap hari (berapa soalan
pun takpe asalkan ada).Bagi subjek sejarah,jangan study last minute sebab memang tak
cukup masa.Kalau ada masa terluang,buat ulang kaji setiap hari.
15
2.REST
Girls,make sure you get enough of sleep before you start learning.Please don’t stay up too late espe-
cially in the exam season (because you will become more stressful the next day).
3.STRESS
Everyone has stress especially when the exam is coming soon.For the SPM
candidates,please find way to cope with your stress.Another way of reducing our stress is please
don’t compare your academic result with another friends.Make this challenge as a motivation, not a
stress.
That’s all from me.Hope everyone finds this useful.Goodluck and best wishes to SPM candidates !
16
Ikhlas : A’isya Nadira binti Mohammad
Ijazah Sarjana Muda Farmasi
Hari pertama lapor diri di sekolah baru semasa usia ku 15 tahun disajikan dengan kejutan.
Mana tidak nya, hari pertama sudah didenda berdiri di luar dewan kerana lewat. Tahun berikutnya
sudah tidak lagi. Itulah kali pertama dan kali teraakhir saya didenda kerana lewat ke sekolah. Pantas
masa berlalu meninggalkan kenangan disekolah yang tak kan pernah dapat dilupakan dan tak kan
terulang lagi. Tiga tahun mencoret memori di MGSS menjadikan saya seorang yang berdikari
di dunia yang kini penuh dengan pesaingan dan pembaharuan. Menjadi seorang pengawas
di MGSS adalah perkara yang tidak dijangka kerana pengawas di MGSS adalah antara yang
disegani suatu masa dahulu dengan ketegasan dan ketrampilannya.
Saya berpindah dari sekolah sukan ke skolah harian biasa. Dari kelas pertama semasa
di sekolah sukan, saya jatuh ke kelas ketiga (3 Setia) ketika itu. Kata GPK HEM saya belum boleh
berada di 3 Murni dengan rekod keputusan peperiksaan di sekolah yang lalu. Pn Cheam beri
tempoh untuk saya buktikan yang saya boleh berada standing dengan pelajar-pelajar 3 Murni (3M)
yang lain. Di 3 Murni, ada kawan baik saya sejak sekolah rendah, jadi semakin berkobar-kobarlah
semangat saya nak naik kelas. 3 minggu atau 3 bulan sebelum PMR saya dah x berapa pasti,
akhirnya alhamdulillah saya Berjaya naik kelas 3M. Tapi, saya rasa kelas 3S lagi best sebab masa
nie ada ramai cikgu-cikgu terbaik yang mengajar. Puan Norehan, Miss Norharti, Ustazah Salmah,
Cikgu Asyikin, Puan Ramu dan ramai lagi. Kelas 3M pun ramai cikgu yang terbaik mengajar di kelas
depan, tapi tidak kurang hebatnya cikgu-cikgu yang mengajar di kelas-kelas lain sebab saya yakin
dan percaya cikgu-cikgu di MGSS semuanya yang terbaik.
Sejujurnya, MGSS mampu melahirkan pelajar yang berdisiplin, berdikari dan berani. Kelebihan
sememangnya dapat dilihat sekiranya pelajar tersebut merupakan pengawas atau pun terlibat aktif
dalam pancaragam mahupun badan beruniform yang lain. Belum pernah dilihat mana-mana sekolah
yang pengawas atau pelajarnya nya tidak perlu diawasi dengan kerap oleh cikgu dari segi gerak
kerja dalam menjalankan tugas mahupun dalam meganjurkan majlis-majlis yang dijalankan
di sekolah. Mengimbau hari-hari yang telah berlalu, hari Jumaat adalah hari “English Speaking Day”
jika ingkar setiap tutur kata akan didenda sebanyak 50 sen. Masih samakah sekarang?
Kata orang ‘Practice Make Perfect’ dan itulah yang membuatkan saya tidak terlalu kekok untuk
bertutur dalam Bahasa Inggeris sehingga kini. Dahulu, sebelum memasuki pintu pagar sekolah,
kena ada buku peraturan, kuku kena pendek, stokin kena atas buku lali. Pandangan saya, peraturan
nie mudah untuk diikut. Kalan rasa susah, nanti di kemudian hari kita akan jadi manusia yang sukar
mendengar arahan, tidak berdisiplin dan tidak kemas. Sekolah merupakan latihan kepada
kehidupan yang sebenar. Jika terbiasa melanggar peraturan, mungkin kegagalan akan menjadi
biasa dalam kehidupan kita. Oleh itu, belajarlah untuk melatih diri patuh pada arahan dan peraturan
17
Kenangan,terlibat secara aktif dalam bidang kokurikulum dan kepimpinan tidak menghalang
saya untuk perform dalam bidang akademilk. Saya bukanlah terlahir bijak. Berdasarkan
pengalaman, yang paling penting bagi seorang pelajar untuk berjaya adalah keberkatan. Jadi, saya
akan pastikan semua kerja sekolah saya siap walaupun tidak dapat hadir ke sekolah hampir
sebulan kerana aktiviti di luar sekolah. Setibanya disekolah, saya akan menghantar buku-buku
latihan bersama dengan rakan- rakan saya yang lain.
Alhamdulillah kawan baik saya sangat membantu saya dalam menyampaikan maklumat
berkaitan kerja sekolah semasa saya tiada di sekolah. Saya bukanlah seorang yang rajin
mengulang kaji pelajaran, tetapi saya akan pastikan segala kerja sekolah disiapkan sebaiknya.
Mengambil aliran sains tulin bukanlah sesuatu yang mudah, berkat kesabaran dan pengalaman
cikgu-cikgu MGSS sangat membantu saya dalam bidang akademik,kepimpinan mahupun
kokurikulum. Disebalik semua kenangan yang telah dilalui jatuh bangun semasa di sekolah, Cikgu
Faezah Jusoh, Cikgu Zalina, Cikgu Norliza, Cikgu Janiza, Puan Sabariah, Puan Nik, Puan Wee,
Cikgu Azlina, Cikgu Wan, Puan Rosni dan ramai lagi cikgu-cikgu yang dah membantu dalam
memberikan nasihat dan tunjuk ajar secara langsung mahupun sebaliknya. Tidak dapat
dinafikan segelintir dari barisan guru-guru ini bukanlah yang mengajar ku dalam mana-mana
subjek, tetapi kerana sikap keibuan, penyayang dan saling membantu membuatkan mereka
membantu semua pelajarnya tanpa mengira sama ada mereka kenal mahupun tidak. Mengulas
lanjut mengenai keberkatan dan kerja sekolah (homework), kaitannya dimana jika kita tidak
menyiapakannya, ia akan mendatangkan kemarahan cikgu dan jika kita didenda, kemungkinan
akan timbul rasa tidak puas hati pada cikgu yang mendenda kita. Kedua – dua situasi ini akan
menyebabkan keberkatan ilmu semakin berkurang.
Sebagai pelajar, haruslah sentiasa ringan tulang membantu guru angkat buku, memadam
papan putih, menghormati guru dan sentiasa bermanis muka serta memberi salam ketika berselisih.
18
Akhir kata, ingatlah ‘adab sebelum ilmu’. Orang yang beradab akan berjaya tetapi jika ilmu
tanpa adab hanyalah sia-sia. Ramai dalam kalangan pelajar hari ini menganggap hal ini remeh, tapi
percayalah doa guru-guru juga boleh menjadi asbab atas kejayaan seseorang. Aktif dalam bidang
kepimpinan dan kokurikulum tidak menghalang seseorang untuk berjaya dalam akademik jika dia
benar-benar mahukan kehidupan yang cerah. Segalanya bermula dengan diri sendiri kerana
‘kita adalah penyelamat dalam kisah perjalanan hidup kita’. Sekadar perkongsian, saya merupakan
bekas pengawas sekolah sebagai penolong setiausaha, pengerusi kelab bola jaring dan pemain
bola jaring peringkat negeri, ketua rumah sukan Rea dan mantan koperal II dalam badan
berunifrom Kadet Polis dalam satu-satu masa. Itulah jawatan yang dipegang semasa tahun saya
menduduki peperiksaan SPM tahun 2013.
Kini saya merupakan pelajar tahun 3 di peringkat ijazah sarjan muda Farmasi di sebuah
IPTA di Selangor. Perjalanan saya masih belum berakhir selagi hayat dikandung badan. Pesan
saya, walau badai menerpa, melalui liku-liku onak duri kehidupan, menempoh kegagalan dan walau
jatuh untuk yang ke sekian kali, tetaplah bangkit setelah itu because “Only You Can Be the
Heroine of Your Own Journey”. All the best and may Allah showers His blessing to all of us.
Aamin.
Kenangan di sekolah selalu di rindu,
Rela berkorban itulah guru,
Jika mahu kejayaan mengiringimu,
Peganglah ‘adab sebelum ilmu’.
-Awwab 1929 (May,2020)
19
PENGENALAN
Nama diberi oleh Puan Khalijah Binti Hamid dan Encik Abdul Wahab Bin Mohamad yang
merupakan ibu bapa saya ialah Nur Syazana. Merupakan bekas pelajar SMK (P) Methodist
Kuantan dan bekas ketua pengawas bagi sesi 2016/2017.Pada ketika ini saya merupakan pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bidang Bimbingan dan
Kaunseling yang bakal tamat pada Jun 2023. Pada tanggal 23 Mar 2018 saya
telah memperoleh 9 A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2017. Tarikh
tersebut mecipta kenangan terindah kerana saya melihat insan yang saya
sayangi mengalirkan air mata kegembiraan sambil memimpin saya
mengambil keputusan SPM di atas pentas.
Perjalanan Menuju Impian
Kisah ini bermula ketika saya mula memberi peluang pada diri saya untuk mencuba
sesuatu yang baru ketika di alam persekolahan. Saya mula menyandang jawatan sebagai
pengawas sekolah pada tingkatan dua sehingga menjawat jawatan sebagai Ketua Pengawas pada
tahun 2016. Di samping aktif dalam organisasi unit disiplin, saya juga aktif dalam Unit
Beruniform Kadet Polis dan sukan permainan Bola Jaring. Jujur saya katakan, kehidupan alam
persekolahan menengah saya agak padat dengan aktiviti dalam dan luar sekolah. Jika pagi ,
menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar dan pengawas sekolah manakala petang pula
melakukan latihan kawad kaki atau sukan bola jaring dan malam masa untuk menyiapkan kerja
rumah yang dibekalkan oleh guru-guru. Saya juga banyak kali tidak menghadirikan diri ke sekolah
kerana terlibat dengan pertandingan peringkat daerah Kuantan dan juga peringkat Kebangsaan.
Ditambah pula dengan mempunyai masalah untuk mengusai beberapa mata pelajaran.
20
Namun begitu, saya yakin dan percaya selain menjaga hubungan dengan Sang Pencipta dan
berusaha mengulang kaji pelajaran, menjaga hubungan sesama manusia juga penting bagi meniti
kejayaan hidup bergelar penuntut ilmu/ pelajar. Hubungan sesama manusia yang ingin saya
tekankan di sini adalah hubungan dengan ibu bapa dan guru-guru.
Melayari kisah penetapan aliran setelah tamat Pentaksiran Tingkat Tiga. Sebelum ini saya
tidak terfikir untuk menyambung aliran sains tulen kerana sedar kemampuan diri yang lemah
dalam subjek sains dan matematik dan juga atas nasihat ibu saya setelah melihat perjalanan
abang sulong saya dalam aliran sains tulen ini. Pada awal tahun tingkat empat, saya telah terpilih
untuk mengambil aliran sains tulen mengikut penilaian dan penetapan daripada beberapa orang
guru. Ia bagaikan satu mimpi buat diri saya kerana pada kala itu saya memikirkan bukan semua
orang terpilih untuk menduduki kelas tersebut jadi saya mula timbul rasa ingin mencuba.
Setelah dua tahun menjalani pembelajaran dalam aliran sains kemanusian iaitu
Perakaunan, saya berjaya melaluinya dengan rasa seronok. Bukan mahu
mengatakan bahawa aliran ini mudah tetapi ia juga sukar bagi
saya.Perkara biasa bagi seorang insan bergelar pelajar yang ditimbuni
banyak latihan serta ujian. Ibu bapa saya banyak memberikan sokongan
dengan memahami keadaan dan menyediakan keperluan saya. Justeru
saya cuba menjadi anak yang selalu mendoakan kesejahteraan ibu
bapanya, menghormati mereka dan berusaha sehabis baik dalam
pelajaran. Bagi mereka, bukan wang ringgit yang mereka mahukan sebagai balasan namun mereka
mahu melihat kehidupan anak-anaknya cerah dan mampu menyumbang jasa kepada masyarakat.
Tidak dilupakan juga usaha dan semangat daripada guru-guru SMK (P) Methodist Kuantan.
Walaupun mereka selalu marah dan membebel ketika bersua muka di dalam kelas namun jauh
di sudut hatinya mendoakan kejayaan anak didik mereka. Oleh itu di sini
saya ingin pembaca mengambil iktibar agar menanam sifat kasih sayang
dan menghormati kepada guru-guru. Kasihi mereka seperti mana kita
mengasihi kedua ibu bapa kita. Sesungguhnya mereka mengantikan
tanggungjawab ibu bapa kita di sekolah. Sekiranya guru meminta tolong,
hulurkanlah bantuan jikalau kamu tidak keberatan. Mungkin bantuan yang kecil itu memberikan satu
keberkatan yang besar sepanjang hidup kamu menimba ilmu.
21
Meneruskan perjalanan pengajian di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang menjadi saranan
kedua ibu bapa saya. “Kerja seorang guru itu adalah pekerjaan yang mulia” masih tergiang di minda
kata-kata ayah saya ketika menasihati saya untuk memilih tawaran IPG berbanding tawaran
Universiti Utara Malaysia.
Sungguh pantas waktu berlalu, kini sudah hampir dua tahun saya melanjutkan pengajian saya
dalam bidang perguruan ini. Pada awalnya minat dalam bidang ini tidaklah setinggi seperti
sekarang. Semakin saya menjalani bidang ini, semakin bercambah minat untuk mendidik anak
bangsa. Pelbagai program telah saya sertai namun saya masih merasakan
ia tidak cukup lagi. Pengalaman yang saya tiba selama dua tahun ini
sangat menyeronokkan untuk dikenang. Antaranya ialah kenangan
bersama anak-anak orang asli yang berusaha menimba ilmu di kawasan
pendalaman yang serba kekurangan di SK Lemoi, Tanah Tinggi Cameron.
Perlahan-lahan saya tersedar bahawa tugas seorang guru bukan mudah seperti yang saya
sangkakan dahulu. Golongan ini bukan sahaja menanam ilmu di dada anak didik namun juga
membentuk sahsiah diri. Pensyarah saya pernah berkata “Arkitek membina bangunan yang cantik,
tapi guru membina insan yang cemerlang”.
Kesimpulan kisah saya ini, setiap dari kita mempunyai ujian yang berbeza namun jangan
jadikan ujian sebagai penghalang untuk berjaya. Menurut teori Carl Roger, manusia adalah
rasional, baik, bertanggungjawab dan bebas untuk membuat keputusan. Justeru pilih lah
untuk berjaya dunia dan akhirat.
22
USAHA TANGGA KEJAYAAN
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera kepada semua adik adik yang bakal
menduduki SPM
Saya ialah salah seorang murid dari kelas 5 PINTAR yang menduduki SPM 2019 dan telah
memperolehi keputusan yang cemerlang dalam SPM baru baru ini..
Saya nekad mahu buktikan walaupun ditempatkan di kelas 5 PINTAR dan Hanya mengambil mata
pelajaran seni, saya juga mampu memperoleh keputusan cemerlang seperti rakan yang lain.
"Ibu bapa juga merupakan orang yang tak henti henti memberi sokongan dan dorongan kepada
saya untuk berjaya . Mereka juga sentiasa berada dibelakang saya dalam apa jua keadaan dan
memberi kata kata sokongan yang takkan pernah saya lupakan
"usaha tangga kejayaan. .Keputusan cemerlang ini juga adalah berkat Dan doa ibu bapa..jadi
adik -adik jangan sesekali melupakan ibu bapa Kita..
23
Selain itu daripada ibubapa , rakan rakan saya juga adalah salah satu KEJAYAAN Saya..Saya
sering berkongsi ilmu dengan rakan bagi memudahkan mereka memahami pelajaran..Saya suka
membantu rakan yang tidak faham kerana teknik itu memudahkan Saya ingat apa Yang Saya
ajar..Kita jangan kedekut ilmu kerana semakin Kita belajar ,semakin Kita pandai..Malah, selagi Ada
peluang capai KEJAYAAN, terus berjuang sebab Allah sentiasa bersama
Guru guru yang tak pernah jemu mengajar saya ..terima kasih kepada semua cikgu yang mengajar
Saya selama ini dan menjadi.so adik adik juga hormatilah guru kerana sering berkorban untuk
anda..Doa mereka untuk KEJAYAAN anda pasti Akan dimakbulkan oleh tuhan.Jika anda tidak
menghormati mereka,keberkatan dalam belajar itu tidak Ada maka anda sukar untuk Berjaya.
Terima kasih cikgu…..
Selain itu juga,Saya sama sekali tidak sangka berkat membaca surah Ar-Rahman ini menjadi salah
satu rahsia Saya memperoleh keputusan cemerlang..Terima kasih kepada guru saya Yang tidak
lokek berkongsi kelebihan surah Ar-Rahman ini..Surah Ar-Rahman ini so magical..If Tak sempat
baca,you can play in apps or youtube.Tak putus putus nanti rezeki untuk kami semua..Time study
pasang surah Ar-Rahman on YouTube ke Mana Mana lah..InsyaAllah apa yang kamu hafal tu
dipermudahkan ..
24
Nama diberi Nureen Batrisya Binti Bahari dan dilahirkan pada tanggal 2 Januari 2002. Saya
merupakan calon SPM 2019 dan pelajar 5 Gigih. Saya merupakan pelajar aliran sastera yang
mengambil sebanyak 8 subjek. Masa terus berjalan dan saya pun melalui SPM dengan aman.
Akhirnya, saya pun dapat keputusan SPM saya. Alhamdulillah, keputusan SPM saya mampu
membanggakan ibu bapa, keluarga dan warga sekolah iaitu guru-guru yang mengajar saya
terutamanya.
Sejujurnya, saya bukanlah seorang pelajar yang bijak sangat dalam akademik. Buktinya SPM saya
tidak dapat straight A pun. Hal ini kerana, saya nak sangat dapat straight A sebenarnya. Bohonglah
kalau saya kata saya tak ingin pun kan? Ketika saya form 3, saya amat yakin untuk dapat straight A
SPM, tapi ianya kekal sebagai mimpi dan cita-cita.
25
Oleh itu, ini adalah sedikit coretan yang bertajuk “ Memburu impian dan Kejayaan “ :
JADILAH `PEMBURU` BUKAN `PENUNGGU` ! Maksud `pemburu` disini ialah memburu kejayaan
dalam hidup. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak datang dengan sendiri !Bak kata pepatah
Melayu, `Yang bulat takkan datang bergolek,Yang pipih takkan datang melayang ! Tiada kejayaan
tanpa usaha ! Tiada kemenangan tanpa penat lelah. Tiada Kecemerlangan tanpa Komitmen. Hal ini
kerana, kejayaan, kecemerlangan, k ehebatan dan SUKSES adalah milik mereka yang KONSISTEN
dalam usaha meraih PELUANG..
Untuk berjaya sila patuhi peraturan KEJAYAAN ...Antaranya :
1. Tiada istilah kecewa dalam hidup
2. Sering mencari peluang & merebut peluang
3. Semangat tak pernah luntur
4. Idea tak pernah kering
5. Mencuba & mencuba hingga berjaya
6. Belajar dan terus belajar
7. Usaha tanpa jemu
8. Mencipta peluang-peluang
9. Tak menoleh kebelakang lagi
10.Ada target,misi dan visi hidup
Usahlah hanya menjadi `PENUNGGU`..kerana kejayaan takkan hadir sebgitu senang dan mudah !
Teruskan berusaha dan kejar apa yang dihajati..Doa dan Tawakkal pada Allah SWT..Insya-
Allah,kejayaan pasti kita miliki. Allah SWT itu Maha Pemberi ...DIA akan memberi kepada sesiapa
yang meminta dan berusaha..Percayalah pada janji Allah SWT..
Sekian, Selamat Memburu Kejayaan,,
Salam kasih sayang ,
Nureen Batrisya Binti Bahari
Calon SPM 2019
26
Hai ,Salam sejahtera semua , nama saya Sutha . Saya ingin berkongsi beberapa tips untuk
mendapat keputusan SPM yang baik.
Terlebih dahulu ,saya ingin memberitahu bahawa ,saya bukanlah seorang murid yang mendapat
straight A dalam peperiksaan. Saya hanya seorang murid yang sentiasa lulus sahaja di dalam
peperiksaan tetapi akhirnya keputusan SPM saya boleh membanggakan diri saya ,keluarga dan
sekolah.
Semasa berada di tingkatan 4 Kreatif ,guru mata pelajaran saya sentiasa memberi nasihat kepada
semua rakan di dalam kelas agar kami sentiasa meningkatkan usaha untuk mencapai
kecemerlangan. Paling istimewa apabila puan pengetua ,Puan Haniza binti Hashim sentiasa
memberi motivasi , kami tidak ada perasaan rendah diri dan sentisa bersaing antara rakan di dalam
kelas kerana puan pengetua memberi motivasi mengikut pencapaian kami. Kami akan berkumpul
di dalam bilik gerakan dan mendengar motivasi daripada Puan Haniza. Apabila berada di dalam
bilik gerakan ,saya akan melihat keputusan peperisaan saya dan juga rakan yang lain , Selain
itu ,Puan pegetua sentiasa memaparkan vedio –vedio berbentuk motivasi semasa perhimpuan
setiap hari isnin , tayangan vedio ini sedikit sebanyak meningkatkan semangat saya.
Cikgu Liza, guru bimbingan dan kaunseling MGSS membantu saya dalam memilih mata pelajaran
yang sesuai dengan kemampuan saya , Cikgu liza sentiasa membantu saya dan rakan-rakan
dalam Program I LOVE SEJARAH. Program itu mendedahkan teknik belajar dan kemahiran
belajar ,saya dan rakan saya dapat mengusai semula silibus tingkatan 4 dan membantu kami
dalam mengusai mata pelajaran Sejarah. Adik –adik semua untuk mata pelajaran matematik anda
semua perlu membuat ulang kaji setiap hari jangan tertinggal tau kerana hanya membuat latihan
yang banyak mampu membantu untuk kita kepujian di dalam matematik.
Terima kasih kepada semua guru tingkatan 5 Kreatif , guru kelas kami Puan Mastura ,Cikgu
Ramlan cikgu sejarah saya, Cikgu Fatimah ,Teacher Noorishah , Puan Zarina ,Cikgu Hanni , Puan
Janiza , Puan Aslina dan Ustazah Siti kerana cikgu semua kami berjaya memperolehi keputusan
yang boleh membanggakan diri kami,ibu bapa kami dan sekolah.
TERIMA KASIH CIKGU , We Love U
Saya harap ,adik adik , jangan ponteng kelas atau suka suka tidak hadir ke sekolah , amat
merugian adik adik nanti. Saya sangat suka hadir ke sekolah , buktinya saya mendapat 3 tahun
berturut kehadiran penuh.
Akhir kata ,saya mengucapkan selamat Maju Jaya.
27
Hai ,salam sejahtera semua ,saya Sharmelia tingkatan 5 Pintar ( 2019 ).
Saya ingin berkongsi kepada adik-adik semua bagaimana untuk mendapat keputusan SPM
yayang baik.
Tip yang pertama ialah adik –adik perlu hadir ke sekolah jangan ponteng sekolah kerana
sekiranya tidak hadir ke sekolah kerana sekiranya tidak hadir sudah pasti kita akan ketinggalan
dalam mata pelajaran tersebut dan jangan ponteng kelas tambahan setiap petang atau hari sabtu.
Tip ke 2 adik –adik perlu focus dalam semua mata pelajaran sebagai contoh jangan tidur semasa
guru mengajar.
Tip ke 3 adik adik mestilah menyiapkan tugasan atau kerja sekolah yang dibekalkan oleh guru-guru
ye.
Tip ke 4 adik adik kena jaga hubungan dengan rakan –rakan , sentiasa saling bantu membantu
kerana saya sebelum ni sentiasa gagal dalam setiap peperiksaan tetapi hungan dengan rakan
yang baik keputusan peperiksaan saya semakin baik setiap kali peperisaan daripada gagal kepada
lulus dan akhirnya keputusan SPM saya mencapai kepujian untuk mata pelajaran tertentu.
Akhir kata ,terima kasih kepada semua guru kerana tanpa guru saya tidak mendapat keputusan
yang baik.
28
Title:
Failure Is The Initial Step Towards Success.
Nur Marlisa Shafira binti Muzaffar Fariq Aidil Fitri
Faculty Of Administrative Science and Policy Studies
SPM 2016
There is indeed no defiance against life’s greatest trials, it brings you down whenever it
gets the chance but that shall not be the reason for you to concede defeat nor lose hope. Let me
ask you again, are you losing hope or are you falling for your own choice of not wanting to fight
and race towards success? Although, there might be several encounters that delineate a handful
of rivalries against those who have the will to face their tribulations regardless. But alas, those
people are deemed as the strongest beings who perceive life as an opportunity instead of a
struggle. Hence, it has been a norm for many to be forced to contend with individuals who shun
and defy, even so no other person is capable of showing them otherwise unless that person is
strong willed.
Henceforward, throughout my life in MGSS senior high school, I must admit that life was never easy,
especially being a student who was not at all bright nor was I a teacher’s favourite. To put it bluntly
I was an inarticulate student who talked the least, had very few friends, all because I was considered
as the unintelligent one in school. Nevertheless, my fight continues through all the years I was there,
I was embarrassed beyond anyone could ever think of. Even so, I was ever so grateful because of
what I was known in school as the unintelligent one,
29
I strive to be where I am today, somewhere I would not have expected to be. Where did I get
my success from although I was always second to last in class? It is a child’s play way to express
something that is easier said then done, even so, I put my head up high and aim for what I had al-
ways known would be the best for my future. I persevered through all the trials regardless, but one
thing I know is that I needed guidance and thankfully, my teachers, bore out of wisdom and good will,
helped me through it all as well. Nevertheless, albeit you might have gotten tons of help from them,
they can only lead you halfway through success. Hence, above all it is up to you whether you would
like to struggle now and sought success for prolong future or just give up to no good.
Moreover, if you ever get tired of struggling do not even bother quitting, there’s life ahead of
you waiting for yours truly to shape it. However, as of right now you might have felt like you are the
dumbest kid in class, always second to last and below everyone but trust me, once you commence
upon struggling, you will slowly see how it will all worth it. Forthwith, have you ever found yourself
failed multiple times, to the point where you could only try harder and pray? Well, do not fret nor worry
because your success is starting to burgeon into something you would never have imagined having.
Remember, people only learn once they have failed, if people are overall perfect, what is there left to
ponder and make something even better out of it.
Allow me to tell you a simple success story, have you ever heard of Thomas Edison? He was a
nobody who had nothing in his life, he lost his friends who thought of him as someone who would
never succeed. Furthermore, during his time nobody knows who he is because he is a failure
remember? Even so, never once did he give up and until this day, he brings civilisation to the next
level where our lives evolve around the light switch that he invented. Hence, what would happen if
Edison had given up due to ridicules and failures? Well, we could have been lighting our house with
mere candles and nothing more. Thus, that is what going to happen to your life if you stop midway
towards the race of success, just temporary light with endless darkness.
30
Perhaps, I have another success story to tell, this person was rather a dim-witted student who
was indeed a nobody and had very few friends all through the years in high school. Not to mentioned,
being ridiculed one to many times. Moreover, this person just sticks with the basis of not giving up
hope, and there is more to life than just losing it. Henceforward, due to the adamant wherewithal that
has helped this person through, an unexpected letter came in the mail, and it was from one of the
most prestigious University in England, Cambridge University of England. This person had a huge
passion in Law, regardless of the struggles this person had pertaining to studies. Thus, to not give up
is what brought this person to the University. It was unexpected, even till this day this person could
not comprehend how getting an offer there was possible, due to the pasts.
So, anytime you feel like you are the dumbest kid in the world, just hang in there your success
is just around the corner. For the time being, you may have been a nobody with no friends around
you, and you may have felt deep embarrassment just because a friend of yours got a higher grade
than you or perhaps, your teacher or a family member compared your intelligence to a student, cousin
or whomever they please. Even so, please do not fret because someday, the ones who ridiculed you
will brag about how you were once a friend of theirs although you never were. So, it is good to
celebrate the success of smart people, but the success of a failure will never be forgotten.
31
Sekalung Terima kasih kepada :
· Puan Pengetua
· Barisan Pentadbir
· Guru Kelas
PSS
· Guru-Guru
Bekas M urid MGSS
· Murid –Murid MGSS
Semua Ibu Bapa
32
33