HOUSEKEEPING Assalamualaikum w.b.t.
Para hadirin diminta untuk mengambil tempat masing-masing dan sentiasa
bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar sahaja lagi.
Bagi mengekang penularan wabak COVID-19, sukacita saya ingin
mengingatkan para hadirin untuk sentiasa mematuhi garis panduan dan SOP
sepanjang majlis berlangsung.
1. Mengimbas kod QR MySejahtera yang telah disediakan bagi tanda
daftar masuk.
2. Sentiasa memakai pelitup muka
3. Sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal
4. Sentiasa mencuci tangan atau sabun atau hand sanitizer
Semoga perjalanan majlis kita pada hari ini dipermudahkan, sentiasa
dilindungi dan mendapat keberkatan oleh Allah SWT. InsyaAllah,.
PENGUMUMAN Para hadirin,
MASUK Mengumumkan ketibaan masuk pengantin perempuan ke dalam dewan.
PENGANTIN Melayang serindit di atas permatang,
PEREMPUAN Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang.
SALUTASI Awal Bismillah pembuka bicara.
BismilLahirRahmanirRahim…………
Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:
Maksudnya Dan di antara membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa
Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan
dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan -
keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda orang-orang yang
berfikir.
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memintal tali,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan mempelai dua sejoli.
Yang dihormati ENCIK SHAHARIN BIN CHE NOH & PUAN NORLIZA BINTI
HAJI ANI selaku tuan rumah kepada Majlis Pernikahan kita pada hari ini, yang
diraikan pasangan mempelai NATASHA LIYANA BINTI SHAHARIN &
MUHAMMAD SYAHMI BIN FUAD. Yang dihormati ahli keluarga PIHAK LELAKI,
Bapa Pengantin Lelaki ENCIK NOORIZAN BIN ABU BAKAR dan IBU
PENGANTIN LELAKI PUAN NORLIDA MDNOR, saudara-mara kedua dua
belah pihak, teman sekerja dan rakan-rakan pasangan mempelai, para tetamu
yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.
SESI AKAD Saya, selaku pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan
NIKAH Selamat datang ke: Majlis Pernikahan NATASHA LIYANA BINTI SHAHARIN &
MUHAMMAD SYAHMI BIN FUAD.
Tanpa membuang masa, Dengan ini saya menjemput dan menyerahkan majlis
kepada AL FADHIL USTAZ SAFUAN selaku juru nikah pada majlis malam ini
untuk memulakan upacara akad nikah. Dipersilakan.
---------------- Jurunikah masuk dan terus ke sesi akad nikah ------------
USAI SESI ALHAMDULILAH dengan SEKALI LAFAZ…temetrailah ikatan dua hati di antara
AKAD NIKAH NATASHA LIYANA dan MUHD SYAHMI
*Dijemput pengantin lelaki untuk menunaikan solat sunat dan
melaksanakan upacara pembatalan air sembahyang oleh pengantin lelaki.
Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan
SESI AQIQAH Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama Bersatu
.
Para hadirin sekalian, majlis pada malam ini juga akan diteruskan lagi dengan
Majlis Aqiqah buat AWLIYA ‘AFIYAH BINTI AHMAD AZRI AZROIE
Oleh itu, majlis menjemput dan menyerahkan majlis kepada para wakil dari
PUSAT TAHFIZ AL YAMANI SG RAMBUTAN untuk majlis aqiqah kita pada
malam ini. Dipersilakan.
----------------------------------------- TAHFIZ MASUK -----------------------------------
Majlis seterusnya menjemput ENCIK AHMAD AZRI AZROIE BIN HASHIM
FAHMI dan PUAN RABIATUL SHAMIMI BINTI ZAINUDIN Bersama cahaya
mata mereka AWLIYA ‘AFIYAH BINTI AHMAD AZRI AZROIE untuk
menyempurnakan majlis aqiqah pada mala mini. Dipersilakan,
----------------------------------------------- BAYI MASUK -------------------------------------
Alhamdulillah, maka usailah sudah majlis aqiqah AWLIYA ‘AFIYAH pada malam
ini.
Sesungguh nya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana
cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna
apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga
buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang
penuh keberkatan ini
JAMUAN Tuan puteri tersenyum-senyum
MAKAN Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua Kembali
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, dijemput untuk sama-sama
menikmati juadah yang disediakan. Mohon maaf atas segala kekurangan
semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan
datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua,
Wabillahitaufiq Walhidayah Wassalamualaikum WBT.