1 JABATAN PERDAGANGAN MPU2 – PENGAJIAN ISLAM (SESI 2: 2022/2023) E-FOLIO KELAS: DAT2B TAJUK: KESAN POSITIF DAN NEGATIF PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI NAMA PENSYARAH: EN. MAZLAN BIN OSMAN DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. PENDAFTARAN SITI SOFEA NASUHA BINTI CHE HASSAN 03DAT22F1007 ELYANA UMAIRAH BINTI MOHD ROFI 03DAT22F1009 WAN NUR FARIHAH BINTI WAN MOHB SABKI 03DAT22F1036 NUR ASYURA BINTI AZAHARI 03DAT22F1064
2 ISI KANDUNGAN 1.0 PENGHARGAAN………………………………………………………...…………….3 2.0 PENGENALAN……………………………………………………………...………..4-5 3.0 OBJEKTIF TUGASAN……………………………………………………….……......6 4.0 GLOBALISASI……………………………………………….…………………..…7-20 4.1.1 APAKAH PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI…………..7-10 4.1.2 SEJARAH PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISAI…………11-12 4.1.3 MAKSUD PENDIDIKAN ERA GLOBALISAI…………............13 4.1.4 CABARAN DALAM MELAKSANAKAN PENDIDIKAN ERA GLOBALISASI………………………………………...…….....14-15 4.1.5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN ERA GLOBALISASI…….16-17 4.1.6 KESAN POSITIF PENDIDIKAN ERA GLOBALISI .................18 4.1.7 KESAN NEGATIF PENDIDIKAN ERA GLOBALISASI......19-20 5.0 KESIMPULAN………………………………………………………………….......21-22 6.0 LAMPIRAN………………………………………….……………………………....….23 7.0 RUJUKAN…………………………………………………………………….....……...24
3 1.0 PENGHARGAAN Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan `flip book` ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Mazlan bin Osman, Pensyarah Kursus Pengajian Islam (MPU 23012), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlangsung. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau secara tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap Kerjasama yang si tunjukkan oleh rakan-rakan ternyata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna dan jayanya.
4 2.0 PENGENALAN Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan bagi meningkatkan pencapaian akademik pelajar berteraskan konsep keseimbangan dari segi jasmani, emosi dan rohani. Pendidikan merupakan suatu proses yang berterusan bagi mengembangkan potensi individu ke arah kecemerlangan akademik serta mempunyai kepelbagaian kemahiran secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi yang berketerampilan dan berdaya saing di peringkat global. Ianya juga selaras dengan matlamat negara bagi melahirkan generasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia. Perkembangan pendidikan negara telah membawa kepada pertumbuhan, daya saing dan ke dinamikan bidang pendidikan negara. Berdasarkan Misi Nasional dan kesedaran betapa pentingnya usaha bersama dalam memastikan pencapaian misi tersebut yang selaras dengan tema RMK9 (Rancangan Malaysia ke-9) iaitu “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. Misi Nasional ini mempunyai cabaran yang mendalam dalam merealisasikan matlamat teras-teras yang telah ditetapkan. Dalam Rancangan Malaysia Ke-9, teras misi nasional yang telah digubal menetapkan beberapa matlamat bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. Antara View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk brought to you by CORE provided by Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository teras misi nasional tersebut iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Untuk memastikan matlamat ini dapat dicapai, peranan para guru bagi mendidik para pelajar meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sangat dititik beratkan terutamanya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan betul dan mendapat maklum balas yang baik dari para pelajar oleh
5 pendidik, mereka juga perlu memastikan bahan rujukan dan bahan bacaan yang digunakan adalah bermutu supaya proses P&P tersebut dapat dijalankan dengan lebih menarik, produktif dan cekap, serta mendapat pencapaian akademik yang baik oleh para pelajar.
6 3.0 OBJEKTIF TUGASAN Tugasan ini dijalankan adalah untuk menerangkan tentang perkara berikut: Menjelaskan tentang maksud pendidikan di era globalisasi yang berlaku dalam negara dari segi pandangan islam dan pandangan barat. Menghuraikan sejarah, cabaran, kepentingan dan kesan positif serta kesan negatif yang berkaitan dengan pendidikan di era globalisasi. Menganalisis isu pengaruh globalisasi dalam negara pada masa kini.
7 4.0 GLOBALISASI 4.1.1 APAKAH PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut: - Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. - Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini. - Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej swasta dan universiti telah ditubuhkan. - Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. - Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi. - Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara. - Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran. - Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global. - Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi. - Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan. - Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di seluruh dunia. - Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi peluang pendidikan.
8 Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut: - Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan - Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi - Pentadbiran pendidikan - Pembangunan identiti pelajar - Kualiti Guru - Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi - Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan ICT dalam proses pengajaran - Peningkatan dalam beban kerja - Sikap guru dalam pengajaran di zaman global - Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi - Pengaruh negatif kepada identiti pelajar - Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan. Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan
9 bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT dalam zaman globalisasi ini. Impak Globalisasi 1. Penggunaan bahasa Inggeris • Bahasa ilmu dan bahasa pengantarabangsaan • Digunakan sebagai bahasa komunikasi untuk berkongsi ilmu • Perubahan peranan guru sebagai fasilitator dan bukan penyampai ilmu sepenuhnya. 2. Persaingan sihat dalam institusi pengajian • Meningkatkan mutu pendidikan • Menghasilkan reka cipta inovatif. • Mewujudkan mata pelajaran baharu - Reka bentuk 3. Menyediakan peluang-peluang pendidikan • Pendidikan jarak jauh • Memperkembang bidang ilmu
10 4. Kesan • Aliran tenaga buruh atau sumber manusia • Meningkatkan pelajar yang berkemahiran tinggi. • Mampu bersaing dari segi akademik dan kemahiran 5. Penguasaan pelbagai bahasa • Mampu memberikan peluang kepada murid menguasai pelbagai bahasa • Memberikan peluang untuk bersaing di negara luar • Penemuan penyelidikan • Perkongsian secara global • Dapat ditambah baik dan diteliti oleh pakar untuk meningkatkan mutu pendidikan 6. Transformasi kurikulum • Mengikut acuan negara • Menyediakan murid yang bersedia menghadapi masa hadapan.
11 4.1.2 SEJARAH PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI Globalisasi adalah sebuah term yang telah lama mewacana sampai sekarang ini, globalisasi masih terus menjadi materi perbincangan di kalangan ilmuwan dari varian disiplin keilmuan yang biasanya ditandai dengan kemajuan teknologi komunikasi informasi dan transportasi telah menghasilkan perubahan dalam kebudayaan dan peradaban manusia. Globalisasi selalu dihubungkan dengan modernisasi dan modernism. Para pakar budaya mengatakan bahwa ciri khas modernisasi dan manusia modern itu adalah tingkat berfikir, iptek, dan sikapnya terhadap penggunaan waktu dan penghargaan terhadap karya manusia. Menurut Abuddin Nata dari sudut peristilahan kata globalisaasi sebenarnya masih mengalami masalah kerana realitassertasuby ektifitas pemakaian kata tersebut, namun globalisasi secara sederhana dapat ditunjukkan dalam bentuk perluasan skala, pengembangan wilayah, dan percepatan pengaruh dari arus dan pola-pola inter- regional dalam interaksi sosial. Berkaitan dengan reformasi dan globalisasi, pendidikan merupakan harapan pasar ekonomi dan kebutuhan pasar global. Misalnya, penyediaan bidang studi yang dibutuhkan pasar domestik sampai yang menjadi trand bagi kebutuhan pasar global. Hal ini amat penting untuk dicermati, agar output pendidikan benar-benar terjual dan bersaing di pasar global. Pendidikan menurut pandangan Islam merupakan salah satu bagian tugas kekhalifahan manusia yang mesti dilaksanakan dengan tanggung jawab, pertanggungjawaban itu dapat dituntut jika ada aturan dan pedoman pelaksanaan. Penjelasan mengenai pendidikan Islam memberikan adanya penekanan terhadap makna pendidikan kepada pembinaan kepribadian, penerapan metode dan pendekatan yang bersifat teoritis dan praktis ke arah perbaikan sikap mental yang memadukan antara iman
12 sekaligus amal sholeh yang tertuju kepada individu dan masyarakat luas. Pendidikan Islam adalah pendidikan yang teori-teorinya disusun berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadits.
13 4.1.3 MAKSUD PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dan bebas ungtuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Globalisasi juga merujuk kepada peralihan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah ke daerah dunia yang lain. Proses globalisasi yang berlaku hasil daripada perkembangan pesat dalam bidang teknologi komunikasi telah memungkinkan seluruh pelosok dunia dan perhubungan di antara sebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh masa yang singkat. Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit, status dan latar belakang untuk bersaing secara adil dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia.
14 4.1.4 CABARAN DALAM MELAKSANAKAN PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI 1) TANGGAPAN MASYARAKAT TERHADAP MUTU PENDIDIKAN Sebilangan besar masyarakat menganggap mutu pendidikan di negara kita Malaysia, ialah kegagalan untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian. Jika pandangan ini terus diterima pakai sebagai ukuran, maka sampai bila pun kita tidak mampu meletakkan mutu pendidikan separas dengan negara maju di dunia. Tambahanlagi, pendidikan mengandungi aktiviti-aktiviti yang direka untuk menyediakan para pekerja yang lebih produktif dengan kerja-kerja pada masa hadapan. Minat untuk mempelajari sesuatu perkara merupakan sifat yang utama dalam pembangunan modal insan. Hal ini seharusnya diterapkan dalam diri masyarakat supaya Malaysia dapat melahirkan modal insan yang dapat bersaing di peringkat global. 2) GLOBALISASI MENYEBABKAN BUDAYA LIBERAL Apabila ramai remaja yang menyambung pengajian di perinkat antarabangsa, mereka akan lebih terdedah kepada budaya liberal seperti pergaulan bebas antara satu sama lain.Hal ini terjadi disebabkan globalisasi tidak mengenal batas karena telah mengadopsi sistem global atau komprehensif. Globalisasi adalah proses yang membuat sesuatu (objek atau perilaku) menjadi ciri khas setiap orang di dunia, tidak terbatas pada suatu wilayah, aturan, budaya, dan norma telah hilang. Dengan pengaruh budaya barat yang bercanggah dengan budaya di Malaysia seperti berikut, ia akan mengakibatkan ramai remaja terdedah kepada budayabudaya liberal dan akan memberi impak negatif terhadap pelbagai pihak. 3) USAHA UNTUK MEMBUDAYAKAN ILMU DI DALAM KOMUNITI SETEMPAT Membudayakan di sini membawa maksud supaya menjadi amalan dalam kehidupan setiap orang. Natijahnya akan berlaku sesuatu perubahan dalam kehidupan hasil dari
15 pemerolehan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Inilah budaya yang hidup subur dan berkembang di negara maju. Dari perspektif lain pula, Pendidikan semestinya dijadikan satu proses yang berterusan dalam kehidupan setiap insan. Pendidikan memainkan peranan yang besar dalam pembentukan generasi akan datang serta pencapaian objektif negara. Semakin maju sesebuah negara maka semakin meningkat permintaan untuk tenaga mahir dan yang berpengetahuan. Justeru, masyarakat perlu lebih mengambil peduli tentang kepentingan Pendidikan supaya negara dapat berkembang seperti negara maju di luar sana.
16 4.1.5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI 1) MENINGKATKAN EKONOMI NEGARA Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti asing dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini manakala universiti tempatan juga membuka peluang untuk pelajar asing datang ke negara Malaysia.Dengan itu, ramai pelajar dari seluruh dunia akan datang ke Malaysia dan secara tidak langsung ia dapat meningkatkan ekonomi negara dari aspek pengangkutan, penginapan dan sebagainya. 2) DAPAT MELAHIRKAN BANYAK TENAGA PEKERJA YANG MAHIR DAN BERKEBOLEHAN Pendidikan pada masa kini menyediakan skop pengetahuan dan ilmu yang luas serta kemahiran menguasai pelbagai bidang yang semakin kompleks dan bercorak global.Ilmu pengetahuan yang tinggi akan memberi kelebihan pada tenaga mahir di Malaysia.Tenaga mahir tersebut akan menyumbangkan idea-idea bernas dalam sesutu perkara.Misalnya, penciptaan tembikar daripada tanah liat dengan teknik dan keunikkan yang tersendiri telah menarik minat banyak syarikat dan pelabur dari luar negara untuk bekerjasama dengan Malaysia. Disamping dapat melahirkan banyak tenaga mahir Malaysia dapat mengharumkan nama ke perseda antarabangsa sekaligus menyumbang kepada pertambahan hasil ekonomi negara. 3) PENGHASILAN ENOVASI BAHARU Dengan ilmu pengetahuan yang meluas , seseorang itu berupaya mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan manusia. Ciptaan baharu yang merupakan inovasi itu bukan sahaja memberikan kemudahan kepada hidup mereka malahan memberi manfaat kepada semua golongan yang memiliki ciptaan tersebut. Contohnya, telefon pintar dan komputer riba. Penciptaan alat elektronik dan alatan lain kini sarat dengan pembaharuan
17 seiringi dengan peredaran zaman yang semakin moden serta pesat membangun.Dengan ilmu yang ada , anak muda di Malaysia dapat menggunakan kepakarannya ke arah yang lebih baik serta membantu rakyat dalam masalah-masalah yang berkaitan.
18 4.1.6 KESAN POSITIF PENDIDIKAN DI ERA GLOBALISASI 1. PERUBAHAN KEPADA CORAK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Kesan globalisasi pendidikan telah mengubah dan memberi kesan kepada corak pengajaran dan pembelajaran. Hal ini perlu diberikan penekanan kerana di antara aspek yang membantu meningkatkan kualiti dalam bidang pendidikan adalah bagaimana kaedah pengajaran danpembelajaran diamalkan di sekolah dan diinstitusi pendidikan. Pelbagai pendekatan diadaptasikan serta dipraktikan dalam kalangan guru dan tenaga pengajar agar tujuan pendidikan dapat dicapai. Maka, para guru dan para tenaga pengajar perlu mengubah cara pengajaran mereka bersesuaian dengan perkembangan semasa. 2. MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG BERINTELEKTUAL TINGGI & BERPENGETAHUAN Contoh : Jururawat diberikan latihan kemahiran & pengetahuan sebelum dilantik menjadi jururawat terlatih. 3. MEWUJUDKAN LEBIH BANYAK INSTITUSI PENGAJIAN Mewujudkan lebih banyak institusi pengajian agar dapat berikan semua individu untuk mendapatkan pendidikan rata. Secara langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui berkemahiran dalam sesuatu bidang. 4. TEKNOLOGI Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan kita menjadi mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel berupaya memproses data secara automatik yang boleh dalam bentuk pengiraan asas, formula, pemprosesan data dan jadual, grafik dan pengurusan data.
19 4.1.7 KESAN NEGATIF PENDIDIKAN ERA GLOBALISASI 1) PENGALIRAN KELUAR SUMBER MANUSIA YANG BERKEPAKARAN KE LUAR NEGARA Disebabkan ramai anak muda dari Malaysia yang menyambungkan pelajaran ke peringkat global, ia akan menyebabkan kehilangan ramai pakar-pakar dalam negara dan mengakibatkan negara menjadi kurang maju dalam sektor-sektor tertentu kerana kurang tenaga mahir.Kesannya, ia akan menyebabkan negara kebanjiran dengan warga asing.Hal ini akan mewujudkan pelbagai masalah seperti masalah sosial, berlaku pegaduhan, menganggu ketenteraman awam dan membawa masalah kesihatan. 2) MEMINGGIRKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA IBUNDA Perkembangan Pendidikan di era globalisasi pada ketika ini memungkinkan penyaluran maklumat tanpa tapisan ke serata pelosok dunia dan memberi impak yang cukup besar terhadap para pelajar yang belajar di luar negara. Impak globalisasi memungkinkan Bahasa inggeris terus berkembang sebagai Bahasa yang penting di kebanyakkan negara. Bahasa inggeris telah menjadi Bahasa dunia dan antarabangsa serta pengaruhnya tersebar luas ke seluruh dunia sehingga tidak ada negara yang tidak menggunakan Bahasa inggeris. Disebabkan oleh penggunaan Bahasa inggeris yang melampau, pelajar akan kurang mahir dalam Bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu. 3) KADAR PENGANGGURAN SEMAKIN MENINGKAT Apabila ramai rakyat yang keluar dari dalam negara, peluang pekerjaan yang akan ditawarkan akan menjadi lebih kecil. Apabila hal tersebut terjadi, firma-firma akan membuat pilihan dengan lebih teliti dan hasilnya ramai yang rakyat yang tidak berpeluang untuk bekerja dan akhir sekali akan terwujudnya pengangguran dan juga memberi kesan kepada negara di mana kadar jenayah akan semakin meningkat.Hal ini dikatakan demikian kerana
20 mereka tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan mula melakukan aktiviti jenyah seperti merompak dan mencuri.
21 5.0 KESIMPULAN Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, inovatif, kreatif. Progesif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah pendidikan negara. Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran Berdasarkan beberapa aspek globalisasi yang telah dibicarakan dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini atau di abad ke-21 sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku di abad yang lalu. Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap ekonomi, budaya dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negatif dan positif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Kedatangan fenomena globalisasi pada akhir abad ke-20 telah membawa suatu cabaran baru kepada seluruh dunia, terutamanya kepada masyarakat dunia membangun dan dunia mundur. Adalah tidak wajar jika kita cuba untuk melarikan diri daripada fenomena ini kerana ia merupakan suatu yang akan melanda keseluruhan dunia sama ada kita mahu ataupun tidak, bersetuju atau membantah. Cabaran yang berbentuk ekonomi dan kewangan, sosio-budaya dan ketahanan kedaulatan negara haruslah dilalui dengan penuh berhati-hati agar kita tidak kehilangan jati diri kepada kuasa-kuasa besar yang berhasrat menjadikan globalisasi ini sebagai neokolonalisme. Namun pada masa yang sama, kita harus mencuri peluang-peluang yang ada
22 dalam mengantarabangsakan produk-produk kita, mengharungi lebuh raya maklumat dan pengetahuan serta belajar daripada tamadun-tamadun besar dunia. \
23 6.0 LAMPIRAN
24 7.0 RUJUKAN 1. Kesan Positif Pendidikan Di Era Globalisasi http://suganthimunsami.blogspot.com/p/globalisasi-dalam-pendidikan.html https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/02/676380/beri-impak-positifdunia-pendidikan-negara