The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-Portfolio PSVK3473 Pedagogi Pendidikan Seni Visual

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 855-27-fezaine, 2024-03-25 08:55:58

PSVK3473 TUGASAN 2 E-PORTFOLIO

E-Portfolio PSVK3473 Pedagogi Pendidikan Seni Visual

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU, BEG BERKUNCI NO.11, 89009 KENINGAU, SABAH PSVK3473 PEDAGOGI PENDIDIKAN SENI VISUAL: E-PORTFOLIO Nama : FEZAINE ZAIN ANDREW No. K/P : 031216120178 Angka Giliran : 2021012340094 Program : PISMP Ambilan : JUN 2021 Unit : BAHASA MELAYU Nama Pensyarah : ENCIK THADIUS BIN GUGAU Tarikh Hantar : 18 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_______ _________Tarikh : ____18 MAC 2024___________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


ISI KANDUNGAN Kandungan 1.0 PENGENALAN 2.0 RPH BIDANG MENGGAMBAR 3.0 RPH BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 4.0 RPH BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 5.0 RPH MENGENAL KRAF TRADISIONAL 6.0 PENUTUP SUMBER RUJUKAN


1.0 PENGENALAN Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), RPH ialah satu set dokumen perancangan pengajaran yang merangkumi maklumat lengkap mengenai pelaksanaan sesuatu pengajaran yang perlu dilaksanakan oleh guru. Oleh itu, penulisan RPH merupakan satu perkara dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap guru supaya dapat menentukan keberkesanan pengajaran kerana guru terlebih dahulu sudah memahami dan menilai aspek yang perlu dilaksanakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Oleh itu, penyediaan RPH yang rapi dan tersusun sudah pastinya dapat membantu murid memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru dengan baik. Justeru itu, guru perlulah membuat perancangan pengajaran yang sebaiknya agar hasil pembelajaran dapat dicapai seperti yang telah ditetapkan.


2.0 RPH BIDANG MENGGAMBAR Tarikh 15 Mac 2024 Masa 9:00 – 10:00 pagi Kelas 3 Anggerik Bilangan Murid 30 Orang Bidang Menggambar Tema Alam Buatan Manusia Tajuk Kereta Api Aktiviti Lukisan – Teknik garisan silang pangkah Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah melihat kereta api di buku, telefon dan televisyen. Standard Kandungan 2.1 Kemahiran Seni Visual Standard Pembelajaran 2.1.1 Mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual melalui penerokaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya bidang menggambar menggunakan: (i) teknik garisan silang pangkah dalam penghasilan karya lukisan Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat: 1.Menyatakan secara lisan bahan dan teknik yang digunakan untuk menghasilkan karya. 2.Menghasilkan lukisan kereta api menggunakan teknik garisan silang pangkah. 3.Membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan menghayati karya rakan. KBAT Mengaplikasi EMK Kreativiti dan Inovasi Nilai Kerjasama, Keyakinan, bertanggungjawab, menghormati karya rakan Alat Bantu Mengajar LCD, pensil, pensil warna, kertas lukisan, pemadam, ball pen, krayon, karya yang telah siap Kemahiran Insaniah Kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan


LANGKAH/MASA (MINIT) ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN SET INDUKSI (5 MINIT) Tayangan video https://youtu.be/szglSRL78 MM?si=elK9_lkv-bNLETuS 1.Murid melihat dan mendengar video yang ditayangkan oleh guru bertajuk “Tut-tut kereta api”. 2.Murid dan guru bersoal jawab berkaitan watak dan objek yang terdapat di dalam seni kata lagu. 3.Murid mendengar penerangan guru yang mengaitkan set induksi dengan pembelajaran. Kecergasan Pelbagai: -Interpersonal EMK -Bahasa -Sebutan dan intonasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi: -Aplikasi Youtube Kemahiran Berfikir: -Komunikasi ABM: -LCD BBM: Pautan Video Youtube Strategi Pembelajaran: -Kepelbagaian sumber dan bahan Penilaian:


-Lisan LANGKAH 1 ( 15 MINIT) Perkembangan pembelajaran Langkah-langkah menghasilkan lukisan kereta api menggunakan teknik garisan silang pangkah: a) Guru akan memperkenalkan media yang digunakan. b) Guru akan mencadangkan pilihan kertas warna yang sesuai digunakan. c) Guru akan menunjukkan cara menghasilkan lukisan kereta api menggunakan teknik silang pangkah. d) Membuat kemasan terakhir. e) Guru akan menunjuk dan mengedarkan contoh lakaran kereta api yang telah siap kepada murid-murid. 1.Murid akan mendengar penerangan guru dan melihat guru menunjukkan cara menghasilkan lukisan kereta api menggunakan teknik garisan silang pangkah. EMK: -Kreativiti dan Inovasi Kemahiran berfikir: -Mentafsir dan menilai BBM: -Kertas lukisan, pensil, Pensil Warna, ball pen, krayon Strategi Pembelajaran: -Pembelajaran Berpusatkan Guru Penilaian: -Pemerhatian


LANGKAH 2 (25 MINIT) Perkembangan Isi 1.Murid membentuk kumpulan. 2.Murid diminta untuk menghasilkan lukisan kereta api menggunakan teknik silang pangkah dalam kumpulan masingmasing. 3.Murid akan dipantau dan diberi bimbingan oleh guru. EMK: -Kreativiti dan Inovasi Kemahiran berfikir: -Menjana idea Strategi Pembelajaran: -Pembelajaran Koperatif Penilaian: -Hasil kerja LANGKAH 3 ( 10 MINIT) Apresiasi dan Refleksi 1.Murid mempamerkan karya yang telah dihasilkan. 2.Murid menceritakan tentang hasil karya sendiri dan rakan-rakan. 3.Murid memberikan pandangan ke atas hasil kerja rakan mereka. PdPC Abad Ke-21: -Pembentangan hasil sendiri Kecergasan pelbagai: -Interpersonal EMK: -Bahasa -Sebutan dan Intonasi Kemahiran Berfikir: - Berkomunikasi dan menilai


Strategi Pembelajaran: -Pendekatan Berpusatkan Murid Penilaian: -Lisan PENUTUP/ RUMUSAN (5 MINIT) Rumusan 1.Murid membuat rumusan dan mendengar penerangan kelebihan yang terdapat pada hasil kerja murid-murid oleh guru. 2.Murid-murid diberikan motivasi ekstrinsik oleh guru seperti pujian. EMK: -Bahasa -Sebutan dan Intonasi Kemahiran Berfikir: -Membuat rumusan dan komunikasi Strategi Pembelajaran: -Pendekatan Berpusatkan Murid Penilaian: -Lisan


3.0 RPH BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Tarikh 14 Mac 2024 Masa 9:30 – 10:30 pagi Kelas 4 Bestari Bilangan Murid 35 Orang Bidang Membentuk dan Membuat Binaan Tema Haiwan Peliharaan Tajuk Arca Mobail Origami Haiwan Aktiviti Lipatan Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah membuat origami semasa berada di tahun 3, murid mengenal pelbagai jenis haiwan seperti kucing Standard Kandungan 3.1 Penghasilan karya kreatif Standard Pembelajaran 3.1.4 Menghasilkan produk kreatif dalam bidang membentuk dan membuat binaan berdasarkan: i) penentuan tema dan tajuk melalui sumber idea. ii) penentuan fungsi dan rekaan melalui sumber idea. iii) perkembangan idea reka bentuk dengan menekankan aspek keselamatan dalam penghasilan. iv) penetapan jenis media dan teknik yang sesuai berdasarkan reka bentuk yang kukuh, tahan, kuat dan selamat. v) disiplin pengkaryaan dan ilmu. vi) kemasan akhir. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat: 1.Menyatakan media, proses dan teknik yang digunakan untuk menghasilkan karya arca mobail. 2.Menghasilkan binaan dan menghias dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan secara kreatif dengan bimbingan guru. 3.Membuat pernyataan secara lisan tentang hasil kerja sendiri dan menghayati karya rakan. KBAT Mencipta EMK Kreativiti dan Inovasi Nilai Berkerjasama, kreativiti, bersungguh-sungguh, bertanggungjawab Bahan Bantu Mengajar (BBM) Gunting, kertas origami, gam, benang, karya arca mobail yang telah siap Kemahiran Insaniah Kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah


LANGKAH/MASA (MINIT) ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN SET INDUKSI (5 MINIT) Pelbagai gambar tentang haiwan. 1.Murid melihat gambar tentang pelbagai haiwan seperti gambar haiwan peliharaan yang ditunjukkan oleh guru. 2.Murid dan guru bersoal jawab mengenai haiwan-haiwan yang biasa dilihat oleh murid. 3.Murid mendengar penjelasan dari guru mengenai perkara yang ditanya dengan topik pembelajaran. BBM: -Gambar haiwan yang pelbagai Kecergasan Pelbagai: -Interpersonal Kemahiran Berfikir: -Komunikasi Penilaian: -Lisan LANGKAH 1 ( 15 MINIT) Guru memperkenalkan tajuk dan kemahiran serta membuat demonstrasi arca mobail origami haiwan. 1.Murid mendengar penerangan daripada guru tentang unsur seni, bentuk, serta perbezaan antara bentuk ilusi dan bentuk konkrit. 2.Murid ditunjukkan langkah-langkah menghasilkan arca mobail origami haiwan di hadapan kelas. 3.Murid ditunjukkan contoh karya arca mobail origami haiwan yang telah siap dihasilkan oleh guru. BBM: -Karya arca mobail origami haiwan yang telah siap EMK: -Kreativiti dan Komunikasi Kemahiran Berfikir: -Mentafsir dan Menilai


Strategi Pembelajaran: -Pembelajaran Berpusatkan Guru Penilaian: -Pemerhatian LANGKAH 2 (25 MINIT) Perkembangan Isi 1.Murid menyediakan alatan dan bahan. 2.Murid mula melipat kertas origami masing-masing mengikut langkahlangkah yang telah ditunjukkan oleh guru. 3.Murid akan dibimbing oleh guru sekiranya ada murid yang tidak faham. 4.Murid akan menggunting lubang kecil pada origami kemudian mengikat benang pada origami tersebut. 5.Beberapa origami murid akan diikat bersama pada sebatang lidi untuk membentuk arca mobail. Kecerdasan Pelbagai: -Visual Ruang EMK: -Kreativiti dan Inovasi Kemahiran Berfikir: -Menjana Idea Strategi Pembelajaran: -Pendekatan Berpusatkan Murid Penilaian: -Hasil kerja murid


LANGKAH 3 (10 MINIT) Apresiasi dan Refleksi 1.Murid mempamer dan menceritakan hasil kerja mereka yang telah dihasilkan. 2.Murid akan memberikan pandangan ke atas hasil kerja rakan mereka. PdPc Abad Ke21: Pembentangan Hasil Sendiri Kecergasan Pelbagai: -Interpersonal EMK: Bahasa -Sebutan dan Intonasi Kemahiran Berfikir: -Menilai dan Komunikasi Strategi Pembelajaran: -Pendekatan Berpusatkan Murid, Pembelajaran Berasaskan Projek


Penilaian: -Lisan PENUTUP/ RUMUSAN ( 5 MINIT) Rumusan 1.Murid bercerita dan membuat kesimpulan topik hari ini. 2.Murid diberikan pujian oleh guru atas usaha dan kerjasama dalam menghasilkan arca mobail origami haiwan. Kecergasan Pelbagai: -Verbal Linguistik EMK: Bahasa -Sebutan dan Intonasi Kemahiran Berfikir: -Membuat Rumusan Strategi Pembelajaran: -Pendekatan Berpusatkan Murid Penilaian: -Lisan


4.0 RPH BIDANG MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Tarikh 19 Mac 2024 Masa 8:00 am – 9:00 Pagi Kelas 3 Dinamik Bilangan Murid 30 Orang Bidang Membuat Corak dan Rekaan Tema Objek Buatan Manusia Tajuk Terendak Lampu Bercahaya Aktiviti Teknik Renjisan dan Percikan Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah mempelajari renjisan dan percikan ketika berada dalam darjah satu. Standard Kandungan 3.1 Penghasilan Karya Kreatif Standard Pembelajaran 3.1.2 Menghasilkan corak rekaan kreatif dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan berdasarkan: (i) penentuan tema dan tajuk. (ii) penjanaan idea. (iii) pelaksanaan proses. (iv) kemasan akhir Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat: 1.Menyatakan bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan teknik renjisan dan percikan. 2. Menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 3.Membuat apresiasi terhadap karya sendiri secara lisan dan menghayati karya rakan. KBAT Kemahiran Berfikir EMK Kreativiti dan Inovasi Nilai Kerajinan, Kerjasama, hormat-menghormati, kesyukuran Alat Bantu Mengajar (ABM) / Bahan Bantu Mengajar (BBM) Projektor, speaker, kertas, cat poster, gam, gunting, batang aiskrim, berus, karya yang telah siap Kemahiran Insaniah Kemahiran komunikasi, Kemahiran kerja berpasukan


LANGKAH/ MASA (MINIT) ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN SET INDUKSI (5 MINIT) Video berkaitan teknik Renjisan dan Percikan. https://youtu.be/YNWZ5vCMsDE?s i=tbej1poPW2JaUhwL 1.Murid akan menonton video berkaitan teknik renjisan dan percikan yang dipaparkan oleh guru. 2.Murid akan mendengar penerangan guru tentang tajuk yang akan dipelajari. 3.Murid akan mendengar guru mengaitkan tajuk dengan teknik renjisan dan percikan. ABM/BBM: -Video, projektor, speaker EMK: -Konstruktivisme Teknologi maklumat dan komunikasi: -Aplikasi Youtube Strategi Pembelajaran: -Kepelbagaian sumber dan bahan LANGKAH 1 ( 15 MINIT) Perkembangan pembelajaran Langkah-langkah menghasilkan terendak lampu bercahaya dengan teknik renjisan dan percikan: a) Guru akan mencantumkan batang aiskrim menjadi rangka segi empat sama. Guru akan mengulang langkah ini sebanyak empat kali. b) Guru akan menggunakan berus bagi kesan jalinan titik-titik dengan teknik renjisan dengan mengulang 1.Murid akan mendengar penerangan guru dan melihat guru menunjukkan cara menghasilkan terendak lampu bercahaya menggunakan teknik renjisan dan percikan. 2.Murid akan mendengar guru menerangkan definisi renjisan dan percikan, Kecergasan Pelbagai: -Visual ruang BBM: -Kertas, cat poster, gam, gunting, batang aiskrim, berus, karya yang telah siap. EMK: -Kreativiti dan


menggunakan warna yang berbeza. c) Melekatkan rangka segi empat sama pada kertas bercorak renjisan dan menguntingnya. Setelah selesai, bahagian setiap rangka akan dicantumkan membentuk terendak lampu bercahaya. d) Membuat kemasan terakhir. Inovasi Kemahiran Berfikir: -Mentafsir dan menilai Strategi Pembelajaran: -Pembelajaran Berpusatkan guru Penilaian: -Pemerhatian LANGKAH 2 (25 MINIT) Perkembangan isi Murid menghasilkan terendak lampu bercahaya. 1.Murid membentuk kumpulan. 2.Murid diminta untuk menghasilkan terendak lampu bercahaya dengan menggunakan teknik renjisan dan percikan dalam kumpulan masing- masing. 3.Murid akan dipantau dan diberikan bimbingan sekiranya terdapat kumpulan yang Kecergasan Pelbagai: -Visual Ruang EMK: -Kreativiti dan Inovasi Kemahiran Berfikir: -Menjana idea


memerlukan bantuan. dan mencipta Strategi Pembelajaran: -Pembelajaran Koperatif Penilaian: -Hasil kerja murid dalam kumpulan LANGKAH 3 ( 10 MINIT) Apresiasi dan refleksi 1.Setiap wakil dalam kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka dan memberikan pandangan ke atas hasil kerja rakan yang lain. 2.Murid diminta untuk berkongsi pengalaman masing-masing dalam menghasilkan corak teknik renjisan dan percikan. PdPc Abad Ke21: -Pembentangan hasil kerja Kecergasan Pelbagai: -Interpersonal EMK: Bahasa Kemahiran Berfikir: -Menilai dan komunikasi


Strategi Pembelajaran: -Berpusatkan Murid, Pembelajaran Berasakan Projek Penilaian: -Lisan PENUTUP/ RUMUSAN ( 5 MINIT) Rumusan Keseluruhan 1.Murid diminta untuk membuat rumusan apa yang telah mereka pelajari. 2. Murid diberikan penghargaan seperti hadiah atas usaha yang ditunjukkan dalam melaksanakan aktiviti. Kecergasan Pelbagai: -Verbal Linguistik EMK: Bahasa Kemahiran Berfikir: -Membuat Rumusan Strategi Pembelajaran: -Pendekatan Berpusatkan Murid Penilaian: -Lisan


5.0 RPH MENGENAL KRAF TRADISONAL Tarikh 18 Mac 2024 Masa 9.45-10.45 Pagi Kelas 4 Amanah Bilangan Murid 30 orang murid Bidang Mengenal Kraf Tradisional Tema Tembikar Tajuk Budaya di Malaysia Aktiviti Menghasilkan kraf tradisional iaitu tembikar Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah melihat beberapa jenis kraf yang dihasilkan oleh ibu bapa mereka di rumah. Standard Kandungan 3.1 Penghasilan Karya Kreatif Standard Pembelajaran 3.1.5 Menghasilkan kraf kreatif dalam bidang Mengenal Kraf Tradisional berdasarkan: i. penentuan tema dan tajuk melalui sumber idea. ii.perkembangan idea reka bentuk dengan menekankan identiti kebangsaan. iii.penetapan jenis media dan teknik yang sesuai berdasarkan penghasilan kraf secara tradisional atau media gentian. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat: 1.Menyatakan jenis media dan teknik yang digunakan dalam menghasilkan kraf tembikar. 2.Menghasilkan karya tembikar dengan menggunakan plastisin. 3.Menghargai kraf tradisional di Malaysia. KBAT Memahami, mencipta, mengaplikasi EMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kreativiti dan Komunikasi, Keusahawanan Nilai Identiti nasional, berfikiran terbuka, cinta akan negara, yakin, kreatif, kerjasama, kesyukuran Alat Bantu Mengajar (ABM)/ Bahan Bantu Mengajar (BBM) Slaid, video, Lcd, gambar, plastisin, pembaris, pensel, gambar langkah membuat tembikar Kemahiran Insaniah Membina hubungan, kemahiran berkomunikasi, kefahaman dan menjawab soalan, daya usaha, penglibatan diri


LANGKAH/ MASA (MINIT) ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN SET INDUKSI (5 MINIT) Mengenali budaya di Malaysia Contoh soalan guru: 1.Siapakah yang pernah melawat di tempat ini? 2.Apakah barangan yang dijual di tempat ini? Jangkaan jawapan murid: 1.Tidak atau pernah 2.Baju tradisi, beg tangan, bakul 1.Murid melihat gambar pasar kraftangan di Kota Kinabalu yang dilekatkan di hadapan kelas. 2.Murid akan ditanya beberapa soalan berkaitan dengan gambar yang telah ditunjukkan oleh guru. 3.Murid akan mendengar penerangan guru dan melakukan sesi soal jawab. 4.Murid akan diterapkan nilai sayangi budaya yang ada di Malaysia. Strategi Pembelajaran: -Berpusatkan bahan BBM: -Gambar KBAT: -Menganalisis maklumat Nilai Murni: -Sayangi budaya LANGKAH 1 ( 15 MINIT) Perkembangan pembelajaran 1.Pengenalan kepada tembikar menggunakan slaid pembelajaran. 2.Video penghasilan tembikar 1.Murid akan mendengar penjelasan guru berkaitan tembikar berdasarkan paparan slaid pembelajaran. 2.Murid menonton video cara-cara penghasilan tembikar dengan menggunakan plastisin. 3.Murid akan disoal beberapa soalan oleh guru berkaitan video penghasilan tembikar. ABM: -Lcd, Slaid, Video Youtube KBAT: -Menganalisis maklumat, memahami Teknik: -Soal jawab,


Contoh soalan guru: 1.Apakah bahan yang digunakan dalam menghasilkan tembikar? 2. Negeri manakah yang terkenal dalam menghasilkan tembikar? 3.Perkaitan alat, bahan dan teknik. 4.Murid mendengar guru menyatakan alat dan bahan yang akan digunakan dalam menghasilkan tembikar di dalam kelas serta teknik yang digunakan iaitu teknik lingkaran dengan menggunakan plastisin. 5.Murid melihat guru membuat demonstrasi mudah menghasilkan tembikar bertemakan peralatan harian sebagai perhiasan di rumah iaitu tembikar. tunjuk cara BBM: -Pensil, pembaris, plastisin Nilai: -Ketekunan Strategi Pembelajaran: -Pembelajaran berpusatkan guru Penilaian: -Pemerhatian LANGKAH 2 ( 25 MINIT) Perkembangan isi 1.Menghasilkan karya tembikar mengikut tema yang ditetapkan. -Gambar langkah menghasilkan tembikar 1.Murid diminta untuk mengeluarkan pensil dan pembaris masing-masing. 2.Setiap murid diedarkan empat jenis plastisin yang berlainan warna oleh guru. 3.Murid akan merujuk gambar langkah menghasilkan tembikar yang ditampal pada papan putih. Strategi Pembelajaran: -Pendekatan berpusatkan murid Teknik: -Projek mudah


4.Murid-murid akan menghasilkan tembikar menggunakan plastisin yang diberikan berdasarkan langkah-langkah yang telah disediakan oleh guru. 5.Murid akan dibimbing oleh guru dalam menghasilkan tembikar menggunakan plastisin. 6.Murid akan menambah hiasan pada karya mereka mengikut kreativiti sendiri. BBM: -Plastisin, pensil, pembaris, gambar langkah menghasilkan tembikar KBAT: -Mencipta Nilai: -Kerjasama, kreatif EMK: -Kreativiti dan Inovasi LANGKAH 3 ( 10 MINIT) Apresiasi dan Refleksi 1.Murid diminta untuk meletakkan hasil karya mereka di atas meja. 2.Murid-murid akan berjalan mengelilingi meja untuk melihat karya yang dihasilkan oleh rakan lain. 3.Murid diminta untuk membentangkan hasil karya sendiri dan memberikan Strategi Pembelajaran: -Pendekatan Berpusatkan Murid dan Pembelajaran Berasaskan Projek


pandangan ke atas hasil kerja rakan yang lain. Pendekatan: -Elektik Kaedah: -Gallery Walk KBAT: -Mengaplikasi, menilai, komunikasi PdPc Abad Ke21: Pembentangan Hasil Sendiri Nilai: -Yakin diri EMK: Bahasa -Sebutan dan intonasi Keusahawanan Penilaian: -Lisan


PENUTUP/ RUMUSAN ( 5 MINIT) Rumusan 1.Murid akan membuat rumusan tentang apa yang telah mereka pelajari. 2.Murid diberikan pujian oleh guru atas usaha yang ditunjukkan sepanjang PdP. Kemahiran Berfikir: -Membuat rumusan dan komunikasi Strategi Pembelajaran: -Pendekatan Berpusatkan Murid Penilaian: -Lisan


6.0 PENUTUP Kesimpulannya, bagi memastikan penulisan Rancangan Pengajaran Harian berkesan dalam PdP maka guru haruslah membuat perancangan dan persediaan yang rapi. Oleh itu, kompetensi seseorang guru amat diperlukan di dalam melaksanakan kurikulum serta PdP untuk merealisasikan matlamat yang ingin dicapai. Sani Ibraham & Ahmad Zabidi (2015), menjelaskan kejayaan mahupun kegagalan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah bergantung sepenuhnya terhadap kompetensi seseorang guru. Jelaslah bahawa, guru perlulah mempunyai rasa tanggungjawab terhadap semua aspek berkaitan dengan bidang tugasnya agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai.


SUMBER RUJUKAN Affan. (2023). Rancangan Pengajaran Harian (RPH): Kandungan, Templat & Tips. eCentral. https://ecentral.my/rancangan-pelajaran-harian/ Anura binti HJ MD Dum. (2020). Panduan penulisan RPH. Anyflip. https://anyflip.com/zxfc/gjrt/basic Ahmad Mohd Salleh. (2008). Pengajian agama Islam & J-QAF: Metodologi dan pedagogi pendidikan untuk KPLI: Oxford Fajar. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual Tahun 3. 2019. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Seni Visual Tahun 4. 2019. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Roshlawaty Md Raieh. (2023). Hanya 3 elemen sahaja perlu dimuatkan dalam RPH - KPM. Sinarbestari. https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/hanya-3-elemen-sahaja-perludimuatkan-dalam-rph-kpm/news Sani Ibrahim & Ahmad Zabidi. (2015). Strategi implementasi pelan pembangunan pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.


Click to View FlipBook Version