Majlis
lambaian kasih, Sanjungan Budi
CIKGU DENSI ANAK LANDEI
CIKGU FATIMAH BINTI MARBOR
9 DISEMBER 2022
JUMAAT
0730 PAGI
DEWAN SK LAKSAMANA
PENGENALAN
Detik persaraan merupakan hari bersejarah
dalam diari kehidupan seorang penjawat awam
terutama bagi guru-guru yang penuh dedikasi iaitu
PUAN Densi Anak Landei dan Puan Fatimah Binti
Marbor. Oleh yang demikian, sebagai tanda
mEnghargai jasa serta sumbangan mereka, pihak
sekolah telah mengambil inisiatif untuk
mengadakan “Majlis Lambaian Kasih Sanjungan
Budi” bagi meraikan hari persaraan mereka.
OBJEKTIF
1.Menyanjung budi dan mengenang jasa guru-
guru dalam perkhidmatan.
2.Mewujudkan keakraban dan semangat
kekeluargaan dALAM kalangan semua warga
SK Laksamana.
3.Memberi lambaian terakhir kepada guru-guru
yang akan meninggalkan sekolah pada hari
terakhir perkhidmatan mereka.
4.Memberi ruang kepada guru-guru untuk
bersalaman dengan murid dan semua staf.
ATURCARA MAJLIS
0710 PAGI Guru dan murid berkumpul di dewan
0730 PAGI Ketibaan tetamu jemputan
Ketibaan Yang Diraikan
10.10 PAGI Bacaan Doa OLEH USTAZ MUHAMMAD SYARIF BIN MUSLIM
10.30 PAGI Ucapan Aluan Guru Besar
11.30 PAGI Tayangan Montaj
Ucapan Yang Diraikan:
PUAN Densi Anak Landei
PUAN Fatimah Binti Marbor
Acara pemotongan Kek
Simbolik Persaraan
Sesi Fotografi
Perarakan guru-guru bersara untuk Clock Out di pejabat
SAMBIL BERSALAMAN DENGAN SEMUA MURID
Jamuan Guru
Murid Rehat
Kemas Dewan & Kelas
BersuRAI
AJK MAJLIS
Pengerusi
Encik Mahdi bin Mantali
Timbalan Pengerusi
PUAN SITI HAJJAR BINTI SAIBI
Puan Wilhemina ak Kana
Puan Normah binti Abu Samad
Encik Abg. Mohd Firdaus bin Abg. Madehi
Penyelaras
PUAN FATIMAH BINTI ZAINAL ABIDDIN
Bendahari
Cik Grace Kho
AJK Persiapan Tempat
EnCIK Firster Anak Satang
Hiasan Kereta
PUAN Nirhardzah Binti Hardi
Bunga Maggar
PUAN Faridah Binti Adenan
CIK SARAH BINTI SUHAIMI
Sambutan dan protokol
Semua Penolong Kanan
AJK MAJLIS
Hiasan PentaS
PUAN Kuyang Ibau
ENCIK Wan Shahrulzaman Bin Wan Abu Bakar
EnCIK Salleh Bin Kipli
Cik Mastura Binti Idi
PUAN Laura Anak Linang
PUAN Ammie Anak Raymond
Buku Program
Cik Siti Nordiana Binti Raduan
Dokumentasi
PUAN Nor Suhada Binti Abdul Rahman
PUAN Daryllichelle Dayang Anak Dinggun
Montaj
PUAN Fatimah Binti Zainal Abiddin
Siaraya/PA SISTEM
EnCIK Donny Bin Payar
EnCIK Adrain Anak Nani @ Philip
Bacaan Doa
USTAZ Muhammad Syarif bin Muslim
Pengacara Majlis
PUAN Tina Anak Braun
Banner
Cik Bita Chia
AJK MAJLIS
Jurugambar
PUAN Hilda Anak Kanas
PUAN Jane Binti Abdul Kadir
Kek
PUAN Nirhardzah Binti Hardi
PUAN REbecca Lisa Anak Henry Atie
Hadiah
Puan Sofia Binti Saman
PUAN Hilder Anak John Riring
PUAN Winnie Anak Ngikoh
(Semua Guru Kelas)
Simbolik PersaraaN
PUAN Noorliza Binti Hassan
Jamuan
Tajaan
Kawalan Murid (Perarakan)
ENCIK Firster Anak SATANG
EnCIK Donny Bin Payar
Semua Guru & PPM
Disiplin
Semua guru dan PPM
BAK AIR YANG MENGALIR
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku.
Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan,
Barangkali terdengar-dengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam anak-anak kecil manja,
Tegur sapa, senyum tawa rakan sekerja.
Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
yang lebih dibahagi,
yang kurang dilengkapi,
Agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah.
Bak air yang mengalir,
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,
Kerana sekali dipanggil guru,
Selamanya aku adalah guru.
BAK AIR YANG MENGALIR
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Rakan sekerja, teman bergurau senda,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah pelbagai bangsa,
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.
Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergema didikan beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah.
Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan, sebuah kehidupan.
SEKALUNG
PENGHARGAAN
Pengerusi dan seluruh jawatankuasa majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
barisan pentadbir, penyelaras majlis, para guru,
semua staf SK Laksamana dan semua pihak yang
terlibat dalam memberi sokongan, kerjasama serta
komitmen bagi menjayakan
"Majlis Lambaian Kasih
Sanjungan Budi"