SJKT LADANG KIRBY
71900 LABU, N.S.
TARIAN TRADISIONAL
MALAYSIA
KIRUBHESHVARAN A/L SUBRAMANIAM
TAHUN 5
TARIAN MELAYU
TARIAN MAK YONG
Tarian Mak Yong yang berasal dari Patani di selatan Thailand dicipta untuk
hiburan kerabat DiRaja wanita, permaisuri serta puteri sewaktu ketiadaan
kerabat di Raja lelaki. Tarian ini menggabungkan drama romantis, serta
tarian dan nyanyian tradisional dengan gaya yang menawan, yang
mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan Melayu.
TARIAN ZAPIN
Pengaruh Islam ke atas tarian tradisional Malaysia boleh dilihat dengan
ketara dalam tarian Zapin, sebuah tarian yang terkenal di negeri Johor.
Tarian ini, yang diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah,
pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan
menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam
TARIAN JOGET
Tarian yang paling terkenal di Malaysia ini adalah sebuah tarian yang
meriah, dengan rentak yang agak laju. Tarian ini, yang
dipersembahkan oleh pasangan penari dengan gerak-geri pantas yang
disulami pelbagai usikan, berasal dari tarian tradisi Portugis yang
diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah di situ.
TARIAN SARAH
Tarian Sarah merupakan sejenis tarian rakyat Melayu traditional. Tarian Sarah
mempunyai irama muzik padang pasir yang rancak yang mewakili riang gembira. Tarian
ini terkenal di kalangan Masyarakat Johor yang berketurunan Arab di Daerah-daerah
Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar. Di Johor, tarian ini kebiasaannya ditarikan oleh
pasangan lelaki sahaja. Mereka menari beriringan dengan gerakan yang sama dan
dalam satu tempo lagu berirama Samrah, pasangan penari dapat menari secara
bergantian dan ini membolehkan pasangan pertama tadi berehat dan diganti dengan
pasangan berikutnya dan demikianlah seterusnya.
TARIAN INDIA
BHARATHANATYAM
Bharatanatyam is a popular classical dance form in
South India. Bharatanatyam performance involves
carefully choreographed and well practiced
combination of eye movements, expressions, hand
gestures, steps and dance.
TARIAN KOLATTAM
Kolattam adalah seni kampung purba. Tarian ini
dilakukan oleh wanita sahaja, dengan dua batang kayu
diadakan di setiap tangan dan dipukul untuk membuat
bunyi berirama.
TARIAN CINA
TARIAN NAGA
Tarian naga, adalah aktiviti hiburan dan mempunyai seni yang unik. Tarian naga berasal
daripada kebudayaan Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun. Pada zaman kuno,
rakyat berfikir naga boleh menguruskan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga
untuk turun hujan pada musim kemarau, dan kemudian menjadi aktiviti budaya dan rekreasi.
Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga dan naga sebagai simbol tuah. Untuk Dinasti
Tang dan Song, Tarian naga telah menjadi aktiviti semasa perayaan yang penting.
TARIAN KIPAS
Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian istana kerana sering
ditarikan pada majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-penarinya terdiri daripada wanita.
Jumlah penari-penari antara 2 hingga 6 orang. Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-
penari biasanya memakai baju kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga
yang disanggul. Kadangkala penari akan memakai selendang panjang yang disemat pada bahu.
TARIAN SABAH
TARIAN SUMAZAU
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di
Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun
yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau
Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap
bulan Mei. Hujung bulan Mei dipilih berdasarkan kepada secara tradisinya pada masa
dahulu, penanaman padi hanya berlaku sekali setahun. Apabila selesai menuai padi,
selalunya sebelum penghujung bulan Mei.
TARIAN SUMAYAU
Tarian ini merupakan tarian asli suku kaum Dusun daripada daerah
Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau
merupakan tarian khas bagi menyambut hari Mengaji atau dalam
bahasa Dusun disebut Mengahau. Oleh yang demikian ianya tidak
ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari
keramaian dan sebagainya.
TARIAN SARAWAK
TARIAN NGAJAT
Tarian Ngajat merupakan tarian pahlawan tradisional bagi
kaum Iban di Sarawak. Tarian ini amat popular dan dapat
dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu Ngajat Induk, Ngajat
Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah dan
Ngajat “Ngemai antu pala”. Apabila menyambut Hari Gawai
sebelum berperang dan sebelum musim menuai, tarian ini
dipersembahkan.
TARIAN KENYALANG
Tarian Kenyalang juga dikenali sebagai Datun Julud merupakan satu tarian
tradisional bagi kaun Kenya di Sarawak. Nyik selong, seorang putera Kenya
merupakan pencipta Tarian Kenyalang ini. Penciptaan tarian ini adalah untuk
menunjukkan kegembiraan dan kesyukuran.
Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan kemasyarakatan bagi
menyambut kepulangan pahlawan-pahlawan dari berbulu dan perayaan tahunan
yang menandakan tamatnya musim menuai kaum itu.
TERIMA KASIH