KURSUS: PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
MPU 21023
SESI DISEMBER 2020 (DEE2B)
TOPIK: APAKAH SUMBANGAN YANG BOLEH DIBERIKAN OLEH
MASYARAKAT TEMPATAN DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA?
PENSYARAH: MOHD. SAAD B. MOHD SAID 03DEE20F1013
AHLI KUMPULAN: 03DEE20F1035
LAU JUN HONG
MUHAMMAD FIRDAUS BINMOHAMAD 03DEE20F1096
NADZIR 03DEE20F1081
BADRULMUNIR BIN YUSRI
MUHAMMAD IRFAN BIN ZAINUDIN
1
NO ISI M/S
1 Pendahuluan 3
2 Pengenalan & Maksud Perpaduan 4
3 Sumbangan yang boleh diberikan oleh masyarakat
tempatan dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia: -
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DAN 5
PATRIOSME
MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA 6
AKTIVITI SUKAN 7
MENGADAKAN KEMPEN GOTONG ROYONG 8
DIANTARA KAUM
MENGAMALKAN SIKAP PERPADUAN DALAM 9
PERHUBUANGAN
4 Rumusan 10
5 Rujukan 11
6 Lampiran 12
2
1. PENDAHULUAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakat Malaysia hidup di
sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan juga agama. Oleh kerana wujud
kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka
timbulah pelbagai masalah yang melibatkan hubungan etnik. Perkauman ialah salah satu
sensitif yang sentiasa menjadi batas pemisah antara rakyat pelbagai kaum. Keadaan ini
boleh melahirkan ketegangan dan konflik antara kaum dan seterusnya boleh menyebabkan
ekonomi negara terjejas dan imej negara terjejas. Bagi Malaysia yang mempunyai
masyarakat yang berbilang kaum, proses pembentukan perpaduan kaum perlu perancangan
dengan teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat di Malaysia dan
dapat mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.
Hubungan etnik yang mantap sangat perlu dalam kalangan rakyat sesebuah negara
yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan etnik untuk dapat
memupuk perpaduan kaum. Rakyat Malaysia perlu berfikir dan bertindak ke arah mencapai
satu matlamat adalah mewujudkan Malaysia yang perpaduan kaum. Sejajar dengan ini,
perpaduan yang sedia terjalin antara kaum Melayu, Cina, India dan rakyat peribumi yang
lain di negara ini dapat diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih
aman, maju, selamat dan makmur. Walau bagaimanapun, rencana tentang perpaduan kaum
sehingga kini telah menyentuh soal sejarah, punca dan kesan kepada semua negara. Sebagai
contoh, dalam kejadian Pengetua sebuah sekolah menengah dan Penolong Pengarah sebuah
agensi kerajaan yang didakwa mengeluarkan kata-kata berbaur rasis iaitu pelajar Cina tidak
diperlukan di negara ini dan boleh pulang ke China. Oleh kerana itu, makalah ini bertujuan
untuk membincangkan apakah sumbangan yang boleh diberikan oleh masyarakat tempatan
dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. 3
2. PENGENALAN
Bagi Malaysia, perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai
kelompok yang mempunyai latar belakang social, agama, budaya dan bahasa yang berbeza
dibawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti
golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha yang
telah dilakukan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama
secara jujur dan ikhlas. Oleh itu, sebagai masyarakat tempatan hendaklah memberikan
sumbangan dalam memupuk perpaduan kaum di malaysia untuk mewujudkan bangsa
Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi
bersama, berintegrasi diperingkat wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan
keadilan.
MAKSUD PERPADUAN
Konsep yang mengaitkan manusia untuk menyatupadukan seluruh rakyat supaya
setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan
bangga dan cinta kepada tanah air. Selain itu, salah satu konsep yang mengaitkan seluruh
rakyat dalam tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan untuk memajukan dan menguatkan
negara serta kepesatan pembangunan dan ekonomi.
"Mulai 31 Ogos 1957, (kita) akan menjadi sebuah negara berdaulat dan demokratik
untuk selama-lamanya, yang dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan
serta sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya."
- Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj -
4
3. SUMBANGAN YANG BOLEH DIBERIKAN OLEH MASYARAKAT TEMPATAN
DALAM MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN DAN PATRIOSME
Patriotisme perlu ditanam semasa zaman kanak-kanak lagi kerana apabila kanak-kanak
menyukai rumah dan negara mereka, mereka akan membesar dengan menghargai warisan,
kepelbagaian dan sejarah mereka, dan berusaha untuk memperbaiki Malaysia dalam semua
aspek. Oleh itu, memupuk perpaduan harus bermula di sekolah dengan usaha dapat dilakukan
untuk memupuk nilai-nilai keharmonian, perpaduan dan kedamaian antara kaum.
Contohnya, guru sekolah perlu menggunakan kreativiti dan kemahiran mendapatkan
pelajar semua kaum mengambil bahagian dalam aktiviti bagi meningkatkan integrasi kaum. Hal
ini demikian murid dapat menaikan berminat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah
dan luar yang membolehkan mereka berinteraksi antara satu sama lain dan membina
persahabatan yang berkekalan. Pengetua sekolah dan guru perlu menggalakkan pelajar
memahami satu sama lain dengan lebih baik dan saling menghormati antara satu sama lain serta
berlajar bersama untuk dapat memupuk perpaduan kaum.
Guru sekolah mesti menjadi penggerak utama transformasi pendidikan murid, bukan
sahaja untuk mengajar dan memberikan pengetahuan dan kemahiran, tetapi juga untuk
menyatupadukan pelajar dari pelbagai kaum melalui aktiviti selaras dengan aspirasi malaysia
yang bersatu padu. Oleh sebab pelajar adalah pemimpin masa depan negara, penting untuk
mereka menjalinkan hubungan lebih rapat walaupun terdapat perbezaan dalam bangsa, budaya
dan agama. Rakyat malaysia yang berbeza etnik, agama dan warna kulit melengkapi antara satu
sama lain dan kepelbagaian kita tidak boleh menjadi halangan bagi kita untuk menjalani
kehidupan yang bersatu dan harmoni.
5
MENGANJURKAN MAJLIS RUMAH TERBUKA
Rumah terbuka merupakan kaedah pemupukan perpaduan yang efektif kerana dapat
mendedahkan masyarakat kepada keunikan adat resam kaum lain. Interaksi antara kaum
dalam majlis dapat memperkasakan hubungan antara kaum di Malaysia. Secara tidak
langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan hubungan erat bak isi dengan
kuku dapat dijalin.
Membuat rumah terbuka supaya dapat mewujudkan satu hubungan yang lebih erat
diantara jiran-jiran tertangga. Dengan melakukan rumah terbuka ini, rakyat akan
mengenali dan lebih memahami budaya kaum lain. Selain itu, apabila kita menghadiri
rumah terbuka kita dapat melihat pelbagai jenis juadah dan adat yang diamalkan dalam
perayaan kaum tersebut.
Pelbagai budaya dan adat dari pelbagai kaum dapat dipelajari oleh rakyat berkenaan
kaum masing masing. Hubungan diantara rakyat juga lebih erat dan mesra. Sambutan
perayaan kaum lain juga boleh diraikan oleh semua, lantas menguatkan lagi identiti
masyarakat. Aktiviti rumah terbuka ini dapat mewujudkan silaturahim yang teguh dalam
diri rakyat, justeru mewujudkan suasana negara yang harmoni dan aman damai.
6
AKTIVITI SUKAN
Terdapat nilai-nilai murni
yang tinggi, bukan sahaja dari
segi fizikal dan mental, untuk
melahirkan generasi yang cergas
dan sihat,tetapi juga untuk
meningkatkan kesejahteraan
masyarakat, memastikan
perpaduan yang mampan dan
menjadi sebahagian daripada proses untuk meraikan kepelbagaian pelbagai etnik yang
wujud di negara ini dalam sukan.
Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau
gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, pihak berkuasa perlu
mengadakan aktiviti sukan di kalangan masyarakat .Ia boleh mengeratkan silaturrahim
masyarakat dengan bersukan tanpa mengira kaum.Kita berharap pada suatu masa nanti
pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan
bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak,
badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan.
Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta
seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat
menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama
negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.Masyarakat ni
negara ini dapat memupuk lagi hubungan sewaktu melakukan aktiviti bersama dalam
pelbagai kaum.Sukan ini tidak mengira kaum atau bangsa untuk melakukannya.Hal ini
membolehkan masyarakat tempatan memupuk perpaduan kaum di Malaysia.
7
MENGADAKAN KEMPEN GOTONG ROYONG DIANTARA KAUM
Amalan gotong-royong adalah budaya yang telah diamalkan untuk generasi dan
dianggap sebagai tak basah dek hujan, tak lekang dek panas. Peribahasa ini menunjukkan
bahawa rakyat Malaysia, terutamanya generasi baru golongan milenium, sentiasa dikaitkan
dengan warisan budaya atau adat etnik. Apa yang berlaku sekarang, budaya yang diingini
hanyalah sejenis kegembiraan dan keselesaan, tidak mahu dipertanggungjawabkan. Fenomena
ini meningkatkan semangat membudayakan amalan gotong-royong. Oleh hal yang demikian,
kita mestilah memahami bahawa bergotong-royong adalah sesuatu hal yang boleh mumupuk
perpaduan kaum dalam masyarakat Malaysia.
Tujuan kempen
ini diadakan untuk
memupuk perpaduan
diantara kaum India,
Cina dan Melayu.
Oleh itu, ia digalakkan
kepada anak-anak
muda supaya tidak berlaku berselisihan faham antara sesama sendiri. Hal ini kerana,pertalian
antara kaum tidak akan terputus begitu sahaja sekiranya salah seorang melakukan satu
kesilapan yang dapat pandangan yang tidak elok oleh orang lain. Kempen ini juga dapat
melahirkan insan yang berbudi pekerti,baik hati dan lain-lain lagi.
Daripada kempen diadakan ini juga dapat meningkatkan komunikasi antara kaum yang
lain seperti,dapat mempelajari bahasa yang kita kurang mengetahui. Akhir sekali, kempen
gotong-royong mestilah diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memupuk
semangat perpaduan kaum . 8
MENGAMALKAN SIKAP PERPADUAN DALAM PERHUBUANGAN
Perpaduan adalah isu yang boleh dilihat dari dimensi yang berbeza.
Peranannya termasuk sistem nilai, psikologi, perasaan, sikap, pemikiran dan tingkah
laku setiap individu. Faktor-faktor agama juga merupakan corak di mana unsur-unsur
ini digunakan untuk kehidupan masyarakat. Ini bukan sahaja membentuk struktur dan
budaya ideologi semua etnik, tetapi juga membentuk nilai moral dan kepercayaan
semua kumpulan etnik.
Walaupun terdapat kepelbagaian ideologi, kepercayaan, budaya dan tradisi
sesuatu bangsa, kita melihat persamaan dengan nilai dan norma yang boleh dikongsi
bersama untuk memupuk perpaduan. Antara nilai-nilai yang wujud termasuk
toleransi, kesederhanaan, belas kasihan dan persahabatan dalam perhubungan.
Sebagai contoh, hubungan kasih sayang dan bersederhana dalam kehidupan
adalah semua aspek nilai-nilai yang wujud dalam setiap kebudayaan bangsa. Setiap
agama mengajar etika hubungan interpersonal, menekankan nilai kesederhanaan dan
belas kasihan untuk semua. Malah, sifat ini akan menghasilkan sifat tolong-
menolong, sedekah dan pengorbanan masa, tenaga dan wang untuk memenuhi
keperluan masyarakat.
9
4. RUMUSAN
Malaysia pada masa sekarang berada dalam proses pembangunan yang akan
menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan global yang besar. Dengan itu, negara kita amat
memerlukan kesatuan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.
Oleh itu, sumbangan yang diberi oleh masyarakat tempatan untuk memupuk perpaduan kaum
di Malaysia merupakan elemen yang penting dan harus diberi perhatian kerana hubungan
kaum yang harmoni adalah kunci kepada kemajuan dan kestabilan negara. Bagi mencapai
perpaduan kaum yang terbaik, sebagai masyarakat tempatan haruslah dedikasi dan komited
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Justeru, masyarakat perlu
saling memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia iaitu budaya kecemerlangan,
ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Jika
sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati antara kaum yang diterjemahkan
secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan persengketaan dan akhirnya
merugikan negara kita sendiri dan membazirkan usaha-usaha yang telah diusahakan oleh
pemimpin-pemimpin dahulu. Oleh itu, kita hendaklah bergabung idea dan tenaga yang
dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi mewujudkan
menyatukan rakyat.
Akhir sekali, kita berharap agar semua warganegara di negara kita akan sentiasa
mematuhi undang-undang dan peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan
menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan
memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna. Usaha untuk memupukkan lagi
perpaduan kaum perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Masyarakat Malaysia perlu
menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan perpaduan antara kaum dalam
usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta memastikan pembangunan
ekonomi negara yang stabil dan konsisten.
10
5. RUJUKAN
1. http://jganraj.blogspot.com/2017/01/maksud-perpaduan-
ialah-penyatuan-dan.html
2. https://www.bharian.com.my/rencana/surat-
pembaca/2018/09/469640/memupuk-semangat-perpaduan-
dan-patriosme
3. https://www.ipendidikan.my/usaha-usaha-untuk-memupuk-
perpaduan-kaum.html
4. https://myschooltmgstaiping.wordpress.com/
11
6. LAMPIRAN
12
13