The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chah_rule, 2021-05-18 12:07:07

BM - MAKANAN SELAMAT

BM - MAKANAN SELAMAT

BAHASA MELAYU

TAHUN 4 NEON

UNIT 9 : PATUH DAN SELAMAT
TAJUK : MAKANAN SELAMAT

KEMAHIRAN : MENULIS

Jenis penulisan : Fakta
Tajuk : Makanan selamat

• Ditulis dalam bentuk format biasa
• Karangan ini memerlukan murid mempunyai pengetahuan

yang luas
• Karangan ini perlu mengutamakan kehendak soalan
• Murid perlu menyenaraikan fakta-fakta/ isi mengikut

kesesuaian soalan

Buku teks di halaman 59

Perenggan 1
Perenggan 2
Perenggan 3
Perenggan 4
Perenggan 5
Perenggan 6

Perenggan 1

Keselamatan makanan perlu diutamakan oleh semua orang.
Terdapat pelbagai cara yang harus dilakukan.

Perenggan 2

Antaranya, kita perlu membasuh tangan sebelum dan
selepas memasak. Kita juga perlu mencuci peralatan dapur
selepas digunakan supaya bersih dan selamat. Kita boleh
menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk untuk mencuci.

Perenggan 3

Seterusnya, kita perlu asingkan makanan yang sudah
dimasak dan belum dimasak. Kita hendaklah menggunakan
bekas yang sesuai untuk menyimpan makanan. Tujuan cara ini
untuk mengelakkan bahan makanan cepat rosak.

Perenggan 4

Selain itu, kita perlu masak bahan makanan dengan
sempurna. Proses memasak dengan sempurna bertujuan
membunuh bakteria yang terdapat dalam makanan. Bakteria
tersebut akan menyebabkan kita mudah jatuh sakit.

Perenggan 5

Selain daripada itu, jangan makan makanan tamat tarikh
luput. Jika kita termakan, kita mungkin akan mengalami
keracunan makanan. Oleh itu, periksa dahulu tamat tarikh
luput pada bahagian kotak atau tin makanan.

Perenggan 6

Akhir sekali, kita mestilah mematuhi keselamatan
makanan dan menjadi amalan dalam kehidupan kita. Makanan
yang sihat menjadikan badan kita sihat.

Jom semak
jawapan

Tajuk : Makanan selamat
Keselamatan makanan perlu diutamakan oleh semua orang. Terdapat
pelbagai cara yang harus dilakukan.

Antaranya, kita perlu membasuh tangan sebelum dan selepas
memasak. Kita juga perlu mencuci peralatan dapur selepas digunakan
supaya bersih dan selamat. Kita boleh menggunakan sabun pencuci
pinggan mangkuk untuk mencuci.

Seterusnya, kita perlu asingkan makanan yang sudah dimasak dan
belum dimasak. Kita hendaklah menggunakan bekas yang sesuai untuk
menyimpan makanan. Tujuan cara ini untuk mengelakkan bahan
makanan cepat rosak.

Selain itu, kita perlu masak bahan makanan dengan sempurna.
Proses memasak dengan sempurna bertujuan membunuh bakteria yang
terdapat dalam makanan. Bakteria tersebut akan menyebabkan kita
mudah jatuh sakit.

Selain daripada itu, jangan makan makanan tamat tarikh luput.
Jika kita termakan, kita mungkin akan mengalami keracunan makanan.
Oleh itu, periksa dahulu tamat tarikh luput pada bahagian kotak atau tin
makanan.

Akhir sekali, kita mestilah mematuhi keselamatan makanan dan
menjadi amalan dalam kehidupan kita. Makanan yang sihat menjadikan
badan kita sihat.

Sekian,
terima kasih


Click to View FlipBook Version