The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chah_rule, 2021-06-14 03:27:28

BM - GEROBOK PUSAKA NENEK

BM - GEROBOK PUSAKA NENEK

BAHASA MELAYU

TAHUN 4 NEON

UNIT 11 : indah seni sepanjang zaman
TAJUK : GEROBOK PUSAKA NENEK

KEMAHIRAN : MEMBACA

Apakah itu gerobok?
Merujuk carian Dewan Bahasa dan Pustaka,

gerobok bermaksud
1 almari utk menyimpan makanan; dan

2 peti utk menyimpan pakaian.

Hadif dan kakaknya, Hajar, menolong neneknya mengemas rumah.
Hadif mengelap gerobok lama sambil mendengar neneknya melagukan
syair.

Sila tekan pada pautan yang cikgu berikan dalam
aplikasi Whatapps kelas 4 Neon untuk melihat dan
mencuba cara melagukan Syair Gerobok Pusaka

https://youtu.be/_I5R2UGJNww

Sila salin maksud setiap rangkap Syair Gerobok Pusaka. Sila
gunakan buku Bahagian B.

Maksud syair rangkap 1.
Gerobok pusaka merupakan warisan kita dan dapat bertahan
dalam jangka masa yang lama. Oleh demikian, kita perlu
menjaganya dengan cermat.

Maksud syair rangkap 2.
Gerobok pusaka digunakan untuk menyimpan hidangan makanan
serta barang perhiasan dengan pelbagai corak perhiasan yang ada
pada bahagian luar gerobok.

Sila salin maksud setiap rangkap Syair Gerobok Pusaka.

Maksud syair rangkap 3.
Gerobok pusaka ini diperbuat daripada ukiran tangan pengukir
menggunakan kayu berkualiti tinggi yang tiada di pasaran. Oleh
sebab itu, nilai harganya amat tinggi.

Maksud syair rangkap 4.
Gerobok pusaka merupakan warisan tempatan yang patut kita jaga
agar generasi akan datang dapat melihat khazanah tersebut.

Sekian,
terima kasih


Click to View FlipBook Version