SIJIL MULTIMEDIA KREATIF PENGIKLANAN
PEMBANGUNAN
PRODUK PENGIKLANAN
SMP 30113
SMP 3203 PEMBANGUNAN PRODUK
PENGIKLANAN
KESELAMATAN
BENGKEL
Peraturan Am Keselamatan Makmal dan Bengkel
Menjaga keselamatan semasa bekerja bukan sahaja dapat menjamin
keselamatan diri sendiri bahkan juga rakan-rakan dan harta benda yang
digunakan. Setiap gerakerja yang dilakukan mempunyai peraturan dan kaedah
yang patut diikuti supaya setiap kerja terlaksana dengan teratur, cermat dan
selamat.
Kerja-kerja yang dilakukan tanpa mengikut peraturan dan lalai, berkemungkinan
menyebabkan kemalangan yang tidak diingini. Biasanya seseorang itu akan insaf
dan menyedari kepentingan menjaga keselamatan setelah ditimpa kemalangan
yang serius. Dalam hal ini ‘mencegah adalah lebih baik dari mengubati’.
Oleh yang demikian setiap individu yang bekerja di makmal atau bengkel dikehendaki:
* menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja
* sentiasa menggunakan fikiran semasa menjalankan tugas
* memahami bahaya bahan-bahan kimia yang digunakan
* menggunakan peralatan dengan betul
Peraturan Am Bekerja di Makmal/Bengkel
1. Pastikan alat pemadam api ditempatkan berdekatan dengan pintu atau di
tempat yang sesuai. (Alat pemadam api mestilah berada dalam keadaan
yang baik dan berfungsi).
2. Pastikan tiada sebarang kebocoran gas sebelum dan selepas
menggunakannya.
3. Pastikan alat-alat berada di dalam keadaan yang baik sebelum
ianya digunakan terutama yang melibatkan nyalaan api dan
gas.
3. Pastikan jumlah tenaga elektrik yang dibekalkan dari suis mencukupi bagi
alat yang hendak digunakan.
4. Pastikan tempat bekerja anda mempunyai kotak pertolongan cemas
yang lengkap.
5. Pastikan pakaian pelindung yang dipakai sesuai dengan jenis kerja.
6. Sentiasa memakai kasut bertutup semasa bertugas.
7. Gunakan alat pelindung pernafasan semasa mengendalikan
bahan-bahan beracun.
8. Pastikan regulator udara termampat di dalam makmal/bengkel
ditutup setiap kali selesai menggunakannya.
8. Maklumkan kepada kakitangan lain di makmal setiap kali
hendak memasang mesin pemampat udara (air compressor).
Keselamatan di Bengkel
1. Pastikan semua jenis tumpahan dibersihkan sama ada di
peralatan, meja atau lantai.
2. Pastikan semua peralatan disusun dengan kemas dan teratur
selepas digunakan.
3. Gunakan topi keselamatan semasa anda bertugas di bengkel.
4. Gunakan kasut khas semasa menjalankan tugas.
5. Gunakan perlindungan telinga (ear muff) semasa
mengendalikan mesin yang mengeluarkan bunyi melebihi 80
dB.
6. Gunakan sarung tangan kulit untuk mengendalikan kayu dan
sarung tangan getah untuk mengendalikan bahan awet.
Kawasan kerja yang bersih, kemas dan
selamat
Kawasan kerja yang berselerak dan boleh
mengundang bahaya
Peralatan
keselamatan yang
digunakan di
bengkel/makmal
PAKAIAN
c
Overall Kot makmal
GOGGLE (PELINDUNG MATA)
c
FACE SHIELD (PELINDUNG MUKA)
c
DUST/MIST RESPIRATOR
c
HALF-FACE RESPIRATOR
c
PETI PERTOLONGAN KECEMASAN
c
EYEWASH
c
EMERGENCY/SAFETY SHOWER
c
FIRE BLANKET
c
SARUNG TANGAN PAKAI BUANG
c
SARUNG TANGAN GETAH
c
SARUNG TANGAN KAIN KAPAS
c
EAR MUFF
c
PEMADAM API SERBUK KERING
c
PEMADAM API KARBON DIOKSIDA
c
FAKTOR-FAKTOR YANG
MENJADI PUNCA
KEMALANGAN DI DALAM
BENGKEL
FAKTOR FIZIKAL
Faktor fizikal terbahagi kepada tiga bahagian seperti berikut:
a) Persekitaran
• Tumpahan minyak
• Basah dan licin
• Berselerak
b) Peralatan dan Mesin
• Susun atur yang tidak sesuai dengan susun atur bengkel.
• Keadaan mesin yang lama dan tidak sesuai digunakan.
• Penggunaan peralatan yang salah.
• Penggunaan dan penyimpanan peralatan yang tidak teratur.
c) Sistem pendawaian
• Pendawaian melebihi 40 tahun.
• Kebocoran arus elektrik.
• Beban lebih had(overload).
• Pendawaian tambahan tanpa pendawaian.
• Pemasangan wayar yang salah.
FAKTOR KEMANUSIAAN
Faktor kemanusiaan merangkumi:
a) Kecuaian
• Kurang memberi tumpuan kepada kerja.
• Mengelamun atau berkhayal ketika berkerja.
b) Pengetahuan
• Kurang berpengetahuan mengenai karja yang dilakukan.
• Tidak tahu lagkah-langkah keselamatan.
• Tiada atau kurang latihan melakukan tugas.
• Tidak ambil tahu untuk mempelajari sesuatu kemahiran.
c) Disiplin
• Bergurau secara kasar semasa bekerja.
• Gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
• Sukar mengambil jalan pintas.
Kegunaan Peralatan Keselamatan Diri di Makmal/Bengkel
Semasa menjalankan kerja-kerja am di bengkel, perlindungan perlu
diberikan kepada anggota badan seperti mata, tangan dan kaki kerana
anggota badan ini tidak dapat menahan daripada perkara-perkara di
luar jangkaan yang boleh berlaku seperti letupan peralatan kaca, asap
toksik, bahan kimia atau objek yang jatuh.
Semua kerja bengkel adalah berpotensi sebagai berbahaya. Penggunaan
peralatan perlindungan diri dan peralatan keselamatan bengkel yang
bersesuaian adalah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil supaya
individu dapat bekerja dengan selamat.
Peralatan keselamatan bengkel dan perlindungan diri dibekalkan
bagi tujuan mengelakkan bahaya sama ada dari kerja-kerja
pemprosesan, kimia, radiologi, mekanikal dan persekitaran yang
berpotensi menyebabkan kecederaan atau ketidakfungsian sebarang
anggota badan melalui penafasan, penyerapan atau hubungan
langsung secara fizikal.
Penggunaan peralatan ini mestilah memenuhi spesifikasi, prosedur,
standard, kod dan undang-undang yang terpakai. Penyelenggaraan
dan kebersihan terhadap peralatan tersebut perlulah dilaksanakan
bagi memastikan alat tersebut sentiasa dalam keadaan baik dan
boleh berfungsi semasa diperlukan atau semasa kecemasan.