SK BUKIT KAPAR
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
KALI KE-45
TARIKH : 23 OKTOBER 2021 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING
PELANTAR : GOOGLE MEET
https://meet.google.com/xav-huyn-scv
Dirasmikan oleh :
En. Eddika Putra bin Ibrahim
Yang dipertua pibg, sk bukit kapar
ISI KANDUNGAN Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. PENCAPAIAN KURIKULUM (2021) 1
2. ATURCARA MAJLIS 2
3
3. SERANGKAI KATA DARIPADA YANG DIPERTUA 4
PIBG
4. SEMANIS KATA DARIPADA TUAN GURU BESAR
5. JAWATANKUASA PELAKSANA 5
6. carta organisasi 6
7. MINIT MESYUARAT AGUNG 2020 7 - 14
8. LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2020 15
9. LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN 2020 16 -18
10. USUL DAN CADANGAN 19 -23
11. SENARAI AJK PIBG SESI 2021/2022 24
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
ANALISA KEPUTUSAN UPSR
2010-2020
SK BUKIT KAPAR
TAHUN 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020
BM
KEFAHAMAN 93.3 96.2 95.8 95.36 94.8 94.4 96.19 96.76 96.82 97.69
BM 84.4 84.9 94.7 92.57 90.30 89.2 93.02 97.94 96.82 97.12
PENULISAN
BAHASA 71.8 59.9 63.5 69.66 74.0 64.7 81.59 83.19 84.97 82.42 UPSR DI DITANGGUHKAN / MANSUHKAN
INGGERIS DAN DIGANTI DENGAN PBD
BAHASA 72.7 71.98 74.57 64.84
INGGERIS 2
MATEMATIK 80.1 83.7 85.1 85.45 81.10 76.8 71.43 78.17 75.72 84.15
SAINS 88.00 83.7 88.5 86.07 81.2 77.5 92.70 96.17 96.53 95.97
KESELURUHAN 66.56 58.93 61.24 67.49 68.03 61.8 64.4 67.26 67.05 62.53
BIL 5A 37 30 34 21 14 13 4 5 3 5
BIL 6 A 1 775
GPS 2.3 2.4 2.23 2.22 2.40 2.43 3.16 2.99 3.00 3.08
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Aturcara majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
8.45 pagi : Kehadiran Ibubapa / Pendaftaran Secara Atas Talian
8.50 pagi : Taklimat Panduan Perjalanan Majlis
9.00 pagi : Tayangan Video
9.05 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
9.10 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku
: Nyanyian Lagu Negeri Selangor
: Bacaan Doa
: Ucapan Guru Besar
: Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45
Yang Dipertua PIBG, En Eddika Putra bin Ibrahim
9.30 Pagi : Mesyuarat Agung Bermula
: Agenda Mesyuarat
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang Dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Ke 44
3. Membentang, Menerima Dan Meluluskan Laporan Kewangan
Tahun 2020
4. Membahas Usul
5. Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2020
6. Perlantikan Jawatankuasa PIBG 2021
7. Hal-Hal Lain
8. Ucapan Penangguhan
10.30 Pagi : Penyampaian Sijil
: Majlis Bersurai
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
S Kerangkai Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
ata
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana masih diberi nikmat kesihatan untuk terus
mengharungi kehidupan yang penuh mencabar sejak Covid 19 mula melanda Negara awal tahun 2020 yang lalu.
Kehidupan kita seolah terhenti seketika kerana wabak pandemik durjana ini. Aktiviti Persatuan ibu Bapa dan Guru
(PIBG) juga turut sama terkesan. Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang dijadualkan pada 10 April 2021 juga
terpaksa ditangguhkan. Alhamdulillah dengan izin-Nya kita dapat juga melaksanakan MAT pada hari ini secara
dalam talian. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan guru-guru yang dapat bersama pada MAT kali yang
ke-45 ini.
Selain ibu bapa, anak-anak kita juga terpaksa melalui satu tempoh pembelajaran norma baharu yang begitu
mencabar. Terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar (SKBK) dan
keseluruhan warga pendidik serta kakitangan SKBK yang telah melakukan sehabis baik bagi memastikan proses
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mencapai objektifnya. Sudah tentu kerjasama daripada ibu bapa
dalam memastikan anak-anak di rumah terus mendapat akses kepada PdPR juga sesuatu yang patut dibanggakan.
Syabas dan tahniah semua.
Adalah menjadi dasar PIBG untuk terus teguh bergerak bersama pihak sekolah bagi mencapai hasrat
melahirkan generasi masa depan yang berkualiti tinggi yang hadir dari SKBK ini. Justeru itu, saya menyeru kepada
ibu bapa untuk menjadikan MAT ini sebagai satu medium penting untuk kita sama-sama berkongsi buah fikiran dan
mencari satu titik pertemuan dalam merangka dan melaksanakan program sokongan yang mampu mencapai
matlamat mempersiapkan anak SKBK yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum seterusnya melahirkan
generasi masa depan yang terbilang.
Pihak PIBG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Guru Besar SKBK selaku Penasihat
PIBG, Tuan Haji Md Zohri Bin Saluki yang telah bersara pada 11 Mei 2021. Sesungguhnya banyak kejayaan yang telah
dicapai oleh SKBK sepanjang berada dibawah kepimpinan beliau.
Patah tumbuh hilang berganti. Seluruh warga PIBG mengucapkan selamat datang kepada En. Mohd Hasni Bin
Abdul Hamid yang mula melapor diri sebagai Guru Besar SKBK yang baharu bermula 17 Mei 2021. Semoga lebih
banyak kejayaan yang dapat dilakar di era kepimpinan beliau.
Sekali lagi, segunung ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik SKBK yang telah melaksanakan
tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab dalam mendidik serta membimbing anak-anak kami sepanjang
fasa Pandemik Covid 19 ini. Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada kumpulan ‘Support Team SKBK’
yang tidak pernah jemu mengerah keringat dan sentiasa ada bilamana SKBK memerlukan tenaga sokongan.
Akhir kalam saya mendoakan kita semua terus mendapat perlindungan dari Allah S.W.T dan sentiasa berada
dibawah payung rahmatNya. Semoga wabak Covid 19 ini segera lenyap dari muka bumi dan kita dapat menjalani
kehidupan yang lebih berkualiti pada hari mendatang. Marilah kita sedekahkan bacaan surah Al Fatihah kepada
sahabat-sahabat kita yang telah gugur dalam pertempuran dengan wabak ini.
Sekian terima kasih.
Edika Putra Bin Ibrahim
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
S Kemanis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
ata
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
ALHAMDULILLAH , syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kita dapat
bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-45. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar ertinya kepada pihak sekolah
sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha
dengan ihklas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini. SK Bukit Kapar sentiasa berusaha
merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memastikan pembangunan sekolah ini
meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan demi kejayaan telah diterokai oleh
warga sekolah baik dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Semua kejayaan ini adalah hasil
daripada kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat kejayaan dan kecemerlangan anak-anak
terletak pada kita semua. Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak
amat penting untuk memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga
dengan pelbagai karenah dan cabaran. Oleh itu,sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini dari segi material
mahu pun idea-idea yang bernas , sokongan moral yang merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti
pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah telah banyak memberi peranan dalam meningkatkan
prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang. Pihak sekolah akan sentiasa menerima teguran,
bimbingan, sokongan dan kerjasama daripada pihak JPS, PPD, PIBG dan masyarakat setempat untuk
meningkatkan lagi sekolah ini ke tahap yang lebih membanggakan.
Terima kasih kepada semua guru atas usaha gigih mereka dan penghargaan kepada AJK PIBG Sesi 2020 dan
semua ibu bapa yang telah memberikan sokongan dalam menyumbangkan tenaga, wang ringgit dan buah
fikiran dalam memajukan sekolah. Semoga komitmen yang ditunjukkan akan dapat mewujudkan kerjasama
yang berterusan antara sekolah dan masyarakat. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Kapar kali ke-45. Semoga usaha kita akan direstui dan mendapat keredhaan
Allah S.W.T
Sekian , Selamat Maju Jaya.
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
Mohd Hasni Bin Abdul Hamid
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
JAWATANKUASA
PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE-45
2021
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
Jawatankuasa pelaksana
mesyuarat agung pibg kali ke-45
Penasihat : En Mohd Hasni Bin Abdul Hamid
Yang Dipertua PIBG : En Eddika Putra Bin Ibrahim
Naib Yang Dipertua : En Faizal Sadri Bin Ngasri
Setiausaha : En Ismarudin Bin Ismail
Bendahari : Pn Nurhaniza Binti Haron
AHLI JAWATANKUASA
a) PENYAMBUT TETAMU i) DOKUMENTASI
Pentadbir Sekolah Cik Nurul Amani Danial Bt Mohd Nor
AJK PIBG Pn Suri Dalila Bt Idrus
b) PENYAMBUT PROTOKOL MAJLIS ONLINE j) PENCATAT MINIT
Pn Halimatus Sakdiah Bt Alimat Pn Siti Hajar Bt Mat Said
Pn Aliya Iryani Bt Amran
c) TEKNIKAL SISTEM TELEKOMUNIKASI
En Zamri Bin Marthan k) E BANNER DAN E POSTER
Cik Fatehah Bt Zulkifli Pn Ruslinda Bt Samad
Pn Haliza Bt Ishak Pn Khairunnisa Bt Arba’ai
Pn Noor Hazzulfa Bt Zakaria
l) SIJIL / CENDERAHATI
d) TAYANGAN VIDEO Pn Suraya Bt Mhd Zaki
En Shahrazan Akashah Bin Badli Pn Norazlina Bt Nasir
En. Mohd Ridhwan Bin Roslan
m) BUKU MESYUARAT / FLIP
e) BACAAN DOA Pn Maznah Bt Mardan
En Azizan Bin Sadimin Pn Siti Azriani Bt Mohd Azri Nunis
f) MODERATOR n) JAWATANKUASA PENILAIAN
Pn Nursalina Bt Mohamad Taib USUL / JAWAPAN USUL
AJK PIBG
g) TEKS UCAPAN Pentadbir SKBK
Pn Halijah Bt Husaini Pn Maitom Bt Jasman (K)
Pn Hjh Kamariah Bt Jabar Pn Halimatus Sakdiah Bt Alimat
Pn Noor Hazzulfa Bt Zakaria
h) JURUGAMBAR
Pn Maitom Bt Jasman o) JURU KIRA UNDIAN/ CATATAN UNDI
Pn Nor Hafiza Bt Mohd Ihsan Pn Nila Liza Bt Md Yusof
Pn Mazura Bt Ibrahim
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
Carta organisasi
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
CARTA ORGANISASI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK BUKIT KAPAR SESI 2020 / 2021
PENASIHAT
EN MOHD HASNI BIN ABDUL HAMID
YANG DIPERTUA
EN EDDIKA PUTRA BIN IBRAHIM
NAIB YANG DIPERTUA
EN FAIZAL SADRI BIN NGASRI
SETIAUSAHA
EN ISMARUDIN BIN ISMAIL
BENDAHARI
PN NURHANIZA BT HARON
AJK IBU BAPA AJK GURU
EN MOHD SYUKHRY ADAM B MD AMIN EN MAHD NOOR AZMAN BIN JAAFAR
PN UMMI ATIYYAH BT HAMSANI PN SITI ROHANI BT MOKHLAS
EN AZIZAL BIN IMBI EN MOHAMMAD FIRDAUS BIN M. IMAM ASMAWI
PN JAMILAH BT BUYONG PN NORELA BT ARIFFIN
PN ROSLINA BT MAHMOOD EN ABDUL AZIZ BIN ISMAIL
CIK MANGALESWARY A/P VIJAYAKUMARAN
JURUAUDIT
PN NORHAFIRZAH BT MUHAMMAD
PN NORLIZAH BT HAMZAH
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
MINIT
MESYUARAT AGUNG
PIBG
2020
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK BUKIT KAPAR KALI KE 44
Tarikh : 7 Mac 2020
Hari : Sabtu
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SK Bukit Kapar
1. Ucapan Pengerusi (oleh Encik Mohammad Rasul Bin Alpi)
1.1 Ucapan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru.
1.2 YDP merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan pihak sekolah yang bersama-
sama membantu menjayakan segala program dan aktiviti sekolah demi kecemerlangan anak-
anak didik SKBK.
1.3 YDP turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan dari pelbagai aspek
untuk meningkatkan prasarana sekolah.
2. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat ke 43 (oleh Encik Ismarudin B Ismail)
2.1 En. Ismarudin meminta para ibu bapa dan guru untuk menyemak minit mesyuarat ke 43 pada buku
program di muka surat 10-22.
2.2 Setiausaha memohon minit mesyuarat diterima dan disahkan daripada ahli mesyuarat yang hadir.
2.2.1 Puan Halijah mencadangkan minit mesyuarat diterima dan disahkan
2.2.2 Puan Ummi Atiyyah menyokong minit mesyuarat diterima dan disahkan.
3. Pembentangan dan pengesahan Laporan Kewangan PIBG 2019 (Bendahari, Pn Nurhaniza Haron)
3.1 Puan Nurhaniza Haron membentangkan kewangan merujuk kepada penyata penerimaan dan
pembayaran bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2019 (muka surat 29).
3.2 En Eddika bertanyakan faktor pemilihan kontraktor / pembekal untuk projek PIBG sebagai contoh
penukaran pintu kelas. Pn Nurhaniza memaklumkan pembekal ialah TEXMA Trading Bukit Kapar
kerana diberi diskaun. En Ismarudin menambah, pemilihan adalah berdasarkan 3 sebutharga dan
mengambilkira semua faktor kos murah dan kualiti terbaik. Pemilihan ini diadakan semasa
mesyuarat AJK PIBG yang ketiga. En Rasul memaklumkan untuk projek besar tender dibuka untuk
pembekal.
3.3 En Eddika bertanya soalan kedua tentang berapakah peratus keluarga yang memberi sumbangan
PIBG pada tahun 2019. Pn Nurhaniza memaklumkan hanya 1252 dari 1453 keluarga (88%) yang
memberi sumbangan PIBG pada tahun 2019. Manakala bagi tahun 2020 ini sudah melebihi bayaran
yang diterima dari tahun lepas, ini kerana usaha yang dilakukan bendahari & setiausaha PIBG
mengingatkan semua guru kelas untuk mengutip sumbangan setiap keluarga.
3.4 Bendahari memohon penyata kewangan PIBG 2019 diterima dan disahkan.
1. Pencadang : Encik Eddika Putra
2. Penyokong : Encik Mohd Johar
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
4. Perbahasan Usul (oleh En Ismarudin Ismail)
4.1 En Ismarudin memaklumkan PIBG telah menerima 89 usul dan cadangan dari ibu bapa. PIBG telah
berbincang dalam pra mesyuarat untuk memilih usul yang perlu dijawab berdasarkan atas tahap
relevan usul tersebut.
4.2 KURIKULUM
4.2.1 Waktu persekolahan tahap satu dipendekkan
Waktu persekolahan untuk tahap satu adalah tertakluk pada 36 minggu pembelajaran dan ini
menjadikan jumlah jam tidak dapat dikurangkan. Guru Besar menambah berkaitan waktu
PDPC adalah berdasarkan 36 dari 43 minggu pembelajaran mengikut pekeliling KPM 2016.
Baki 7 minggu bukan pembelajaran adalah untuk ujian bulanan 1, peperiksaan pertengahan
tahun, peperiksaan akhir tahun, latihan sukan, UPSR, minggu selepas peperiksaan dan juga
hari anugerah kecemerlangan. Oleh kerana itu waktu balik sesi petang pada jam 6.30 tidak
dapat diawalkan kecuali pada bulan puasa jam 5.30 petang.
4.2.2 Kaji Semula Silibus Pembelajaran
Pihak sekolah tidak boleh mengubah silibus pelajaran sesuka hati kerana tertakluk kepada
sukatan pelajaran KSSR dari kementerian. Guru Besar memaklumkan sukatan pelajaran
yang digunakan adalah yang terkini – KSSR semakan 2017. Pihak KPM menyemak sukatan
pelajaran setiap 10 tahun.
4.3 HAL EHWAL MURID
4.3.1 Menyediakan loker murid
PIBG tidak dapat memenuhi permintaan ini diatas kekangan ruang yang terhad dan juga tiada
kemampuan dr segi kewangan. PIBG mencadangkan perkara ini dibawa ke program sarana
ibu bapa & kelas.
4.3.2 Tambahan menu di kantin sekolah
Pihak kantin telah menyediakan 8 jenis menu dan akan cuba untuk menambah menu yang
dirasakan sesuai mengikut kualiti & kuantiti yang ditetapkan. Harga akan dikurangkan
mengikut yang dipersetujui oleh pihak kantin dan sekolah.
4.3.3 Pemasangan lampu di koridor
PIBG telah memperbaiki lampu-lampu yang rosak dan juga menyelenggara sistem
pendawaian semasa cuti sekolah tempohari.
4.3.4 Mengadakan program gejala sosial, antidadah dan sebagainya
Pihak sekolah memang setiap tahun mengadakan program PPDA dan yang terbaru diadakan
pada 24 Februari yang lepas untuk memberi kesedaran kepada murid. Guru Besar
memaklumkan pihak sekolah telah berkolaborasi dengan pegawai seranta polis dan juga
AADK untuk memberi khidmat nasihat pada semua murid secara berterusan.
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
4.3.5 Kebersihan tandas
Kebersihan tandas berkurangan kerana faktor pengurangan pekerja yang hanya tinggal 5
orang untuk membersihkan seluruh kawasan sekolah. Guru Besar memaklumkan pekerja
sebelum ini adalah seramai 13 orang dan sekarang hanya 5 orang jika dibandingkan dengan
nisbah murid memang tidak mencukupi.
4.3.6 Menyediakan pengawal keselamatan dan RELA di pintu pagar belakang
Pihak sekolah memang telah menyediakan pengawal keselamatan di dua pintu pagar, pagar
utama dan belakang untuk sesi pagi, tengahari dan petang.
4.3.7 Sistem parkir semasa balik
Masalah ini tidak dapat diatasi kerana tidak mendapat kerjasama dari semua pihak walaupun
telah dibincangkan tetapi masih tiada penyelesaian. Guru besar meminta kerjasama di
antara satu sama lain supaya tidak berebut parkir dan bertolak ansur.
4.4 KOKURIKULUM
4.4.1 Sukan diadakan setiap tahun
Pihak sekolah memang mengadakan sukan tahunan setiap tahun. Pada tahun ini sukan
tahunan diadakan pada 29 Mac 2020 dan sebagai tambahan sekolah juga menghantar murid
untuk 8 acara sukan di peringkat daerah dan 25 acara koakademik.
4.5 Usul yang dibahaskan (oleh YDP)
4.5.1 Encik Johar bertanyakan tentang pembelian baju sukan adakah hanya setahun sekali dan
adakah dijual di kedai buku.
Pn Nurhaniza memaklumkan baju sukan tidak dijual di kedai buku hanya boleh didapati dari
unit Kokurikulum. Penempahan baju sukan dibuka awal tahun melalui guru kelas. Bagi ibu
bapa yang mahu membeli baju sukan lagi boleh terus beli di pejabat sekolah.
4.5.2 Encik Ropi memohon penjelasan tentang keputusan UPSR tahun 2019 adakah menaik atau
menurun memandangkan bilangan pelajar tahun 6 SKBK yang ramai tetapi jumlah yang
cemerlang tidak mencapai 10% dari target.
Guru besar memaklumkan keputusan UPSR adalah menurun jika dibandingkan dengan tahun
sebelumnya dari segi peratusan dan bilangan yang mendapat 6A. Peratus tahun 2019 62.53%
berbanding 67.05% pada tahun 2018. Sekolah berusaha meningkatkan prestasi dengan
mengadakan pelbagai bengkel teknik belajar, teknik menjawab soalan, motivasi, pengurusan
stres, kelas intensif dan juga kelas tambahan di waktu malam 2 kali seminggu untuk pelajar
tahun 6.
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
Guru besar meminta ibubapa pastikan anak-anak hadir program / aktiviti yang telah
disediakan. Ini kerana kehadiran agak mendukacitakan terutama di waktu cuti sekolah atau
selepas musim perayaan. Beliau menambah, pada tahun ini program SUKSES diteruskan
untuk 2 kelas tahun 6 Helium & 6 Alfa di mana murid belajar sendiri dalam kumpulan kecil
dan dipantau oleh ibu bapa masing-masing. Perjumpaan sekali seminggu di rumah ibubapa /
surau / mana-mana tempat yang sesuai. Program PTRS (Pusat Tuisyen Rakyat Selangor) di
peringkat negeri Selangor ibubapa golongan B40 boleh mengambil bahagian.
YDP menyatakan tahun 2020 adalah tahun fokus akademik dan dana PIBG akan digunakan
lebih kepada akademik.
4.5.3 Encik Mohd Syukry mencadangkan sekolah melatih murid ke arah UPSR dari Tahun 5 lagi dan
juga cadangan menutup longkang di kawasan pintu pagar belakang. Ini kerana murid selalu
bergurau senda di tepi longkang yang boleh menyebabkan berlaku kemalangan.
Guru Besar menjelaskan memang sekolah telah mula latih murid dari tahun 5 dimana kelas
tambahan / bengkel jawab soalan dan teknik belajar akan mula diadakan selepas analisis
ujian bulanan 1 iaitu selepas cuti pertengahan penggal. Manakala bagi murid tahun 6, semasa
cuti sekolah juga diadakan kelas intensif bagi mengekalkan momentum belajar. YDP
menjawab cadangan menutup longkang adalah sangat baik dan pihak PIBG akan berbincang
di dalam mesyuarat AJK nanti. Beliau meminta jasa baik ibu bapa agar tidak parkir kereta
terlalu rapat dengan longkang supaya ada ruang untuk murid berjalan.
4.5.4 Encik Eddika bertanyakan adakah peruntukan khas untuk menampung perbelanjaan murid
yang bertanding mewakili sekolah peringkat daerah, negeri dan sebagainya. Jika ada,
berapakah kadar yang ditetapkan dan bolehkah PIBG memberi dana. Soalan kedua, tentang
hari apresiasi dan anugerah tokoh murid. Apakah kriteria yang digunakan untuk menilai
pemenang anugerah berkenaan. Isu timbul apabila ada murid yang mendapat pencapaian
yang sama atau lebih tetapi berlainan tahun. Contohnya tahun 6 yang dapat tetapi tahun 5
atau tahun 4 ada lagi yang lebih cemerlang dari tahun 6. Beliau meminta kriteria dinilai
semula.
Encik Ismarudin menerangkan penilaian anugerah berdasarkan pengisian PAJSK dari tahun
4-6. Setiap tahun murid dinilai berdasarkan penglibatan dan jawatan disandang. Markah
dicampur semua dan bahagi tiga. Ini format pengiraan dari pihak kokurikulum. Selain
anugerah khas tokoh murid untuk tahun 6, unit kokurikulum ada anugerah khas cemerlang
untuk unit sukan / badan beruniform dan juga kategori tunas harapan.
En Ismarudin menjawab soalan pertama berkaitan peruntukan khas PIBG, terbahagi kepada
dua iaitu wakaf dan dana. Wakaf hanya diguna untuk pembinaan benda yang kekal dan PIBG
mengambil amanah untuk tidak menggunakan wang wakaf untuk aktiviti lain. Bagi
pertandingan peringkat sekolah, KPM telah memberikan BKK (Bantuan Kokurikulum) untuk
sekolah di bawah unit kokurikulum. PIBG telah bersetuju untuk menanggung perbelanjaan
murid yang terlibat di peringkat MSSS & MSSM 100% dari segi yuran pendaftaran, makan
minum murid, dan latihan pusat.
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
Guru Besar menambah PIBG akan memberikan sumbangan di peringkat MSSD jika kewangan
cukup.
YDP memaklumkan PIBG ada kekangan dari segi kewangan dan sedang melakukan beberapa
aktiviti untuk membesarkan tabung contohnya usahasama dengan Mycar.
4.5.5 Encik Mohd Syukry mencadangkan pendedahan awal sukan dari Tahun 1 pada waktu
Pendidikan Jasmani untuk meningkatkan pencapaian murid.
Guru Besar menjelaskan setakat ini hanya bermula dari Tahun 3 untuk program
pembangunan sukan sofbol, bola sepak dan bola jaring. Jika ada rezeki, boleh cuba bermula
dari Tahun 1.
YDP mencadangkan PIBG boleh mengambil jurulatih dari luar memandangkan cikgu sibuk
mengajar dan tidak dapat fokus kepada latihan sukan.
Encik Ismarudin memaklumkan tidak boleh menggunakan waktu PJ untuk latihan sukan
kerana cikgu perlu mengikut silibus pengajaran yang telah ditetapkan oleh KPM. Pihak
sekolah menghantar wakil KATMO untuk tahun 3 & 4 manakala pasukan bola sepak
tahun 3-6.
Puan Nurhaniza menambah jika ibubapa ada bajet untuk menghantar anak-anak berlatih
sukan yang berbayar contohnya akuatik, badminton, tenis, boling, golf dan sebagainya boleh
maklumkan pada sekolah dari awal tahun untuk masuk bertanding.
4.5.6 Encik Eddika mencadangkan jika ada ibubapa yang berkemahiran dalam sukan untuk
sukarela membantu melatih anak-anak disekolah. Beliau sendiri akan cuba untuk sukan
olahraga, ada berbincang dengan beberapa pihak dan akan berjumpa pihak PIBG untuk
tindakan lanjut.
NYDP (Puan Roslina) memaklumkan bahawa pihak sekolah tidak tahu jika ada ibubapa yang
ingin membantu pihak sekolah dalam bidang sukan. PIBG amat berbesar hati menerima dan
mengalu-alukan sumbangan ibubapa yang berkemahiran.
4.5.7 Puan Rohani Said memaklumkan tentang kehadiran murid sesi petang pada hari Jumaat
seawal jam 12.30 sudah sampai di sekolah tetapi sesi petang hanya bermula jam 2.15 petang.
Tiada guru yang memantau murid pada waktu ini jadi bagi mengelakkan kejadian tidak
diingini ibubapa diminta tidak menghantar anak-anak terlalu awal ke sekolah pada hari
Jumaat.
YDP mengucapkan terima kasih atas makluman.
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
5. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2019
5.1 YDP membubarkan barisan AJK PIBG serta memohon maaf di atas segala kesilapan dan
kekurangan sepanjang beliau menerajui PIBG 2019. Semoga amal usaha mereka mendapat
keberkatan dan diredhai Allah SWT.
6. Pelantikan Jawatankuasa PIBG 2020
6.1 Tuan Pengerusi membubarkan jawatankuasa PIBG 2019 dan lantikan baru dijalankan
6.2 Encik Ismarudin mencadangkan En Mohammad Rasul sebagai Pengerusi Interim manakala Guru
Besar En Md. Zohri selaku penasihat dan disokong oleh semua.
6.3 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2020 bagi jawatan YDP dan NYDP
6.3.1 Encik Eddika Putra mencadangkan Puan Roslina Mahmood selaku YDP
Puan Rodyawati menyokong cadangan
6.3.2 Puan Noraini Ibrahim mencadangkan En Eddika Putra selaku YDP
Puan Nor Baiti menyokong cadangan
6.3.3 En. Mohammad Rasul mencadangkan Encik Faizal Sadri selaku YDP
Puan Noraini Ibrahim menyokong cadangan
6.3.4 Keputusan undian memihak kepada Encik Eddika Putra selaku YDP. Puan Nurhaniza
mencadangkan Encik Faizal Sadri selaku NYDP dan Puan Roslina sebagai AJK.
Puan Roslina tidak bersetuju untuk dilantik terus dan memberi cadangan undian AJK
diadakan.
6.4 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2020 bagi jawatan ahli jawatankuasa
6.4.1 Encik Faizal mencadangkan En Mohd Syukry Adam
Puan Baiti menyokong cadangan.
6.4.2 Puan Syarliza mencadangkan Puan Ummi Atiyyah
Puan Noraini menyokong cadangan.
6.4.3 Encik Faizal mencadangkan Encik Azizal
Puan Noraini menyokong cadangan.
6.4.4 Puan Warisah mencadangkan Puan Jamilah
Puan Noraini menyokong cadangan.
6.4.5 Encik Faizal mencadangkan Puan Roslina
Puan Noraini menyokong cadangan.
6.4.6 Puan Noraini Ibrahim mencadangkang Puan Nor Harfilzah sebagai juruaudit
Puan Syarifah Nor menyokong cadangan.
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
6.5 Senarai Jawatan Kuasa PIBG 2020
Penasihat : Encik Md Zohri Bin Saluki
Yang Dipertua PIBG : Encik Eddika Putra Bin Ibrahim
Naib Yang Dipertua : Encik Faizal Sadri Bin Ngasri
Setiausaha : Encik Ismarudin Bin Ismail
Bendahari : Puan Nurhaniza Binti Haron
AJK Ibu Bapa : Encik Mohd Syukhry Adam Bin Md Amin
AJK Guru : Puan Ummi Atiyyah Binti Hamsani
: Encik Azizal Bin Imbi
: Puan Jamilah Binti Buyong
: Puan Roslina Binti Mahmood
: Cik Mangaleswary A/P Vijayakumaran
: Encik Mahd Noor Azman Bin Jaafar
: Puan Siti Rohani Binti Moklas
: Encik Mohammad Firdaus Bin M. Imam Asmawi
: Puan Norela Binti Ariffin
: Encik Abdul Aziz Bin Ismail
Juru audit : Puan Norhafirzah Binti Muhammad (AJK Ibu Bapa)
: Puan Norlizah Binti Hamzah (AJK Guru)
7. Ucapan YDP PIBG 2020 (Encik Eddika Putra Bin Ibrahim)
7.1 Kata-kata aluan
Encik Eddika mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau untuk
menerajui PIBG bagi tahun 2020. Beliau akan meneruskan usaha dan akan mengadakan mesyuarat
AJK bagi membincangkan hala tuju 2020. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang
dilantik dan mengalu-alukan cadangan dari semua.
8. Hal-hal lain
8.1 Guru Besar meminta persetujuan semua untuk mengekalkan sumbangan PIBG iaitu sebanyak
RM45 1 keluarga (RM35 PIBG + RM10 lalulintas). Puan Syarifah Nor mencadang supaya dikekalkan
dan disokong oleh Puan Isti Hajar.
8.2 Sumbangan RM5 per keluarga untuk penyelenggaraan tandas. Semua bersetuju sebulat suara.
8.3 Tuan Penasihat mencadangkan agar aktiviti kokurikulum dijalankan pada setiap hari Rabu minggu
persekolahan dari 7.20-9.20 pagi. Hal ini dicadangkan setelah mengambil kira aktiviti ini tidak akan
menganggu jumlah waktu PdPc iaitu mengikut ketetapan jumlah waktu setiap subjek untuk
seminggu selama 36 minggu akademik setahun. Semua yang hadir bersetuju.
8.4 Pada tahun 2020 pihak sekolah bercadang akan mengadakan wakaf hari usahawan. Sebulat suara
bersetuju.
8.5 Jika ada sebarang cadangan atau idea lain boleh diusulkan pada PIBG.
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
9. Ucapan penangguhan
YDP menyatakan beliau akan meneruskan garage sale dan bersama barisan AJK akan berusaha untuk
merealisasikan matlamat ibu bapa dan semua guru. Mesyuarat PIBG ditangguhkan pada jam 10.45 pagi.
Dicatat oleh,
________________________
Sofi Shazween Bt Mohd Ridzwan Jaswant
Pencatat Minit Mesyuarat
Disemak oleh,
________________________
(ISMARUDIN BIN ISMAIL)
Setiausaha PIBG, SK Bukit Kapar
Disemak oleh,
_________________________
(EDDIKA PUTRA BIN IBRAHIM)
Yang Dipertua PIBG, SK Bukit Kapar
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
Laporan
aktiviti tahunan
2020
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SK BUKIT KAPAR 2020
Hasil perancangan yang menyeluruh serta kerjasama dan permuafakatan erat antara
PIBG dan pihak sekolah, pelbagai program telah berjaya dilaksanakan. Berikut adalah
program yang telah dijalankan:
PRASARANA DAN PEMBANGUNAN SEKOLAH
1. Membina Dataran PIBG
2. Bilik Guru
3. Membaiki tandas
4. Membaik pulih pemegang tangga
5. Membaik pulih lampu dan kipas
AKTIVITI DAN PROGRAM SEKOLAH / KO KURIKULUM / HEM
1. Pembelian Jangka Suhu
2. Program PPDa
3. Mesyuarat Agung PIBG
4. Yuran penyertaan murid dalam pertandingan bola jaring dan sofbol
5. Sumbangan Kematian
LAIN-LAIN
1. Pengawal lalulintas
2. Program Bantuan Penyuraian Trafik sesi persekolahan PKPB oleh Support Team
3. Bantuan Bencana Ribut Anak-anak SKBK bersama Support Team
4. Program Ziarah Kasih Ramadan oleh Support Team
5. Program Gotong Royong Membersihkan Rumah Guru
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
Laporan
kewangan tahunan
2020
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
PERSATUAN IBU BAPA & GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT KAPAR
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
BAGI TAHUN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020
PENERIMAAN RM PEMBAYARAN RM
PERKARA PERKARA
22,149.93 912.10
Baki pada 1hb Januari 2020 21,918.34 Murid -
Karnival 2019 9,584.70 Guru -
Wakaf 2019 45755.00 Unit Kurikulum
Sumbangan PIBG (1307 keluarga) 13070.00 Unit HEM 591.00
Kutipan Lalu Lintas (1307 x RM10) 9,716.80 Unit Kokurikulum 419.00
Sumbangan Individu / Syarikat Mesyuarat AJK 359.00
Sumbangan AGM PIBG 521.00 Mesyuarat Agung PIBG 2,683.00
Zumba 270.00 Lalulintas 5,906.20
Sewa Dataran ( 2 majlis ) 1,600.00 Elaun Pengurusan 1,200.00
Caj Bank 9.50
Sumbangan 280.00
Kematian 600.00
Keraian -
Pinjaman 328.30
Pembinaan & Penyelenggaraan 30,983.00
Bayaran Pekerja Dataran 600.00
44,871.10
Baki pada 31/12/2020 79,714.67
124,585.77 124,585.77
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(NURHANIZA BT HARON)
Disemak oleh,
(NORLIZAH BINTI HAMZAH) (NORHAFIRZAH BINTI MUHAMMAD)
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
LAMPIRAN
MURID RM 912.10
Buku Resit PIBG 2020 – niza
26.12.2019 148.50 Jangka suhu - niza (jangka suhu 1 unit dan bateri)
Jangka suhu - niza (jangka suhu 2 unit)
25.06.2020 261.80
30.06.2020 501.80
UNIT HEM RM 591.00
Program PPDa
02.03.2020 591.00
UNIT KOKURIKULUM RM 419.00
Pemilihan murid bola jaring ke MSSS (2 orang)
14.02.2020 39.00 Latihan Pusat Bola Jaring MSSD Klang ke MSSS (2 orang)
Latihan Pusat Sofbol MSSD Klang ke MSSS (2 orang)
18.02.2020 180.00
18.02.2020 200.00
MESYUARAT AJK RM 359.00
Mesyuarat AJK (10/01/2020)
10.01.2020 54.00 Mesyuarat AJK (18/02/2020)
Mesyuarat AJK (12.08.2020) + fotostat bahan
18.02.2020 75.00 Perbincangan Projek Pembangunan
12.08.2020 170.00
14.09.2020 60.00
MESYUARAT AGUNG PIBG RM 2,683.00
07.03.2020 2683.00 Perbelanjaan Mesyuarat Agung PIBG
LALULINTAS RM 5,906.20
Road danger lamp, bateri
02.01.2020 81.20 Greencell
Cone, Safety Vest, Baton Light
02.01.2020 10.00 Bayaran lalulintas Januari
Bayaran lalulintas Februari
02.01.2020 315.00 Bayaran lalulintas Mac
Bayaran lalulintas Julai
31.01.2020 1,000.00 Bayaran lalulintas Ogos
Bayaran lalulintas September
02.03.2020 1,000.00
24.06.2020 500.00
29.07.2020 1,000.00
01.08.2020 1,000.00
01.09.2020 1,000.00
ELAUN PENGURUSAN RM 1,200.00
31.12.2020 1,200.00 Elaun pengurusan
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
CAJ BANK RM 9.50
Caj Bank
31.12.2020 9.50
SUMBANGAN RM 280.00
Bantuan Bencana Ribut anak-anak SKBK
27.04.2020 280.00
KEMATIAN RM 600.00
Ayah - Alif Alfian bin Azli - 5H
05.06.2020 100.00 Murid - Nur Afiqah Amni binti Mohd Hisam - 5X
Ibu - Noralia Natasya binti Mohd Jawawi - 2K
02.07.2020 100.00 Ibu - Siti Nor Aina binti Hisam - 5B
Ayah - Che Muhammad Fawwaz Qayyum - 2G
02.07.2020 100.00 Ayah - Nur Fara Aleeya binti Abdul Karim - 5A
16.07.2020 100.00
16.07.2020 100.00
07.08.2020 100.00
PINJAMAN RM 328.30
Bayaran Tuisyen Rakyat - fotostat buku - cikgu ayob
18.02.2020 328.30
PEMBINAAN & RM 30,983.00
PENYELENGGARAAN
Baiki tandas Blok A tersumbat
14.01.2020 1,500.00 Baiki wiring – anje
28.01.2020 1,580.00 Fius Utama terbakar
09.03.2020 150.00 Kipas dan lampu kelas - en Faizal
29.08.2020 1,200.00 Starter – isma
30.08.2020 Baiki tandas guru, sinki pejabat
17.09.2020 16.00 Baiki aircond bilik GB
17.09.2020 2,000.00 Dataran PIBG
18.11.2020 300.00
24,237.00
BAYARAN PEKERJA RM 600.00
DATARAN
Bayaran pekerja dataran - majlis 08.03.2020
08.03.2020 300.00 Bayaran pekerja dataran - majlis 15.03.2020
23.04.2020 300.00
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
Usul dan cadangan
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
USUL JAWAPAN BERTULIS
PIBG / UMUM
1. Bayaran yuran PIBG dan yang berkaitan melalui atas talian. (AZLIN NORA BINTI HASAN - MUHAMMAD THAQIF
BIN ZAMRI 5G)
• Bendahari PIBG telah membuat pendaftaran perbankkan atas talian dan akan menjalankan uji cuba
dalam masa terdekat.
2. Menambah tempat duduk menunggu anak-anak sementara ibu bapa belum sampai sekolah. (NORAYIN BINTI
MOHD HAMSI - MUHAMMAD ADIB IKHWAN BIN ALIAS 4NEU)
• Sekolah telah menyediakan dua (2) tempat menunggu di pagar hadapan iaitu di Dataran PIBG (baru) dan
‘Bus stand’.
• Kerjasama daripada ibu bapa untuk tidak duduk ditempat yang disediakan kerana akan menyebabkan
kekurangan ruang untuk murid.
• Keadaan bentuk muka bumi sekolah yang berbukit menyebabkan kekangan dalam pembinaan ruang
menunggu yang lebih banyak.
3. Bina bumbung tempat motosikal. (AZIMAH BINTI MISNAN - NUR AIRIS ARISSA 2 NEU)
• Pembinaan parkir berbumbung di bahu jalan boleh mengganggu lalu lintas terutamanya kenderaan berat
seperti lori sampah yang menggunakan laluan itu seterusnya menambah kesesakan sedia ada.
4. Tambah pemasangan kipas. (RAIHANA BINTI DAKIM - PUTRA DANISH DAIM 1H)
• Pada Tahun 2019, PIBG telah memasang sebanyak 2 buah kipas tambahan bagi setiap kelas. Penggantian
kipas yang rosak juga telah dibuat secara berkala jika ada kerosakan.
5. Pengurusan aliran kenderaan ketika waktu pulang. (ZULKIFLY BIN SHAARI - AZ-ZAHRAH SOFEA 1H)
• Sekolah telah menetapkan:-
i. 6 buah lot parkir khas untuk van sekolah di sebelah ‘bus stop’
ii. Dua lot khas untuk motosikal di hadapan ‘bus stop’ dan di hadapan dataran PIBG.
iii. Kawasan khas ini akan ditandakan dengan cat warna merah
• Penerangan tentang tatacara pergerakan kereta semasa menghantar & mengambil anak sekolah akan
diberikan dalam masa terdekat sebelum sesi persekolahan kembali dibuka.
6. Lebih ramai RELA menjaga kawasan lalulintas. (RAFIDAH AJIS/MOHD AZFARIN BIDIN - MUHAMMAD HEZRI
BIN MOHD AZFARIN 1H)
• Sekolah telah melantik seorang penjaga lalulintas di pagar hadapan yang bertanggung jawab
melancarkan & memastikan keselamatan pelajar semasa melintas jalan.
• Penggunaan rela memerlukan kos yang tinggi kerana ada bayaran yang ditetapkan. Permohonan perlu
dibuat melalui Pejabat Rela Daerah dan tidak boleh dilakukan secara runding terus. Sekiranya khidmat
rela diperlukan, maka bayaran lalulintas yang lebih tinggi terpaksa dikenakan kepada ahli PIBG.
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
7. Keselamatan pelajar semasa melintas. (KHAIRUL NAZWAN BIN ABDUL KHALID - KHUZAIRY NAQIUDDIN BIN
KHAIRUL NAZWAN 6A)
• Murid hanya akan dilepaskan untuk menyeberang jalan dengan kawalan dari penjaga lalulintas setelah
keadaan benar-benar selamat.
• Ibu bapa juga harus memainkan peranan dalam mengingatkan anak-anak supaya sentiasa peka dengan
arahan penjaga lalulintas dan tidak melintas di tempat yang tidak dibenarkan.
8. Membina bonggol di jalan raya. (JUNAIDAH BT BIZAN - QISTINA DAMIA BT MOHD FAIZAL & MUHD NURUDDIN
BIN MOHD FAIZAL 3P & 4P)
• Pembinaan bongkol perlu mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Kerja Raya.
• Pengguna jalanraya seharusnya peka dengan had limit kelajuan di Kawasan sekolah adalah pada 30km/j
sahaja dan sentiasa memperlahankan kenderaan apabila berada di kawasan sekolah.
9. Kesesakan semasa pulang. (AZIRA ABDUL RAHIM - INTAN NURARIEANA BINTI HIRMAN JAYA 6K)
• Kesesakan tidak dapat dielakkan kerana jumlah murid yang sangat ramai keluar pada satu masa dan
bentuk muka bumi sekolah yang menyebabkan hanya 2 pintu hadapan boleh digunakan ditambah pula
dengan SOP yang perlu dipatuhi. Sistem lalulintas ini akan ditambah baik dari semasa ke semasa.
10. Kebersihan tandas. (FAIZA - MUHAMMAD ALIF BIN MOHD SHAHRIZAL 5G)
• Mesyuarat PIBG kali ke 43 pada 9 Mac 2019 telah memutuskan (setelah dipersetujui bersama) kutipan
sumbangan sebanyak RM 5 bagi 1 keluarga untuk tujuan penyeleggaraan tandas. Dana ini telah mula
dikutip pada tahun 2021.
• Pelajar juga sentiasa diberi peringatan berkenaan pentingnya penjagaan kebersihan termasuk
penggunaan tandas disekolah.
11. Anak-anak yang menaiki van sekolah keluar melalui pintu C. (AZIRA ABDUL RAHIM - INTAN NURARIEANA
BINTI HIRMAN JAYA 6K)
• Cadangan yang baik. Walaubagaimanapun, buat masa ini murid hanya boleh keluar mengikut pintu
hadapan sekolah. Justeru itu, sekolah telah menetapkan sebanyak 6 buah lot parkir khas untuk van
sekolah di pintu hadapan sekolah.
• Pengunaan Tag Nombor di van dan beg pelajar digunakan untuk memudah urusan pelepasan murid
secara berkumpulan ke tempat yang disediakan.
• Cadangan pengunaan pintu C sebagai laluan keluar murid yang menggunakan van sekolah akan
dipertimbangkan dan disesuaikan dengan keadaan semasa.
12. Mengadakan ‘Rain Water Harvester (RWH)’ sebagai persediaan jika tiada air. (RAAT HAMUDY BIN KAMARUDIN
- RAYHANA HUMAIRA BINTI RAAT HAMUDY 2P)
▪ Cadangan yang baik. PIBG akan menilai keperluan dan segala aspek yang berkaitan penyediaan RWH ini.
Sekiranya bersesuaian dan praktikal untuk dibuat, PIBG tiada halangan untuk membuatnya.
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
KURIKULUM
1. Streaming kelas Tahun 1 mengikut tahap perkembangan. (NORDYANA BINTI MUNER - AHMAD FAYYADH BIN
AHMAD NASRI 1X)
• KPM telah memansuhkan pengasingan kelas mengikut tahap penguasaan akademik di sekolah rendah.
2. Saya ingin usulkan agar murid Tahun 5 juga diberi tuisyen disekolah sama seperti murid Tahun 6 sebagai
persediaan sebelum melangkah ke Tahun 6 sebagai persediaan UPSR. (MASTURA BINTI SAHAP - MUHAMMAD
FAIZZUDDIN BIN MOHD ASUAT 5G)
• UPSR telah dimansuhkan mulai tahun 2021 dan PBD akan diperkasakan sebagai kaedah pentaksiran
murid. Sehubungan itu, pihak sekolah akan merancang aktiviti peningkatan yang bersesuaian untuk
memastikan murid-murid menguasai tahap pentaksiran yang dijalankan.
3. Sediakan almari untuk anak-anak simpan buku teks. (SITI NORAINI NAIM BINTI AZMAN - NURZAHRA ALYA
BINTI RAHMAT AL WAFI 4B)
• Pihak sekolah turut menyedari masalah beg sekolah berat dalam kalangan murid. Walau bagaimanapun,
pihak sekolah tidak dapat menyediakan almari penyimpanan memandangkan ruang kosong di dalam
kelas / kawasan sekolah sangat terhad.
4. Mengadakan pelarasan antara SK Bukit Kapar dan juga SRA Bukit Kapar Barat untuk program / aktiviti agar
tidak berlaku pertembungan. (KHAIRUL NAZWAN BIN ABDUL KHALID - KHAIRIN NAIMMUDDIN BIN KHAIRUL
NAZWAN 3A)
• Pihak SKBK dan sekolah agama sentiasa berbincang tentang takwim aktiviti sekolah. Walau
bagaimanapun pihak sekolah tertakhluk dengan arahan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Klang dan
Jabatan Pendidikan Selangor. Pihak sekolah sentiasa berusaha memastikan murid-murid dapat
menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh kedua-dua pihak.
5. Dicadangkan, sebelum anak-anak mula sesi pembelajaran, anak-anak hendaklah memulakan dengan
membaca Al-Quran dalam masa 10 minit pada setiap hari. Mudah-mudah Allah menerangkan hati dan
mengurniakan Ilham pada anak-anak dan memudahkan anak-anak memahami ilmu yg dipelajari. Mudah-
mudahan cadangan diterima dan menjadi amalan SKBK. (HASRIL BIN ABU HASSAN - HARISH AL-DARWISH B
IN HASRIL 4K)
• Murid-murid akan memulakan sesi pembelajaran dengan bacaan doa sebelum belajar. Murid-murid
membaca Al Quran ketika subjek tasmik dan Al quran. Terdapat beberapa kekangan untuk menjalankan
sesi bacaan Al Quran di awal sesi pembelajaran. Antaranya, sekiranya waktu pertama ialah subjek PJ
dan subjek yang melibatkan aktiviti di luar bilik darjah.
6. Aktiviti anak-anak diperluaskan. (SULIYANA BT IBRAHIM - MUHAMMAD ZIQ RYQAL BIN MUHAMMAD ZARIQ 2K)
• Pembelajaran murid-murid di sekolah tidak hanya tertumpu di dalam kelas. Terdapat juga aktiviti luar
yang dirancang bagi meningkatkan tahap pengetahuan murid dalam pelbagai aspek. Walau
bagaimanapun buat masa ini pihak sekolah hanya dapat menjalankan aktiviti dalaman seperti minggu
bahasa, bulan kemerdekaan, aktiviti kemahiran sukan MSSD dan lain-lain selaras dengan garis panduan
Covid 19.
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
7. Mewujudkan Pendidikan Emosi (EQ). (MUHAMAD IBNU BIN MAHBUT - AISYAH SOFEA BINTI MUHAMAD IBNU
2K)
• Elemen pendidikan emosi telah dimasukkan di dalam sukatan pelajaran subjek Pendidikan Kesihatan
seawal darjah 1.
8. Penambahbaikan dalam perancangan bagi program pembelajaran dari rumah dalam tempoh PKP (sekiranya
berlaku lagi di masa hadapan). (NOR AISYAH BINTI MOHD YAHAYA - MUHAMMAD NIYYAZ NASRULHAQ BIN
SUHAIZAL 5A)
• Pihak sekolah sentiasa berusaha meningkatkan kualiti guru. Perancangan program pembelajaran yang
dijalankan juga akan ditambahbaik dari masa ke semasa.
9. Adakan solat berjemaah di sekolah. (MOHD AZLIZA BIN ISMAIL - AMIR NUKMAN BIN MOHD AZLIZA & AMMAR
HAZIM BIN MOHD AZLIZA 1X, 3X)
• Solat berjemaah di surau adalah dibenarkan dengan mengambil kira penjarakan fizikal, kapasiti ruang
dan keselamatan murid. Murid mesti menggunakan sejadah sendiri untuk solat.
10. Bilakah waktu solat zuhur di surau sekolah bagi pelajar sesi petang? (ROBBY HARMY BIN MOHAMAD JAMBIH
- ROBBY AL AMIN 2A)
• Murid dibenarkan solat mengikut giliran dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
HEM
1. Menyediakan sabun pencuci tangan di tandas sekolah bagi kegunaan para pelajar. (NURUL SA'ADAH BINTI
JANTAN - NURUL FARIHIN BINTI MOHD HAFIZ 6A)
• Berdasarkan garis panduan pengoperasian sekolah, sabun pencuci tangan ada disediakan di tandas
murid.
2. Kepelbagaian menu. (NORFAZILAH BINTI MOHD IDRIS - NUR ATIQAH SYUHADA BT. NURUL HAFIS 4A)
• Sepanjang PKP, pihak kantin menyediakan menu berdasarkan jadual yang telah dipersetujui bersama
pihak sekolah.
3. Cadangan penggunaan sistem prepaid untuk perbelanjaan pelajar di kantin. Ibu bapa hanya perlu topup
untuk jumlah tertentu setiap bulan, dan perbelanjaan pelajar di kantin hanya menggunakan kad prepaid
tersebut. Ibu bapa dan pihak kantin tidak perlu lagi berhadapan masalah pertukaran duit kecil. (CHE
HASANUDIN BIN PUJI - MUHAMMAD DARWIS MUSLIM 1B)
• Pihak sekolah perlu berbincang dengan pihak kantin secara lebih mendalam. Kesediaan pihak kantin
secara menyeluruh amat diperlukan. Pelaksanaan sistem ini memerlukan kajian menyeluruh
melibatkan semua aspek termasuk kesediaan murid-murid dan semua ibubapa. Sekiranya pelaksanaan
dilakukan tanpa kajian menyeluruh maka apa yang dikhuatirkan akan timbul masalah dalam kalangan
murid dan ibubapa.
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
4. Kehadiran pelajar menggunakan sistem QR code. Pelajar hanya dibekalkan kad yang tertera kod dengan
identiti pelajar tersebut. Pihak sekolah hanya menyediakan device untuk scan QR code tersebut. (CHE
HASANUDIN BIN PUJI - MUHAMMAD DARWIS MUSLIM 1B)
• Bagi tujuan menggunakan QR code, pihak sekolah memerlukan sistem yang dapat mengintegrasi sistem
secara menyeluruh. Ini kerana sistem kehadiran adalah berkait dengan sistem APDM yang disediakan
oleh pihak KPM. Sekiranya pihak sekolah membangunkannya sendiri, kepakaran, masa dan komitmen
guru akan sedikit sebanyak terganggu kerana bukan membangunkan sistem tetapi juga memerlukan
masa, tenaga untuk menyelenggara sistem. Selain itu, sekiranya melibatkan kepakaran luar sudah tentu
memerlukan dana dan kos yang agak tinggi. Sekiranya pihak sekolah bercadang untuk mengaplikasi
penggunaan QR code, satu kajian menyeluruh perlu pihak sekolah laksanakan terutamanya melihat
aspek keselamatan data. Jika sistem dibuat secara berasingan maka ia akan menyebabkan guru-guru
terpaksa melakukan kerja pengisian data kehadiran sebanyak 2 kali.
5. Memberi kebenaran guna stokin bewarna putih selain warna hitam. (ZAWAYATI BT MUHD ABD GHANI - ANAS
BIN MIERZAH 2N)
• Berdasarkan Surat pekeliling Ikhtisas KPM Bilangan 4 Tahun 2020 bertarikh 7 Disember 2020,
Penguatkuasaan pemakaian kasut dan stoking hitam atau putih oleh murid sekolah KPM mulai Tahun
2021. “KASUT BERWARNA HITAM HENDAKLAH DIPAKAI BERSAMA-SAMA STOKING BERWARNA HITAM” atau
“KASUT BERWARNA PUTIH HENDAKLAH DIPAKAI BERSAMA-SAMA STOKING BERWARNA PUTIH”.
6. Mengadakan gotong-royong peringkat kelas & sekolah dengan mengadakan pertandingan berdasarkan
tema tertentu. (MOHD RIZAL ASBOLAH - MUHAMMAD FARIQ B. MOHD RIZAL 4A)
• Aktiviti gotong royong yang melibatkan ibu bapa dan murid adalah tidak dibenarkan.
• Pertandingan keceriaan kelas ditangguhkan pada tahun ini.
7. Pihak sekolah boleh sesekali mencuba makanan yang pihak kantin jual kepada murid untuk tau rasa
masakan dan buat survey pelajar tentang kualiti makanan dikantin. (NOOR FITHRIAH BINTI BADRUL HISAM -
NUR AMNA KHADIJAH 2H)
• Jawatankuasa Kantin membuat pemantauan berkala terhadap kualiti makanan yang disediakan dan
kebersihan kantin.
• Jabatan Kesihatan & MPK juga ada membuat pemeriksaan kantin setiap tahun.
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
Senarai
ajk pibg 2021/2022
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
SENARAI JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021 / 2022
Penasihat : En Mohd Hasni Bin Abdul Hamid
YDP : __________________________________
NYDP : __________________________________
Setiausaha : Pn Rodyawati Bt Mohday
Bendahari : Pn Nurhaniza Bt Haron
AHLI JAWATANKUASA GURU
1. Cik Mangaleswary a/p Vijayakumaran
2. En Mahd Noor Azman Bin Jaafar
3. Pn Siti Rohani Bt Moklas
4. En Mohammad Firdaus Bin Mohammad Iman Asmawi
5. En Abdul Aziz Bin Ismail
AJK IBU BAPA
1. ___________________________________
2. ___________________________________
3. ___________________________________
4. ___________________________________
5. ___________________________________
JURU AUDIT
1. ______________________________________
2. Pn Norlizah Bt Hamzah (Guru)
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45
SK Bukit Kapar | 23 Oktober 2021
SEKALUNG PENGHARGAAN
Jawatankuasa Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-45
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada :
▪ En Eddika Putra Bin Ibrahim, Yang Dipertua PIBG sesi 2020/2021
▪ En Mohd Hasni Bin Abdul Hamid, Guru Besar SK Bukit Kapar
▪ Barisan Penolong Kanan SK Bukit Kapar
▪ Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
▪ Para Ibu bapa / Penjaga murid SK Bukit Kapar
▪ Guru-guru
serta
▪ Semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan
sumbangan tenaga dan sokongan dalam menjayakan
mesyuarat ini.
created by : maznah81
Hak Cipta Terpelihara @ PIBG SK Bukit Kapar, Klang, Selangor.
Keluaran Bil. 1/2021