SULIT 02
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI INDAH
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2021
TINGKATAN 3
BAHASA MELAYU
1 jam 30 minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas peperiksaan ini mengandungi empat bahagian soalan iaitu Bahagian A, B,C, dan D
2. Jawab semua soalan.
3. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi
Kertas soalan ini mengandungi 17 halaman bercetak
1103@2021 Hak Cipta Terpelihara [Lihat halaman Sebelah]
1
BAHAGIAN A
[20 Markah]
Soalan 1 hingga Soalan 3
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1 Izara __________ pokok di halaman rumahnya supaya dapat membantu tumbesaran
anak pokok yang ditanamnya.
A mencurah
B merenjis
C menyiram
D menyimbah
2
2 Potret Mona Lisa yang dinobatkan sebagai lukisan terkenal di dunia itu ialah hasil karya
Leonardo da Vinci, iaitu __________ tersohor dunia.
A pelukis
B arkitek
C pencanai
D pereka fesyen
3 “__________ akan mengadakan perkhemahan di Pantai Morib esok,” kata Firdaus
dan Johari kepada Azlina.
A Saya
B Kami
C Kamu
D Mereka
3
Soalan 4 dan Soalan 5
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan dengan D.
Pilih jawapan yang paling sesuai.
4 Pada setiap malam, berbelas ekor anjing liar berkeliaran di kawasan taman rekreasi
AB C
tersebut. Tiada kesalahan
D
5 Alat tulis-alat tulis yang dijual di kedai buku itu saya beli untuk keperluan peperiksaan
A BC
tidak lama lagi. Tiada kesalahan
D
Soalan 6 dan Soalan 7
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
6 I Guru-guru telah menghulurkan cadangan untuk aktiviti semasa cuti sekolah.
II Rakyat telah menghulurkan mandat kepada ahli politik itu untuk memimpin negara.
III Penduduk Kampung Muafakat menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran
tersebut.
IV Salmah menghulurkan buku yang diminta oleh kakaknya.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
4
7 I Gulai ikan yang saya masak itu masin kerana terlebih garam.
II Ibu sudah masak dengan perangai adik yang suka merajuk apabila dimarah.
III Buah rambutan itu belum masak kerana warnanya belum kemerah- merahan.
IV Adik dan kawan-kawannya bermain masak di bawah pohon yang rendang itu.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Soalan 8 dan Soalan 9
Bahagian yang be rgaris dalam ayat-ayat berikut mungkin me ngandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat
itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
8 Seorang dari peserta pertandingan perbahasan peringkat negeri Kelantan itu telah
menarik diri atas sebab-sebab tertentu.
A Seorang daripada para peserta
B Seorang daripada peserta
C Seorang dari peserta-peserta
D Seorang dari peserta
9 Faktor kemiskinan adalah di antara sebab berlakunya gejala sosial dalam kalangan
remaja.
A ialah antara
B ialah di antara
C adalah antara
D adalah di antara
5
Soalan 10 dan Soalan 11
Pilih ayat-ayat yang betul.
10 I Kari ayam yang emak masak itu begitu enak sekali.
II Pada waktu senja, burung-burung akan pulang ke sarang.
III Orang kebanyakan tidak setaraf untuk berkahwin dengan keluarga diraja.
IV Ibu membuang setengah-setengah bekas plastik yang tidak digunakan lagi.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
11 I Murid yang sedang makan di kantin itu datang dari Kelantan.
II Pelumba motosikal itu potong-memotong untuk berada di hadapan sekali.
III Berbagai kesalahan dilakukan oleh pemandu kenderaan itu menyebabkan dia disaman
oleh polis.
IV Kejadian jenayah yang sedang berlaku pada masa kini sering melibatkan pendatang
haram.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
6
Soalan 12 dan Soalan 13
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan
ayat yang dicetak tebal.
12 Walaupun lemak me mbekalkan tenaga haba kepada kita, namun pengambilannya
yang berlebihan boleh me mudaratkan badan.
A Pengambilan lemak yang lebih daripada sepatutnya bole h merosakkan badan
walaupun lemak ialah pembekal haba kepada badan.
B Lemak yang berlebihan bukan sahaja membekalkan tenaga haba kepada kita tetapi
juga menimbulkan masalah.
C Lemak yang kita ambil tidak memudaratkan badan kecuali jika kita ambil secara
berlebihan.
D Sebagai pembekal haba dalam tubuh, lemak dalam badan perlu kita ambil dalam
jumlah yang banyak kecuali setelah memudaratkan badan.
13 Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita harus me mpunyai sikap
hormat-menghormati antara satu sama lain.
A Rakyat Malaysia yang mempunyai sikap hormat-menghormati antara satu sama lain
hidup berbilang kaum.
B Kita mempunyai rakyat yang menghormati kaum-kaum yang pelbagai hidup di
Malaysia.
C Sikap hormat- menghormati antara satu sama lain harus ada pada rakyat Malaysia
yang terdiri daripada berbilang kaum.
D Kita harus menghormati rakyat Malaysia yang hidup berbilang kaum antara satu sama
lain.
Soalan 14 dan Soalan 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai.
14 “Rizal itulah satu-satunya abang kamu. Walaupun bersalah, dia tetap abang kamu.
Maafkanlah dia, Ayu,” nasihat bapa saudara Ayu.
Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa
A bagai aur dengan tebing.
B sudah terhantuk baru tengadah.
C air dicincang tidak akan putus.
D di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
7
Anak-anak yang mendapat jagaan yang sempurna daripada orang tuanya.
15 Peribahasa yang berkaitan dengan pernyataan di atas ialah
A bagai isi dengan kuku.
B seumpama telur sesarang dierami induknya.
C melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
D ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
8
Soalan 16 hingga 20
Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Bintang
Suatu malam aku duduk Tetapi kata ibu
di halaman rumah itu tidak perlu
kulihat cantiknya bintang-bintang ayah sudah ada bintang
menghias langit yang terbentang begitu juga ibu
aku ingin terbang ke sana rumah sudah bercahaya
membawa pulang bintang-bintang begitu juga jiwa mereka
tentu ibu gembira bintang itu adalah aku
tentu ayah bahagia bintang hati ayah dan ibu.
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya. (Dipetik daripada antologi Bintang Hati‚ Tingkatan 3‚
Kementerian Pendidikan Malaysia)
16. Apakah yang dilakukan penyajak pada malam tersebut?
A Duduk di halaman rumah sambil melihat bintang-bintang
B Duduk di halaman rumah dan mengelamun terbang ke langit
C Duduk di halaman rumah sambil melihat rumah yang bercahaya
D Duduk di halaman rumah sambil mengelamun sedang memetik bintang
17. Yang berikut ialah bentuk yang terdapat dalam sajak Bintang kecuali
A berbentuk terikat.
B rima bagi setiap rangkap sajak tidak sama.
C dalam setiap baris mempunyai 3 hingga 5 patah perkataan.
D setiap rangkap mempunyai baris yang tidak sama, iaitu 8 hingga 10 baris.
18. Unsur metafora yang terdapat dalam sajak di atas ialah
A ayah sudah ada bintang.
B bintang hati ayah dan ibu.
C aku ingin terbang ke sana.
D membawa pulang bintang-bintang.
9
19. Yang berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas kecuali
A kita hendaklah mentaati ibu bapa dengan menurut segala perintah dan menjauhi perkara
yang tidak disukai mereka.
B kita hendaklah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dengan
membahagiakan orang tua kita pada setiap masa.
C kita hendaklah mengenang jasa kedua-dua ibu bapa kita yang telah bersusah payah
membesarkan kita.
D kita hendaklah sentiasa bersyukur kerana mempunyai ibu bapa yang tidak jemu memberi
nasihat.
20. Apakah yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang anak yang dibanggakan oleh ibu bapa?
I Mematuhi segala arahan ibu bapa
II Mendengar nasihat ibu bapa
III Sentiasa menjaga hati dan perasaan ibu bapa
IV Menjaga kebajikan ibu bapa dengan menghantar ibu bapa ke rumah orang tua
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
10
BAHAGIAN B
Soalan 1 dan Soalan 2: Sistem Bahasa
[5 Markah]
1 Dalam brosur di bawah, terdapat satu kesalahan e jaan. Kenal pasti kesalahan tersebut dan
tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
brosur itu semula.
CEGAH COVID-19
Amalkan langkah-langkah berikut:
Kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun
atau hand sanitizer.
Tutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batok atau
bersin. Basuh tangan dengan serta merta.
Elakkan berada di tempat tumpuan orang ramai.
Jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter dengan
individu bergejala.
Sekiranya deman, sakit tekak, atau sukar bernafas dapatkan rawatan di klinik atau
hospital dengan segera dan berehatlah di rumah.
(i) _____________________________________________________________________
(ii) _____________________________________________________________________
(iii) _____________________________________________________________________
[3 markah]
11
2 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan tersebut
dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.
(i) Sultan Abdullah sentiasa mengingati allahyarham ayahanda baginda walaupun sudah
lama mangkat.
_____________________________________________________________________
(ii) Mereka merakam detik-detik menarik ketika melancong di Pulau Langkawi
menggunakan digital kamera.
_____________________________________________________________________
[2 markah]
12
SOALAN 3: PEMAHAMAN PETIKAN
[10 markah]
Baca bahan-bahan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BAHAN 1 BAHAN 2
Bermula warkah surat rencana, …Setelah dilihat orang banyak ada seorang laki bini datang
Ikatan fakir yang sangat hina, hendak menghadap baginda itu akan rupa kainnya carik-carik
Sajak dan nazam banyak tak kena, berjurai-jurai seperti ubur-uburlah rupanya. Maka segala mereka
Daripada pendapat kurang sempurna. pun ramailah ia tertawa serta mengambil kayu dan batu maka
dilemparnyalah Si Miskin itu. Maka kenalah tubuhnya habislah
Gerangan sungguh amatlah leta, bengkak-bengkak dan berdarah-darah. Segala tubuhnya itu
Perinya akal gelap-gelita, berlumur dengan darah. Maka orang banyak pun gemparlah.
Hemat pun rendah daif berserta.
Tambahan badan miskin dan nista. “Maka titah baginda, “Apakah yang digemparkan di luar itu?”
Maka sembah segala raja-raja, “Ya, Tuanku Syah Alam , orang
Beribu ampun kiranya tuan, melempari Si Miskin, Tuanku.”
Atasnya hulu fakir nistawan, Maka titah baginda, “Suruh usir jauh-jauh.”
Daripada masyghul gundah merawan, Maka diusiri orang. Makai a pun kembalilah ke tepi hutan.
Terperilah madah patik nin tuan. Hatta, maka hari pun malamlah. Maka baginda pun
berangkatlah masuk ke dalam istana. Maka segala raja-raja pun
Dituliskan sahifah supaya nyata, masing-masing pulang ke rumahnya.
Barang yang ghairah di dalam cinta, Adapun akan Si Miskin itu, apabila hari malam maka ia pun
Terfikir-fikir bukan menderita, diamlah kepada pohon kayu itu membasuhi segala tubuhnya itu.
Dakwat dan kertas tempat berkata. Setelah hari siang maka ia pun berjalan hendak masuk ke dalam
… negeri mencari rezekinya. Maka apabila sampailah dekat kepada
kampung orang, apabila orang yang empunya kampung itu
Dipeti k da ripada Syai r Burung Nuri ,antologi Binta ng melihat akan dia maka diusirnyalah dengan kayu. Maka Si Miskin
Ha ti , Tingka tan 3 itu pun larilah ia ke pasar. Maka dilihat oleh orang pasar akan Si
Miskin itu datang, maka masing-masing melempari dengan batu,
dan kayu dibuatnya pelontar. Makai a pun larilah dan tubuhnya
pun habislah bengkak-bengkak berlumuran darah. Ia pun
menangis berseru-seru sepanjang jalan dengan sangat laparnya
dan dahaga seperti akan matilah rasanya.
Dipeti k da ripada prosa tradisional Baha gia
Sesudah Deri ta ,antologi Bintang Ha ti , Tingka tan 3
13
(i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan perkara yang terjadi andai kurang berilmu.
[3 markah]
_________________________________________________________________________

(ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam Bahan 1. [3 markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(iii) Kita dituntut mencari ilmu pengetahuan dan menggunakan ilmu untuk kebaikan.
Pada pendapat anda, apakah kepentingan ilmu pengetahuan kepada seseorang?
[4 markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
14
BAHAGIAN C [15 markah]
Lihat poster di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
15
JAWAPAN:
______________________________________________________________________________

16
BAHAGIAN D
[10 markah]
1 Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya
antara 50 hingga 80 patah perkataan.
Menyertai satu perkhemahan Selesai mencari kayu, tidak menemui jalan keluar -
pengakap – ditugaskan mencari tidak dapat mengingati arah untuk pulang ke
kayu api khemah semula
Berfikir cara untuk keluar dari Menuju ke tebing sungai - mematahkan ranting-
kawasan hutan ranting kayu di sepanjang laluan
Menghidupkan api Terdengar nama dipanggil – mendapat pujian –
menggunakan ranting-ranting membantu usaha mencari dan menyelamat
dan daun-daun kering

--------KERTAS SOALAN TAMAT--------
17