The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maizat122, 2022-06-14 09:37:41

AQIDAH ISLAMIAH AIZAT

AQIDAH ISLAMIAH AIZAT

DPD 10012- AQIDAH ISLAMIAH
USTAZ TOBRONI BIN MOHD SHAHLAN

AQIDAH ISLAMIAH
TUGASAN BERTULIS

TUGAS MALAIKAT JIBRIL DAN BEBERAPA

PERISTIWA BERJUMPA NABI

NAMA MUHAMMAD AIZAT BIN AZHAR

NO MATRIK 17DIB21F2064

ISI KANDUNGAN 2
1.0 PENGENALAN 3-5
5-9
2.0 TUGAS MALAIKAT JIBRIL 10

3.0 PRISTIWA MALAIKAT JIBRIL
BERJUMPA NABI

4.0 SUMBER RUJUKAN

PENGENALAN

Mengikut Al-Quran,Malaikat Jibril juga merupakan ketua kepada
keseluruhan para malaikat.Di dalam teks Zabur,Taurat dan Injil ada
juga menerangkan bahawa malaikat Jibril merupakan ketua

kepada seluruh para malaikat.Malaikat Jibril adalah malaikat
yang ditugaskan menyampaikan wahyu dan mengajar para nabi
dengan izin Allah. Allah SWT selesai menciptakan Jibril dengan
bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600
sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada
pendapat lain menyatakan 124,000 sayap)

TUGAS MALAIKAT JIBRIL

BERTUGAS MENYAMPAIKAN WAHYU

Malaikat Jibril bertugas bagi menyampaikan wahyu kepada rasul
dan nabi.Nabi yang menerima wahyu seperti Nabi Muhmmad

MEMENUHI DAN MENAHAN HAJAT MANUSIA

Hal ini disampaikan oleh Rasulullah SAW yang diriwayatkan
oleh Imam Al, Bahihaqi:
“Telah sampai kepadaku bahwa Allah Swt mendelegasikan
Malaikat Jibril dalam urusan memenuhi hajat hidup manusia.
Apabila seorang mukmin berdoa, maka Allah pun berkata
kepada Jibril; Wahai Jibril, tahan dulu untuk memenuhi hajatnya
karena Aku sungguh sangat senang mendengar lantunan doanya.
Apabila orang kafir berdoa, Allah pun berkata kepadanya;
Wahai Jibril, penuhi apa yang menjadi hajatnya karena
sesungguhnya Aku tidak suka mendengar lantunan doanya.”

Mendampingi sakaratul maut orang yang dalam

keadaan bersuci

Mengutip dalam buku Syarah Nuruzh Zhalam ala Aqidati Awam
karya Syekh M Nawawi Banten, As Suyuthi mengatakan jika
Jibril turut hadir pada seseorang yang menghadapi sakaratul
maut dalam keadaan suci karena berwudhu.

Mengurus urusan dunia

Ibnu Abi Hatin dan Abu Syekh meriwayatkan dalam kitab Al-
Uamah dan Al-Baihaq dalam kitab Syu'abul Iman, dari Ibnu
Sabit berkata, "Empat Malaikat yang mengurusi urusan dunia
yaitu Jibril, Mikail, malaikat maut, dan Israfil. Jibril diserahi
untuk mengatur angin dan para tentara, Mikail diserahi untuk
mengurus hujan dan tumbuh-tumbuhan, malaikat maut diserahi
untuk mencabut nyawa, sedangkan Israfil diserahi tugas
menyampaikan perintah kepada mereka”. (HR. al-Baihaqi No.
294).

Memimpin malaikat untuk turun ke bumi

Hal ini dijelaskan dalam surat Al-Qadr ayat 4 yang artinya:

"Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril
dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan” (QS Al
Qadr: 4).

PERISTIWA MALAIKAT JIBRIL BERJUMPA NABI

PERISTIWA PERTAMA

Kebanyakan pertemuan Nabi Muhammad SAW dengan
malaikat Jibril tidak diketahui orang ramai, namun ada juga
perjumpaan mereka yang diketahui dan dapat dilihat oleh para
sahabat.

Kisah ini diceritakan hadis dalam sebuah kitab yang sangat
masyhur iaitu kitab Imam Nawawi yang dikenali sebagai Iman,
Islam dan Ihsan. Ia diceritakan oleh Saidina Umar RA yang
mana ketika para sahabat duduk di antara Nabi Muhammad
SAW dalam satu majlis.

Tiba-tiba datang seorang lelaki yang tidak mereka kenali dalam
keadaan pakaian serba putih dengan rambut yang sangat hitam,
selain tidak ada langsung kotoran di pakaiannya yang
menunjukkan dia sedang bermusafir.

Hal ini kerana, di tanah Arab sekiranya seseorang itu sedang
dalam perjalanan pasti akan meninggalkan kesan-kesan debu
pada pakaian, namun tidak pada lelaki itu.

Kemudian, lelaki itu datang menuju ke Rasulullah SAW dan
duduk di hadapannya dengan lutut bertemu lutut. Lelaki itu
meletakkan tangannya di atas peha Rasulullah SAW. Selepas
itu, lelaki itu bertanyakan soalan kepada Rasulullah SAW.

“Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam,”

“Islam itu adalah kamu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan
Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Dan hendaklah kamu
mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan
ramadan dan juga menunaikan Haji ke Baitullah sekiranya kamu
mampu,” jawab Rasulullah SAW.

“Benar katamu wahai Muhammad,” ujar lelaki itu.

Dan pada ketika itu, para sahabat kehairanan kerana lelaki itu
bertanya kemudian dia juga membenarkan kata-kata Nabi
Muhammad SAW.

Kemudian, lelaki itu terus bertanya lagi kepada Rasulullah
SAW, “Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku apa itu iman?”
Lalu Nabi Muhammad SAW pun bersabda, “Hendaklah kamu
beriman kepada Allah, kepada malaikat-malaikatnya, kitab-
kitabnya, kepada rasul-rasulnya, kepada hari kiamat dan
hendaklah kamu beriman juga kepada ‘Qada’ dan ‘Qadar’ iaitu
beriman dengan takdir yang baik mahupun dengan yang buruk,”

Maka lelaki itu berkata lagi, “Benar katamu wahai Muhammad,”
dan bertanyakan pula soalan ketiga tentang ‘ihsan’.

Rasulullah pun menjawab, “Hendaklah kamu beribadah kepada
Allah SWT seperti seolah-olah Allah sedang melihat kamu.
Sekiranya kamu tidak melihat Allah, Sesungguhnya Allah
Sentiasa melihat kamu,”

Maka lelaki itu pun bertanyakan lagi kepada baginda,
“Khabarkan kepadaku bilanya terjadi hari kiamat?”

“Orang yang bertanya adalah lebih mengetahui daripada orang
yang ditanya,” ujar Nabi Muhammad SAW.

Lelaki itu bertanya lagi kepada Rasulullah SAW, “Khabarkan
kepadaku tanda-tanda kiamat,”

“Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya, apabila engkau
melihat orang yang tidak berkasut, orang yang tidak berpakaian,
dan juga pengembala kambing berlumba-lumba untuk membina
bangunan yang tinggi,” Ujar Nabi Muhammad SAW.

Selepas selesai bertanyakan soalan-soalan itu, lelaki tersebut
terus meninggalkan majlis tersebut. Nabi Muhammad SAW
bertanyakan kepada Saidina Umar, “Wahai Umar, tahukah
engkau siapakah lelaki yang menyoal aku tadi?”

“Hanya Allah dan rasulnya yang lebih mengetahui,” jawab
Saidina Umar.Maka Nabi Muhammad SAW bersabda, “Itulah
Malaikat Jibril yang telah mendatangi aku, untuk mengajarkan
kamu tentang pelajaran agama,” [Hadis Riwayat Muslim ]

PERISTIWA KEDUA

Dalam surah Saba’ ayat 28 Allah SWT berfirman: “Tiadalah
Kami utus engkau (Muhammad) melainkan untuk seluruh
umat manusia, membawa khabar gembira dan memberi
peringatan, namun kebanyakan manusia tidak mengerti.”

Malahan, di Gua Hira jugalah menjadi lokasi di mana
Rasulullah SAW menerima wahyu pertama apabila didatangi
malaikat Jibril a.s. yang mengajar baginda membaca lima ayat
pertama dalam surah al-Alaq yang bermaksud seperti di bawah:

“Bacalah dengan menyebut nama Tuhan yang menciptakan.
Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah.
Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah. Yang
mengajar manusia dengan perantaraan kalam. Dia
mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahui.”

Nabi Muhammad SAW yang ummi, tidak dapat membaca dan
menulis, dipaksa hingga tiga kali oleh Malaikat Jibril untuk
membaca ayat tersebut. Hingga beliau berkata, “ma ana bi
qariin” yang bermaksud "saya bukanlah seorang yang pandai
membaca"

Menurut sebahagian ahli sejarah, peristiwa ini terjadi pada
tanggal 17 Ramadhan 41 HIJRAH ( 6 Ogos 610 HIJRAH ),
dengan perasaan takut dan gelisah setelah peristiwa itu, beliau
lantas pulang ke rumah dan berkata kepada Khadijah.

Dengan tekun Siti Khadijah mendengar berita agung dari
suaminya dan sebaik selesai mendengar kata-kata Nabi SAW,
Khadijah langsung mengimani kenabian beliau, diikuti oleh
penghuni rumah ini.

SUMBER RUJUKAN

https://ms.wikipedia.org/wiki/Jibrail
https://www.inews.id/lifestyle/muslim/malaikat-jibril
https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/05/22/gua-hira
https://siakapkeli.my/2022/04/04/kisah-malaikat-jibril-bertemu-
dengan-nabi-muhammad-saw-bertanya-tentang-iman-islam-
ihsan/
https://www.google.com/search?q=tugas+malaikat+jibril&rlz=1
C1VDKB_enMY1001MY1001&oq=TUGAS+MALAIKAT&aq
s=chrome.2.0i131i433i512j0i433i512j0i512l8.5159j0j7&sourcei
d=chrome&ie=UTF-8
https://www.suara.com/news/2021/11/04/122348/4-tugas-
malaikat-jibril-lengkap-dengan-penjelasannya


Click to View FlipBook Version