The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tinaazhar09, 2021-06-30 00:04:48

misbun sidek

misbun sidek

MISBUN TELAH MENDAPAT PENDEDAHAN
AWAL DENGAN SUKAN BADMINTON INI SEJAK
BERUMUR 7 TAHUN LAGI. BELIAU TELAH
DILATIH SECARA SERIUS OLEH BAPANYA
ALLAHYARHAM DATUK MOHD SIDEK
ABDULLAH KAMAR YANG INGIN MELIHAT
ANAK – ANAKNYA BERJAYA DI DAL AM SUKAN
BADMINTON.

KERJAYA AMATUR

Misbun Sidek pernah mewakili negara dalam
Kejohanan Jemputan Asia di Hong Kong pada
usia 16 tahun. Ia berikutan kejayaannya muncul
juara kategori bawah 18 tahun Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Beliau juga
pernah terpilih ke pertandingan Terbuka Australia
atau turut dikenali dengan nama Silver Bowl.

LATAR BELAKANG

Jika disebut nama anak – anak Sidek, pasti ramai yang mengenalinya.
Antara anak Sidek yang begitu terkenal dalam arena badminton negara
adalah Mohmed Misbun. Beliau juga lebih dikenali dengan nama Datuk
Misbun Sidek. Dilahirkan pada tanggal 17 Februari 1960 di Banting
Selangor dengan jolokan nama Bun di kalangan ahli keluarga. Merupakan
anak kedua daripada enam beradik dan anak lelaki sulung bagi pasangan
Dato’ Haji Sidek dan Datin Rukinah Sulaiman. Empat adik lelaki beliau
iaitu Razif, Jalani, Rahman dan Rashid juga aktif bermain badminton di
peringkat antarabangsa suatu tika dahulu.

ANUGERAH MISBUN SIDEK

Misbun pernah merangkul pingat emas bagi acara
perseorangan lelaki badminton pada Sukan SEA 1981 di
Manila, Juara Badminton Kebangsaan Malaysia (1981, 1982,
1983, 1984, 1986, 1987); Naib juara Piala Dunia 1982; Naib
juara Seluruh England 1986; Naib juara Grand Prix Badminton
Dunia 1988 dan Naib juara Piala Thomas 1988 (berpasukan
lelaki).

PANGKAT MISBUN SIDEK

Misbun adalah individu yang bertanggungjawab mengembangkan
bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul
pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua
gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk
dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All
England.


Click to View FlipBook Version