KEPUTUSAN
LAPORAN AUDIT SEKOLAH
(2021)
KEMENJADIAN MURID RMT
TAHUN 2020-2022
PENCAPAIAN DALAM
KURIKULUM, KO KURIKULUM
DAN
KO-AkADEMIK
PROJEK INOVASI
PROJEK INOVASI RMT
(D’ANJUNG SURA CAFÉ)
Keceriaan di kawasan sekolah merupakan satu aspek yang penting dalam menjamin
keselesaan murid dam guru di sekolah. Oleh yang demikian, penglibatan murid dalam
memastikan keceriaan di kawasan sekolah berterusan amatlah dialu-alukan. Bersempena
dengan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia yang melancarkan program 3K (keceriaan,
kebersihan dan keselamatan) menampakkan lagi bahawa aspek ini amat penting
terhadap perkembangan murid.
Adalah menjadi tanggungjawab semua murid dan kakitangan sekolah beserta dengan
Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) untuk memastikan agenda keceriaan
sekolah ini berterusan.
Dalam menjayakan program ini, satu projek telah dikenal pasti sebagai satu aktiviti
yang boleh dijalankan di sekolah ini. Projek ini diberi nama “Projek Inovasi RMT” yang
melibatkan murid-murid RMT khususnya, Unit RMT, kantin dan keceriaan sekolah dalam
menghias dan mengindahkan kawasan sekolah dengan kerjasama guru-guru serta murid-
murid RMT sekolah kebangsaan sura.
NAMA PROJEK
PROJEK INOVASI SUDUT RMT
SK SURA – D’ANJUNG SURA CAFÉ
MATLAMAT
Menceriakan kawasan makan RMT agar dapat
memberikan impak sihat, segar dan indah seterusnya
menarik minat murid-murid yang menerima RMT untuk
hadir ke sekolah.
OBJEKTIF
➢ Meningkatkan peratus keceriaan sekolah.
➢ Memberikan impak keceriaan dan keindahan kepada kawasan sekolah untuk
menarik minat murid-murid RMT hadir ke sekolah.
➢ Mewujudkan ruang makan yang menarik untUk dijadikan galakan kepada murid-
murid RMT untuk mengambil makanan dari Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
ini.
➢ Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah.
➢ Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nllai profesionalisme keguruan secara
berterusan.
PELAKSANAAN PROGRAM
TEMPAT: KANTIN SEKOLAH SK SURA
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1. MENJADIKAN RUANG MAKAN RMT KEPADA SEBUAH CAFE.
2. PENGGUNAAN SISTEM KOD BAR.
3. PAPAN KENYATAAN ATAU DINDING BERMAKLUMAT.
MENJADIKAN RUANG MAKAN
RMT KEPADA SEBUAH CAFE
Pemilihan nama D’Anjung Sura Cafe sebagai salah satu
usaha untuk menarik minat murid selain memberi murid merasai
pengalaman makan di cafe kerana penerima RMT ini adalah
terdiri daripada murid-murid yang kurang berkemampuan.
Suasana ruang makan D’Anjung Sura Cafe yang ceria
dapat memberi keselesaan dan memberangsangkan minda
murid. Selain itu, D’Anjung Sura Cafe juga dihiaskan dengan
bahan bacaan untuk murid, secara tidak langsung dapat
memupuk minat murid untuk membaca.
PENGGUNAAN SISTEM KOD BAR
Penggunaan Sistem Kod Bar adalah untuk
merekod kehadiran murid-murid RMT sebelum mengambil
makanan. Tujuan Penggunaan Sistem Kod Bar untuk
menjimatkan masa dan lebih bersistematik. Dengan
adanya Penggunaan Sistem Kod Bar ini, murid kelihatan
lebih bersemangat dan seronok ketika merekod kehadiran
masing-masing. Selain itu, ianya dapat meningkatkan
produktiviti murid-murid supaya lebih berdisiplin dan
menepati masa.
PAPAN KENYATAAN ATAU
DINDING BERMAKLUMAT
Papan Kenyataan atau Dinding Bermaklumat
disediakan untuk menyalurkan sebarang maklumat terkini
kepada warga SK Sura. Ia juga merupakan satu kelengkapan
bagi membuat sebaran dan makluman kepada warga sekolah
bagi tujuan tertentu dan masih relevan digunakan. Oleh itu,
Papan Kenyataan atau Dinding Bermaklumat
merupakan salah satu komponen yang menyumbang kepada
keceriaan ruang makan tersebut. Selain itu, sebarang
maklumat kemenjadian murid RMT juga dipaparkan pada
Papan Kenyataan atau Dinding Bermaklumat.
Amatlah diharapkan semoga projek ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dalam melahitkan murid
yang peka dari segi kebersihan dan sikap. Semoga apa jua sumbangan
dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari allah swt.
Segala perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti
menjadikan pelaksanaan yang dibuat berjalan dengan lancer dan
mendapat manfaat kepada semua pihak.
SEKIAN,
TERIMA KASIH