The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by langitulala, 2021-06-17 20:56:58

MINIT MESYUARAT BIL 2 2021

MINIT MESYUARAT BIL 2 2021

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(PPKI)

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MAKMUR
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

BILANGAN 2 TAHUN 2021

Tarikh : 28 April 2021
Hari : Rabu
Masa : 12.30 tengahari – 1.30 tengahari
Tempat : Bilik Guru Pendidikan Khas,
SK Seri Makmur,Sungai Besar
Pengerusi : Cikgu Hj.Aziz bin Samsuri
Urusetia : Cikgu Nurul Husna Binti Mohd Shukri

Hadir

1. Cikgu Hj.Aziz bin Samsuri PK Program Pendidikan Khas Integrasi
2. Cikgu Firdarus Binti Bakar Guru Program Pendidikan Khas Integrasi
3. Cikgu Nor Aini Binti Husain Guru Program Pendidikan Khas Integrasi
4. Cikgu Hjh Mimi Suhaila Binti Razali Guru Program Pendidikan Khas Integrasi
5. Cikgu Roslina Binti Salleh Guru Program Pendidikan Khas Integrasi
6. Cikgu Mazliana Binti Mat Jani Guru Program Pendidikan Khas Integrasi
7. Cikgu Suhaini Binti Abdul Wahab Guru Program Pendidikan Khas Integrasi
8. Cikgu Siti Rahimah Binti Sahak Guru Program Pendidikan Khas Integrasi
9. Cikgu Roziawati Binti Ibrahim Guru Program Pendidikan Khas Integrasi
10. Cikgu Nurul Husna Binti Mohd Shukri Guru Program Pendidikan Khas Integrasi
11. Puan Sabarina Binti Azmi Pembantu Pengurusan Murid PPKI
12. Puan Haliza Binti Khairi Pembantu Pengurusan Murid PPKI
13. Puan Siti Aishah Binti Adol Pembantu Pengurusan Murid PPKI
14. Puan Siti Hajar Binti Osman Pembantu Pengurusan Murid PPKI

Turut Hadir

-Tiada
.

1

AGENDA MESYUARAT

1 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab dan mengalu-
alukan kehadiran semua ahli mesyuarat.
Makluman

1.2 Pengerusi memakluman sesi pembelajaran selepas cuti Hari Raya Aidilfitri
akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
selama dua minggu menggantikan pembelajaran secara bersemuka. Sesi
pembelajaran tersebut akan bermula pada 17 Mei hingga 28 Mei 2021.
Makluman

1.3 Beliau juga mengingatkan guru-guru dan PPM sentiasa mengikuti SOP yang
telah ditetapkan serta mengingatkan murid-murid untuk memakai pelitup muka
dan mengamalkan amalan kebersihan diri yang sepatutnya.
.Makluman

2 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT PENGURUSAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) BILANGAN 1 TAHUN 2021

2.1 Cikgu Nurul Husna Binti Mohd Shukri membentangkan Minit Mesyuarat
Bilangan 1 Tahun 2021 bertarikh 14 Januari 2021.

2.2 Dicadangkan oleh Cikgu Firdarus Binti Bakar mencadangkan supaya minit
mesyuarat Pengurusan Pendidikan Khas Bilangan 1 Tahun 2021 diterima untuk
disahkan.

2.3 Disokong oleh Cikgu Nor Aini Binti Husain.

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Sila rujuk borang maklum balas.

4. PERKARA BAHARU / PERBINCANGAN / KEPUTUSAN

4.1.1 Jadual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
4.1.1.1 Pengerusi memaklumkan PdPR akan dijalankan mengikut subjek
masing-masing.
Makluman
4.1.1.2 Cikgu Hjh Mimi Suhaila diminta menyediakan jadual mengikut
subjek yang telah dipersetujui.
Tindakan : Cikgu Hjh Mimi Suhaila
4.1.1.3 Buku aktiviti akan digunakan sepenuhnya untuk sesi PdPR kali
ini. Buku akan mula diedarkan pada murid-murid bermula hari
Rabu, 5 Mei 2021. Murid yang tidak hadir boleh mengambil buku
aktiviti di pondok jaga.
Tindakan : Semua guru

4.1.2 Majlis Khatan Al-Quran dan Sambutan Hari Raya PPKI 2021.
4.1.2.1 Majlis Khatam Al-Quran akan diadakan pada 7 Mei 2021

(Jumaat). Murid yang terlibat dibenarkan untuk memakai baju
melayu dan baju kurung. Majlis akan diadakan di surau SK Seri
Makmur mengikut SOP yang telah ditetapkan.

2

Makluman
4.1.2.2 Sumbangan untuk murid yang terlibat dengan Majlis Khatam Al-

Quran PPKI akan diuruskan oleh Cikgu Roziawati dan akan
diserahkan di akhir majlis.

Tindakan : Cikgu Roziawati
4.1.2.3 Majlis Sambutan Hari Raya PPKI ditangguhkan. Cikgu Nor Aini

diminta menguruskan sumbangan Hari Raya untuk murid PPKI dan
akan diserahkan pada Majlis Khatam Al-Quran nnti.

Tindakan : Cikgu Nor Aini

5. HAL-HAL LAIN
-Tiada

6. PENUTUP
6.1 Pengerusi menangguhkan Mesyuarat Pengurusan Program Pendidikan Khas
Integrasi Bilangan 2 Tahun 2021 dengan ucapan terima kasih dan beliau
berharap agar semua guru dapat bersama-sama menyusun dan menjalankan
amanah yang diberi dengan sebaik-baiknya. Semoga Allah sentiasa bersama
kita dan usaha guru-guru untuk kejayaan sekolah ini dilaksanakan sebagai
ibadat. Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 1.30 tengahari.

Disediakan oleh,
Urusetia Mesyuarat Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Sekolah Kebangsaan Seri Makmur
Sekolah Kluster Kecemerlangan
Tarikh : 30 April 2021.

3

4


Click to View FlipBook Version