BML 3083
M A K N A LEKSIKAL
Bml 3083
M A K N ALEKSIKAL
makna ekstensional
Maksud analisis ekstensional ialah makna
pragmatik yang merujuk kepelbagaian dan
bersifat lebih umum.
Contoh : perabot (kepelbagaian jenis perabot
yang ada).
Contoh ayat :
Katil, permaidani, perabot dan lantai perlu
dibersihkan seminggu sekali dengan pembersih
vakum.
(Sallehudin Sulaiman. Entomologi Perubatan)
Makna intensional
Maksud makna intensional adalah makna yang
lebih khusus.
Contoh : perabot (kelengkapan rumah tangga).
Contoh ayat :
Oleh sebab saiz rumah yang tidak terlalu besar,
mereka menjual perabot yang sedia ada untuk
menempatkan perabot baharu.
(Nik Adzrieman Abd. Rahman. Lain Padang Lain Belalang.
Sosial, 2015)
deNOTASI
Makna denotasi ialah makna kata yang tersurat
dan dinyatakan tanpa berkias-kias.
Bersifat positif dan merupakan makna eksplisit
(makna yang dinyatakan dengan tepat dan jelas)
sesuatu perkataan.
Contoh : Pisau cukur (pisau yang digunakan
untuk bercukur).
Contoh ayat :
Pisau cukur untuk mencukur anak rambut dan
kening pengantin.
(Norhalim Haji Ibrahim, Perkahwinan Adat Di Negeri Sembilan)
KONOTASI
Makna konotasi ialah makna tambahan atau
makna tersirat kepada makna denotasi.
Bersifat negatif dan berkenaan dengan nilai rasa
seperti pisau cukur (perempuan yang
menghabiskan wang (harta) lelaki).
Contoh ayat :
Lepas menceraikan ibumu itu, dia duduk
serumah dengan seorang wanita pisau cukur.
(Zaharah Nawawi, Di Hujung Penantian)
homonim
Homonim merupakan perkataan yang
mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tapi
mendukung makna yang berbeza.
Kata haus membawa makna yang berbeza :
1. Maksud : terasa tekak kering.
2. Maksud : berkurangan besarnya atau
tebalnya kerana tergosok.
Contoh ayat :
1. Maksud : terasa tekak kering
Jika haus, mereka juga perlu diberi minuman.
(Daud Awang. Pembangkang bersenjata
kapak untuk berperang)
2. Maksud : berkurangan besarnya atau
tebalnya kerana tergosok
Tayar yang haus juga akan menyebabkan
hendal bergoncang atau bergetar.
(Panduan baiki motosikal)
hiponim
Makna hiponim ialah kata yang maknanya
terangkum dalam makna kata lain.
Contoh : Haiwan (mempunyai makna umum).
- Harimau, Gajah dan Burung
(mempunyai makna khusus).
Jadi perkataan harimau, gajah, dan burung
adalah hiponim terhadap haiwan.
HAIWAN
Harimau Gajah Burung
Contoh ayat:
Ketika seseorang itu masuk ke dalam hutan,
perkara pertama yang difikirkan ialah haiwan
besar, seperti harimau atau gajah, serta burung
yang berwarna-warni dan berkicauan merdu.
(Nur Ainnurq Mohammad Noor, Noor Aisyah A. Rahim &. Peranan
Mamalia Kecil Di Malaysia)
sinonim
Sinonim yang merujuk kepada makna yang
sama tetapi bentuk kata yang berbeza.
Kata-kata yang sama atau yang hampir sama
maknanya.
Perkataan tersebut boleh digantikan dengan
perkataan asal kerana tidak menjejaskan
maksud keseluruhan ayat.
Contoh kata sepeti ’takdir’ yang mempunyai
makna seperti ’nasib’.
Contoh ayat :
Suasana waktu rehat seperti biasa – sinonim
dengan kebisingan suara pelajar yang berbual,
selain pergerakan aktif pelajar sama ada ke
kantin atau ke tandas.
(Abang Median Abang Said. Anak Perawan. Sastera, 2018)
antonim
Antonim merujuk kepada perkataan-perkataan
yang mempunyai makna yang berlawanan.
Merujuk kepada pasangan seperti perbandingan,
berlawanan atau satu kata yang mempunyai
maksud yang sebaliknya.
Contoh perkataan seperti ’langit’
lawannya ’bumi’, ’Panas’ lawannya ’sejuk’
dan ’Kuat’ lawannya ’lemah’.
Contoh ayat :
Dimnah menjawab, "Ampun tuanku, ada pun
yang di-katakan pendusta itu ia-lah orang yang
berkata barang yang tidak-tidak, dan
mengamalkan sa-suatu yang berlawanan
dengan chakap-nya.
(Hikayat Singa Dengan Lembu. Sastera, 1960)
MAKNA LEKSIKAL