The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00002965, 2021-04-01 07:44:46

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

TUN HUSSEIN ONN

Tajuk: PERDANA MENTERI KE 3 MALAYSIA TUN
HUSSEIN ONN

Nama LOH KENVY
peserta

Kelas 6A

Alamat [email protected]
e-mel
Nama SJK (C) CHERN HWA
dan BUKIT PASIR , 83050
alamat BATU PAHAT,
sekolah JOHOR.

PENDAHULUAN

Saya bernama Loh Kenvy, dari SJKC Chern Hwa Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor. Saya berasa
amat gembira dan bangga kerana saya berpeluang menghasilkan sebuah buku skrap yang
mengenai Tokoh Pemimpin Johor. Saya berasal dari negeri Johor sejak saya lahir. Negeri Johor
ialah sebuah negeri yang aman damai , maju dan harmoni.

Oleh itu, saya ingin menghasilkan sebuah buku skrap dengan memperkenalkan seorang
tokoh dari negeri Johor. Tokoh pemimpin Johor ini ialah Perdana Menteri Ke 3 di Malaysia.
Beliau juga merupakan seorang tokoh pemimpin di Johor. Beliau banyak berjasa dan berkorban
terhadap negeri Johor.

BIODATA TOKOH PEMIMPIN JOHOR
PERDANA MENTERI
KE 3 MALAYSIA
TUN HUSSEIN ONN

12 Februari 1922 - 29 Mei 1990

Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri
Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai
seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai
reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan
perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

KEHIDUPAN AWAL
Beliau dilahirkan di Johor Bahru serta merupakan anak sulung kepada Dato' Onn Jaafar yang
menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946. Ibunya
bernama Datin Halimah Hussein.

PENDIDIKAN TOKOH
Hussein Onn menerima pendidikan awalnya di Telok Kurau School Singapura, kini Telok
Kurau Primary School (Sekolah Rendah Telok Kurau) dan di English College (kini Maktab
Sultan Abu Bakar), Johor Bahru. Selepas persekolahannya, Hussein Onn menyertai Pasukan
Tentera Johor sebagai kadet pada tahun 1940. Setahun kemudian, beliau dihantar ke Maktab
Tentera Sandhurst, di Dehradun, India. Selepas ditauliahkan, beliau menyertai Regimen
Hyderabad ke-19 (Tentera India) dan berkhidmat di Timur Tengah sewaktu peperangan.
Selepas peperangan, kerajaan British melantik beliau sebagai pengajar di "Pusat Perekrutan
dan Latihan Polis Malaya" di Rawalpindi.

KERJAYA TOKOH

Bermula tahun 1942, beliau terlibat secara aktif dalam peperangan di Mesir, Syria, Palestin,
Iran dan Iraq. Apabila Perang Dunia Kedua meletus di rantau Asia, beliau ditempatkan di
Cawangan Perisikan Ibu Pejabat Tentera British, India di New Delhi. Beliau kemudiannya
dipinjamkan ke unit pengambilan orang-orang baru dan melatih para pejuang bawah tanah
Malaya menentang tentera Jepun yang menawan Malaya. Dari Madras Tun Hussein merancang
dan menggerakkan operasi peperangan gerila terhadap Jepun.
Beliau pulang ke Malaya (kemudian Persekutuan Tanah Melayu; kini Semenanjung Malaysia)
pada 1945 dan dilantik sebagai Komandan Depot Polis Johor Bahru. Beliau kemudiannya
bersara daripada perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat kapten, satu pencapaian yang
cukup cemerlang bagi seorang bumiputera semasa penjajahan British. Selama 6 tahun
berkhidmat dalam tentera, beliau dikenali sebagai seorang yang berdisiplin dan menepati masa.

Seterusnya, beliau menyertai Perkhidmatan Awam Malaya sebagai Penolong Pegawai
Pentadbir di Segamat, Johor. Beliau juga pernah bekerja di negeri Selangor sebagai pegawai
daerah untuk Klang dan Kuala Selangor.

Tun Hussein bersama rakannya General Ibrahim Ismail semasa megikui Latihan tetera

POLITIK
Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun
Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Beliau kemudiannya menyertai
bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor
Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha
Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama
pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul
Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Di samping penglibatannya dalam bidang politik, beliau memasuki Perkhidmatan Pentadbiran
Melayu dan berkhidmat di Kuala Selangor dan Kelang sebagai Penolong Pegawai Daerah. Pada
tahun 1949, beliau telah menjadi Ketua Pemuda Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) yang pertama dan kemudian, pada tahun 1950, beliau dipilih menjadi
Setiausaha Agung. Pada tahun 1950, beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan
di samping menduduki Majlis Mesyuarat Perundangan Negeri Johor dan Majlis Kerja Negeri
Johor.

Walau bagaimanapun, penglibatan beliau dalam bidang politik mulai pudar apabila cadangan
bapanya untuk membuka pintu UMNO kepada orang bukan Melayu tidak dapat diterima oleh
orang Melayu. Apabila bapanya menarik diri daripada UMNO, beliau kemudiannya menyertai
bapanya keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada tahun
1951 dan kemudiannya Parti Negara. Oleh sebab IMP tidak menerima sambutan yang baik,
beliau meninggalkan bidang politik apabila menukar arah dengan melanjutkan pelajaran dalam
bidang undang-undang di Lincoln's Inn, England dan lulus sebagai Barrister-at-Law pada
tahun 1958.

Ibarat sireh pulang ke ganggang, beliau kembali menyertai UMNO semula atas pelawaan
birasnya, Tun Abdul Razak yang ketika itu memegang jawatan sebagai Yang Di-Pertua UMNO
pada tahun 1964. Pada Jun 1969, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja UMNO (kini
Majlis Kerja Tertinggi UMNO). Walaupun beliau telah lama menghilangkan diri daripada
arena politik, tetapi UMNO telah mencalonkannya sebagai calon Perikatan bagi kawasan
Parlimen Johor Bahru Timur. Kepercayaan ini tidak meleset kerana beliau memenangi kerusi
Parlimen ini dengan mudah pada Mei 1969.

KELUARGA
Apabila beliau balik ke Malaya, beliau membuka firma guamannya sendiri di Kuala

Lumpur. Pada masa itu, beliau sudah pun berkahwin dengan Toh Puan Suhaila binti Tan Sri
Mohammad Noah dan mempunyai enam orang anak.

Berikut adalah anak-anak beliau:
1. Hishammuddin Hussein ( Menteri Luar Negeri terkini)
2. Haris Onn Hussein
3. Datin Roquiya Hanim
4. Puan Sri Dr Suraiya Hani
5. Roziah Hanis
6. Dr Rozita Halina

Tun Hussein Bersama Isterinya Toh Puan Suhaila dan sekeluarganya

PERANAN DAN SUMBANGAN
• Penyertaannya dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila dilantik
menjadi Menteri Pelajaran oleh Tun Abdul Razak
• Di bawah pentadbiran beliau, Kementerian Pelajaran terus meningkat maju. Beliau
maju setapak lagi apabila dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun 1972
• Di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 8 Ogos 1973, beliau dilantik menjadi
Timbalan Presiden UMNO berikutan kematian daripada Tun Dr. Ismail.
• Beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 13 Ogos 1973 sekaligus
merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
• Pemergian Tun Abdul Razak ke rahmatullah pada 14 Januari 1976 telah mengejutkan
rakyat di seluruh negara ini.
• Beliau telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO
• Pada hari Khamis, 15 Januari 1976, Beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara
• Pada tahun 1978, beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden UMNO.
• Beliau telah meneruskan agenda pembangunan yang telah digariskan oleh Tun Abdul
Razak khususnya dalam menggerakkan Dasar Ekonomi Baru.
• Beliau arif tentang hal ehwal keselamatan
• Beliau juga memberi penekanan kepada konsep Rukun Tetangga dan perjuangan
terhadap ancamandadah.
• Angkatan bersenjata Malaysia telah diperbesarkan dan dipermodenkan apatah lagi pada
ketika itu, rantau di Asia Tenggara telah menjadi gempar ekoran jatuhnya kerajaan
Vietnam Selatan ke tangan komunis dan terbinalah cita-cita "Teori Domino" komunis

• Usaha membanteras pengganas komunis di hutan dan bandar telah diperhebatkan malah
golongan yang bersimpati dengan aliran komunis dipulihkan menerusi gerakan-gerakan
pengitipan yang dikatakan berjaya.

• Ekonomi negara terjejas oleh kemelesetan ekonomi dunia, beliau berjaya untuk
mengawal keadaan dan membantu Malaysia berkembang dari segi ekonomi dan sosial.

• Beliau pernah menjalani rawatan jantung atau pintasan koronari pada awal 1981.
• Beliau juga telah berjaya melancarkan Rancangan Malaysia Keempat pada bulan April

1981.
• Beliau juga telah mengikuti jejak langkah bapanya yang sentiasa mencuba untuk

meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu yang agak ketinggalan jika dibandingkan
dengan kaum-kaum lain terutamanya dari segi ekonomi. Dengan itu, pada 20 April
1981, beliau melancarkan pula Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang merupakan
satu dana amanah bumiputera yang membantu peningkatan ekuiti bumiputera dalam
ekonomi negara.
• Amanan negara yang diperkukuhkannya telah menarik pelabur luar untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang stabil dari segi politik dan ekonomi. Sumbangan
beliau yang terbesar ialah menegakkan tiang keamanan yang kukuh.
• Beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri pada
15 Mei 1981 atas sebab kesihatan
• Diambil alih oleh timbalannya, Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini bergelar
"Tun") pada 18 Julai 1981.
• Beliau meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, beliau masih aktif dalam
pertubuhan-pertubuhan kebajikan seperti Tabung Mata dan ISIS semasa hayatnya.

• Disebabkan perkhidmatannya kepada negara, Hussein Onn dikurniakan dengan
gelaran Tun yang merupakan anugerah diraja yang tertinggi di Malaysia.

• Beliau menghembuskan nafas terakhir pada hari Selasa, 29 Mei 1990, sewaktu berumur
68 tahun di Pusat Perubatan Seaton, San Francisco, Amerika Syarikat kerana serangan
sakit jantung, dan disemadikan pada hari Jumaat di Makam Pahlawan, Masjid
Negara, Kuala Lumpur.

Tun Hussein Onn mengucap tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana
Menteri ke 4 Malaysia semasa tahun 1981

Tempat-tempat dikenangkan oleh nama Tun Hussein Onn:
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja Johor
Tun Hussein Onn National Eye Hospital

Bandar Tun Hussein Onn
S K Desa Tun Hussein onn

NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI SEKARANG

Tun Hussein Onn ialah seorang yang amat berhati-hati apabila membuat keputusan yang
melibatkan hal ehwal negara. Beliau sangat tegas dan berpegang teguh kepada prinsip hidupnya.
Pengalaman dalam bidang ketenteraan telah menjadikan beliau sebagai seorang yang
berdisiplin dan mementingkan ketepatan masa. Beliau telah memberikan kebebasan kepada
akhbar dan majalah untuk melontarkan kritikan dan ulasan dengan harapan bahawa perkara itu
akan meningkatkan prestasi pentadbirannya. Beliau ialah seorang negarawan yang disegani
dan dihormati. Beliau juga terkenal dengan sifat merendah diri serta jujur. Dalam sejarah,
beliau akan sentiasa dikenang sebagai "Penyambung Warisan Yang Terbilang". Usaha beliau
dalam memupuk semangat perpaduan antara berbilang kaum telah berjaya dicapai dalam
konteks masyarakat Malaysia. Beliau mewarisi kepimpinan UMNO yang pernah disandang
oleh ayahandanya serta pogram pembangunan yang dijana oleh sahabatnya dan
melaksanakannya dengan penuh dedikasi. Malah, beliau juga telah mewariskan pentadbiran
kerajaan serta UMNO kepada Tun Dr. Mahathir dalam keadaan yang stabil dan begitu kukuh
pada ketika itu.


Click to View FlipBook Version