Bincangkan perjuangan Ikhwanul Muslimin dalam gerakan nasionalisme Mesir pada
abad ke-20 Masihi.
Pengenalan:
❖ Ikhwanul Muslimin diasaskan oleh as-Syahid Imam Hassan al-Banna di Ismailiyah Mesir pada
tahun 1928.
❖ Perjuangan Ikhwanul Muslimin meliputi bidang ekonomi, pendidikan, sosial dan
kemasyarakatan.
❖ Hassan al-Banna telah membentuk beberapa jawatankuasa yang terdiri daripada al-Mursyid
al-Am yang bertanggungjawab sebagai pengerusi badan tertinggi, Maktabal-Irsyadal-Am dan
al-Haya’at al-Ta’Tasisiyyah.
❖ Ikhwanul Muslimin mempunyai 2000 cawangan dgn keahlian 21 juta.
1. Dasar dan matlamat
❖ Matlamat awal perjuangan adalah utk menggulingkan pentadbiran British di Mesir dan
menyelamatkan rakyat Mesir drpd pemikiran sekular.
❖ Ikhwanul Muslimin berusaha menegakkan kembali agama Islam di Mesir berlandaskan
Al-Quran dan sunnah serta menolak modenisasi yang berbentuk sekular yang meresap masuk
dlm masyarakat Mesir ketika itu.
❖ Pertubuhan ini menentang segala bentuk penindasan dan menolak pembaharuan yg ditiru
daripada barat tanpa menyesuaikan dgn syarat Islam.
❖ Pada tahun 1946-1948, Ikhwanul Muslimin tlh m’gisytiharkan perang terhadap British.
Ikhwanul menjadi semakin agresif semasa pemerintahan Presiden Gamal Abdel Nasser apabila
beliau menggesa kerajaan melaksanakan pentadbiran bercorak Islamiah.
2. Bidang perjuangan
a. Perjuangan dlm bidang keagamaan & kerohanian
❖ Gerakan Ikhwanul Muslimin menyarankan agar umat Islam Mesir bangkit berjihad dgn
mengamalkan ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan hadis. Mereka menyeru rakyat
Mesir menghapus segala bentuk khurafat dan tahyul yg blh menghalang kemajuan pemikiran
mereka. Ikhwanul Muslimin menjalankan gerakan Islah ke seluruh Mesir.
b. Perjuangan dlm bidang ekonomi
❖ Gerakan Ikhwanul Muslimin memberi tumpuan kpd bidang ekonomi bg meningkatkan dana
seperti membuka kilang tekstil & syarikat penerbitan. Pendapatan lumayan drpd kegiatan
ekonomi dpt disalurkan utk membantu perjuangan gerakannya ke seluruh Mesir. Perjuangan
ini membantu meningkatkan taraf hidup rakyat Mesir dan mengurangkan kebergantungan kpd
penjajah. Ikhwanul Muslimin jg menubuhkan Syarikat al-Mualamat al-Islamiah.
c. Perjuangan dlm bidang kebijaksanaan
❖ Ikhwan Muslimin tlh menubuhkan Qism al-Birr wal Khidmat (Badan Kebajikan Sosial) yg
berdaftar dgn Kementerian Sosial Mesir. Mereka jg membuka sekolah-sekolah dan pusat
kesihatan di seluruh negara. Ikhwan Muslimin jg menggesa kerajaan agar melaksanakan
program pembangunan yg seimbang dan sesuai dgn tuntutan agama. Perjuangan dlm bidang
kebajikan berjaya meningkatkan tahap kesedaran rakyat terhadap kepentingan ilmu dlm
menghadapi cabaran semasa, khasnya ideologi barat.
3. Bentuk dan saluran perjuangan
a. Risalah : Surat-surat dakwah dan nasihat yg dihantar kpd pihak pemerintahan. Sebahagian
besarnya adalah karya Hassan al-Banna.
b. Majalah Mingguan : Pd thn 1932, Ikhwan Muslimin menerbitkan majalah mingguan utk
menyampaikan idea perjuangan kpd masyarakat umum. Pd peringkat awal idea perjuangan berfokus
kepada isu keagamaan, pendidikan dan khidmat kpd masyarakat.
c. Tunjuk perasaan atau proses : Pd peringkat seterusnya idea politik diperjuangkan dgn
menganjurkan protes kpd kerajaan boneka Mesir. Ikhwan Muslimin menentang penindasan serta
idea-idea sekular kerajaan yg boleh melemahkan pengaruh agama dan nilai tradisional.
Kesimpulannya, penubuhan Ikhwan Muslimin merupakan sebahagian drpd senario sosio-politik
Mesir sbg reaksi masyarakat tempatan terhadap penjajahan barat. Ikhwan Muslimin berjaya
menggugat kerajaan boneka sekular. Pada 13 Januari 1954, Presiden Mesir Presiden Gamal Abdel
Nasser tlh mengharamkan Ikhwan Muslimin krn dituduh merancang pemberontakan menjatuhkan
kerajaan Mesir. Namun pengaruh Ikhwan Muslimin masih lagi kuat dlm kalangan masyarakat Mesir.